Anda di halaman 1dari 3

SKRIP JURUACARA LDP 2

SMK PADANG TEMBAK 2015


BILIK GERAKAN SMKPT
14 FEBRUARI 2015
PN. ZATIL ISMAH BINTI AYUB DAN PN. AZIZAH BINTI JABAR

MASA
8.00

ACARA
Yang Berusaha Pn. Hajah Puziah binti Ahmad,
Pengetua SMKPT
Puan Maimunah Bt Ismail
Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum
Puan Khatijah binti Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan NorHayati binti Mahmud
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Paridah binti Yaacob
Penolong Kanan Petang
Guru-guru Kanan, Guru-guru Cemerlang dan guru-guru sekalian.

8.05

SALUTASI
BUKAN LEBAH SEBARANG LEBAH
LEBAH BERSARANG DI RUMPUN BULUH
BUKAN SEMBAH SEBARANG SEMBAH
SEMBAH MENYUSUN JARI SEPULUH
SEPINANG DUA PINANG
HABIS PINANG DALAM RAGA
SUDAH DI MAKAN SIRIH PINANG
MAJLIS INI MOHON DIBUKA

Assalamualaikum WBH dan Selamat Sejahtera


Pada pagi yang berbahagia ini kita akan berkongsi sedikit ilmu dalam
kursus LDP. Di harap perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat
untuk kita aplikasikan sepanjang perkhidmatan kita dalam bidang
pendidikan.
8.10

BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Abdul Hadi B Mat Idris. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
*********** (DOA)
Amin amin ya rabbal `alamin
majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadil Ustaz Abdul Hadi B Mat Idris atas bacaan doa itu tadi.

CATATAN

8.109.30

Sidang hadirin yang dihormati sekalian


Tanpa melengahkan masa kita teruskan LDP kita pada pagi ini dengan
sesi pertama. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Paridah binti Yaacob PK Petang untuk berkongsi ilmu berkaitan Profil
Pembangunan Profesionalisme Berterusan Individu. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Paridah binti Yaacob atas
perkongsian ilmu tadi. Semoga apa yang disampaikan oleh Paridah
binti Yaacob sebentar tadi sedikit sebanyak dapat memberi input yang
berguna kepada kita semua.

9.3010.45

Hadirin hadirat yang dihormati


Meneruskan kursus LDP pada pagi ini, majlis dengan hormatnya
mempersilakan
Yang Berusaha Pn Badariah Binti Bakar, Mantan PK Kokurikulum
untuk menyampaikan sedikit informasi berkaitan e-Prestasi
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Badariah binti Bakar atas
informasi yang disampaikan sebentar tadi. Semoga apa yang
disampaikan oleh Puan Badariah binti Bakar dapat memberi manfaat
kepada kita semua.

10.4511.15
11.1512.30

Semua guru dijemput untuk menikmati kudapan pagi di kantin


sekolah. Sesi kedua akan bermula pada jam 11.15 pagi. Diharap semua
guru dapat menepati masa yang telah dijadualkan.
Kita teruskan LDP kita pada pagi ini dengan sesi kedua. Tanpa
membuang masa majlis menjemput Puan Norazah binti Idris, Guru
Kanan Bahasa SMKPT untuk menyampaikan maklumat mengenai
Kenali SPSK.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norazah binti Idris atas
informasi yang disampaikan sebentar tadi. Semoga apa yang
disampaikan oleh Puan Norazah binti Idris dapat memberi manfaat
kepada kita semua.

12.301.00

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Pn. Paridah binti Yaacob, PK


Petang SMKPT untuk membentangkan hasil kerja guru kepada kita
semua.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Paridah binti Yaacob atas
pembentangan yang disampaikan sebentar tadi. Semoga apa yang
disampaikan oleh Puan Paridah ini dapat memberi manfaat kepada
kita semua.

Rehat

Dengan berakhirnya sesi pembentangan hasil kerja guru yang


disampaikan oleh Pn. Paridah binti Yaacob maka berakhirlah sudah
kursus LDP kita pada hari ini. Sebagai tanda kenang-kenangan majlis
dengan ini menjemput Yang Berusaha Pn. Hajah Puziah binti Ahmad
untuk menyampaikan cenderahati kepada para penceramah.
Dijemput Pn. Badariah binti Bakar untuk menerima cenderahati.
Seterusnya, dijemput Pn. Paridah binti Yaacob dan Pn. Norazah binti
Idris.
Terima Kasih diucapkan kepada Pn. Hajah Puziah binti Ahmad.
Sehingga berjumpa lagi di LDP yang akan datang.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai