Anda di halaman 1dari 17

1.

PENGENALAN

Seiring dengan peredaran masa sememangnya turut membawa perubahan kepada


dunia pendidikan masa kini. Sememangnya perubahan yang wujud merupakan satu aspek
yang penting agar sistem pendidikan kita sentiasa sinonim dengan keperluan semasa dan
seiring dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan pendidikan
yang dapat melahirkan insan yang berkualiti serta dapat membangun potensi setiap individu
bagi memenuhi aspirasi negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan penanda aras pencapaian darjah


kecemerlangan yang tinggi terhadap sistem pendidikan negara. Segala perancangan dasar dan
pelaksanaan pendidikan menjurus terhadap pembangunan potensi individu murid, atau dalam
kata lain proses penjanaan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia. Pelestarian sistem
pendidikan yang berkualiti itu pada akhirnya bertujuan bagi memenuhi aspirasi negara, iaitu
pencapaian status negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri menjelang tahun
2020. Rakyat sesebuah negara maju bukan sahaja memiliki akses terhadap tahap pendidikan
tertinggi, bahkan perlu berdaya saing dan mesra pembaharuan.

2.0

KONSEP INOVASI

Terdapat banyak pengertian inovasi yang diutarakan oleh para sarjana. Antaranya,
menurut Roger dan Shoemaker (1971) inovasi merupakan satu idea, amalan atau objek yang
dianggap baru oleh seseorang. Pendapat Roger dan Shoemaker disokong oleh Spencer (1994)
yang menjelaskan bahasa inovasi adalah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada
yang lama oleh seseorang individu. Konsep inovasi dalam pendidikan di negara kita
diertikan sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu
amalan (Glosori Teknologi Pendidikan, 1995). Ketiga-tiga definisi ini secara amnya memberi
pengertian yang hampir sama. Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi iaitu idea,
amalan dan baru. Ini bermakna dalam sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari
segi aspek idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan negara kita,
terdapat banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang
1

tertentu bertujuan memajukan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran serta sistem
pentadbiran pendidikan. Ianya juga sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran
Malaysia yang ingin melestarikan pendidikan yang berkualiti agar dapat melahirkan insan yang
terdidik supaya dapat membangun dan memenuhi aspirasi negara.

Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang
baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga
merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya
sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah inovatif yang bererti
bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu
yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa
inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah,
sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalan idea-idea baru dalam pelbagai bentuk
seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahan prosedur yang boleh menjimatkan
tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan kerja. Menurut INTAN,
antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea
dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Orang yang kreatif dan inovatif juga berani
untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan memudahkan sesuatu kerja selain suka
bermain dengan idea dan berani mencuba.

3.0

PENGURUSAN INOVASI / PENTADBIRAN SEKOLAH

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah
pengurusan seperti kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam menentukan kualiti
pendidikan dan pencapaian akademik pelajar.

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk
mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi
untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong
oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada
matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982).

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau


pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak
dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam
proses pentadbiran, ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun
kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi,
seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang
dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati


dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu
organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan
sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses
merancang,

mengelola,

memimpin,

mengawal

daya

usaha

ahli-ahli

organisasi

dan

menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell


pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi
membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks
pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan
Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita
seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita
fahami,pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi
faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

Dalam sistem pengurusan di sekolah, jelas dapat dilihat perkembangan bidang


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah memberikan kesan langsung
kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif dengan menjadikan ICT
3

sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran negara. Sektor pendidikan merupakan
sektor

yang mendapat manafaat dari projek ICT yang melibatkan seluruh organisasi KPM

sehingga ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang terdiri daripada 9996 buah. Antara
pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan yang dapat dilihat ialah:

3.1 Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)


Bagi memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan, pihak KPM telah menghasilkan
Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Sistem ini merupakan satu inovasi sistem
pengurusan pendidikan untuk mengukuhkan fungsi sistem maklumat pendidikan yang sedia
ada dengan menyatupadukan maklumat dari pelbagai peringkat dan aktiviti dalam organisasi
pendidikan iaitu sekolah-sekolah di seluruh negara kepada satu sistem yang dapat
membekalkan maklumat menyeluruh untuk pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Di
samping itu, pengagihan sumber, penganalisisan dasar, penilaian dan perancangan pendidikan
dapat dilakukan dengan lebih sistematik. Pada awalnya, sistem ini dibangunkan dengan
menggunakan perisian MS ACCESS Versi 2.0. Walau bagaimanapun dengan perkembangan
teknologi maklumat dalam bidang komputer, sistem ini kini telah dinaiktarafkan dengan perisian
MS ACCESS 97 dan MS ACCESS 2000 yang mempunyai lebih banyak ciri yang menarik.

Di samping itu, EMIS merupakan satu program yang disusun khas dengan
menggunakan media elektronik yakni komputer sebagai medianya. Ini bermaksud segala
bentuk maklumat yang terdapat di peringkat sekolah dapat diguna pakai untuk tujuan masa kini
dan akan datang. Justeru, pengaliran maklumat dapat dilakukan secara sistematik agar bidang
pendidikan mendapat kebaikannya dengan mengambil kira unjuran masa depan. Dengan
adanya EMIS, pihak kementerian dapat membuat keputusan samada untuk melaksanakan
suatu projek atau tidak.

3.2 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)


Bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran Sistem Peperiksaan, KPM telah
menghasilkan Sistem SAPS ini. Ia merupakan inovasi yang agak baru diperkenalkan.
SAPS dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan
4

menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini
berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM,
JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan
boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis
ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan
sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis
TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR (Actual Result). Guru kelas
memainkan peranan dengan mengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskini
maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru
mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar
mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukkan data
nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ). Manakala guru
matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas
atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

3.3 Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM)


Satu lagi inovasi ICT iaitu pangkalan data pentadbiran dan pengurusan berkaitan
dengan

rekod

pelajar

dilaksanakan

dengan

menggunakan

Sistem

Maklumat

Murid

Berkomputer (SMM). Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda
semasa beliau menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 2000.
Sistem ini telah diperbaiki dan telah digunakan di seluruh negara.

Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem


maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulangulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu
pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan
pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan. Sistem ini
5

dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat
maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumatmaklumat lain sudah tersedia dalam komputer. Selain itu sistem ini juga menyediakan
kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya
murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod
kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Belajar.

3.4 Sistem Pengkomputeran Skim Pinjaman Buku Teks (Sisteksbbt)


Sisteks bantuan buku teks (Sisteksbbt) adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan
dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah
di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah,
Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih. Sisteksbbt diwujudkan untuk
menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi
ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan
pelaksanaan SPBT.

Program ini bertujuan untuk:

Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT.


Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan
pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK.

3.5 Sistem e-kehadiran


Sistem ini berasaskan portal menyediakan kemudahan seperti berikut untuk
mewujudkan Sistem Pengurusan Masa Berkomputer bagi memudahkan pemantauan di lakukan
terhadap kehadiran, aktiviti keluar masuk, cuti, kerja lebih masa, dan surat kelewatan pekerja.

Memudahkan pemantauan tatatertib dan pergerakan kakitangan.


6

Memudahkan proses permohonan dan kelulusan cuti kerana ia dilakukan secara online.

Boleh dijadikan medium untuk menilai prestasi kakitangan.

Meningkatkan tahap keselamatan pejabat dengan penggunaan akses pintu biometrik


kerana orang luar tidak boleh masuk ke pejabat sesuka hati.

Aplikasi ini dibangunkan mengikut pekeliling yang diamalkan oleh agensi-agensi


kerajaan.

Aplikasi ini boleh diubahsuai mengikut kehendak / keperluan pelanggan.

Penggunaan secara menyeluruh bermula daripada individu, pentadbir sistem (admin),


kerani, ketua jabatan dan pengarah.

3.6 Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Berasaskan Web


Inovasi SSDM berasaskan web ini bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin
murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu
dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat
membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan
mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan. SSDM
membenarkan penggunanya yang terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu:
i) Sekolah,
ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),
iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN),
iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

3.7 Aplikasi e-GTukar dan e-Tukar


Aplikasi ini adalah sistem pengurusan pertukaran guru-guru dan kakitangan yang
berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran. Sistem ini:

Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara online.

Memudahkan pegawai di JPN / Bahagian-Bahagian KPM / Jabatan membuat


pemantauan.

Memudahkan Bahagian / Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan


paperless.

Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat


pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.

Memudahkan

pihak

pengurusan

melihat

statistik

permohonan

dan

kelulusan

secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan
Negeri.

4.0 PENGURUSAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (kurikulum)

merupakan

proses menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen,
komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran, pelajar dan
pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut Goodlad (1973), kurikulum
merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan (ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai
sempadan ilmunya. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai
perubahan yang telah berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini.

Perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salah satu tahap
dalam pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada refleksi
kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalam inovasi kurikulum bilik darjah
8

amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi
kurikulum bilik darjah juga harus bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan
bidang sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan
kurikulum bilik darjah adalah terletak pada tangan guru.

Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat penting bagi memenuhi kehendak
dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman
sekarang telah berubah di mana proses pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah
yang memencilkan murid dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini
adalah secara kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih
aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa diperbaharui.

Perubahan dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih
berkemahiran. Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru,
maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan diri dengan
maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara
ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan
kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan
daya kreativiti yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid (2010) iaitu
guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak
akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah
serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru perlu cekap
mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat
dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid-murid yang
mempunyai gaya berfikir

yang

tinggi,

guru

boleh

menyediakan

aktiviti

analisis

atau

penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang
9

berminat untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan
menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri
bahan pembelajaran mereka.

4.1 PROGRAM I-THINK


Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan
dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama
memperkenalkan projek i-THINK.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai
budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya
menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan
inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis
serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Malaysia untuk memacu dan memperkukuh kemajuan Malaysia dengan mempercepat
budaya inovasi. Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua
merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat pendidikan Malaysia telah
dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk
mencapai wawasan negara dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu
yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada
menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk
membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar
seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas.
10

Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang progresif
untuk Malaysia, dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar dicapai. Di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui kitaran hayat pembangunan
pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas dan
pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) bagi pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah
menyediakan pelan hala tuju dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani
cabaran tersebut dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua.

Sistem yang berasaskan peperiksaan memberi tekanan kepada murid dalam menghafal
& mengimbau fakta-fakta. Walaupun ini membantu murid menimba ilmu pengetahuan, mereka
kini perlu mengambil langkah seterusnya & membangunkan kemahiran bagi menggunakan
pengetahuan tersebut untuk membolehkan mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang
sentiasa berubah. Ini bukan sahaja menggalakkan murid mempelajari kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, bahkan juga belajar bekerja secara kolaboratif. Dengan alat-alat pemikiran ini,
pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran
yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
4.2 SCHOOLNET
SchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya yang menyediakan sambungan
internet jalur lebar ke sekolah dan ia adalah pendekatan terbaru sistem pendidikan negara bagi
menyediakan

kemudahan

pembelajaran

melangkaui

bilik

darjah.

Menurut Nor

Fariza

Ramlan (2012), SchoolNet menyediakan pelbagai aplikasi kepada penggunanya, termasuk


aplikasi komunikasi elektronik seperti e-mel dan kumpulan berita, aplikasi akses jarak jauh,
aplikasi pemindahan dokumen, aplikasi pengedaran maklumat dan aplikasi pencarian
maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa hanya guru yang berkeupayaan dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi mampu mendepani perubahan kemajuan ini. Oleh sebab
itulah kerajaan begitu optimis bagi menyediakan guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.

11

Guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi dengan
kemahiran mengendalikan SchoolNet juga dilihat sebagai satu podium bagi memastikan hasrat
kerajaan melahirkan lebih ramai guru pakar tercapai. Menurut Nor Fariza Ramlan (2012),
pelaksanaan SchoolNet ini mampu meningkatkan perkongsian ilmu dengan mengoptimumkan
tenaga pengajar pakar di negara ini. Melalui teknologi ini, seorang guru pakar mampu mengajar
sesuatu mata pelajaran melebihi daripada satu kelas di sekolah yang sama dan sekolah lain.

Selain itu, guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan
komunikasi. serta dapat menguasai SchoolNet dengan sebaiknya boleh memanfaatkan
infrastruktur berkenaan bagi mengubah bilik darjah mereka menjadi persekitaran menarik
justeru dapat menambah minat pelajar terhadap pendidikan. Dengan teknologi ini juga, seorang
guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi boleh
mengajar sesuatu subjek kepada bilangan bilik darjah lebih banyak di sekolah sama dan
sekolah lain. Portal SchoolNet ini membolehkan guru berkongsi modul pembelajaran dan
pengajaran interaktif sesama mereka.

4.3 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING)


E-Learning ataupun electronic learning merupakan sebarang

pengajaran

dan

pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk


penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape
audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang
dimaksudkan. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan
Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda

e-learning

kebangsaan. Terdapat pelbagai perbezaan positif yang dikesan melalui kaedah pembelajaran
menggunakan

e-Learning

berbanding

kaedah

tradisional.

Melalui

e-Learning

proses

pembelajaran pelajar lebih selesa, fleksibel dan kurang tekanan. Pembelajaran e- Learning
juga dikenali dengan pelbagai nama:

Online Learning

Technology Based Training


12

Web Based Training

Web Based Learning

Computer Based Training

Computer Based Learning

Technology Enhanced Learning

Computer Supported Collaborative Learning

Penggunaan e-Learning secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan


dalam pembelajaran akan mendatangkan banyak kesan positif antaranya:

berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran


memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai

pelbagai keupayaan
meningkatkan motivasi murid
membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau

terlalu mahal untuk dikumpul


mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu

mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa


meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minima

5.0 RUMUSAN

13

Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan
dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menjayakan visi dan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia. Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan
yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah
tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya
setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi
berkenaan.

Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah bagi
menghadapi situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan
supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan mula mengorak langkah
dengan menyediakan barisan guru yang mantap dan berpengetahuan luas terutamanya dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan pendidikan baharu dalam
pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan anjakan peranan pendidikan
dan profesion keguruan. Untuk mencapai matlamt menjadikan negara sebagai negara yang
maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan
komunikasi maklumat (TMK).

Begitu juga dengan inovasi lain berasaskan ICT yang telah dihasilkan oleh KPM untuk
memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan di negara kita. Contohnya ialah SPPICT
(Pemantauan penggunaan ICT), SSQS (Sistem Penggredan Pembestarian Sekolah), IQPSS
dan i-Nilam (Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah dan Nilam) dan sebagainya. Sudah tentu
inovasi-inovasi ini banyak membantu dan memudahkan proses dokumentasi pelbagai rekod
oleh pihak sekolah dan dihantar ke pihak atasan. Oleh sebab itu, usaha-usaha ini perlu
diteruskan dan diperkayakan dari semasa ke semasa.

Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi
agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam
pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses
14

peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan
potensi diri kanak- kanak.

15

RUJUKAN

Ab. Rahim Selamat. (1992). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Dr. Ismail Zain, (2008). Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran. Utusan Malaysia. 27 Oktober.
Esah Sulaiman, (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan, Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia
Ibrahim Jamain, (1998). Inovasi Dalam Pendidikan. Jurnal Kajian Tindakan IPG Batu Lintang.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Termizi Che Anuar, (2010). Penguasaan Guru Dalam ICT Diutamakan. Utusan Malaysia,
13 Januari:1,
Muhamad Hasan Adul Rahman, (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran
Berkesan. Terbitan UPM.
Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor, (2001). Jurnal Kajian
Pakej Pembelajaran Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej
Pembelajaran Bagi Subjek Matematik di Peringkat SPM. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Muhamad Rafiq Abdul Rahman, (2012). Pendidikan Menerusi Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi. Dewan Masyarakat. Mei 2012.
Musa Abu Hassan, (2002). Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat. Serdang
Selangor: Terbitan UPM.
Nik Azis Nik Pa, (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Kajian Pendidikan Guru
Bilangan 77.
Nor Fariza Ramlan, (2012). School Net diperluas ke Johor. Berita Harian, 2 September.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Mat Lazim & Rosnah Zain. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid,
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ong Teck Seng, (2000). Jurnal Kajian Tahap Penggunaan Internet di Kalangan Guru- Guru
Sekolah Menengah di Bahau, Negeri Sembilan: UPM Serdang Selangor
Rozinah Jamaludin, (2003). Jurnal Teknologi Pengajaran. Terbitan USM Pulau Pinang

16

Sharifah Alwiah Alsagoff, (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Sunal, Smith & J. Britt , (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet In Designing
& Teaching Social Studies Based Integrated Units. National Council For Social Studies.
Washington D.C
Sunal, Cyntia & S. Smith, (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction.
Social Studies. Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1
Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling, (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional : Sikap
Guru, Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Pendidikan
2005. UTM
Yusup Hasyim, (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.
Zoraini Wati Abas ,(1993). Komputer dan Pendidikan, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

17

Anda mungkin juga menyukai