Anda di halaman 1dari 15

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.

T Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang kerana dengan
limpah dan kurniaNya dapat saya menyempurnakan
tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu ini. Sejuta
kesyukuran

dipanjatkan

kerana

akhirnya

berjaya

menyiapkan tugasan ini dalam waktu yang ditetapkan.


Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Amir
Hamzah binYaakub selaku pensyarah penasihat Bahasa
Melayu yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar
dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sering memberi
galakan dan sokongan moral untuk saya terus gigih
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan saya dari
kejauhan. Jasa kalian semua amat bermakna. Sekian
Wassalam.
Definisi Laras Bahasa
Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan
sesuatu bahasa. Asmah Hj. Omar (1984), berpendapat
bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan
bahasa menuru t bidang penggunaannya.
Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa.

Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap


penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut
situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan
kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan
.
Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau
situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan
bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk
situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat
menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi
sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka. Ure dan
Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa
yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan
Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional
Linguistics(1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut
matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre dan mode.
Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti
telahmenegaskan gaya dengan membahagikan dengan
lima jenis bahagian iaitu beku,formal, rundingan, selamba,
dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.
Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas
daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan
penggunaan.

Pengguna

ialah

orang

yang

menggunakan

sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu


bahasa

itu

digunakan

dengan

cara

yang

berbeza-beza,

misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya.

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini


disebabkan

penggunaan

bahasa

yang

berbeza-beza

berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang


berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan
untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata kata
yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh
itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang
berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan
dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial.
Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan
faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan laras bahasa dalam
variasi bahasa.
Penutup
Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah
laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran samada maju atau
mundur sesuatu bangsa. Sebagai contohnya, jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas
merdeka, dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang
pesat.

PENUTUP
Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam
kehidupan seharian kita. Jumlah laras sesuatu bahasa
mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju
mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan
jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka, sudah

dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah


mengalami
perkembangan
yang
pesat.
Bidang
pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan
banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasabahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian
kerana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Negara dan
juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.
Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laraslaras bahasa Melayu. Malah hendaklah tahu membezakan
antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu,terutama
laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu
tidak mengalami masalah menggunakan laras sesuai
dengan situasi. Ini amat penting bagi yang amat visible dari
segi penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat
dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat penting bagi
golongan ini menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk
yang sempurna.
Sebahagian laras merupakan laras baharu, oleh itu laraslaras itu haruslah dipelajari sebagai suatu kemahiran. Hal ini
menghairankan banyak pihak terutamanya orang Melayu itu
sendiri. Sesetengah orang Melayu berpendapat bahawa
mereka tidak perlu lagi belajar perkara seperti ini. Laras
bahasa Melayu moden, terutama laras formal dan rasmi
merupakan laras khusus yang tidak menjadi sebahagian
kehidupanrasmi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa
tidak formal. Supaya masyarakat benar-benar menguasai
bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran laras
bahasa dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku
sekolah bukannya baru di institut pengajian tinggi.

LARAS BAHASA
1.0

Pengenalan

Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan
penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh
dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di istilahkan
sebagai register atau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk
menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa
digunakan.
2.0

Laras Bahasa Secara Umum

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua konsep,
iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang
menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah,
Sarawak dan sebagainya.
Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-beza dalam
pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan

bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang
berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah
berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu,
bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktorfaktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial.
Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai
dialek daerah.
Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu
laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubahberubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan
ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi
tertentu.
3.0

Konsep Laras

Laras ialah variasi yang berlainan berdasarkan fungsi dan ia sentiasa berubah-rubah mengikut
fungsi. Apabila pengamatan dibuat pada perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai
konteks, akan didapati kelainan jenis bahasa yang digunakan yang disesuaikan dengan situasi
yang berlainan. Contohnya boleh diperhatikan pada bahan-bahan bacaan yang dibaca seperti
teks klasik, novel, cerpen, teks ekonomi, teks sejarah, teks undang-undang dan sebagainya
adalah berbeza antara satu sama lain dari segi bahan, susunan ayat, pilihan kata, jalinan
fikiran dan sebagainya. Penggunaan bahasa seperti ini adalah dihasilkan oleh laras bahasa
yang berbeza.
Terdapat beberapa definisi, iaitu pandangan beberapa orang ahli bahasa tentang pengertian
laras bahasa. Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang
berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa berubah-ubah mengikut
situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati faktor
kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan.
Ure dan Ellis ( 1977), menganggap laras bahasa sebagai pola bahasa yang lazim digunakan
mengikut keadaan tertentu. Hal ini bermakna, sesuatu situasi akan menentukan bentuk bahasa
yang digunakan oleh pengguna bahasa itu dan pemilihannya berdasarkan konvensi sosial
masing-masing.
Reid (1956), menyatakan seorang penutur dalam situasi berbeza-beza akan menggunakan
laras mengikut situasi sosial yang berlainan iaitu istilah teknik untuk menyatakan perlakuan
bahasa (linguistic behavior) seseorang individu. Reid juga telah membezakan laras bahasa

dan gaya bahasa. Laras bahasa merujuk khusus kepada bidang penggunaan, manakala gaya
merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang
hendak ditimbulkan, dan suasana yang menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan.
Halliday (1968), menyebut bahawa laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan
fungsi. Laras akan sentiasa berubah mengikut situasi. Dia telah membuat penjenisan laras
kepada tiga kategori iaitu tajuk wacana (field of discourse), cara penyampaian wacana (mode
of discourse) dan gaya wacana (style of discourse).
Brian Seaton (1982) berpendapat laras bahasa ialah satu variasi yang wujud daripada situasi
yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk perbualan. Laras juga terdapat dalam sesuatu
bidang seperti kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeza sama ada
dalam bentuk penulisan atau tulisan. Oleh itu kita akan dapati seseorang itu akan memiliki
laras bahasa yang berlainan.
Menurut ahli bahasa tempatan seperti Nik Safiah Karim (1989), laras bahasa berdasarkan
penggunaannya, iaitu variasi bahasa digunakan oleh penutur dalam situasi tertentu. Dia
menganggap laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi
yang ada pada setiap penutur. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan
juga peringkat sosial.
Asmah Haji Omar (1987), menyatakan laras bahasa mempunyai ciri-ciri khusus dalam
penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Kelainan atau variasi bahasa yang
digunakan mempunyai disiplin ilmu yang berbeza-beza.
Abdullah Hassan (1987), telah mengaitkan laras bahasa dengan pemakaian kata-kata tertentu
yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan
bahasa yang baik. Bahasa yang digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham di
bursa saham ialah laras ekonomi.
Kesimpulannya, laras bahasa ialah penggunaan bahasa atau pemakaian kata-kata yang khusus
untuk sesuatu penggunaan berdasarkan situasi sosial seseorang itu ketika berkomunikasi
dengan orang ramai. Penggunaan istilah-istilah khusus yang membezakan antara variasivariasi bahasa menjadikan sesuatu komunikasi lebih berkesan.
4.0

Ciri-ciri Laras Bahasa

Menurut Nik Safiah Karim (1989), kajian terhadap laras bahasa perlu mempertimbangkan
dua faktor yang utama iaitu ciri keperihalan peristiwa bahasa dan ciri linguistik yang wujud .
Ciri keperihalan pula dibahagikan kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi
persekitaran.

Situasi luaran adalah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang
merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan setiap
anggota masyarakat. Contohnya , apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu
lama, kita perlu mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan dan
aspek-aspek lain anggota masyarakat zaman itu.
Situasi persekitaran pula meliputi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam
penggunaan bahasa. Terdapat empat situasi persekitaran yang menyebabkan wujudnya bahasa
yang berlainan atau laras. Situasi yang dimaksudkan ialah cara penyampaian, perhubungan
sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan, dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.
Cara penyampaian yang terdapat dalam situasi persekitaran menyebabkan wujudnya
kepelbagaian dalam laras bahasa. Cara penyampaian merujuk bentuk perhubungan yang
digunakan termasuk jenis bahasa lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Bahasa lisan
berbeza daripada bahasa bertulis kerana terdapat banyak variasi bahasa bertulis seperti
laporan, esei, surat, wawancara, cerpen, karangan, sajak, drama, dan sebagainya. Hasil
penulisan pula berkait dengan diri penulis, pembaca dan perkara yang ditulis. Latar belakang
penulis membawa perbezaan dalam penghasilan bahasa, penggunaan bahasa, kandungan
bahan dan aspek panjang pendek sesuatu peristiwa.
Aspek lain yang menimbulkan laras bahasa yang berbeza ialah aspek peribadi dan aspek
bukan peribadi. Aspek peribadi ialah perhubungan individu dengan individu yang lain,
hubungan kekeluargaan, rakan sebaya, sahabat karib, pekerja, dengan majikan, rakyat dengan
golongan istana dan sebagainya. Aspek bukan peribadi pula adalah bukan bersifat peribadi
seperti antara penulis dengan pembaca, penghasil dan pembaca akhbar, penyajak dengan
pembaca dan sebagainya.
Unsur yang ada dalam situasi persekitaran bagi menentukan laras bahasa termasuklah bahan
yang diperkatakan. Bahasa yang digunakan adalah meliputi aspek yang luas iaitu meliputi
perkara-perkara biasa seperti perbualan tentang makanan, pakaian, kesihatan dan sebagainya
serta termasuk perkara-perkara khusus seperti dalam bidang sains dan teknologi, perubatan,
astronomi, geologi dan sebagainya.
Ciri lain dalam mengenal pasti laras bahasa ialah tentang fungsi-fungsi sosial perlakuan
bahasa. Aspek perlakuan sosial termasuklah bahasa untuk menyampaikan maksud seperti
menggunakan bahasa dalam upacara-upacara tertentu seperti majlis akad nikah, jual beli, dan
sebagainya. Terdapat juga situasi yang menggunakan bahasa yang berlainan yang dihasilkan
oleh interaksi seperti jenis perbualan, iaitu orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan
situasi-situasi tersebut dalam masyarakat.

Empat ciri-ciri situasi persekitaran menimbulkan laras yang berlainan dan terdapat hubungan
yang erat diantaranya. Hal ini adalah disebabkan interaksi antara kedua-dua pihak
menghasilkan laras.
Laras bahasa juga mempunyai ciri-ciri linguistik yang melibatkan unsur tatabahasa dan
pemilihan perkataan atau leksis. Hal ini telah dijelaskan oleh Nik Safiah Karim (1982)
dengan melihat ciri-ciri tata bahasa yang terdapat dalam susunan ayat dan frasa dalam laras
bahasa. Nik Safiah berpendapat, tatabahasa yang disusun dengan cara tertentu akan
menimbulkan laras bahasa yang mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ciri linguistik
pula adalah berkait rapat dengan faktor sosial seseorang seperti latar belakang orang yang
bercakap atau menulis.
Laras bahasa juga turut menunjukkan manipulasi unsur-unsur tatabahasa sesuai dengan
wacana yang dibicarakan. Contohnya laras bahasa aspek fonologi, morfologi dan sintaksis
yang meneliti penggunaan bunyi, pembentukan kata serta struktur dan binaan ayat.

5.0 Jenis-jenis Laras Bahasa


Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara penyampaian
wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang penggunaan bahasa
seperti bidang Matematik. Cara penyampaian wacana ialah media perlakuan bahasa samada
secara lisan atau bertulis. Gaya Wacana pula adalah bidang tentang perhubungan antara
peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal atau tidak formal.
Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam
pelbagai situasi. Antara jenis-jenis laras ialah laras biasa atau laras umum, laras akademik
atau laras ilmiah, laras perniagaan, laras perundangan, laras sastera, laras iklan dan
sebagainya.Hal ini kerana terdapat hubungan yang erat antara susunan bahasa dengan situasisituasi disebabkan interaksi sehingga menghasilkan laras.
5.1

Laras Perniagaan

Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya
bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi
cara penyampaian yang amat menarik. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak
gramatis.
Contoh : Percuma, sebuah telefon bimbit Samsung dengan setiap pembelian sebuah LCD
Skrin Televisyen Pensonic.

5.2

Contoh Dan Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

5.2.1

Bidang
a)

Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan,


perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan.

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris.

c)

Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting,


khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara
menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustriaan dan perusahaan.

5.2.2

Perbendaharaan Kata
agihan jualan agensi pemasaran baki debit
anggaran kos francais cek palang
harga tetap eksport saham
urus niaga kredit komposit

5.2.3

Tatabahasa
a)

Morfologi (Kajian terhadap perkataan)

Kata tunggal menjadi kata khusus

Contohnya :
Kata umum Istilah
wang kewangan
ratus peratus
lebih lebihan
pasar pasaran
pegang pemegang
dagang dagangan
5.2.4

Akronim
Contohnya:
EPU - Unit Pembangunan Ekonomi
EON - Edaran Otomobil Berhad
BSN - Bank Simpanan Nasional
BSKL - Bursa Saham Kuala Lumpur

5.2.3

Kata Majmuk
Contohnya :
kos jualan modal tetap harta semasa
untung bersih lebih asset sebut harga

5.2.6

Ayat Aktif dan Pasif


Contohnya:
a)

Ayat aktif
KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting

b)

Ayat pasif
Kesan terus dirasai oleh pengeluar kereta yang meletakkan harga jualan yang
tinggi.

5.2.7

Gaya Bahasa
a)

Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.

b)

Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah, susunan frasa, dan ayat
yang baik, sesuai serta tepat yang boleh menyampaikan maksud dan
membawa pengertian.

c)

Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.

5.1 Laras Bahasa Biasa Atau Umum


Laras ini menggunakan bahasa yang tidak membabitkan
sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya
digunakan dalam perbualan harian. Laras biasa tidak
menggunakan istilah atau pola yang khusus. Ciri-cirinya adalah
bebas dan mudah difahami serta kurang terkawal dari aspek
tatabahasa. Ia juga mempunyai unsur kemesraan seperti
menggunakan ganti nama diri pertama seperti aku, cek, makcik
, kak ngah dan sebagainya.
Laras bahasa biasa menggugurkan kata sendi nama seperti
dari, daripada, di, akan dan hingga. Ia juga menggunakan ayat
yang pendek dan ringkas, dan ada kalanya menggunakan
imbuhan asing. Terdapat juga unsur ambiguiti atau kekaburan
makna.
Contoh: Hai Mat! Nak ke mana tu? Singgahlah dulu!

5.3 Laras Akademik


Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras
bahasa sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya.
Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa subbidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik.
Misalnya dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan
fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan
dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang
berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang
ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan,
penawaran, kos, modal, buruh dan susut nilai. Contoh laras
sains dalam bidang kimia : Air terhasil daripada kandungan
hidrogen dan oksigen (H2O).
5.4 Laras Undang-undang
Laras undang-undang merupakan salah satu daripada laras
ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu
lagi. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang laras undangundang lebih bersifat moden dan banya menggunakan istilah
teknikal. Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding
kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk
mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan
dengan perbicaraan berkenaan.
5.5 Laras Media Massa
Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu,
khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa
yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu
peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan
mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada
pembaca dan penonton.
Contoh : Pasukan hijau kuning telah memalukan pihak lawan
apabila pasukan Kelantan dikalahkan di gelanggang sendiri
dengan jaringan dua gol berbalas satu.

5.6 Laras Sastera

Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga


mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya,
bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan
kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya.
Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita
sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti
tema, kronologi, mesej, dan watak yang mengandungi unsurunsur personifikasi dan metafora.
5.7 Laras Rencana
Laras rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh
mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah
kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan.
Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru
Proton belum dapat diukur sepenuhnya. Pelbagai aspek seperti
pilihan pembeli, faktor rekabentuk, kemudahan mendapatkan
alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru
ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum ia
berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar
negara.
6.0 Kesimpulan
Laras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara
penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj. Omar (1984),
berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam
penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras
bahasa dalam situasi formal dan tidak formal adalah berbeza.
Laras bahasa juga berbeza mengikut faktor geografi dan
daerah. Laras bahasa juga adalah gaya atau cara penggunaan
sesuatu bahasa iaitu variasi yang ada pada setiap penutur .
Pemilihannya adalah tidak sama, berlainan dan berubah-ubah
ikut situasi bergantung kepada masyarakat yang memilihnya
dan membangkitkan kesedaran setiap anggota masyarakat
tentang situasi sosial yang wujud.

Laras Akademik
Laras akademik boeh dibahagikan kepada beberapa bahagian
berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras
sains, laras ekonomi, Laras sastera dan sebagainya. Laras ini
kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang
terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam
bidang

sains,

terdapat

laras

kimia,

biologi

dan

fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan


dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang
berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang
ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan, kos,
modal, buruh dan susut nilai.
Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon
merembeskan

mukus

yang

berfungsi

dalam

melicinkan

pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat


enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang
dirembeskan bersifat alkali.

Anda mungkin juga menyukai