Anda di halaman 1dari 4

Rekreasi Matematik akan membantu para murid sekolah rendah untuk

memahami kepentingan konsep Matematik dengan hanya bisikan kalbu.


Contohnya, nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata,
proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka
bermain.Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain
Rekreasi Matematik. Murid-murid mesti diberi peluang iaitu menjadikan minat
Matematik berakar umbi dalam diri jiwa melalui aktiviti permainan Matematik
sekolah rendah yang disediakan serta yang menyeronokkan. Sekiranya, anda
bersetuju dengan pendapat tersebut, maka anda telah menjumpai laman yang
betul.
Kepentingan permainan
Permainan, menari dan menyanyi adalah termasuk dalam bermain sama ada
secara sedar atau tidak. Semua budaya terikat dengan bermain dan mereka
mengambilnya secara serius.
Permainan boleh menjadi imaginasi, realiti, ikutan, perbezaan, pertikaian,
dorongan dan kegembiraan. Bermain dan permainan merupakan aktiviti kanakkanak dan orang dewasa walaupun permainan kanak-kanak mempunyai nilai
budaya yang berbeza.
Aktiviti permainan adalah berkait rapat dengan matematik. Setiap permainan itu
mengandungi dua unsur iaitu alatan dan peraturan permainan.Dalam aktiviti
permainan pula, ia menerangkan dua unsur utama iaitu simbol matematik dan
prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seterusnya.
Semua budaya mempunyai banyak aktiviti bermain dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Ia juga adalah satu aspek yang penting dalam
kehidupan berbudaya.
Vygotsky membantah bahawa pengaruh bermain
dalam perkembangan kanak-kanak adalah sangat besar, ia adalah salah untuk
memikirkan bahawa bermain itu hanyalah untuk kanak-kanak sahaja tetapi
bermain itu juga merupakan untuk orang dewasa.
Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan
dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara
yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu
perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat
meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari
nilai nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lainlain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi
proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang
betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif
pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman,
kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan
mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua
murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau

salah dalam sesutu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar muridmurid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan
tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil
masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek
psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan,
keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang
boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan
sebagai pengganti guru.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat terhadap bidang
Matematik. Ibu bapa perlu menyediakan banyak permainan Matematik dan alat
mainan Matematik yang banyak bagi membantu anak-anak memahami
kepentingan konsep Matematik . Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lainlain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum
semasa mereka bermain.
Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain
permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau
pelajar (jika anda ialah para guru) mesti diberi peluang agar dapat menjadikan
minat terhadap Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti
permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Kanak-kanak tidak perlu
melepaskan peluang keemasan ini.
Kanak-Kanak Tadika Belajar Matematik Melalui Pengalaman Seharian Bukan
melalui penghafalan! Cuba anda meneliti pemahaman anda terhadap konsep
asas Matematik. Satu soalan yang paling digemari dan sering ditanya ialah:
Kenapakah dua campur dua jadi empat? Jawapannya ialah empat dan tidak ada
alasan kenapa jawapannya bukan empat. Saya berpendapat bahawa adalah
lebih baik sekiranya kanak-kanak diajar Matematik melalui pendedahan masingmasing terhadap nombor dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya melalui
permainan dan keriaan. Sama ada anda ialah seorang guru atau ibu bapa,
permainan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak kesayangan anda
mempelajari Matematik melalui pendedahan yang berulang, aritmetik, saiz dan
konsep Matematik yang lain
Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah satu permainan yang mempunyai
peraturan yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta
operasi asas operasi tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan
dengan hanya menggunakan sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO.
Apabila kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran menambah nombor 1
kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan mereka bermain
permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga Pancingan atau
bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan! Ini akan mendorong kanakkanak explore permainan ini dan gembira dengan permainan Matematik ini.
Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi
tambah, bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanakkanak tentu suka akan permainan Matematik kerana permainan ini
menggabungkan konsep Matematik dengan visual gambar yang berwarna-warni.

Kanak-kanak memang gemar kepada permainan yang ada visual dan berwarnawarni. Jika permainan operasi tambah tadika dapat mengajar kanak-kanak
menguasai operasi tambah, maka kamu boleh memperkenalkan permainan
tadika operasi tolak kepada kanak-kanak pula. Yang paling penting ialah objektif
pembelajaran matematik tercapai sepenuhnya dan pelajar atau anak-anak
gembira dan menyukai subjek Matematik.

Pengaplikasian Teori Bruner dan Pembelajaran Induktif dengan unsur permainan


dalam matematik.
Teori pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan pembelajaran matematik awal
kanak-kanak ialah teori pembelajaran Bruner. Dalam teori ini, Brunermenyatakan
bahawa kanak-kanak mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman
merekadalam mempelajari matematik iaitu melalui perwakilan enaktif, ikonik
dan simbolik. Peringkatenaktif merupakan peringkat bagi kanak-kanak membuat
manipulasi pengajaran secaralangsung dan aktivit yang dilakukan oleh kanakkanak adalah berdasarkan pergerakantubuh badan mereka sendiri. Sebagai
contoh, kanak-kanak mempelajari mengenai jarak jauh dan dekat melalui aktiviti
berlari dalam dua jarak yang berbeza iaitu jarak jauh dan jarakyang dekat.
Dalam peringkat ikonik pula, kanak-kanak akan menunjukkan bahawa
merekaberupaya untuk belajar dengan menggabungkan penggunaan mental
mereka dengan imej.Sebagai contoh, kanak-kanak sudah boleh menggunakan
simbol (+) bagi mewakili operasipenambahan yang dilakukan dalam
pembelajaran matematik. Kanak-kanak juga sudahboleh menukarkan ayat
penyelesaian masalah kepada ayat matematik yang melibatkansimbol operasi
sama ada tambah atau tolak. Peringkat simbolik pula menyatakan bahawakanakkanak berupaya membuat manipulasi mengenai simbol-simbol dalam
operasimatematik dan berkeupayaan untuk memahami konsep abstrak. Hal ini
dapat dibuktikanmelalui penggunaan kad nombor dalam pengajaran matematik
kanak-kanak. Inimenunjukkan kanak-kanak sudah dapat membayangkan simbol
nombor yang merekapelajari.Implikasi teori pembelajaran ini dalam proses
pembelajaran matematik kanak-kanakialah guru perlu memberi kanak-kanak
peluang mempelajari matematik denganmenggunakan objek di sekitar mereka
dan galakkan kanak-kanak ini untuk membinapengalaman belajar sendiri.
Sebagai contoh, guru memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal
nombor melalui permainan bongkah kayu. Galakkan mereka untukmengira
menggunakan bongkah kayu tersebut satu demi satu. Selain itu, aktivit lain
yangboleh dilakukan adalah mengira menggunakan butang kecil di atas kad
manila mengikutkategori nombor. Galakkan kanak-kanak untuk meletakkan
butang kecil dalam kotak yangdisediakan mengikut nombor yang betul. Dengan
ini, kanak-kanak akan dapat merasaisendiri cara mengira menggunakan butang.
Contoh aktiviti dapat dilihat dalam gambar dibawah:
Implikasi seterusnya adalah dengan menggunakan objek, carta atau gambar
yangmudah bagi membantu kanak-kanak memahami pembelajaran matematik.
Contohnya, gurumenyediakan buku latihan matematik yang mengandungi

operasi mudah yang dapatmembantu kanak-kanak untuk mengenal simbol


nombor tesebut. Melalui buku latihan ini,kanak-kanak melihat, mengingat dan
menulis sendiri nombor tersebut. Cara lain adalah gurumemperkenalkan simbolsimbol yang terdapat dalam pembelajaran matematik mudahseperti simbol (+),
(-), (=) dan sebagainya supaya apabila mereka melihat simbol-simbol inidalam
ayat matematik, mereka akan tahu kegunaan simbol-simbol tersebut. Aktivit
lainadalah membuat permainan meneka nombor. Hanya sediakan satu lubang
bagi sampulyang mengandungi nombor di dalamnya. Kemudian suruh kanakkanak untuk teka simbolyang terdapat dalam sampul tersebut. Cara ini dapat
membantu kanak-kanak untukmengingat simbol nombor tersebut dengan
baik.Tambahan lagi, guru perlu menyusun proses pengajaran dengan betul iaitu
daripadasenang kepada susah supaya kanak-kanak tidak menghadapi kesulitan
dalam mempelajarimatematik secara berperingkat. Cara ini dapat menangkis
pemikiran negatif kanak-kanaktentang pembelajaran matematik. Guru juga perlu
mengambil kira kesediaan kanak-kanaktersebut untuk mempelajari sesuatu
pembelajaran dalam matematik. Sebagai contoh,sekiranya kanak-kanak masih
tidak mahir dalam proses pengiraan dan pengenalan simbolnombor, guru
dilarang untuk memaksa kanak-kanak mempelajari operasi penambahan
iaituperingkat yang susah bagi kanak-kanak.sekiranya dilakukan secara paksaan,
kanak-kanakakan hilang minat untuk mempelajari matematik.Implikasi terakhir
untuk teori pembelajaranBruner adalah guru perlu mewujudkan peluang untuk
kanak-kanak merasa sendiri prosesmenyusun, menganalisis dan membuat
sistesis. Proses ini penting supaya kanak-kanakdapt memupuk rasa seronok
dalam belajar mengenai matematik kerana mereka dapatmelakukan sendiri
setiap aktiviti sambil belajar mengenainya.

Anda mungkin juga menyukai