Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


________________________________________________________________

GURU DAN CABARAN SEMASA


(EDU 3093)

________________________________________________________________

NAMA PELAJAR

: NICHOLAS AMID

KUMPULAN/UNIT

: PISMP PEMULIHAN AMBILAN JAN 2011

NO MATRIX

: 6995

NAMA PENSYARAH : DR HJ NORDIN BIN BULA


TARIKH SERAHAN

: 15 SEPTEMBER 2014

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama Penulis

NICHOLAS AMID

Tarikh

6 SEPTEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

ISI KANDUNGAN

ii

PENGHARGAAN

iii

1.0
2.0
3.0
4.0

PENGENALAN
MORFOLOGI
SINTAKSIS
GRAFIK BIDANG KAJIAN MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

1
2
13

BAHASA MELAYU
5.0 POLA AYAT DASAR, AYAT DASAR, AYAT TERBITAN DAN

28

PENERBITAN AYAT
6.0 ASPEK BENTUK KATA, PROSES PEMBENTUKAN KATA DAN

30

PENGGOLONGAN KATA
7.0 RUMUSAN
8.0 PENULISAN REFLEKTIF
9.0 BIBLIOGRAFI

36
47
48
50

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya peluang untuk menyiapkan kerja
kursus pendek ini. Sesungguhnya tanpa izin Tuhan pasti hasil kerja ini tidak mampu
saya siapkan dalam masa yang telah ditetapkan
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing kami
Encik Dr Haji Nordin Bin Bula kerana telah memberikan kami tunjuk ajar yang telah
banyak membantu saya dalam proses melengkapkan Kerja Kursus ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga saya kerana telah memberikan
saya sokongan moral dan mental walaupun banyak kekangan yang

berlaku atas

masalah yang tidak dapat dielakkan.


Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan yang telah membantu
saya dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Sesungguhnya tanpa mereka, saya
tidak mungkin dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam penyiapan kerja kursus ini. Budi baik anda adalah
amat saya hargai dan tidak boleh dibalas.

1.0

PENDAHULUAN

Kerja kursus EDU 3093 adalah salah satu kerja kursus bagi subjek Guru dan Cabaran
Semasa yang mana bertujuan untuk menilai 3 hasil pembelajaran iaitu membincangkan
tanda tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya, menganalisis
punca ganguan emosi guru dan juga menyediakan pelan tindakan untuk menguruskan
perubahan dalam bidang pendidikan.
Objektif kerja kursus ini pula mengingikan pelajar untuk membuat nota dan
pengurusan grafik pada bahagian bahagian tajuk yang sesuai berdasrkan tajuk di
dalam tugasan kerja kursus ini. Selain itu, pelajar juga perlu membuat kajian
pemerhatian dan juga mengumupul data atau maklumat berkaitan dengan emosi dan
perubahan dalam pendidikan. Obkejtif kerja kursus yang terakhir ialah pelajar perlu
menganalisis kajian tentang emosi, inovasi dalam pendidikan dan pengurusan
perubahan dalam pendidikan.
Dalam kerja kursus ini, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bagi tugasan
bahagian pertama, pelajar perlu mencari atau mengakses maklumat berkaitan langkah
langkah dalam menangani tekanan emosi yang dihadapi oleh guru dan juga murid di
sekolah. Selepas itu, pelajar perlu menghasilkan satu penulisan ilmiah dan juga
pengurusan grafik mengenai tekanan emosi yang dihadapi oleh guru sekolah umumnya
dan guru serta murid khasnya.
Bagi tugasan kedua pula, pelajar juga perlu mengkases maklumat berkaitan
dengan cabaran inovasi dan perubahan yang sedang berlaku di dalam sistem
pendidikan di negara kita pada masa kini. Selepas itu, pelajar perlu membuat satu
penulisan ilmiah berkaitan dengan inovasi dan perubahan dalam bidang pendidikan
dalam membentuk guru yang kreatif dan mempunyai inovasilatar.
Akhir sekali, pelajar dikehendaki untuk membina atau menghasilkan satu bentuk
persembahan powerpoint yang mempunyai kepanjangan 8 hingga 10 slaid untuk
dibentangkan kepada kelas. Tugasan pembentangan powerpoint ini menjurus kepada
analisis tentang pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan pada masa kini. Dalam
pada itu, persembahan powerpoint tersebut juga perlu merangkumi tentang kesan

inovasi dan perubahan pendidikan terhadapa sistem pendidikan di negara kita pada
masa kini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Titik
penilaian yang terdekat yang telah ditentukan oleh mantan perdana menteri sebelum ini
iaitu Tun Dr Mahathir meletakkan tahun 2020 sebagai satu cabaran kepada seluruh
rakyat Malaysia. Cabaran yang dilihat sangat relevan itu kemudiannya diteruskan dan
dijadikan satu cabaran bagi perdana menteri yang seterusnya yang mana kini telah
masuk ke perdana menteri yang kedua selepas Tun Dr Mahathir Mohammad.
Dibawah kepimpinan perdana menteri yang terkini, sektor pendidikan juga
mengalami perubahan bukan sahaja dalam bentuk infrastuktur malah dalam bentuk
struktur pendidikan itu sendiri. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia dimulakan
dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mana
menggunakan pendekatan kesamarataan peluang kepada semua murid dan juga
sekolah. Dalam pelan ini, banyak sekolah telah mendapat bantuan dari segi infrastuktur
dan juga kursus peningkatan kualiti profesion keguruan telah dijalankan bagi
mengurangkan jurang pendidikan yang berlaku di negara ini.
Dibawah enam teras pendidikan yang dijalankan semasa pelaksanaan PIPP ini,
pembangunan modal insan juga telah dititikberatkan dalam pelan yang mana sangat
baik dalam permulaan pembangunan sistem pendidikan di sekolah yang mana bukan
sahaja membangun dari segi infrastuktur semata-mata malah turut membangun dari
segi individu. Malahan bukan sahaja murid yang mendapat kebaikannya, pihak guru dan
juga sektor pengurusan pendidikan turut mendapat impak yang baik dibawah teras
melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang mana membawa kepada
penghargaan terhadap kecemerlangan guru dan pengurusan yang diberkan melalui
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang mana telah ditambahbaik dan juga sistem
kenaikan pangkat dan kenaikan gaji yang mana telah diperbaiki dan diperhalusi supaya
dapat memberikan semangat kepada guru dan juga pihak pentadbiran yang lain.
Teras stratergik PIPP yang kedua dan keempat itu sendiri telah membawa
kepada cabaran kepada guru untuk membentuk modal insan dan juga merapatkan
jurang pendidikan walaupun dengan kekurangan bahan dan alatan dengan cara yang
berbeza tetapi masih memberikan pendidikan yang berkualiti dan bermakna tidak kira di
2

tengah hutan pencakar langit, di pinggir kota, di perkampungan mahupun di dalam hutan
yang tidak mempunyai akses jalan raya sekalipun agar mencapai matlamat PIPP itu
sendiri iaitu pendidikan berkualiti untuk semua. Cabaran yang wujud semasa PIPP tidak
berhenti selepas pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
akan dilaksanakan dari tahun 2013 hingga tahun 2025 malah semakin mencabar bagi
para guru terutamanya.
Secara logiknya, PPPM adalah satu penambahbaikan daripada PIPP dan juga
satu lanjutan kepada perkembangan pembangunan pendidikan di Malaysia. Cabaran
yang diberikan oleh PPPM adalah juga lanjutan daripada PIPP yang mana telah
diperkemaskan lagi dan membawa kepada cabaran yang lebih spesifik iaitu
perkembangan pemikiran murid yang mana memerlukan murid untuk berfikir secara
kritis dan kreatif dan juga satu perkara yang sangat penting iaiu inovasi yang mana akan
meningkatkan nilai tambah murid yang mana akan secara tidak langsung membina
modal insan yang berfikiran jauh untuk membina negara bangsa pada suatu hari nanti.
PPPM yang turut terbina berdasarkan 3 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir dan juga kemahiran memimpin menyediakan murid dengan pemikiran yang
berinovasi yang mana tidak didedahkan secara terus kepada murid pada zaman
sebelum ini.
Berbekalkan 11 anjakan dan juga 3 aspirasi murid yang telah digariskan di dalam
PPPM, guru pada masa kini perlu mengubah cara pengajaran kepada sesuatu yang
lebih membuka minda murid dan membawa kepada inovasi bukan sahaja didalam
pengajaran guru semata-mata malah inovasi yang diterokai oleh murid itu sendiri.
Cabaran yang terbina daripada PIPP dan dikembangkan lagi dalam PPPM ini sangat
penting untuk perkembangan Malaysia untuk mencapai gagasan Wawasan 2020 yang
ingin dicapai oleh negara kita Malaysia ini. Penting untuk diingati bahawa untuk
mencapai Wawasan 2020 dalam zaman globalisasi ini adalah mencabar kerana kita
bukan sahaja bersaing dalam negara Malaysia malah dengan seluruh dunia kerana
kebanyakan sumber ilmu kini boleh diperolehi di hujung jari. Pendidikan Malaysia
bertaraf dunia hanya boleh dikecapi jika sistem pendidikan di Malaysia mampu
melahirkan modal insan yang mampu bersaing dengan modal insan di peringkat
antarabangsa dan mengukir nama di persada dunia.

