Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

(NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI. PENDIDIKAN JASMANI 2)

Pada 19- 22 Ogos 2014 yang lepas, seramai 200 orang guru pelatih semester 4 telah
pergi ke perkhemahan unit beruniform bertempat di Kem Tebu View. Kami dibahagikan kepada
3 unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM),
Dan Pengakap. Setiap unit diberi tempat perkhemahan yang berbeza dan setiap aktiviti
dilakukan mengikut unit masing- masing.
Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, banyak perkara yang bermanfaat yang saya
perolehi. Antaranya ialah saya dapat belajar kerjasama antara sama lain. Sepanjang
perkhemahan ini saya banyak bekerjasama dengan rakan- rakan yang sama unit dengan saya.
Walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai aktiviti perkhemahan
namun saya dapat melihat bahawa mereka tetap bekerjasama.
Pada hari pertama perkhemahan, kami telah diminta untuk melakukan amali tali.
Sepanjang perkhemahan ini saya telah belajar pelbagai jenis ikatan. Ikatan ini adalah sebagai
ujian amali kepada kami dan merupakan markah kepada kami dalam amali ikatan. Saya telah
belajar pelbagai jenis ikatan yang sememangnya bukan sahaja dapat digunakan semasa aktiviti
perkhemahan malah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Selain itu, saya banyak belajar bagaimana untuk melakukan pertolongan cemas atau
bantuan awal kepada pesakit. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sudah tentulah ketika
melaksanakan aktiviti Bantuan Operasi Menyelamat (BOM). Aktiviti ini sangat mengujakan
kerana kami dapat melakonkan simulasi sebagai salah satu praktikal untuk kami lulus kursus
pertolongan cemas kami. Aktiviti ini banyak memberi pengetahuan baru kepada saya. Sebagai
contoh saya dapat belajar mengenai kegunaan kain pembalut tiga segi. Kegunaan kain ini amat
banyak dalam membantu untuk menghentikan pendarahan. Secara tidak langsung semua ini
dapat membantu saya dalam menjadi seorang guru yang serba boleh kelak.
Selain itu, malam kebudayaan di perkhemahan ini amat menarik dan Berjaya mencuit
hati. Sepanjang persembahan kebudayaan ini barulah saya tahu bahawa ramai diantara kami
yang mempunyai bakat seni. Setiap dari mereka dapat melakukan persembahan dengan baik
dan Berjaya menghilangkan rasa mengantuk setiap guru pelatih. Aktiviti ini dapat mengcungkil
bakat dan dapat melatih guru menjadi guru yang serba boleh pada masa akan datang.
Namun begitu, terdapat bebeapa kelemahan sepanjang perkhemahan ini. antaranya
ialah pengurusan masa yang tidak efisien. Saya merasakan unit bulan sabit merah sangat tidak

peka dalam masa. Sikap sambil lewa dan tidak cakna dalam pengurusan masa membuatkan
banyak aktiviti yang sepatutnya dilaksanakan dalam masa yang tertentu tidak dapat dilakukan
dengan tepat. Keadaan ini menyebabkan ada ketika pensyarah atau penceramah terpaksa
menunggu stiap ahli yang terlambat. Seharusnya masa perlu diuruskan dengan lebih baik oleh
guru pelatih supaya tidak emndatangkan kesusahan kepada orang lain.
Selain itu, sikap kerjasama masih lagi tidak ada dalam segelintir guru pelatih. Sepanjang
perkhemahan ini, saya merasakan guru pelatih masih di takuk lama dan hanya melakukan
perkara yang mereka sedia tahu sahaja. Saya melihat rata- rata guru pelatih unit pbsm hanya
menyerahkan tugas membuat gajet kepada guru pelatih opsyen pendidikan jasmani sahaja.
Kebanyakan daripada mereka masih tidak tahu dan hanya tahu memasak dan makan. Saya
merasakan ini tidak wajar kerana kami juga tidak mempunyai penegtahuan yang luas dalam
membuat gajet tapi kami belajar cara ikatan melalui buku dan mengaplikasikan keatas gajet
tersebut. Seharusnya kita perlu lebih bersikap empati iaitu menyelami kesusahan orang lain dan
membatu dalam melakukan tugas- tugas tertentu.
Seterusnya ialah. Kekurangan alatan untuk melakukan tuagas seperti memasak,
membuat gajet dan sebagainya. Untuk memasak kami hanya dibekalkan dengan beberapa
alatan memasak sahaja. Contohnya, pisau, senduk dan sebagainya tidak mencukupi dan
membuatkan masa memasak lebih lama dan panjang daripada biasa. Seharusnya kami
disediakan dengan peralatan yang cukup supaya kerja yang dilaksanakan lebih licin dan
menjimatkan masa.
Sepanjang perkhemahan ini, banyak perkara yang perlu ditambah baik. khemah perlu
dikiran terlebih dahulu supaya tidak berlaku perkara yang bolehmenyusahkan orang lain.
Khemah yang dibawa perlulah diperiksa terlebih dahulu. Setiap pelajar perlu peka dalam
penyediaan alatan. Jika sekadar mengharapkan ahli jawatankuasa alatan sahaja, banyak alatan
yang akan tertinggal dan tidak mencukupi. Selain itu, guru pelatih perlu belajar untuk lebih
cakna dan bekerjasama dalam melakukan kerja. Sikap kerjasama yang erat akan memudahkan
lagi tugas yang dilaksanakan. Selain itu, saya turut berharap supaya kursus pertolongan cemas
dapat dilaksankan dalm jangkamasa yang lebih lama supaya input yang kami dapat lebih berisi
dan bermakna. Saya juga berharap supaya perkhemahan yang lebih mencabar minda dan
fizikal boleh dilaksanakan supaya setiap guru pelatih tahan cabaran dan sentiasa ingin mecari
pengalaman baru melalui aktiviti perkhemahan. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai