Anda di halaman 1dari 6

SINAR HARIAN 5 DIS 2014

http://www.sinarharian.com.my/

ORG

MELAYU

SENDIRIKAN

RENDAHKAN

BAHASA

KUALA LUMPUR - Bahasa Melayu pernah melalui zaman kegemilangannya sebagai Lingua Franca
di rantau ini pada suatu masa dahulu.
Hakikatnya itu semua hanya tinggal bacaan dalam kitab-kitab sejarah sahaja.
Bahasa Melayu bukan lagi menjadi bahasa serantau, malah bahasa yang diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan itu dilihat lemah untuk menjadi wahana penyatuan rakyat Malaysia sendiri.
Bahasa Jiwa Bangsa
Sesuatu yang membimbangkan ialah kecenderungan terhadap Bahasa Inggeris oleh orang Melayu
sendiri hingga meletakkan Bahasa Melayu seolah-olah sebagai bahasa kelas kedua.
"Kita terlalu bertolak ansur sehingga Bahasa Melayu sering diensot dan diansur. Kadang-kadang kita
sendiri yang ensotkan.
"Ada 'kawasan' tetapi ditukar saja kepada 'presint' seperti di Putrajaya.
Ada 'barangan terpakai' kita jadikan barang 'sekenhend' seperti dalam Akta Barang Sekenhend
1946," demikian luahan Tan Sri Dr Rais Yatim kepada Bernama ketika ditemui pada Persidangan
Antarabangsa Bahasa Melayu baru-baru ini.
Mantan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, berdasarkan pemerhatiannya
kebanyakan keluarga Melayu kini lebih gemar berbual dalam Bahasa Inggeris dengan anak.
"Golongan bukan Melayu mahu bercakap Melayu tetapi apabila melihat Melayu sendiri bertutur
Bahasa Inggeris mereka mungkin tumpul semangat. Akhirnya di Malaysia kalau tak tahupun bercakap
Melayu sudah tidak menjadi apa lagi.
Mereka boleh berjaya hidup di pekan dan bandar dengan mengguna Bahasa Inggeris, Kantonis atau
Mandarin," kata tokoh politik itu.
Beliau, yang kini Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, berkata, kebolehan
menguasai pelbagai bahasa memang perlu, terutama dalam bidang diplomasi dan untuk
penambahan ilmu, namun itu tidak bermakna keupayaan bahasa sendiri dipandang sepi dan terus
diketepikan.
Bagaimanapun bagi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Awang Sariyan, usaha
memartabat Bahasa Melayu bukanlah tanggungjawab bangsa Melayu sahaja.
"Saya katakan Bahasa Melayu bukan milik orang Melayu. Semua warganegara, pemilik Mykad dan
Mykid, itulah pemilik Bahasa Melayu," katanya pada majlis yang sama.
Tambahnya beban memperjuangkan Bahasa Melayu itu juga tidak boleh diletakkan sepenuhnya
kepada
DBP
yang
bertindak
sebagai
sebuah
jabatan
kerajaan.
Yang

Indah

Itu

Bahasa

Walaupun mungkin dipandang rendah oleh rakyat Malaysia sendiri, Bahasa Melayu sebenarnya
mempunyai daya tarikan tersendiri kepada orang asing.
Ini terbukti apabila muncul personaliti internet dari Amerika Syarikat (USA) seperti Ben Bradshaw
selain gandingan rakan baik yang menggelarkan diri mereka 'Belacan dan Paku', yang berkongsi
video memaparkan mereka berbahasa Melayu di laman Youtube.

Kecenderungan untuk menjadi individu yang unik membuatkan Bradshaw, atau lebih mesra dengan
panggilan Cikgu Ben, memilih untuk mempelajari Bahasa Melayu.
"Ramai orang di USA suka belajar bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa lain dari Eropah.
Bagi saya, saya suka menjadi orang yang unik dan berbeza daripada majoriti.
"Saya tahu bahawa ramai orang berbahasa Melayu, (kalau termasuk bahasa Indonesia), tetapi tidak
ramai orang asing dapat bercakap dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Jadi, saya memilih
untuk belajar bahasa ini supaya saya dalam minoriti, bukan majoriti. Ini membantu saya untuk
menjadi seorang yang unik dan berbeza daripada orang ramai," jelas beliau.
Pemuda berasal dari Salt Lake City, Utah itu, merasakan Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari
berbanding bahasa lain kerana hukum tatabahasa, sebutan, dan cara bercakap yang terus kepada
maksud atau 'direct'.
"Dalam Bahasa Inggeris, (bagi saya, Bahasa Inggeris Amerika), kami selalunya menggunakan
peribahasa dan frasa yang mempunyai makna yang tidak literal dan sering menggunakan kiasan
dalam perbualan seharian.
"Bahasa Melayu, pada pengalaman saya, tidak begitu. Kita terus menyatakan erti yang dimaksudkan
tanpa menggunakan perkataan yang berbunga-bunga," kata guru Bahasa Inggeris itu yang kini mula
berjinak-jinak
dengan
Bahasa
Thailand
pula.
Kepimpinan

