Anda di halaman 1dari 10

Khutbah : Si Tanggang Moden

.







.
















Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu
sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama
kita bertaqwa kepada Allah swt dengan kita mentaati segala titah
perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan
dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan menanti buat mereka yang
bertakwa kepadaNya di dunia dan juga di akhirat.
Yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada kedua ibu-bapamu. jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur yang tua dan berada dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan "Ah!", dan janganlah
engkau menengking atau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah
engkau merendahkan dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai
Tuhanku! cucurilah rahmatmu kepada mereka berdua sebagaimana mereka
telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidikku
semasa kecilku". Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada
hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi
perintahNya, maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orangorang Yang bertaubat.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Setiap manusia yang lahir ke dunia sudah semestinya mempunyai ayah dan
ibu. Kesibukan bekerja dan mengumpul harta dunia kadang-kadang
menyebabkan kita lalai serta lupa kepada kedua insan yang amat banyak
berjasa kepada kita. Sesuatu yang amat menyedihkan jika kita telah berjaya
dalam kehidupan dunia kita tetapi gagal untuk memberikan sedikit ruang
untuk ayah dan ibu kita sama ada dalam bentuk masa, wang ringgit serta
yang lebih pentingnya adalah perhatian dan kasih sayang di saat mereka
meniti usia tua.
Kadang-kadang pelbagai alasan dan masalah dicipta dan direka-reka oleh si
anak untuk mengelakkan diri daripada terpaksa menjaga kedua orang
tuanya yang mungkin sudah tua ataupun uzur. Sibuk dengan kerja, tidak
ada masa, anak-anak bersekolah dan sebagainya merupakan alasan yang
selalu dilontarkan oleh si anak jika sekiranya tidak berkesempatan untuk
menjenguk kedua mereka di kampung.
Mungkin ada benarnya kata orang tua-tua zaman dahulu,
"Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya tetapi 10 orang anak
belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau ayahnya".
Siapa sangka anak-anak yang dibela dan dimanja-manjakan dari sebesar
tapak tangan dan ditatang bagaikan minyak yang penuh tapi apabila
mereka dewasa ada yang gamak dan sanggup menaikkan tangan kepada
orang tua mereka. Amat memilukan hati bilamana ada kalangan anak-anak
yang berjaya dalam hidupnya hasil daripada penat lelah serta pengorbanan
ayah dan ibu yang membesar serta mendidiknya tetapi sanggup
membiarkan si ibu atau si ayah keseorangan di kampung halaman tanpa
berteman menunggu saat-saat kematiannya. Tidak kurang juga yang lupa
daratan sehingga sanggup menghantar ayah dan ibunya ke rumah kebajikan
dengan alasan masa mereka amat berkualiti dan tidak sepatutnya dibazirkan
untuk menjaga kedua orang tuanya.
Satu kisah untuk kita jadikan tauladan bersama yang berlaku ketika Saidina
Umar al-Khattab r.a menjadi Khalifah. Satu hari ketika Saidina Umar keluar
berjalan-jalan di sekitar Kota Madinah, beliau ternampak seorang
perempuan menanggung di atas belakangnya seorang laki-laki tua yang
telah uzur dan nyanyuk. Setiap apa kehendak dan kemahuan laki-laki tua itu
akan ditunaikan oleh perempuan tadi sedaya mungkin. Melihat kepada
gelagat mereka berdua maka Saidina Umar pergi bertanya kepada
perempuan tersebut, "Siapakah lelaki ini bagi kamu?", lalu jawap perempuan
itu, "Dia adalah ayahku dan umurnya telah lanjut serta nyanyuk pula, apa

jua kehendaknya akan aku tunaikan sedaya upayaku". Kata Umar kepada
perempuan itu, "Sesungguhnya kamu telah menunaikan tanggungjawap
kamu sebagai seorang anak bahkan terlebih pula". Lalu kata perempuan itu
kepada Umar, "Tidak ya Amiralmu'minin, dahulu ketika aku kecil dia
memeliharaku dan sentiasa mengharapkan agar aku terus hidup dengan
sihat sejahtera, tapi kini walaupun aku menjaga dan melayannya setiap hari
sebenarnya dalam hati kecilku mengharapkan agar dia segera mati supaya
senang hidupku".
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Melihat kepada kisah tersebut maka tidak pelik apabila Jabatan Kebajikan
Masyarakat menyatakan bahawa mereka terpaksa menggalas bantu tugas
memberi nafkah Bantuan Orang Tua kepada lebih 70,000 warga emas
setakat September 2009 sahaja. Lebih mengejutkan lagi apabila 30 peratus
daripada penghuni rumah-rumah kebajikan orang tua di Malaysia dihantar
oleh anak-anak kandung mereka sendiri kerana tidak sanggup untuk
menanggung beban perubatan serta enggan untuk menjaga ayah atau ibu
mereka yang telah tua dan nyanyuk.
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi ad-Darda' katanya, Rasulullah
saw telah mewasiatkan kepadaku 9 perkara, (1) Jangan kamu syirikkan
Allah dengan sesuatu pun sekalipun kamu dicincang atau dibakar, (2) Jangan
sekali-kali meninggalkan solat 5 waktu, barangsiapa yang meninggalkannya
maka terlepaslah dia daripada tanggungan dan keamanan Allah, (3) Jangan
sekali-kali kamu minum arak kerana itulah punca segala maksiat, (4) Taatlah
kamu kepada kedua orang tuamu sekalipun mereka menyuruh kamu
meninggalkan kehidupan duniamu maka tinggalkanlah untuk mereka, (5)
Jangan sekali-kali kamu berebut jawatan atau kuasa sekalipun kamu layak
untuknya, (6) Jangan kamu lari dari medan peperangan sekalipun kamu
kalah dan telah lari kawan-kawanmu, (7) Nafkahkanlah sebahagian daripada
hasil pendapatanmu kepada ahli keluargamu, (8) Jangan kamu pukul anak
isterimu tanpa kebenaran syarak, (9) Takutkanlah mereka kepada Allah swt.
Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,
Seorang anak tidak mungkin dapat membalas jasa kedua orang tuanya.
Itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh kita semua, namun kadangkadang disebabkan leka dan lalai dengan kesenangan dunia dan
kemewahannya maka kita terlupa untuk membahagiakan mereka di
penghujung usia mereka. Daripada Said bin Abi Burdah katanya,

"Aku telah mendengar ayahku berkata, dia melihat Ibnu Umar dan juga
seorang lelaki dari Yaman sedangkan melakukan tawaf di Baitullah. Lelaki
Yaman itu melakukan tawaf sambil membawa ibunya di atas belakangnya
dan sambil berkata kepada Ibnu Umar, "Wahai Ibnu Umar, apakah engkau
melihat bahawa aku telah membalas jasa-jasa ibuku kepadaku?". Lalu jawap
Ibnu Umar, "Tidak sekali-kali, bahkan apa yang kamu lakukan itu masih
belum mampu untuk membalas sekali kesakitan ibumu sewaktu dia mahu
melahirkanmu".
Mimbar ingin mengambil kesempatan, menyeru diri saya dan juga saudara-saudara sidang
Jumaat sekalian, janganlah kita melangkah keluar dari rumah Allah yang mulia ini,
melainkan setelah kita berjanji kepada Allah swt dan kepada diri kita sendiri, andainya ada
di antara kita dan kedua ibu bapa kita perselisihan faham atau bermasam muka, maka
rebutlah peluang yang masih ada ini untuk sama-sama kita memperbetulkannya. Jangan
tertunggu-tunggu untuk memperbetulkan kesalahan kita terhadap mereka kerana ajal
mereka, atau mungkin ajal kita akan datang pada bila-bila masa sahaja. Jika masih ada di
kalangan kita yang sering melukakan hati kedua-dua insan mulia ini, maka berjanjilah di
dalam tempat yang mulia ini yang kita akan berbakti kepada mereka selepas ini selagi hayat
mereka ada. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada kita di hari tua
kita nanti, begitulah juga perlunya kita berbakti kepada kedua orang tua kita pada hari ini.
Tidak ada maknanya kejayaan dan kemewahan yang kita kecapi pada hari ini andainya
kejayaan dan kemewahan tersebut tidak diiringi dengan doa dan restu mereka berdua.
Rebutlah peluang yang masih ada untuk menjaga dan memelihara mereka, lebih-lebih lagi
di saat mereka meniti usia tua, kerana pada saat inilah mereka amat memerlukan kasih
sayang dan perhatian dari kita. Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau
singgah di rumah kita yang seindah istana disebabkan layanan buruk kita atau isteri kita,
atau anak-anak kita terhadap mereka.
Ingatlah sedikit pesanan berguna dari Rasulullah saw ini, kata Baginda,
"Celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia (sebanyak 3 kali), para sahabat bertanya,
"Siapakah dia ya Rasulallah?", lalu jawap Nabi saw, "Dia ialah siapa yang sempat hidup
sehingga ayah dan ibunya tua atau salah seorang dari keduanya, tetapi dia menjadi ahli
neraka (kerana tidak berbakti kepada orang tuanya sekalipun dia berpeluang untuk berbuat
demikian)."
Barangsiapa di kalangan kita yang telah melakukan ketaatan dan kebaikan kepada mereka
berdua, maka teruskanlah. Jika kedua-dua mereka sudah pergi menghadap ilahi, maka
perbanyakkanlah sedekah untuk pihak mereka di samping hadiahkanlah mereka dengan
doa. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan bebanan mereka dan mogamoga mereka bahagia di sana, amin.

,








,






,
,






.







,





,



Khutbah : Miskin Harta Kaya Jiwa


.












Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap
kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari
esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan
keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t dengan kita melaksanakan setiap titah
perintahNya dan menjauhi setiap larangan dan tegahanNya, sesungguhnya berjayalah
mereka yang bertakwa dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Yang bermaksud : Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anakanak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta
benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia mereka, dan hendak menjadikan nyawa
mereka tercabut sedangkan mereka berada dalam keadaan kafir (untuk mendapat pula
azab di akhirat).
(
at-Taubah-55 )
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Sudah menjadi resam dunia, mereka yang memiliki kekayaan dan dikurniakan anak-anak
serta kekuasaan akan mudah dihinggapi perasaan megah dan berbangga-bangga dengan
harta dan anak-anak serta kuasa yang dimiliknya. Apabila kekayaan serta nikmat kuasa ini
tidak disertai dengan rasa syukur kepada Allah, maka ianya akan menimbulkan perasaan

bongkak dan takabbur yang akhirnya akan menyebabkan seseorang itu lupa terhadap
nikmat dan amanah yang telah diberikan kepadanya.
Apabila manusia tidak memahami kebesaran Allah dan menyangka bahawa harta dan kuasa
adalah segala-galanya, lalu dia menganggap sesiapa yang tidak kaya dan tidak berkuasa itu
tidak mendapat nikmat kebahagiaan daripada Allah s.w.t, dan menganggap kurniaan Allah
itu hanya tertumpu kepada yang berkuasa dan berharta sahaja, maka itu adalah satu
tanggapan yang sesat sama sekali. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Bani Israel ketika
mereka meminta Nabi Allah Syamwil berdoa memohon kepada Allah s.w.t agar dilantik
seorang raja di kalangan mereka bagi mengetuai mereka untuk memerangi Raja Jalut yang
zalim. Hal ini diceritakan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya,

Yang bermaksud : Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: "Bahawa sesungguhnya Allah
s.w.t telah melantik Thalut menjadi raja bagi kamu. Lalu mereka menjawab: "Bagaimana
dia mendapat kuasa untuk menjadi raja kami sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa
pemerintahan itu berbanding dia, dan dia pula tidak memiliki harta kekayaan sedikit pun?"
Lalu Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah s.w.t telah memilih Thalut menjadi raja
bagi kamu, dan Allah juga telah mengurniakannya kelebihan dalam bidang ilmu
pengetahuan serta tubuh badan yang gagah perkasa". dan (ingatlah), Allah jualah yang
memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha
luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
(al-Baqarah 247)
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Keengganan Bani Israel untuk mengiktiraf Thalut sebagai Raja mereka hanyalah disebabkan
kerana Thalut bukan dari kalangan hartawan bahkan Thalut tidak memiliki sedikit harta pun,
kerana pada tanggapan Bani Israel, sesiapa yang mahu menjadi pemimpin mereka mestilah
terdiri dari kalangan hartawan. Namun di akhir ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bahawa,
Dialah yang memberikan kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki bahkan Dia jugalah
yang menjatuhkan sesiapa yang Dia kehendaki kerana Dialah yang lebih mengetahui siapa
yang layak dan siapa yang tidak.
Memang tidak dinafikan, harta dan kuasa boleh menjadi faktor yang membawa ketenangan
dan kebahagiaan jika ianya dikendalikan dengan betul. Namun jika tidak, ia boleh bertukar
menjadi punca kepada penderitaan dan penyesalan bahkan boleh menjerumuskan
pemiliknya ke lembah kehinaan. Entah berapa ramai penguasa dan si kaya yang tidak dapat
tidur lena dalam mahligai mewahnya ketika si miskin sedang berdengkur menikmati nikmat
tidur dalam rumah usangnya. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak
berselera untuk menjamah hidangan mewah yang dihidangkan kepadanya ketika si miskin
dengan begitu enak menikmati sebungkus nasi yang hanya dibungkus dengan daun pisang
sahaja. Maha Kaya Allah s.w.t, Dia memberi kurniaanNya kepada hamba-hambanya dengan
berbagai cara dan tanpa kita duga.

Satu kisah menarik yang pernah diceritakan oleh Buya Hamka dalam satu siri ceramahnya.
Hamka menceritakan bagaimana pada suatu hari ketika beliau menaiki kenderaan mewah
bersama seorang hartawan melalui sawah padi, tiba-tiba mereka terlihat seorang petani
sedang berehat kerana kepenatan bekerja, sambil isterinya menghidangkan makan
tengahari. Walaupun hidangan yang dihidangkan itu hanyalah hidangan biasa sahaja, tetapi
dimakan oleh petani tadi dengan penuh berselera. Lalu hartawan yang bersama Buya
Hamka di dalam kereta mewah itu berkata: Buya, saya memiliki rumah besar serta
kenderaan mewah, tetapi saya tidak pernah berpeluang makan dengan begitu berselera
seperti petani itu.
Demikianlah Allah s.w.t membahagi-bahagikan nikmatNya kepada setiap hambaNya.
Sesiapa yang diberikan makanan yang lazat dan mewah, belum tentu akan dapat menikmati
keenakan itu di lidahnya. Sesiapa yang diberikan tempat tinggal yang mewah, belum tentu
lagi dia akan dikurniakan ketenangan untuk tinggal di dalamnya. Maka tidak hairanlah jika
ada orang kaya atau orang yang berkuasa kurang selera makannya bahkan terpaksa
berpantang kerana menghidap kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Atau
tidak hairanlah jika ada anak si kaya yang lari meninggalkan mahligai indah bapanya kerana
tidak ada ketenangan dan kebahagiaan di dalamnya. Janganlah pula kita merasa pelik jika
ada seorang petani yang sederhana sahaja hidupnya tetapi setiap hari dapat menikmati
setiap suapan yang masuk ke dalam mulutnya, serta nyenyak pula tidurnya di malam hari
walaupun hanya di sebuah pondok usang tanpa bantal dan tilam yang empuk.
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Jika kita menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan kekayaan itulah punca kepada
kebahagiaan dan ketenangan maka kita akan menjadi hamba kepada manusia selamalamanya. Namun jika kita yakin bahawa Allah s.w.t sahaja yang mampu memberi
ketenangan dan kebahagian, maka jiwa kita akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba
manusia, dia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar tetapi sesiapa yang menjadi
hamba Allah yang sebenar maka dia akan bebas daripada menjadi hamba kepada manusia.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Nabi s.a.w bersabda yang
bermaksud,
Sesiapa yang menjadikan akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah s.w.t akan memberikan
kekayaan dalam jiwanya. Allah s.w.t akan memudahkan segala urusannya, bahkan dunia
akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Tetapi sesiapa
yang menjadikan kemewahan dunia itu tujuan utama dalam kehidupannya, maka Allah
s.w.t akan meletakkan kefakiran antara kedua matanya. Allah juga mencerai-beraikan
urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang telah
ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina).
(Riwayat
al-Tirmizi)

Apa yang dapat kita petik daripada hadis ini ialah, sesiapa yang benar-benar bergantung
kepada Allah, maka jiwanya akan kekal merdeka dan mulia. Kemewahan dunia juga akan
sampai kepadanya tanpa menjatuhkan maruah dan harga dirinya di sisi Allah. Sebaliknya,
bagi sesiapa yang bergantung kepada manusia, kemewahan dunia mungkin juga akan
sampai ke tangannya, tetapi dia akan terus hidup dalam penuh kehinaan dan sentiasa keluh
kesah walaupun hidupnya dikelilingi harta dan kuasa. Mukmin yang sebenar akan
bergantung hidupnya kepada Allah s.w.t semata-mata dalam apa jua keadaan sekalipun
kerana Dialah yang merupakan Raja segala raja dan Dialah tempat bergantung yang kukuh.
Sementara bagi mereka yang menjadikan manusia tempat pergantungannya maka dia
sebenarnya telah bergantung dengan sesuatu yang amat lemah. Firman Allah s.w.t,

Yang bermaksud : Misal perbandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang


lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah
seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk dijadikan tempat perlindungannya),
padahal sesungguhnya tempat perlindungan yang paling reput (paling tidaktidak selamat)
ialah
sarang
labah-labah,
kalaulah
mereka
itu
mengetahui
akan
kebenaran.
(al-Ankabut-41)
Saudara-saudaraku sidang jumaat yang dikasihi,
Islam mengajar kita untuk berjiwa merdeka sekalipun kita miskin harta, gelaran dan kuasa.
Jiwa yang merdeka daripada perhambaan sesama manusia dan hanya tunduk dan patuh
kepada Allah, maka itulah yang menjadi punca kepada kebahagiaan dan ketenangan yang
sebenar. Jangan kita menjadi manusia yang berharta dan berkuasa, tetapi menjadi hamba
sesama manusia. Petani yang miskin harta tetapi kaya dan merdeka jiwanya adalah lebih
mulia daripada si kaya atau penguasa yang miskin jiwanya.
Yang bermaksud : Apa yang ada pada kamu (harta atau pun kuasa) akan habis dan hilang
lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan tetap kekal selamanya, dan sesungguhnya Kami
akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari
apa yang telah mereka kerjakan.
(al-Nahli 96)

,






,


,






,







,

,








.








Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :



Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau
tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi
rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa

Saudara-saudaraku yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Akhirat..


Hari-hari yang berlalu bagi sesetengah orang berdepan dengan pelbagai ujian. Macam-macam ujian
datangnya dari lumrah kehidupan. Ada ujian berbentuk bala dari Allah yang memerlukan banyak kesabaran
dan keinsafan seperti berlakunya fenomena perubahan cuaca dan alam. Semuanya kehendak Allah seperti
gempa bumi, banjir, ribut itu dan ribut ini, ombak tsunami dan sebagainya.
Semuanya marilah menempuhinya dengan mengambil iktibar bahawa semuanya adalah datang daripada Allah
jua untuk manusia semuanya mengambil pelajaran penting iaitu Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha
Berkuasa pada kalimah-Nya KUN FAYAKUN... Dengan berkat kesabaran bagi manusia beriman diberi pula
ganjaran pahala berlipat kali ganda dengan sebab bertambahnya iman di dada dengan meyakini Allah
penetap segala sesuatu.
Gambaran hidup ini adalah sementara adalah amat benarlihatlah gunung-gunung yang dahulunya mungkin
berjuta tahun lampau telah runtuh begitu sahaja dengan ledakan berapiitu yang berjuta-juta tahun
apatah umur kita cuma berapa ya? Kalau usia kita 60, 80 tahun pun, cuma sekadar umur bayi sekiranya
dibandingkan dengan umur Nabi Nuh Alaihis Salam yang telah diizinkan Allah sampai 1000 tahun lebih
umurnya. Bahkan hari-hari, mungkin setiap saat ada yang mati menemui ajalnya.
Saudara-saudaraku yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari Akhirat..
Sayugia matlamat hidup semestinya menjurus kepada kehidupan Akhirat yang dijanjikan Allah dengan
membawa sebaik-baik bekalan. Apakah bekalan itu? Kekayaan dan kemewahan? Pangkat dan darjat? Sedarkah
kita sekelianhari-hari hidup dalam permainan dan ditipu dunia bagi orang yang tidak mahu kepada Syurga.
Ingatlah sebaik-baik bekalan adalah ketakwaan kepada Allah. Takutlah kepada Allah!
Oleh itu, majoriti manusia hari ini hidup mengejar kemewahan dan kekayaan, kejar pangkat dan populariti,
mengejar nikmat dunia dan hidup kerana perempuan. Seolah-olah semua itu tiada di Akhirat. Walhal Akhirat
adalah lebih baik dari segala yang ada di dunia.
Islam tidak melarang mencari dunia tetapi ada kawalan baik dan buruknya, halal dan haramnya. Janganlah
menjual agama. Janganlah jadikan kekayaan bertapak di hati kerana akan merosakkan diri, sebaliknya
jadikan kekayaan di tapak tangan saja. Tiada ertinya jika kaya tetapi kedekut dan bakhil. Jadilah orang kaya
yang banyak pahala dengan menyumbang fi sabillahbersedekah ke tempat yang di redhai Allah. Orang kaya
dan mewah pada kebiasaanya lupa diri dan ego. Akan sentiasa menambahkan kekayaan kerana tamak haloba
kerana disangka modal yang banyak harus dipusing-pusing agar bertambah kekayaan dan mendapat
populariti.
Bangga diri akan memakan diribahkan pepatah orang tamak selalu rugi ada benarnya, tamak dengan
hanya menyimpan tiada disedekah orang mana nak dapat pahala bahkan kematiannya tiada apa yang dibawa
ke dalam liang kecuali keranda kayu, kain kapan, kapas, sedikit bau-bauan. Berapakah harganya? Mana
keretamu? mana rumahmu? mana hartamu? mana buku-buku akaunmu? Mana kalkulatormu?
Mungkin sebahagian orang-orang ini tidak tahu apa yang akan berlaku sesudah kita dikebumikanAlangkah
meruginya hidup sebegini di dunia. Hidup yang hanya tahu mencari makanan, perhiasan dan melepaskan
nafsu semata! Bagai binatangbangun pagi makan dan makan, cari makan, hidup untuk mencari makan!

Yang fardu dilupa dan dialpakan kononnya terlampau sibuk sehingga ada yang meninggalkan solat fardu,
tiada masa untuk solat jamaah, tiada waktu untuk melangkah ke masjid/surau, tiada kelapangan untuk
mendengar kuliah/tazkirah/mauizah/ceramah kerana mengejar dunia yang tidak pasti.yang tidak
kekal.yang sementara. Zakat harta diabaikan bimbang akan rugipuasa diabaikan bimbang tiada tenaga
untuk mengerjakan dunia, haji sengaja dilewat-lewatkan kononnya itulah kewajipan terakhir! Walhal itulah
yang mesti diutamakan bila mampu dengan kekayaan dan mampu jasmani. Bukankah itu menyenangkan
daripada masa perlukan bantuan orang?
Muslimin Sidang Jumaat Sekelian
Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata
fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang
hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu
berkata, Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir. Raja tercengang dan berkata,
Mengapa kamu berkata begitu? Hukama itu menerangkan, Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak
boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan
bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak
ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan
tentu tuanku berasa amat sedih.
Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan
hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran katakatanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di
dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa
roh hendak kembali berjumpa Allah.
Oleh itu, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih
penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh.
Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak
mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi
ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat
dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta
taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan
keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah
meredhai kita, insyaallah.
Saudara-saudaraku.jangan tertipu dengan dunia ini. Makin hari semakin banyak godaan terutama skim-skim
cepat kaya di dalam rangkaian online dan offline kerana mencari orang. Banyaklah sangatyang mengundang
bala dari Allah dan bakal mengundang mirip skim Jutawan Firaun yang juta disebut orang sistem piramid.
Ramai terpengaruh dengan skim-skim yang menjanjikan pelbagai imbuhan riba.
Apa guna kaya jika segala ibadat sunat dan wajib tidak diterima Allah? Apa guna kaya jika akhirnya masuk
neraka, dipijak2, dilenyek2, disalai dan dibakar sehingga rentung oleh Allah swt?

Anda mungkin juga menyukai