Anda di halaman 1dari 21

PELAN PENYELARASAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA:

PERANAN DAN CABARAN JAKIM


Dibentangkan oleh:
YBhg. Dato Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENDAHULUAN
Undang-undang Islam semenjak dahulu lagi telah mempunyai ciri-ciri evolusi yang
begitu menarik untuk diperkatakan. Perkembangan sistem perundangan Islam sejak
dari zaman Rasullullah SAW, para Sahabat RA, para Khulafa al-Rasyidin, para tabiin
sehinggalah zaman penyebaran agama Islam ke seluruh dunia, antara lain
menyaksikan

bahawa

pengubahsuaian

dan

penyesuaian

dibuat

demi

untuk

memastikan bahawa undang-undang Islam sesuai pada semua masa, tempat dan
keadaan.
2.

Dalam konteks negara kita Malaysia, undang-undang Islam telah pun menjadi

undang-undang tempatan (lex loci) lebih awal sebelum kedatangan penjajah Portugis,
Belanda dan Inggeris lagi.

Negeri Melaka contohnya, menjadi pusat penyebaran

agama Islam yang terkenal di Nusantara dan setanding dengan Kerajaan Acheh yang
lebih awal menerima Islam.

Selain itu, kesemua penghuni Tanah Melayu yang

berbilang bangsa dan agama pada waktu itu menjadikan undang-undang Islam sebagai
sumber perundangan dalam kehidupan sehari-hari. Dalam hal ini, tanpa usaha
pengkayaan ilmu, pentadbiran yang bersistematik dan kesabaran yang tinggi yang
diwarisi oleh para ulama dan umara pada zaman itu, adalah mustahil undang-undang
Islam boleh diletakkan di suatu tahap yang tertinggi dalam negara ini selain dapat
bertahan sebegitu lama sehingga ke hari ini. Atas dasar ini, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) cuba meneladani semangat golongan umara silam yang telah berjaya
mendaulatkan undang-undang Islam ke mercu kegemilangan.
1

SEJARAH PENUBUHAN JAKIM


3.

Proses penubuhan Jakim bermula dengan pewujudan sebuah urus setia kepada

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1969
selepas MKI ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968. Pada tahun 1974
pula, urus setia MKI telah dinaik taraf kepada Bahagian Agama di Jabatan Perdana
Menteri yang kemudiannya pada tahun 1985 dijenamakan semula sebagai Bahagian
Hal Ehwal Islam (Baheis), Jabatan Perdana Menteri.
4.

Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam

semasa, struktur pentadbiran Baheis ini telah disusun semula. Maka pada 2 Oktober
1996, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan supaya Baheis
dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan berkuat kuasa pada 1 Januari 1997 yang
dinamakan sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
5.

Penubuhan Jakim dilihat sebagai salah satu landasan dalam memenuhi

keperluan masyarakat Islam seiring dengan perkembangan dan pembangunan negara


yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
PERANAN YANG DIJALANKAN OLEH JAKIM
6.

Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat

persekutuan serta urus setia kepada MKI, maka Jakim melaksanakan tiga fungsi utama
berikut:
Fungsi 1 : Penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarak
(i)

Menyelaraskan dan melaksanakan arahan Majlis Raja-Raja mengenai


urusan agama Islam melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia (MKI);

(ii)

Menyelaraskan dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh


Malaysia;

(iii)

Menggubal akta dan undang-undang Islam bagi Wilayah-Wilayah


Persekutuan;

(iv)

Menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang syarak negeri-negeri;

(v)

Menyelaraskan fatwa dan pematuhan pelaksanaannya.

Fungsi 2 : Penyelarasan Pentadbiran Islam


(i)

Mengawal penyelewengan akidah kepada kumpulan yang menyeleweng


dan mengancam keselamatan negara;

(ii)

Menyelaraskan pentadbiran hal ehwal Islam antara negeri-negeri;

(iii)

Merancang dasar-dasar pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam


berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan;

(iv)

Membina pemikiran Islam yang mantap di kalangan ummah berdasarkan


pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah;

(v)

Meneraju usaha-usaha penyelidikan isu-isu semasa dalam bidang akidah,


syariah, falak dan muamalat di peringkat kebangsaan, serantau dan
antarabangsa;

(vi)

Melahirkan kader-kader pendakwah dan ilmuwan Islam melalui program


latihan di institusi-institusi latihan Islam;

(vii)

Memantau dan menyelaraskan pelaksanaan dasar-dasar Islam, iaitu


Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari di
peringkat kementerian dan negeri, serta memperkasakan kefahaman dan
penghayatannya di kalangan masyarakat;

(viii)

Mewujudkan penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam melalui


penggubalan Standard Hadhari;

(ix)

Menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat berkaitan Islam kepada agensi
kerajaan dan swasta;

(x)

Menjadi agensi pemantau unggul dalam pematuhan syariah dalam


pelbagai produk perkhidmatan dan kepenggunaan Islam khususnya
dalam bidang sistem kewangan Islam dan industri halal;
3

(xi)

Menyerlahkan syiar Islam di peringkat kebangsaan, serantau dan


antarabangsa

melalui

Majlis

Tilawah

Al-Quran

Kebangsaan

dan

Antarabangsa serta sambutan hari-hari kebesaran Islam;


(xii)

Menjadi pusat maklumat dan dokumentasi setempat berkaitan dengan


pemikiran dan ilmu-ilmu Islam yang dihasilkan melalui pelbagai forum dan
persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

(xiii)

Meningkatkan kolaborasi rangkaian dakwah dengan badan-badan bukan


kerajaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

(xiv)

Meneraju gerakan dakwah secara bersepadu kepada kumpulan sasar


melalui dakwah bil-hal, media cetak, media elektronik dan media-media
baru;

(xv)

Memperkasakan survival umat Islam Sabah dan Sarawak dalam bidang


pendidikan, dakwah dan sosioekonomi;

(xvi)

Memperkasakan perpaduan di kalangan umat Islam untuk menjadi khaira


ummah;

(xvii) Memperkasakan dakwah kepada masyarakat bukan Muslim, Orang Asli


dan kumpulan minoriti;
(xviii) Memperkasakan pengurusan saudara baru melalui aspek bimbingan,
kebajikan dan perlindungan;
(xix)

Memperluaskan program dan rancangan berunsur Islam melalui stesen


radio dan televisyen;

(xx)

Memperluaskan program berunsur nilai murni dan sahsiah Islamiah bagi


menangani gejala sosial;

(xxi)

Memperkukuhkan institusi keluarga dan kejiranan melalui pendidikan dan


kemahiran keibubapaan berkonsepkan tarbiah Islamiah;

(xxii) Membangunkan

dan

menyediakan

sistem

maklumat

Islam

yang

komprehensif melalui teknologi informasi dan komunikasi;


(xxiii) Memperkasakan
persekutuan

dan

pengurusan
negeri

hal

melalui

perkhidmatan.

ehwal

Islam

di

program-program

agensi-agensi
latihan

dalam

Fungsi 3 : Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam


(i)

Membangunkan pasukan pakar dalam pelbagai bidang keilmuan Islam;

(ii)

Menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi dan penyelidikan alQuran dan al-Hadith di peringkat serantau dan antarabangsa;

(iii)

Membangunkan dan menyelaraskan pengurusan pendidikan Islam


sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat;

(iv)

Membangunkan dan menyelaraskan program Kelas al-Quran dan Fardu


Ain (KAFA) dalam arus pendidikan kebangsaan;

(v)

Memperkasakan peranan dan program pengimarahan institusi masjid


sebagai pusat pembangunan ilmu dan ketamadunan ummah yang
melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

PELAN STRATEGIK JAKIM 2009-2014


7.

Selaras dengan dasar Kerajaan di bawah Government Transformation Programme

(GTP), dokumen Pelan Strategik JAKIM 2009-2014 diwujudkan bagi menjelaskan hala tuju dan
rangka kerja Jakim bagi tempoh lima tahun. Pelan ini digubal dengan mengambil kira isu-isu
dan cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam. Pelbagai agenda kritikal telah ditentukan
untuk diberi tumpuan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Pelan stategik ini turut menjadi

panduan bagi membantu Jakim memacu transformasi pengurusan hal ehwal Islam dengan
lebih berkesan. Dari segi matlamatnya, pelan strategik ini menjadi acuan kepada operasi Jakim
bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai umat
terbilang (khaira ummah). Ia sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga Jakim
bagi merancang dan melaksanakan program-program berdasarkan kepada strategi yang telah
ditetapkan.

PENYELARASAN DAN PENYERAGAMAN UNDANG-UNDANG


8.

Berdasarkan peranan dan fungsi Jakim seperti yang disenaraikan di atas, Jakim,

antara lain, telah diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyeragamkan


undang-undang Islam seluruh negara. Bagi Jakim, tanggungjawab tersebut bukanlah
suatu yang mudah untuk dilakukan oleh sebuah agensi yang ditubuhkan di peringkat
5

persekutuan. Usaha-usaha yang dijalankan perlulah dibuat secara berhikmah dan


mematuhi jadual pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri
seperti yang diperuntukkan di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
9.

Bagi tujuan tersebut, Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia (MKI) Kali ke-32 pada 12 Februari 1988 telah bersetuju menubuhkan
Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang Syarak dan Sivil yang berfungsi untuk
menggubal, meneliti dan menyemak undang-undang Islam bagi tujuan penyelarasan
dan penyeragaman. Mesyuarat pertama Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
YBhg. Dato Dr. Abdul Hamid Othman, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri ini telah diadakan pada 6 Mei 1988 dan telah turut dihadiri
oleh YBhg. Dato Dr. Mohd. Yusof Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal
Undang-Undang Syarak dan Sivil sebagai jawatankuasa bertindak dan menjadi
pelaksana kepada Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang Syarak dan Sivil.
10.

Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil dianggotai oleh ahli-

ahli yang pakar dalam bidang undang-undang sivil dan undang-undang Syariah.
Pengerusinya yang pertama ialah Allahyarham Profesor Tan Sri Datuk Dr. Ahmad bin
Mohd Ibrahim, Syekhul Kulliyyah Undang-Undang atau lebih dikenali sebagai Prof.
Ahmad Ibrahim. Pada awal penubuhan jawatankuasa ini, ia terdiri daripada enam orang
ahli termasuk pengerusi, dan bilangan tersebut bertambah serta keahliannya bertukarganti disebabkan kematian, peletakan jawatan dan lain-lain. Jawatankuasa ini juga
diurussetiakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang yang beroperasi di Jakim.
11.

Pada peringkat awal, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil

telah menubuhkan beberapa Jawatankuasa Kumpulan Kerja bagi menyediakan


undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang perlu ke arah
mengadakan, memperkemas serta menyeragamkan undang-undang dan peraturanperaturan pentadbiran mengenai hal ehwal Islam di seluruh negara, seperti yang
berikut:

(i)

Jawatankuasa Kumpulan Kerja menyediakan undang-undang mengenai


pentadbiran harta;

(ii)

Jawatankuasa Kumpulan Kerja menyediakan undang-undang mengenai


wasiat;

(iii)

Jawatankuasa Kumpulan Kerja menyediakan undang-undang mengenai


wakaf;

(iv)

Jawatankuasa Kumpulan Kerja Reciprocal (menyediakan undang-undang


mengenai kerjasama antara negeri-negeri);

12.

Melalui penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kumpulan Kerja tersebut,

usaha untuk mewujud dan mempelbagaikan undang-undang, peraturan-peraturan dan


kaedah-kaedah yang lebih lengkap, terperinci dan seragam akan dapat dibuat secara
lebih sempurna dan menyeluruh dengan harapan supaya ia dapat diterima pakai oleh
semua Negeri di Malaysia.
Fungsi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Sedia Ada
13.

Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang diurus setiakan

oleh Jakim berperanan melaksanakan salah satu fungsi Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam (MKI) dari aspek perundangan seperti yang terkandung dalam
Perkara 7(b) Peraturan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
sebagaimana yang berikut :
7. Tugas-tugas Majlis ialah :
(b) memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis
Ugama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan
atau pentadbiran Ugama Islam dan pelajaran Ugama Islam, dengan tujuan
hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalak persamaan undangundang atau pentadbiran.
14.

Pada awal penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil,

fungsi utama jawatankuasa adalah untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah


7

Syariah, memartabatkan Mahkamah Syariah dan menggubal serta menyelaras undangundang Islam di Malaysia.
15.

Dalam melaksanakan fungsinya, jawatankuasa itu mengadakan perbincangan

dengan negeri-negeri melalui Majlis Dialog Undang-Undang dan Persidangan


Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil yang keahliannya terdiri daripada MuftiMufti, Ketua-Ketua Hakim Syarie, Penasihat-Penasihat Undang-undang Negeri,
Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Negeri dan Setiausaha-Setiausaha Majlis Agama
Islam Negeri seluruh Malaysia.
16.

Forum-forum tersebut amat penting bagi mendapatkan maklum balas dan input-

input daripada negeri-negeri sebelum sesuatu draf undang-undang dimuktamadkan


gubalannya dan diselaras serta diseragamkan di seluruh Malaysia. Oleh itu,
permasalahan perbezaan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Islam di
Wilayah-Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri dapat diminimumkan.
Sumbangan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil
17.

Sejak Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan,

Jawatankuasa ini telah memberikan sumbangan dan jasa yang begitu besar kepada
negara khususnya dalam penggubalan dan penyelarasan undang-undang Islam.
Antara sumbangan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Teknikal
Undang-Undang Syarak dan Sivil adalah seperti berikut :
(i)

Menyediakan enam rang undang-undang model Islam yang seragam


dalam usaha penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam
seluruh negeri, iaitu Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, UndangUndang Keluarga Islam, Undang-Undang Tatacara Mal, Undang-Undang
Tatacara Jenayah Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah
Syariah dan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah. Pada 22 Mac
2001 Majlis Raja-Raja telah bersetuju untuk menggunapakai lima rang

undang-undang berkenaan kecuali Rang Undang-Undang Kesalahan


Jenayah Syariah.
(ii)

Menyelesaikan masalah atau konflik undang-undang yang terdapat dalam


Perlembagaan Persekutuan melalui pindaan kepada Perkara 121
Perlembagaan Persekutuan, dengan mewujudkan Perkara 121(1A) yang
memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah tanpa campur
tangan daripada Mahkamah Sivil dan pindaan kepada Perkara 5
Perlembagaan

Persekutuan

yang memperuntukkan tentang kuasa

penahanan dan penangkapan oleh Hakim Syarie sebagaimana kuasa


Majistret (1988);
(iii)

Memperkenalkan suatu inovasi yang baru terhadap dunia Islam melalui


pengenalan hak suami dan isteri dalam menuntut harta sepencarian;

(iv)

Mengatasi masalah ketidakseragaman keputusan dan pentadbiran


Mahkamah Syariah melalui usaha-usaha yang telah membuahkan hasil
seperti yang berikut :
(a)

Pengasingan Mahkamah Syariah daripada Jabatan Agama Islam


Negeri;

(b)

Penyusunan struktur Mahkamah Syariah kepada tiga peringkat,


iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan
Mahkamah Rayuan Syariah;

(c)

Meningkatkan taraf hakim Mahkamah Syariah setanding dengan


hakim mahkamah sivil;

(d)

Menyediakan peruntukan undang-undang yang lebih lengkap dan


kemas bagi Mahkamah Syariah; dan

(e)
(v)

Mewujudkan skim Pegawai Syariah (LS).

Membuat pindaan kepada Kanun Tanah Negara dengan memasukkan


peruntukan mengenai Mahkamah Syariah dalam usaha mengharmonikan
9

undang-undang Syariah dan Sivil, iaitu Seksyen 421A Kanun Tanah


Negara; dan
(vi)

Mencadangkan pindaan kepada undang-undang sivil agar selaras dengan


Hukum Syarak.

18.

Dari sudut penggubalan undang-undang Islam yang seragam, Jawatankuasa

Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil pada masa ini telah menggubal beberapa
undang-undang untuk Wilayah Persekutuan dan dijadikan model untuk diguna pakai di
seluruh negara. Persetujuan dasar negeri-negeri telah diperoleh semasa draf undangundang tersebut dibincangkan dalam Majlis Dialog dengan Negeri-Negeri dan dalam
Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil. Undang-Undang Islam
yang telah digubal di peringkat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan
Sivil adalah seperti yang berikut :
(i)

Rang

Undang-Undang

Wasiat

Orang

Islam

(Wilayah-Wilayah

Persekutuan;
(ii)

Rang Undang-Undang Faraid (Wilayah-Wilayah Persekutuan);

(iii)

Rang Undang-Undang Wakaf (Wilayah-Wilayah Persekutuan);

(iv)

Rang Undang-Undang Zakat dan Fitrah (Wilayah-Wilayah Persekutuan);

(v)

Rang

Undang-Undang

Sekolah

Agama

Islam

(Wilayah-Wilayah

Persekutuan);
(vi)

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan);

(vii)

Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama


Bukan Islam Kepada Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan);

(viii)

Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah


Persekutuan);

(ix)

Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam);

(x)

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan);

(xi)

Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan);


10

(xii)

Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) (Cara Pendaftaran, Jagaan dan Pengajaran Mualaf); dan

(xiii)

Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) (Perkahwinan, Perceraian dan Ruju).

19.

Di samping memberikan sumbangan yang begitu besar kepada negara, usaha-

usaha Jawatankuasa Teknikal ini juga telah menarik perhatian negara anggota
MABIMS (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura). Dalam hubungan ini, Negara
Brunei Darussalam didapati banyak menggunapakai undang-undang Islam yang
digubal oleh Jawatankuasa Teknikal.
20.

Oleh itu, sejajar dengan jasa, sumbangan dan kepentingan jawatankuasa ini

kepada pembangunan perundangan Islam, Jakim telah menyahut cabaran untuk


mentransformasikan perundangan Islam di Malaysia dengan mencadangkan supaya
jawatankuasa tersebut dinaik taraf dan diperkasakan menjadi sebuah suruhanjaya
supaya ia dapat berperanan dengan lebih cekap, berkesan dan segala keputusan yang
dibuat dapat dilaksanakan serta digunapakai di seluruh Malaysia.
Konsep Naik Taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil
Kepada Suruhanjaya
21.

Cadangan menaik taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan

Sivil Kepada Suruhanjaya dicadangkan meliputi konsep yang berikut :


(i)

Tujuan Penubuhan Suruhanjaya

Tujuan utama penubuhan Suruhanjaya Penyeragaman dan Penyelarasan


Undang-Undang

Syariah

adalah

untuk

menggubal,

menambahbaik,

menyeragam dan menyelaraskan undang-undang Islam di Malaysia setelah


mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja dan memberi pandangan serta
nasihat terhadap isu-isu semasa berhubung dengan undang-undang Islam.

11

(ii)

Kedudukan Suruhanjaya

Anggota suruhanjaya dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Cadangan nama anggota


suruhanjaya dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja atas nasihat

Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Cadangan nama
melalui MKI bertujuan untuk memberi peluang kepada negeri-negeri memberi
pandangan mengenai pelantikan anggota suruhanjaya.

Suruhanjaya turut

dianggotai lima wakil yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja yang akan bertindak
sebagai Jurucakap Majlis Raja-Raja dan tidak memerlukan nasihat daripada
MKI.
(iii)

Entiti Suruhanjaya

Suatu Undang-undang Suruhanjaya akan digubal bagi memperuntukkan kuasa


dan fungsi suruhanjaya serta perkara-perkara lain yang berkaitan seperti
keanggotaan, kelayakan anggota-anggota suruhanjaya, pembatalan pelantikan,
kewangan dan sebagainya.
(iv)

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

Fungsi dan kuasa suruhanjaya adalah seperti yang berikut:


(a)

Membantu Majlis Raja-Raja dalam memartabatkan undang-undang


Islam;

(b)

Menggubal model undang-undang Islam untuk diseragamkan


pemakaiannya di negeri-negeri;

(c)

Mengkaji dan mencadangkan pindaan kepada undang-undang


Islam yang sedia ada mengikut kehendak dan keperluan semasa;

(d)

Mengkaji dan mencadangkan pindaan kepada undang-undang


sedia ada ke arah penyelarasan undang-undang Syariah;

12

(e)

Memberi pandangan dan nasihat terhadap isu-isu semasa yang


menyentuh undang-undang Islam; dan

(f)

Membuat syor kepada Majlis Raja-Raja melalui MKI apa-apa


undang-undang

yang

akan

digubal,

ditambahbaik

atau

diseragamkan di seluruh Malaysia;


CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JAKIM
22.

Dalam usaha untuk menyelaraskan sistem perundangan Islam di Malaysia,

Jakim telah dan sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran sama ada berbentuk
fizikal mahu pun spiritual. Jakim juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah
dan tindakan golongan tertentu yang tidak memahami aspirasi Jakim yang berhasrat
untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini supaya kembali berdaulat dan
menjadi teras pemerintahan negara.
(i)

Era Globalisasi: Tuntutan Kumpulan Hak Asasi Manusia

23.

Kewujudan pelbagai konvensyen dan triti antarabangsa yang menuntut supaya

negara menjalankan dasar-dasar yang lebih terbuka khususnya dalam undang-undang


jenayah Syariah merupakan suatu cabaran besar bagi Jakim. Sebagai contoh, gerakan
Lesbian, Gay, Bisexual and Transgendered (LGBT) yang mempelopori konsep hak
asasi manusia tanpa sekatan menuntut supaya golongan lesbian, gay dan pondan
diiktiraf oleh perundangan di Malaysia. Tuntutan mereka itu telah disuarakan dalam
beberapa landasan, antaranya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan
badan-badan bukan kerajaan yang tertentu.
24.

Dalam hal ini, Jakim telah diheret sama untuk didesak supaya mengkaji semula

kesalahan

jenayah

Syariah

berhubung

dengan

golongan-golongan

tersebut.

Persoalannya, bolehkah Jakim membenarkan sesuatu amalan yang telah diharamkan


oleh hukum Syarak? Dalam hal ini, Islam hanya mengiktiraf ikatan perkahwinan yang
sah antara lelaki dengan perempuan sahaja, sedangkan perkahwinan atau perhubungan
sesama jantina sama ada lelaki sesama lelaki (homoseksual) mahupun wanita sesama
13

wanita (lesbian) adalah diharamkan dan ditolak, kerana perhubungan tersebut adalah
suatu yang berlawanan dengan sunnatullah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari


kalangan manusia, dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu
untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu?
(Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu ialah kaum yang melampaui
batas (keinginan kebanyakan haiwan)!.
(Surah al-Syu`ara: 165-166)

25.

Seterusnya, dalam membahaskan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki,

majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti
lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr.
Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan
begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Nabi SAW :
     :     
 "%&'(   '&
*  
Maksudnya: Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW melaknat
mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang
menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.
26.

Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek

gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

14

27.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa

Rasail lil Nisa menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita
sama ada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan
sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya,
haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Nabi SAW :
/&'      :  ''   
/&' 1" 0 ' ' 1" 0
* 
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah SAW telah
melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan
yang memakai pakaian lelaki
28.

Berdasarkan hujah di atas, adalah jelas bahawa tindakan Kerajaan Malaysia

untuk tidak mengiktiraf golongan LGBT adalah selaras dengan hukum Syarak. Pada
pandangan Jakim juga, hujah yang mengatakan bahawa pengiktirafan kepada LGBT
boleh dijadikan sebagai suatu bentuk dakwah adalah sangat mengelirukan. Dalam hal
ini, menjadi suatu kehairanan di pihak Jakim berhubung dengan kesediaan orang-orang
Islam sendiri untuk menjual kehormatan agamanya untuk mendapatkan sanjungan dan
penghargaan daripada pelopor-pelopor hak asasi manusia yang mengikut acuan barat
itu. Golongan-golongan yang mengaku sebagai pejuang hak asasi manusia ini juga
telah memburuk-burukkan agensi agama Islam sama ada Jakim mahu pun Jabatan
Agama Islam Negeri (JAIN) di negeri-negeri dalam pelbagai jaringan media massa.
Sesungguhnya, Jakim sentiasa bersedia untuk bermusyawarah dengan pihak-pihak ini
yang kurang memahami matlamat Syariah (maqasid Syariah) supaya mereka dapat
memahami dengan lebih jelas tujuan undang-undang jenayah Syariah dikuatkuasakan
di negara ini. Walau apapun, perkara tersebut merupakan suatu cabaran yang hebat
bagi pihak Jakim.

15

(ii)

Kritikan Antarabangsa Terhadap Status Malaysia Sebagai Negara Islam

29.

Jakim menyedari bahawa

Kerajaan

Malaysia

sering dipersoalkan oleh

sesetengah negara barat berhubung dengan pelbagai reservasi yang dibuat oleh
Kerajaan Malaysia terhadap beberapa konvensyen yang diratifikasi oleh kerajaan.
Sebagai contoh, sering dipersoalkan mengenai dual-system yang diamalkan dalam
undang-undang negara, iaitu undang-undang Syariah dan undang-undang sivil yang
dikatakan punca kepada masalah penerimaan konvensyen dan triti tersebut. Undangundang Syariah dikatakan kolot dan bersifat territorial kerana ia dikuatkuasakan oleh
negeri-negeri secara berasingan, manakala undang-undang sivil dikatakan lebih
terbuka dan maju.
30.

Dalam mengimbangi kritikan-kritikan tersebut, Jakim menggalas tanggungjawab

yang sangat berat, iaitu menjawab segala kritikan tersebut dan dalam masa yang sama
cuba sedaya upaya untuk tidak mengguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri-negeri. Jakim sangat menyedari
bahawa bidang kuasa berhubungan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam adalah
hak prerogatif Duli-Duli Tuanku yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh
itu, ia tidak wajar dipersoalkan sama sekali oleh mana-mana pihak.
31.

Bagi menjawab kritikan-kritikan tersebut, perlu ditegaskan bahawa asas kepada

reservasi yang dibuat terhadap peruntukan konvensyen dan triti antarabangsa tersebut
adalah hukum Syarak dan Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, status Malaysia
sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan
hendaklah dihormati oleh semua pihak termasuklah negara-negara asing. Sekiranya
diteliti, adalah jelas bahawa asas yang digunakan oleh negara-negara barat apabila
tidak membenarkan amalan agama diamalkan di negara tersebut adalah sekularisme.
Sebagai contoh, negara Perancis melarang pemakaian tudung bagi kanak-kanak
beragama Islam yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan dengan alasan bahawa
negara mereka adalah sebuah negara sekular. Oleh yang demikian, adakah menjadi
suatu kesalahan bagi negara Malaysia untuk tidak membenarkan amalan-amalan
songsang dari budaya barat tersebut dari diamalkan di negara ini atas alasan
16

bercanggah dengan hukum Syarak? Jakim berpandangan bahawa larangan pemakaian


tudung oleh negara Perancis tersebut adalah suatu pencabulan hak asasi yang serius.
Namun yang menghairankan, tidak kedengaran pula badan-badan hak asasi manusia
antarabangsa atau dalam negara ini yang membantah larangan pemakaian tudung di
Perancis tersebut.
(iii)

Kewujudan Golongan Penyeleweng Akidah (Ajaran Sesat)

32.

Cabaran yang seterusnya ialah menangani pengaruh ajaran-ajaran sesat yang

menyeleweng daripada ajaran Islam. Pada masa sekarang, terdapat banyak ajaran
difatwakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri. Jakim sendiri
membantu Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam menyediakan khidmat
nasihat dan tindakan penguatkuasaan bagi menangani masalah tersebut. Dalam hal
ini, percambahan pemikiran yang ekstrem khususnya dalam amalan beragama dan
ajaran sesat boleh menjejaskan usaha mentransformasi perundangan Islam. Ini adalah
kerana Jakim dan JAIN terpaksa memperuntukkan masa, wang dan tenaga yang
banyak untuk menangani pengaruh golongan tersebut. Selain itu, hasil daripada
pemerhatian Jakim mendapati bahawa golongan anak muda dan mereka yang tidak
mempunyai latar belakang agama yang kuat mudah dipengaruhi oleh ajaran sesat
tersebut. Sekiranya gejala ini tidak ditangani dengan serius, pengikut ajaran sesat ini
dikhuatiri akan semakin bertambah.
33.

Dalam hal ini, Jakim dan JAIN berpandangan bahawa usaha mentransformasi

perundangan

Islam

perlu

dibuat

secara

holistik,

iaitu

menumpukan

kepada

pembangunan prasarana perundangan dan pengukuhan terhadap penghayatan akidah


dan akhlak Islam. Jakim berpandangan bahawa silibus sistem pendidikan agama Islam
perlu dimantapkan bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah dibekalkan dengan
kekuatan akidah dan akhlak yang ampuh. Selain itu, institusi kekeluargaan juga
perlulah diperkuatkan melalui transformasi dengan mengubah paradigma kerajaan,
pihak swasta dan ibu bapa sendiri, iaitu pembangunan dalam erti kata yang sebenarnya
ialah pembangunan yang seimbang antara kekuatan akidah dan akhlak masyarakat

17

dengan kemajuan duniawi. Hanya dengan cara ini, agenda transformasi dapat
dilaksanakan secara menyeluruh.
(iv)

Memelihara Sensitiviti Raja-Raja Melayu dalam Hal Ehwal Agama Islam

34.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan/Raja-

Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam. Bidang kuasa tersebut diperuntukkan di
bawah Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan, manakala Perenggan 2(d), Jadual
Kelapan Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa DYMM Sultan
boleh menggunakan budi bicaranya dalam melaksanakan kuasanya sebagai Ketua
Agama Islam atau yang berhubungan dengat adat Melayu. Ini bermakna DYMM Sultan
mempunyai kuasa prerogatif (mutlak) dalam hal ehwal yang berhubungan dengan
agama Islam tanpa perlu mendapatkan nasihat daripada mana-mana pihak.
35.

Dalam hal ini, Jakim menjunjung setinggi-tinggi kasih atas peranan yang

dimainkan oleh DYMM Sultan/Raja-Raja Melayu dalam mempertahankan kedudukan


agama Islam di negara ini. Tanpa institusi beraja, agama Islam tidak mempunyai
kedudukan tertinggi di negara ini berbanding agama-agama lain di sisi undang-undang
yang sedia ada.

Oleh itu, apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tersebut

adalah selaras dengan maksud hadith Islam itu tinggi, dan tiada (agama) lain yang
lebih tinggi daripadanya. Oleh yang demikian, setiap orang yang mengaku beragama
Islam di negara ini sewajarnya menghormati dan mendaulatkan institusi beraja selaras
dengan peranannya sebagai pelindung agama Islam.
36.
dalam

Berhubung dengan perkara ini juga, apa-apa usaha yang dijalankan oleh Jakim
menyelaraskan

sistem

perundangan

Islam

di

negara

ini

hendaklah

diperkenankan oleh DYMM Sultan/Raja-Raja Melayu terlebih dahulu. Melalui MajlisMajlis Agama Islam Negeri (MAIN), Duli-Duli Tuanku mestilah dirundingi menerusi
kaedah penjelasan dan penerangan yang jelas dan penuh berdiplomasi. Walau
bagaimanapun, daripada pengalaman Jakim, DYMM Sultan/Raja-Raja Melayu telah
memberikan kerjasama yang sangat baik dalam membantu Kerajaan Persekutuan
khususnya Jakim dalam menjalankan agenda penyelarasan sistem perundangan Islam.
18

Dalam hal ini juga, DYMM Sultan/Raja-Raja Melayu amat prihatin dengan keperluan
supaya undang-undang Islam dimartabatkan. Seterusnya, bagi meneruskan agenda
transformasi, menjadi cabaran buat Jakim untuk mengadakan lebih banyak rundingan
dan musyawarah supaya pelan transformasi berkenaan dapat dilaksanakan dengan
tidak mengganggu kuasa DYMM Sultan/Raja-Raja Melayu dan selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan.
(v)

Mengimbangi Agenda Transformasi dengan Kepentingan Melindungi


Maslahah Umat Islam

37.

Pada masa sekarang, masyarakat negara ini semakin terdedah kepada pelbagai

isu domestik khususnya yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang Islam yang


menyentuh sensitiviti umat Islam dan bukan Islam. Dalam hal ini, penguatkuasaan
undang-undang Islam terhadap umat Islam turut dipertikaikan oleh orang bukan Islam
sama ada di Parlimen atau dalam mana-mana landasan yang dianjurkan oleh pihakpihak

tertentu.

Sebagai

contoh,

isu

perebutan

jenazah

Allahyarham

Moorthy@Mohamad, isu pengharaman yoga, isu larangan penggunaan kalimah Allah


dalam Kitab Injil versi bahasa Melayu dan penerbitan Harold Catholic Weekly dan yang
terbaru ialah isu pengharaman tarian poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perak, benar-benar menjadi suatu cabaran besar kepada Jakim dalam memberikan
penjelasan kepada rakyat.
38.

Dalam hal ini, sebahagian daripada isu-isu tersebut menyentuh kedudukan

agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Selaras dengan kedudukan istimewa
Islam itu, akta atau enakmen yang digubal telah memberikan perlindungan yang
komprehensif kepada penganut agama Islam dan ajaran Islam itu sendiri. Sebagai
contoh, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diperuntukkan dalam permit
penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984 dibuat berdasarkan keputusan dasar Kerajaan Pusat pada
tahun 1982 yang tidak membenarkan kalimah Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat
digunakan oleh orang bukan Islam.

19

39.

Keputusan dasar tersebut adalah selaras dengan peruntukan Enakmen Kawalan

dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang berkuat kuasa di negeri-negeri
yang turut menyenaraikan perkataan Allah sebagai perkataan yang tidak boleh
digunakan oleh orang bukan Islam. Secara umumnya, larangan dan pewujudan
Enakmen

tersebut

adalah

dibuat

berdasarkan

Perkara

11(4)

Perlembagaan

Persekutuan yang memberi kuasa kepada Persekutuan dan Negeri untuk mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan
orang yang menganuti agama Islam. Oleh itu, adalah jelas bahawa agama Islam dan
umat Islam telah diberikan kedudukan dan perlindungan yang sangat istimewa di sisi
Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
40.

Oleh

yang

demikian,

Jakim

berpandangan

bahawa

walaupun

agenda

transformasi merupakan tumpuan atau fokus utama pada ketika ini, adalah menjadi
harapan Jakim supaya penyelarasan perundangan Islam yang telah dan akan dibuat
turut memberi tumpuan kepada memperkukuhkan lagi instrumen perundangan sedia
ada bagi melindungi maslahah umat Islam di negara ini. Sebarang kelompongan yang
wujud dalam sistem perundangan, sama ada undang-undang sivil atau pun undangundang Syariah yang membahayakan kedudukan agama Islam seharusnya diatasi
dengan sebaik mungkin.
(vi)

Kekurangan Prasarana, Perjawatan dan Dana

41.

Cabaran yang terakhir ialah faktor dalaman Jakim sendiri. Ia merangkumi

prasarana, kakitangan dan dana yang sedia ada yang tidak mencukupi untuk
menjalankan semua agenda transformasi yang dicadangkan. Dalam hal ini, Jakim perlu
diperkasakan dengan menambah kekuatan sedia ada supaya agenda transformasi
dapat

diperluaskan

ke

seluruh

negara.

Selaras

dengan

cadangan

tersebut,

pemerkasaan juga perlu dilakukan terhadap pihak berkuasa agama di negeri-negeri


iaitu MAIN dan JAIN memandangkan agenda transformasi perundangan Islam di
peringkat negeri akan dijalankan oleh kedua-dua agensi tersebut. Jakim berpandangan
bahawa agenda tranformasi bagi sistem perundangan Islam tidak akan mencapai
objektif yang diharapkan sekiranya MAIN dan JAIN tidak diberikan bantuan yang
20

sewajarnya. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu cabaran kepada Kerajaan
Persekutuan untuk memenuhi aspirasi tersebut.
KESIMPULAN
42.

Berdasarkan huraian di atas, pelan penyelarasan perundangan Islam di Malaysia

adalah merupakan suatu usaha yang sangat penting dan dialu-alukan, namun begitu
pelaksanaan kepada pelan tersebut perlu dijalankan dengan bijaksana. Kerajaan wajar
memperhalusi cabaran dan kekangan yang wujud serta peluang untuk memperbaiki
sistem yang sedia ada sebelum agenda transformasi dimulakan secara serius. InsyaAllah, melalui gerak kerja yang tersusun dan berstrategi, dan dengan kerjasama dan
sokongan semua pihak, Jakim meyakini bahawa usaha memartabatkan perundangan
Islam menerusi agenda transformasi akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

21

Anda mungkin juga menyukai