Melalui

Teladan

Jika mengikut Penyata Razak 1956, Bahasa Melayu sudah diwartakan sebagai bahasa utama di
negara ini. Namun, malangnya, usaha untuk mengamalkan falsafah penyata itu tidak konsisten atau
disifatkan Awang sebagai 'ada pasang surutnya'.
"Langkah bersepadu dalam mewujudkan kesedaran tentang peri pentingnya Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, perlulah dijalankan oleh semua pihak, khususnya para pemimpin dari pimpinan
politik, badan kerajaan, institusi pengajian tinggi, sekolah dan korporat.
"Dengan pimpinan baru Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan) diharapkan dapat mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama," katanya.
Seperti Awang, Rais turut menekankan kepentingan prinsip 'kepimpinan melalui teladan' dalam usaha
menghapuskan layanan kelas kedua atau 'double standard' kepada Bahasa Melayu.
"Ini tidak ada mantra yang mudah. Ramuan yang harus kita laksanakan ialah jati diri. Pengajaran
diksi harus kita buat, pengajaran pertuturan mesti kita buat, dan para pemimpin atau saya panggil
penghulu-penghulu kita sendiri harus berani berucap dalam Bahasa Melayu dengan baik.
"Jadi kalau penghulu-penghulu kita pun segan bertutur dalam Bahasa Melayu maka lama-kelamaan
imej dan penyampaian tidak menjadi realiti. Justeru kita anjurkan para pemimpin pun harus bersamasama dengan rakyat memajukan program bahasa," kata Rais lagi.
Sementara itu, Awang percaya usaha berterusan yang dijalankan saban tahun oleh DBP selama ini,
seperti kempen Bulan Bahasa Kebangsaan dan Audit Bahasa membuahkan hasil.
"Meskipun masih banyak ruang untuk penambahbaikan, saya tetap yakin dengan Audit Bahasa.
Lonjakan kesedaran dan semangat itu nampaknya sudah ada kesan.
Berbondong-bondong orang minta kursus Bahasa Melayu sekarang ini di DBP," katanya.
Antara langkah lain dijalankan DBP bagi menaikkan Bahasa Melayu ialah penarafan bintang untuk
kerajaan tempatan bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul di tempat awam,

mewujudkan Ujian Standard Bahasa Melayu bagi penutur asing, dan memperkemas usahasama
dengan pelbagai pihak untuk mengantarabangsa Bahasa Melayu. - Bernama

Mari berbahasa Melayu!


5 Disember 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_share More Sharing
Services4
BAHASA Melayu pernah melalui zaman kegemilangannya sebagai "Lingua
Franca" di rantau ini pada suatu masa dahulu.
Hakikatnya itu semua hanya tinggal bacaan dalam kitab-kitab sejarah sahaja.

Bahasa Melayu bukan lagi menjadi bahasa serantau, malah bahasa yang diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan itu dilihat lemah untuk menjadi wahana penyatuan
rakyat Malaysia sendiri.

Bahasa jiwa bangsa

Sesuatu yang membimbangkan ialah kecenderungan terhadap Bahasa Inggeris


oleh orang Melayu sendiri hingga meletakkan Bahasa Melayu seolah-olah
sebagai bahasa kelas kedua.

"Kita terlalu bertolak ansur sehingga Bahasa Melayu sering diensot dan diansur.
Kadang-kadang kita sendiri yang ensotkan.

"Ada 'kawasan' tetapi ditukar saja kepada 'presint' seperti di Putrajaya. Ada
'barangan terpakai' kita jadikan barang 'sekenhend' seperti dalam Akta Barang
Sekenhend 1946," demikian luahan Tan Sri Dr Rais Yatim kepada Bernama ketika
ditemui pada Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu baru-baru ini.

Mantan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata


berdasarkan pemerhatiannya kebanyakan keluarga Melayu kini lebih gemar
berbual dalam Bahasa Inggeris dengan anak.

"Golongan bukan Melayu mahu bercakap Melayu tetapi apabila melihat Melayu
sendiri bertutur Bahasa Inggeris mereka mungkin tumpul semangat. Akhirnya di

Malaysia kalau tak tahupun bercakap Melayu sudah tidak menjadi apa lagi.
Mereka boleh berjaya hidup di pekan dan bandar dengan mengguna Bahasa
Inggeris, Kantonis atau Mandarin," kata tokoh politik itu.

Beliau, yang kini Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan,
berkata kebolehan menguasai pelbagai bahasa memang perlu, terutama dalam
bidang diplomasi dan untuk penambahan ilmu, namun itu tidak bermakna
keupayaan bahasa sendiri dipandang sepi dan terus diketepikan.

Bagaimanapun bagi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Awang
Sariyan, usaha memartabat Bahasa Melayu bukanlah tanggungjawab bangsa
Melayu sahaja.

"Saya katakan Bahasa Melayu bukan milik orang Melayu. Semua warganegara,
pemilik Mykad dan Mykid, itulah pemilik Bahasa Melayu," katanya pada majlis
yang sama.

Tambahnya beban memperjuangkan Bahasa Melayu itu juga tidak boleh


diletakkan sepenuhnya kepada DBP yang bertindak sebagai sebuah jabatan
kerajaan.

Yang indah itu bahasa

Walaupun mungkin dipandang rendah oleh rakyat Malaysia sendiri, Bahasa


Melayu sebenarnya mempunyai daya tarikan tersendiri kepada orang asing.

Ini terbukti apabila muncul personaliti internet dari Amerika Syarikat (USA)
seperti Ben Bradshaw selain gandingan rakan baik yang menggelarkan diri
mereka 'Belacan dan Paku', yang berkongsi video memaparkan mereka
berbahasa Melayu di laman Youtube.

Kecenderungan untuk menjadi individu yang unik membuatkan Bradshaw, atau


lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ben, memilih untuk mempelajari Bahasa
Melayu.

"Ramai orang di USA suka belajar bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa
lain dari Eropah. Bagi saya, saya suka menjadi orang yang unik dan berbeza
daripada majoriti.

"Saya tahu bahawa ramai orang berbahasa Melayu, (kalau termasuk bahasa
Indonesia), tetapi tidak ramai orang asing dapat bercakap dan berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu. Jadi, saya memilih untuk belajar bahasa ini supaya saya
dalam minoriti, bukan majoriti. Ini membantu saya untuk menjadi seorang yang
unik dan berbeza daripada orang ramai," jelas beliau.

Pemuda berasal dari Salt Lake City, Utah itu, merasakan Bahasa Melayu lebih
mudah dipelajari berbanding bahasa lain kerana hukum tatabahasa, sebutan,
dan cara bercakap yang terus kepada maksud atau 'direct'.

"Dalam Bahasa Inggeris, (bagi saya, Bahasa Inggeris Amerika), kami selalunya
menggunakan peribahasa dan frasa yang mempunyai makna yang tidak literal
dan sering menggunakan kiasan dalam perbualan seharian.

"Bahasa Melayu, pada pengalaman saya, tidak begitu. Kita terus menyatakan
erti yang dimaksudkan tanpa menggunakan perkataan yang berbunga-bunga,"
kata guru Bahasa Inggeris itu yang kini mula berjinak-jinak dengan Bahasa
Thailand pula.

Kepimpinan melalui teladan

Jika mengikut Penyata Razak 1956, Bahasa Melayu sudah diwartakan sebagai
bahasa utama di negara ini. Namun, malangnya, usaha untuk mengamalkan
falsafah penyata itu tidak konsisten atau disifatkan Awang sebagai 'ada pasang
surutnya'.

"Langkah bersepadu dalam mewujudkan kesedaran tentang peri pentingnya


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perlulah dijalankan oleh semua
pihak, khususnya para pemimpin dari pimpinan politik, badan kerajaan, institusi
pengajian tinggi, sekolah dan korporat.

"Dengan pimpinan baru Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan) diharapkan dapat mengembalikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa utama," katanya.

Seperti Awang, Rais turut menekankan kepentingan prinsip 'kepimpinan melalui


teladan' dalam usaha menghapuskan layanan kelas kedua atau 'double standard'
kepada Bahasa Melayu.

"Ini tidak ada mantra yang mudah. Ramuan yang harus kita laksanakan ialah jati
diri. Pengajaran diksi harus kita buat, pengajaran pertuturan mesti kita buat, dan
para pemimpin atau saya panggil penghulu-penghulu kita sendiri harus berani
berucap dalam Bahasa Melayu dengan baik.

"Jadi kalau penghulu-penghulu kita pun segan bertutur dalam Bahasa Melayu
maka lama-kelamaan imej dan penyampaian tidak menjadi realiti. Justeru kita
anjurkan para pemimpin pun harus bersama-sama dengan rakyat memajukan
program bahasa," kata Rais lagi.

Sementara itu, Awang percaya usaha berterusan yang dijalankan saban tahun
oleh DBP selama ini, seperti kempen Bulan Bahasa Kebangsaan dan Audit
Bahasa membuahkan hasil.

"Meskipun masih banyak ruang untuk penambahbaikan, saya tetap yakin dengan
Audit Bahasa. Lonjakan kesedaran dan semangat itu nampaknya sudah ada
kesan. Berbondong-bondong orang minta kursus Bahasa Melayu sekarang ini di
DBP,"
katanya.
Antara langkah lain dijalankan DBP bagi menaikkan Bahasa Melayu ialah
penarafan bintang untuk kerajaan tempatan bagi menggalakkan penggunaan
Bahasa Melayu yang betul di tempat awam, mewujudkan Ujian Standard Bahasa
Melayu bagi penutur asing, dan memperkemas usahasama dengan pelbagai
pihak untuk mengantarabangsa Bahasa Melayu. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai