Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Semasa saya mendapat tugasan ini, saya berasa bermotivasi untuk


menyiapkannya kerana tugasan ini dikehendaki menjalankan amali sebelum
menulis laporan. Saya berasa bersyukur kerana akhirnya saya dapat
menyelesaikan tugasan ini pada masa yang ditetapkan.
Bagi tugasan pelaksanaan amali, pensyarah kami, Dr Khor Kwan Hooi
telah memberi kami masa untuk menjalankan eksperimen di makmal Fizik
semasa waktu kuliah. Setiap amali telah dijalankan pada masa yang tidak
sama. Semasa melaksanakan amali-amali tersebut, saya telah menghadapi
sedikit masalah. Antara masalah yang saya hadapi semasa menjalankan
amali 2 (daya dan gerakan) ialah saya asyik tidak berjaya menimbang
plastisin dengan menggunakan neraca palang secara tepat. Oleh itu, saya
telah mengambil masa yang panjang semasa membuat penimbangan
tersebut. Rakan sekumpulan saya juga telah memberi bantuan kepada saya
pada masa itu dan akhirnya saya berjaya menimbang semua plastisin yang
berjisim berbeza.
Semasa melukis graf voltan lawan arus bagi amali 4 (Litar elektrik), saya
juga telah menghadapi masalah kerana tidak dapat melukis pintasan pada
paksi V yang sepatutnya bernilai 2.8. Saya telah meminta bantuan daripada
rakan saya. Saya telah diberitahu bahawa salah satu bacaan tidak dipangkah
dengan betul. Selepas membetulkan kesalahan tersebut, akhirnya saya
berjaya mencari pintasan pada paksi V yang mewakili daya gerak elektrik
(d.g.e) dengan betul.
Bagi eksperimen untuk amali 6, saya berasa ia paling mencabar kerana
pelajar perlu mereka cipta satu eksperimen bagi tajuk aplikasi daya tujahan.
Tajuk kertas mengenai eksperimen ini sudah diedarkan awal oleh Dr. Khor
kepada kelas kami supaya dapat membuat persediaan awal. Namun,
kumpulan saya masih tidak mempunyai sebarang idea untuk melaksanakan
amali ini. Oleh itu, Dr Khor telah membimbing dan memberi tunjuk ajar
dengan sabar tentang cara untuk melaksanakan eksperimen ini pada masa
kuliah. Dengan itu, barulah amali 6 ini dapat dijalankan dengan lancar. Di
samping itu, saya juga menghadapi masalah semasa menulis laporan amali
60

kerana saya tidak tahu menulis tentang teori-teori yang berkaitan dengan
tajuk amali. Jadi, saya telah memimjam beberapa buku rujukan daripada
pusat sumber supaya dapat mencari maklumat yang berkenaan.
Melalui tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan telah saya pelajari. Contoh
dalam amali 2, saya dapat mempelajari bahawa sebenarnya pecutan graviti
tidak bergantung kepada jisim objek yang jatuh. Dalam amali 3 pula, saya
dapat mengenal pasti tentang hubungan antara jarak objek, u, jarak imej, v,
dengan panjang fokus, f, iaitu 1/f = /u+1/v. Selain itu, dalam amali 5, saya juga
dapat belajar tentang beberapa faktor yang mempengaruhi magnitud arus
aruhan seperti kekuatan magnet, bilangan lilitan solenoid, laju relatif antara
solenoid dengan magnet dan diameter gegelung. Tambahan pula, saya juga
dapat mempelajari ilmu secara mendalam tentang prinsip Archimedes dalam
amali 6. Saya dapat mengetahui bahawa apabila isi padu air yang disesarkan
semakin besar, daya tujah ke atas juga akan semakin besar.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya mendapati terdapat beberapa
kekuatan dan kelemahan. Kekuatannya ialah saya dan rakan-rakan dapat
bekerjasama dengan baik semasa menjalankan amali. Manakala bagi
kelemahannya ialah saya tidak menguruskan masa dengan baik kerana saya
telah menggunakan masa yang terlalu panjang untuk menyiapkan laporan
amali. Saya berharap lain kali saya dapat menguruskan masa dengan
berkesan dalam penghasilan tugasan.
Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi pengalaman yang berharga
kepada saya. Saya berharap saya masih dapat ingat apa yang saya belajar
pada hari ini untuk sepanjang hayat. Saya juga berharap saya akan
menghasilkan tugasan yang berkualiti tinggi lagi pada masa yang akan
datang.

61

Anda mungkin juga menyukai