Anda di halaman 1dari 3

Perbincangan :

1. Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan


dibuat? Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain?
Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan
untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina
dan genetik tidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah
bentuk abdomen, corak pada bahagian tangan, bentuk kepala dan
sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bentuk badan
merupakan ciri yang perbezaan paling utama dan dominan berbanding
dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badan memberikan perbezaan
yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lain seperti bilangan
sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemua haiwan tersebut
dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A, Spesis B,
Spesis C, Spesis D dan Spesis E.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu


sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di
dalam spesis tersebut?
Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang
hampir sama. Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian
abdomen yang besar, bagi spesis B, mereka memiliki perut yang bercorak,
spesis C mempunyai tangan yang bercorak, spesis D pula memiliki abdomen
yang panjang dan spesis E mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesis jika menerima variasi

individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika
menerima variasi individu yang sangat rendah?
Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya
akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika
menerima variasi yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai
bilangan haiwan yang terlalu banyak.

4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan


sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru?
Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan
mengumpul

spesis.

Taksonomi

amat

penting

bagi

pemuliharaan

biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai


nama-nama spesis. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis
kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal
seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam


individu?
Variasi pada sesuatu individu itu membolehkan saintis membezakan
individu dalam spesis yang sama. Ia juga meningkatkan kebolehan
sesuatu spesis untuk bermandiri dalam persekitaran yang sentiasa
berubah. Jika terdapat keperluan dan peluang yang wujud, variasi
membolehkan sesetengah individu mengeksplotasi sumber yang ada di
habitat yang baru. Variasi merangkumi perbezaan dari segi morfologi,
fisiologi, genetik dan mental. Variasi berlaku disebabkan oleh faktor
genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik
boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi
yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran pula tidak boleh dikawal.

6. Mengapakah spesis Moonmorf ini dipanggil morfospesis?


Sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang
merujuk kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini
termasuk aspek penampilan fizikal seperti struktur, bentuk, warna dan
corak serta struktur dalaman bahagian-bahagian seperti tulang dan organorgan. Spesis Moonmorf dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis
tersebut

dikelaskan

berdasarkan

ciri-ciri

persamaan

yang

boleh

diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis merupakan kaedah tradisi


yang digunakan sejak dahulu dalam megelaskan sesuatu spesis. Kaedah
ini terbatas kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis
adalah sedikit dan perlu kepada perbezaan yang jelas daripada spesisspesis lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam
kaedah pengelasan ini.

7. Jelaskan mengapa spesis tersebut bukan spesis biologikal.


Spesis tersebut merupakan bukan spesis biologikal kerana maklumat yang
diperolehi amat terhad dan tiada data yang ditemui bagi genetik, jantina,
DNA, habitat, kelakuannya serta maklumat lain yang lebih spesifik dan
mendalam. Spesis ini hanya dikelaskan melalui morfologi iaitu ciri-ciri yang
boleh dilihat seperti sifat fizikal.

Anda mungkin juga menyukai