Anda di halaman 1dari 5

Bagaimana blog dapat memberi manfaat kepada usahawan dari segi memuaskan

produk dan servis

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada


masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia
juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam
tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang
perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan
harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan
teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat
tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi akan bertambah pantas dan
bukan sebaliknya.
Dewasa ini, masih ramai lagi yang masih tidak mengetahui apa itu blog? Blog
atau singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris adalah sebuah laman web yang
kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan
tertib terbalik. Kebiasaanya blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu
tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog
berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian Dengan blog, anda boleh
menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini
anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat
yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah
tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.
Sebenarnya, penggunaan blog adalah lebih baik berbanding laman web yang
biasa. Ini kerana penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian atau search engine
untuk mencari kandungan yang kemaskini. Manakala kandungan dalam sesuatu blog
lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda
melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan
dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut. Selain itu, blogger atau
penulis blog

tidak perlu

menjadi

pakar

bahasa

pengaturcaraan

web

untuk
1

membangunkan blog. Blogger boleh menggunakan laman blog percuma atau membina
blog sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbuka.
Usahawan-usahawan online banyak menggunakan blog untuk

memasarkan

produk-produk mereka terutamanya ibu muda kepada anak-anak kecil yang berusaha
dengan sedaya upaya untuk meraih wang tambahan secara online. Ada yang menjual
pakaian bayi, ada yang menjual buku agama, ada yang menjual kelengkapan untuk
pembelajaran anak-anak seawal usia 2 hingga 4 tahun dan tidak kurang juga menjadi
ejen hartanah. Semuanya di lakukan melalui blog. Ini menunjukkan walaupun sistem
atau teknik pemasaran online makin bertambah, namun pemasaran melalui blog masih
wujud sengatnya dan masih relevan untuk digunapakai bagi meraih pendapatan melalui
internet.
Memang diakui kebanyakan pengguna internet memang gemar melayari blog
dan membacanya, ada yang follow dan ada yang subscribe untuk mendapatkan update
terkini. Dengan meihat kepada kadar peratusan yang tinggi pengguna internet yang
gemar mengunjungi blog, ia memberi peluang kepada usahawan untuk memasarkan
servis dan produk mereka.
Berdasarkan fakta, usahawan kecil yang menggunakan blog untuk memasarkan
produk mereka menerima jualan lebih dari 126% berbanding peniaga yang tidak
pernah langsung menggunakan blog untuk proses pemasaran. Apabila usahawan yang
mempunyai blog ada banyak follower, maka tanpa facebook juga blog usahawan
tersebut

kekal hidup dengan peminat setia. Apabila sesebuah blog menawarkan

kandungan perkongsian yang menarik dan bernilai kepada pembaca, mereka bukan
sahaja dapat mengukuhkan jenama perniagaan mereka malah dapat menambahkan
lagi jumlah pengikut mereka dari masa ke semasa.

Melalui blog, ia menjadi kelebihan penting kepada setiap usahawan yang


progresif dan mahu sentiasa membangun. Dalam masa yang sama boleh menaikkan
imej dan kredibiliti usahawan. Pelanggan mendapat maklumat mengenai promosi atau
aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui blog dan seterusnya ia dapat
meningkatkan produktiviti usahawan itu sendiri. Dengan kata lain, blog telah memberi
manfaat kepada para pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada
syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yang memaksimumkan hasil
sesebuah syarikat.
Penulisan blog bisnes kini menjadi medium baru kepada para usahawan dalam
aspek pemasaran dan promosi.Penulis atau pemilik blog bisnes sedar akan
kepentingan membina hubungan baik dengan pelanggan menerusi maklumat dan
penyampaian berkesan mengenai produk dan perusahaan yang dijalankan. Kini, aspek
penulisan dalam memikat hati pelanggan sudah seperti menjadi satu kemestian.
Grafik, foto dan warna yang menarik sebagai hiburan kepada mata pembaca.
Kandungan fakta grafik berwarna-warni adalah pendekatan yang tepat untuk menarik
perhatian pembaca. Infografik mungkin akan meningkatkan jumlah pengunjung laman
sosial anda dan membawa sejumlah besar trafik pembaca ke blog usahawan internet.
Blog juga mempunyai kelebihan dari segi kos atau modal yang murah dan
dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Purata memulakan
perniagaan online bermula modal serendah RM200 ke RM1,000. Selain itu, usahawan
blog juga bebas menentukan waktu bekerja. Jika sesorang usahawan itu mempunyai
pekerjaan tetap, beliau masih boleh lakukan perniagaan selepas waktu bekerja. Jadi,
tiada had masa untuk anda dalam menguruskan perniagaan blog ini.
Bahkan para usahawan juga tidak perlu sewa pejabat atau kedai. Dengan
perniagaan blog, sebenarnya usahawan sudah memiliki pejabat dan kedai maya anda
itu. Semua tempat di mana usahawan tersebut

berada adalah pejabat dan kedai.

Cuma hanya memerlukan kelengkapan seperti laptop atau PC, dan talian internet.
Kelebihan lain adalah usahawan juga tidak perlu bergerak ke sana ke mari untuk
berjumpa pelanggan atau menghantar produk. Usahawan hanya boleh berkomunikasi
3

pelanggan melalui komputer. Jika ingin menghantar informasi hanya melalui sistem
email, video dan pelbagai lagi tools yang terdapat di laptop atau PC. Selain itu, ia juga
bagi memudahkan para pelanggan anda merujuk sebarang maklumat produk, servis
dan perkhidmatan yang anda tawarkan, testimoni pelanggan, pembelian secara online
dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan blog perniagaan anda.
Usahawan juga tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis perniagaan sahaja,
malah bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang kita mahu. Ini kerana
setiap perniagaan boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau
peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu
bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya menambah perniagaan dari masa
ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan
untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan.
Berbanding platform media sosial yang lain, yang ada pasang dan surutnya,
serta banyak persaingan dan perubahan polisi, blog sentiasa menjadi pilihan utama dan
relevan untuk jangka masa yang lama. Ini kerana, setiap yang melayari internet akan
mencari maklumat lanjut berkaitan sesuatu perkara. Dan biasanya mereka akan
merujuk dan membaca artikel-artikel di blog.
Apabila

mula menulis dan berkongsi sesuatu bersama para pengikut dan

pembaca blog bisnes kita, secara tidak langsung ianya akan membantu kita untuk
mendapat idea-idea baharu yang boleh kita gunakan untuk memantapkan lagi bisnes
yang sedang dijalankan. Melalui perkongsian berterusan kita kepada mereka yang
mengikuti kita di blog, kita secara tidak langsung mengajak mereka untuk suka dan
cinta terhadap produk dan bisnes kita. Melalui blog yang sarat dengan perkembangan
terkini bisnes, ianya boleh menjadi markah bonus kepada kita sebelum prospek
tersebut bertindak membuat pembelian. Hal ini kerana, mereka telah melihat bukti-bukti
nyata bahawa bisnes kita benar-benar serius dan bukan bisnes main-main.
Kesimpulannya, mewujudkan

blog

untuk

perniagaan mempunyai

banyak

kebaikannya yang tersendiri. Sebagai seorang pemilik bisnes yang mahu menjaga
kelangsungan bisnes agar jenama bisnes terus melekat rapat dalam minda dan terus
4

dicintai pelanggan, blog boleh membantu para usahawan. Kerjasama dalam bisnes
adalah perkara biasa. Melalui kerjasama, bisnes kita boleh menawarkan lebih nilai
kepada pelanggan sedia ada tanpa perlu bersusah payah melakukannya daripada
mula. Melalui blog, bisnes mempunyai potensi yang cukup besar untuk dijumpai oleh
rakan-rakan yang berada di dalam industri yang sama dengan kita. Kerjasama awal
boleh bermula melalui blog sekaligus berpotensi menjemput lebih banyak kerjasama
yang lebih besar pada masa akan datang.
Walaubagaimana mudah sekalipun

perniagaan melalui blog ini, namun,tidak

dinafikan ianya tetap mempunyai cabaran dan kekangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka
yang berhasrat menjalankan perniagaan secara sambilan. Yang penting kita harus
ingat, dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dan berikan komitmen sepenuhnya ke
atas apa jua perniagaan yang diceburi.

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog

Anda mungkin juga menyukai