Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Pada setiap semester, semua guru pelatih akan diberikan tugasan sebagai
syarat untuk menghabiskan semester.

Kali ini, saya dan rakan-rakan

seperjuangan telah diberi tugasan dalam subjek Pengajian Sukatan


Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM 3101. Saya dan dua orang
lagi rakan seperjuangan saya Nur Atikah Remali dan Shezwani Mohd Saed
telah diberikan tugasan untuk memilih Rancangan Pengajaran Harian
(RPH), menganalisis RPH tersebut dan seterusnya membuat ulasan
mengenai kerelevanan kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah
dalam RPH.
Dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan ini, saya dan rakanrakan seperjuangan saya terpaksa bertapa di dalam perpustakaan bagi
mencari buku rujukan yang mencukupi. Saya dan rakan saya tidak boleh
bergantung kepada maklumat yang terdapat di internet sahaja kerana
maklumat yang ada belum mencukupi. Tambahan pula, apabila membaca
pelbagai buku, kami akan mendapat lebih banyak maklumat, sekaligus
lebih memahami mengenai konsep kemahiran bahasa dan kemahiran
bernilai tambah.

Kadangkala kami perlu menunggu giliran meminjam

kerana buku yang ada adalah terhad. Namun, hal itu tidak mematahkan
semangat saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk terus berusaha
menyiapkan tugasan ini.

Bak kata pepatah, Manakan dapat sagunya,

kalau tak dipecahkan ruyungnya.


Dalam tugasan kali ini, saya dan rakan sekumpulan dikehendaki
menganalisis kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah yang
terdapat dalam RPH yang telah dipilih.

Justeru, sebelum menganalisis

RPH tersebut, sudah tentulah saya dan rakan-rakan perlu memahami


konsep kedua-dua kemahiran tersebut.

Walaupun kadangkala, hal ini

memeningkan kepala kami, perjuangan tetap perlu diteruskan.

Apabila

menemui jalan buntu, saya dan rakan-rakan sekumpulan akan berjumpa


dengan pensyarah pembimbing, Encik Jeyagobi bagi meminta penjelasan.
Kebiasaanya,

Encik

Jeyagobi

akan

dapat

membantu

merungkaikan

masalah yang ada dan beliau tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu
yang ada.
Setelah memahami konsep kedua-dua kemahiran tersebut, barulah
saya dan rakan-rakan dapat menyambung kembali misi kami untuk
menyelesaikan

tugasan

ini.

Saya

mendapati

bahawa

kedua-dua

kemahiran ini merupakan kemahiran yang penting untuk diterapkan


dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Seperti yang telah

diketahui umum, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan


semua rakyat Malaysia mestilah menguasainya. Oleh itu, tanpa ragu dan
sangsi, memang wajarlah kemahiran bahasa dimasukkan dalam RPH.
Kemahiran Bernilai Tambah ini pula menyahut seruan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat yang seimbang dan harmonis.
Semasa berusaha menyelesaikan tugasan ini, saya mendapati
bahawa bukan senang untuk menjadi seorang guru yang benar-benar
berjiwa pendidik. Sebagai seorang guru, saya mestilah menjadi seorang
yang sentiasa berfikiran terbuka dan menghargai murid-murid yang ada di
dalam kelas.

Saya perlu sentiasa ingat bahawa murid-murid di dalam

kelas terdiri daripada pelbagai latar belakang dan keupayaan.

Justeru,

Teori Pelbagai Kecerdasan perlu dipegang dan diaplikasikan di dalam


kelas.
Saya juga tertanya-tanya sama ada saya mampu atau tidak menjadi
seorang guru yang benar-benar berjiwa pendidik.

Memetik kata-kata

seorang pensyarah saya, seorang guru mestilah seorang yang berilmu


tinggi dan rajin membaca. Dengan adanya ilmu yang tinggi, guru akan
dapat memberikan kefahaman kepada murid-murid.

Ilmu yang ada

mestilah dikongsikan dengan murid-murid tanpa mengharapkan balasan.


Kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah juga perlu dikuasai
dengan baik agar guru dapat menjadi contoh teladan yang baik.
Dalam usaha untuk menjadi seorang pendidik yang baik, hati mesti
dijaga agar sentiasa ikhlas dalam mendidik generasi yang akan membina
negara ini. Tanpa hati yang ikhlas, mungkin apa yang ingin disampaikan

kurang masuk ke dalam jiwa anak didik kita nanti.

Dengan adanya

keikhlasan dalam hati, saya yakin, seorang guru pasti akan berjaya
menyentuh hati anak didiknya dan sekaligus berjaya menyediakan anakanak didiknya untuk berhadapan dengan dunia sebenar.
Erti persahabatan juga semakin saya fahami sepanjang saya melalui liku-liku
perjalanan untuk menuju ke matlamat kami, iaitu untuk menyiapkan kerja kursus ini
sebaik mungkin. Sahabat-sahabat seperjuangan saya, Nur Atikah dan Shezwani
banyak menunjukkan nilai-nilai murni kepada saya. Saya semakin mengerti bahawa
dalam usaha kita untuk mencapai matlamat, sahabat amat diperlukan, terutama
ketika kita berasa lemah dan mula mahu mengalah. Sesungguhnya, persahabatan
yang murni amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu kerja yang lebih baik. Di
samping itu, kerjasama yang erat dan kukuh dalam kalangan rakan seperjuangan
juga sangat penting bagi membantu kita untuk menghadapi apa jua cabaran dan
dugaan. Sungguh, kata-kata Wonderpets (satu rancangan kartun di televisyen)
memang benar, apabila mereka mengata bahawa, Apa yang penting? Kerjasama!.
Sesungguhnya, memang banyak pengalaman yang saya perolehi. Tambahan
pula, ada orang bijak pandai yang mengatakan bahawa pengalaman itu adalah guru
yang terbaik. Jadi saya merasakan bahawa pengalaman yang saya perolehi ini,
merupakan satu pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti kerana ianya amatlah
berharga.

Sesungguhnya, pengalaman ini tidak boleh dijual beli, hatta dengan

segunung emas dan selaut perak sekalipun.


Secara tuntas, apa yang saya dan rakan-rakan saya telah lakukan bukanlah
sesuatu yang sia-sia kerana ilmu itu luas dan perlu sentiasa kita timba. Walaupun
hanya bermula dengan paksaan, ianya menjadi sesuatu yang amat kami hargai.
Sekiranya kami bertindak untuk mengangkat bendera putih sebelum berjuang,
maka, kami akan menjadi orang yang paling malang sekali kerana melarikan diri
daripada ilmu. Semoga apa yang diperolehi ini, dapat memberi manfaat kepada
semua pihak, terutamanya bagi insan-insan yang mendahagakan ilmu.

(RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI)

Anda mungkin juga menyukai