Cabaran inovasi yang dihadapi guru pada masa kini adalah cabaran untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam pelan pendidikan yang telah dirancang
terutamanya. Cabaran untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran yang
membina dan mengembangkan pemikiran murid menjadi kiritis, kreatif dan inovatif bagi
membentuk modal insan yang setanding dengan murid-murid daripada luar negara.
Pembelajaran dengan cara yang menarik perlu dijalankan oleh guru dengan membuat
pembelajaran yang inovatif. Dalam erti kata lain, pembelajaran yang belum pernah
dialami oleh murid. Murid mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Oleh yang
demikian, sekiranya pengajaran yang disampaikan guru adalah menarik dan
menghiburkan, perasaan ingin tahu murid akan meningkat dan membuatkan murid
tersebut mendalami lagi tentang sesuatu yang telah diajarkan oleh guru tersebut.
Melalui sikap ingin tahu ini, murid akan mengakses lebih banyak bahan seperti
buku dan juga bahan internet yang mana selepas itu akan membuatkan murid akan
melebihi tahap pengetahuan murid yang biasa dan kadang kala melebihi daripada apa
yang ada di dalam kurikulum yang telah disediakan. Oleh yang demikian, guru perlulah
menguasai apa yang diajarkannya dan menyediakan pengajaran yang lebih kreatif dan
bukan seperti pengajaran kelas tradisional dimana murid hanya diberikan maklumat
tanpa pemahaman yang tinggi dan juga aplikasi. Penggunaan bahan bantu yang
menarik dan lebih mesra pengguna adalah sangat perlu dan penting untuk memberikan
peluang untuk murid berkembang dengan lebih pantas dan mengembangkan pemikiran
murid dalam cara yang berbeza dan pelbagai.
Bukan sahaja melalui bahan sedia ada, guru perlu memberikan cabaran kepada
murid untuk mengalami sendiri apa yang diajarkan adalah yang terbaik bagi setiap
murid. Kerja rumah biasanya adalah berbentuk lembaran kerja atau di dalam buku
aktiviti yang mana hanya melibatkan soalan yang telah diberikan dan tidak lebih
daripada itu. Cabaran guru tidak habis setakat di dalam kelas. Cabaran guru dalam
membentuk murid yang berfikiran kritis dan kreatif juga perlulah menjangkaui apa yang
diajarkan didalam kelas. Kerja rumah dalam bentuk projek atau suatu tugasan yang
kreatif adalah sangat baik dalam pembentukan pemikiran murid.
Cabaran inovasi yang seterusnya adalah kesan ledakan globalisasi dunia serta
pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah
dan dimana sahaja. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi

topik perbualan yang sering diperkatakan. Pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran
demi cabaran yang sangat mencabar. Kewujudan alat komunikasi yang sangat pantas
seperti cendawan selepas hujan juga boleh dimanfaatkan oleh guru. Kewujudan telefon
pintar yang sedang pesat berkembang boleh dimanipulasikan oleh guru. Sebagai guru
yang kreatif dan berinovasi, teknologi terkini perlulah digunakan dengan sepenuhnya
untuk membuatkan murid tidak leka dengan permainan-permainan yang ada dan tidak
menyalahguna kemudahan jalur lebar dan teknologi yang semakin hebat. Tugasan
melalui laman sesawang atau melalui aplikasi bual(chat) boleh digunakan selain
tugasan secara lisan dan juga lembaran atau bahan.
Dalam melaksanakan anjakan ke-7 dalam PPPM iaitu memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pendidikan, guru juga boleh memberikan tugasan atau projek
kepada murid dalam bentuk multimedia atau menggunakan ICT yang mana akan
memahirkan murid dalam bidang ICT dan membawa murid kepada tahap pengetahuan
tanpa sempadan dan juga tanpa batas. Tugasan atau projek dengan menggunakan ICT
bukan sahaja mengembangkan pemikiran murid dan meningkatkan kemahiran ICT
mereka semata-mata malah secara tidak langsung akan memberikan murid ruang untuk
menilai dan menghayati nilai yang ada di alam maya yang mana mempunyai baik dan
buruknya. Pada masa yang sama juga, kemahiran ICT ini bukanlah menjurus kepada
murid sahaja malah kepada semua warga pendidik baik muda atau tua.
Guru perlu menguasai kemahiran ICT lebih daripada murid. Penggunaan ICT
yang menarik dalam pengajaran boleh membuatkan percambahan pemikiran yang lebih
baik dan menarik. Selain itu juga, murid akan cuba menguasai kemahiran ICT
disesbabkan prestasi guru yang baik dan ini akan membuatkan murid lebih terdedah
kepada sumber ilmu yang lebih banyak di dalam laman sesawang yang berbeza dan
murid akan menilai yang terbaik dengan bimbingan guru dan juga ibu bapa kerana
tatkala berada di rumah mereka sendiri, ibu bapalah yang akan mengawal pergerakan
anak-anak mereka. Dengan ini murid akan mencerap lebih banyak maklumat dengan
usaha mereka sendiri dan bukannya mendapat maklumat atau kemahiran di dalam
kelas sahaja.
Tanpa menguasai kemahiran ICT, usaha kerajaan dalam memberikan pendidikan
bertaraf dunia akan menjadi gajah putih. Laman sesawang Frog VLE yang berharga
jutaan ringgit akan menjadi sia-sia jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh guru. Di

bawah belanjawan 1 Bestari Net, Frog VLE ini adalah satu ruang maya dimana murid
dapat mengakses bahan seperti nota dan latihan dan juga latihan interaktif yang
disediakan oleh guru dan boleh diakses secara atas talian dan dapat diakses dari
dimana sahaja. Jika guru hanya memberikan tugasan atau nota dalam bentuk penulisan
atau soalan, laman sesawang yang sepatutnya menarik itu akan menjadi sia-sia dan
membosankan. Oleh yang demikian guru perlulah kreatif dalam menyediakan bahan
dan juga membuat kelaianan dalam pengajaran yang menjadikan lebih mudah untuk
murid memahami inti pengajaran guru dalam suasana yang menarik.
Guru berinovasi tidak bermaksud guru semata-mata. Anjakan ke-9 membawa
kepada kerjasama mampan guru dan juga ibu bapa atau pihak sekolah dengan ibu
bapa. Cabaran ini juga sangat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang
kreatif dan inovatif oleh guru. Guru dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan murid
melaksanakan dan memahami tugasan atau pengajaran yang diberikan dan diajarkan
kepada murid. Ibu bapa boleh menjadi mata dan telinga guru di rumah dan sebaliknya
apabila berada di sekolah. Dalam mencapai dan melaksanakan anjakan pendidikan ini,
kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah sangat penting dalam menghadapi cabaran
pendidikan berinovasi dan melaksanakannya.
Menurut Buzan (2002), inovasi merupakan satu pendekatan dalam melakukan
sesuatu yang baharu atau membaharui yang lama dengan cara atau jalan yang baharu.
Bagi Syed & Ahmad (2013), inovasi pula merupakan pembangunan teknologi baharu
atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Tatkala semua pihak
menjalankan inovasi dalam bidang masing-masing seperti perubatan dan teknologi,
bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam menjalankan inovasi dalam bahan dan
amalan yang digunakan oleh guru dan murid. Inovasi ini adalah sangat penting dalam
menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa yang terdapat
dalam anjakan PPPM yang pertama. Guru perlu membuat inovasi dalam bahan dan
juga amalan yang digunakan bagi menyahut cabaran anjakan PPPM yang pertama bagi
memberikan peluang pembelajaran yang bermutu tinggi.
Kesimpulannya, cabaran yang wujud dalam pelan pendidikan dan juga kemajuan
teknologi akan terus membentuk dan merubah bahan dan amalan guru yang mana akan
menjadi lebih kreatif dan berinovasi supaya tidak ketinggalan dek zaman dan melahirkan
murid yang akan sentiasa dapat bersaing dengan murid lain di peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai