Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH,

33000 KUALA KANGSAR,


PERAK DARUL RIDZUAN

KOD SEKOLAH : ABA 4010


TEL : 05-7762310

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


" SKRT : P & P GURU DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN"

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI - 2 2012


Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Kehadiran

: 13 Jun 2012
: Rabu
: 1.05 Tengahari
: Pusat Sumber Sek Keb Rambai Tujuh
: 13 Orang

1. En.Zainal b.Abd.Rahman
2. En. Ahmad Nazran b. Ahmad Zakaria
3. Pn.Hawa bt.Abdul Raman
4. En. Mior Khir Amir b. Mohd Rasid
5. En. Syahriman Irwan b. Md Yusof
6. En. Fakrumizi b. Ya
7. En. Farizan b. Ayob
8. Pn. Norazlina bt. Abd Aziz
9. Pn. Norhayatti bt. Md Johor
10. Pn. Zalina bt. Jamaludin
11. Pn. Ayu bt Baharuddin
12. Cik. Nurul Syaznie bt. Md Salleh
13. Pn. Siti Zalina bt. Mat Nawi
Mesyuarat dimulakan dengan :
Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ikrar Perkhidmatan Awam
Agenda 1
Ucapan Guru Besar
1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru di dalam mesyuarat ini.
1.2 Tujuan diadakan mesyuarat adalah untuk melihat perkembangan prestasi setiap pelajaran
bagi setiap tahun terutama murid-murid tahun 6.
Tindakan : Semua guru
Agenda 2
1

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Kurikulum kali 4 2011.


Pn. Ayu bt Baharuddin membentangkan minit mesyuarat Kurikulum Pertama 2012.
Pencadang
: En Mior Khir Amir b. Mohd Rasid
Penyokong
: Cik Nurul Syaznie bt. Md Salleh
Agenda 3
Perkara berbangkit
3.1 Pn Nor Azlina menyatakan murid LINUS masih tiada perubahan.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
3.2 En Ahmad Nazran juga meminta guru-guru kelas mengemaskini fail kelas masing-masing.
Tindakan : Guru-guru kelas
Agenda 4
Ucapan Pengerusi
4.1 En Ahmad Nazran mempengerusikan mesyuarat Kurikulum.
4.2 Takwim
4.2.1 En Ahmad Nazran menyarankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan
masa selepas waktu rehat yang dijalankan oleh setiap panitia dalam Bulan-Bulan
Panitia ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga selesai peperiksaan
UPSR.
Tindakan : Ketua Panitia dan Semua Guru
4.2.2 Walaubagaimanapun aktiviti-aktiviti akademik harus dijalankan seperti biasa.
Tindakan : Semua Guru
4.3. LINUS
4.3.1 SK Rambai Tujuh mencatat rekod yang paling baik di peringkat PPD dengan
peratus yang tinggi iaitu 93.3 % bagi kohord 1 ( Tahun 3 ) untuk keluar dari
rekod LINUS. Beliau mengharapkan kerja keras dari semua pihak terutama guru
yang terlibat dengan LINUS dan PEMULIHAN.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.3.2 En Ahmad Nazran menyatakan tahap murid LINUS haruslah melebihi dari
pencapaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian iaitu tahun 1 berada pada
90% ke atas, tahun 2 di tahap 95% ke atas dan tahun 3 sepatutnya pada tahap
100%.
2

Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan


4.3.3 Saringan 8 bagi murid tahun 3 hanya perlu dijalankan kepada murid LINUS
sahaja.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.3.4 Setiausaha LINUS ( En.Farizan Ayob) dapat mengemaskini Fail Linus bagi sesi
2012.Fail guru LINUS dan Guru Pemulihan perlu mengandungi bahan yang
sama.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.3.5 Bagi murid yang tidak boleh melepasi saringan LINUS (Mohd Zaid Hakimi Che
Zad Dari Kohord 1), sekolah dibolehkan mengkategorikannya sebagai kurang
upaya (OKU) dan diharapkan Setiausaha Linus sekolah dapat bertindak segera
mengikut prosedur yang sewajar dan sepatutnya.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.3.6 En Nazran menyarankan agar murid-murid LINUS diberi pendedahan di khalayak
umum seperti diperhimpunan sebagai motivasi dan sokongan moral.
Tindakan : Guru LINUS & Guru Pemulihan
4.4. MBMMBI
4.4.1 En Nazran meminta semua guru sentiasa mengikuti perkembangan MBMMBI di
portal supaya tidak tercicir pelbagai maklumat.
Tindakan : Guru MBMMBI
4.42

Guru yang terlibat dan guru subjek dapat menjalankan pendekatan yang sesuai
bagi memastikan MBMMBI dapat dilaksanakan di dalam kelas deperti
diharapkan oleh pekeliling dan kerajaaan.

4.5. KSSR
4.5.1 En Syahriman Irwan menyatakan pengisian data bagi SPBS boleh dilakukan
setahun sekali atau setahun dua kali. Walaubagaimanapun, guru perlu
memastikan data yang diisi sesuai dengan eviden pada setiap bulan.
Tindakan : Guru Tahun 1 dan 2
4.6 SAPS

4.6.1 En Nazran menyatakan SK Rambai Tujuh merupakan antara sekolah yang terawal
menghantar data ke PPD bagi peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.
Tindakan : Semua Guru
4.7. UPSR
4.7.1 En Nazran menyatakan En Syukri Mat Ani ( Pegawai PPD ) menggunakan data
Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu untuk menjayakan aktiviti yang
dijalankan oleh beliau iaitu Program Bersama UTP.
Tindakan : Semua Guru
4.7.2 Peperiksaan pertengahan tahun yang baru dijalankan menunjukkan keputusan di
tahap sederhana bagi semua subjek.
4.7.3 Keputusan yang paling tinggi yang berjaya diperolehi ialah 2A 3B oleh Ammar
Mustaqim Abdul Aziz.
4.7.4 Kelas Bimbingan Kelompok akan diadakan bermula 3 Julai sehingga 5 Julai. SK
Rambai Tujuh akan menjadi tuan rumah bagi subjek Bahasa Inggeris pada 3 Julai
dan diikuti Sk Senggang untuk Matematik dan Bekor bagi subjek Sains.
Diharapkan guru subjek dan guru yang beri tanggungjawab dapat bersedia.
4.7.5 En Zainal menyarankan dijemput guru-guru dari kelompok Zon Manong yang
berkemampuan dan berkelayakan untuk memberikan motivasi dan teknik
menjawab soalan UPSR.
4.7.6

En Syahriman Irwan menyatakan Kelas Bimbingan Kelompok yang bakal


diadakan akan melibatkan semua guru dari sekolah yang terlibat untuk menjadi
fasilitator.

4.8. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


4.8.1 Pn Zalina mencadangkan Nur Fara Dilla dari tahun 1 diberikan ujian tahun 2
untuk melihat perkembangan mindanya. Ini kerana didapati murid ini memberi
respon yang baik di dalam kelas dan mendapat keputusan yang amat memuaskan
dalam ujian OTI1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
4.8.2 Pn Norhayatti menyatakan bentuk penilaian kertas Sains bagi tahun 2 adalah
berdasarkan eviden KSSR. Oleh yang demikian beliau tidak dapat membuat
pengiraan markah sebagaimana kertas Sains seperti mana tahun-tahun yang lain.
4.8.3 Pn Norhayatti juga menyatakan sekiranya pengiraan standard seperti tahap 2
dibuat ke atas murid tahun tersebut, berkemungkinan hasil daripada penilaian
tersebut hanya 2 orang murid sahaja yang mencapai tahap menguasai atau lulus
iaitu Mohd Azri dan Mohd Imran. Beliau mengharapkan agar pihak pentadbiran
4

cuba mendapatkan maklumat dari sekolah yang berhampiran untuk mendapatkan


format pengiraan sesuai.
4.8.4 En Nazran menyatakan guru-guru boleh mengambil tindakan kepada murid-murid
yang didapati bermasalah seperti tidak menyiapkan kerja rumah dan sebagainya.
Sebarang aduan dan rasa tidak puas hati daripada ibubapa akan
dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Agenda 5
Hal-hal Lain
5.1

En Nazran menyatakan Rancangan Mengajar Harian perlu dihantar setiap minggu.

5.2

Laporan penghantaran Rancangan Pengajaran Harian perlu dikemaskini.

5.3

Prestasi kehadiran guru memuaskan. Penggunaan garis merah dilaksanakan tepat


jam 7.45 pagi.

5.4

En Nazran menyatakan hari Akademik akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu


hari Jumaat ( 29.6 Tahun 1 & 6 ), Isnin ( 2.7 Tahun 2 & 5 ) dan Jumaat ( 6.7
Tahun 3 & 4 ).

5.5 Diminta guru-guru kelas menyediakan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun


yang boleh dimuat turun dari laman web SAPS.
5.6

Percubaan UPSR bakal diadakan pada 11 13 Julai. Soalan disediakan oleh Majlis
Guru Besar.

5.7

Analisa Kemahiran dan Kefasihan Bahasa Inggeris ( CPT ) dikalangan guru


Bahasa Inggeris akan diadakan pada 4 6 Julai.

5.8

En Nazran memaklumkan bahawa sekolah akan terlibat dengan lawatan ke


Universiti Teknologi Petronas (UTP) anjuran PPD Kuala Kangsar. Guru yang
terlibat terutamanya Ustaz Fakhrumizi memastikan kelancaran program tersebut
dan membuat laporan lawatan ke UTP dan dihantar kepada En Syukri ( Pegawai
PPD ).

5.9 Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar bakal menawarkan 3 lagi program kepada
Sk Rambai Tujuh yang melibatkan murid-murid tahun 6 pada 2013 bersama
UTP, UPSI dan IPGM yang akan dikendalikan oleh PPD Kuala Kangsar.
5.10 En Mior Khir Amir menyatakan akan diadakan program senamrobik 1 Malaysia
pada 10 Julai 2012 dari jam 7-10 pagi dan beliau meminta semua guru dan staf
sokongan berpakaian sukan pada tarikh tersebut.

5.11

En Mior Khir Amir juga menyatakan akan diadakan Bulan Kecergasan di Padang
SMK Clifford yang melibatkan 2 orang guru dan 8 orang murid. Aktiviti tersebut
akan diadakan pada 14 Julai 2012.

5.12

Pn Zalina menyatakan beliau akan membuat kertas kerja lawatan sambil belajar
yang telah diperbincangkan di dalam mesyuarat PIBG yang lalu. Cadangan
lawatan adalah ke Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, tempat-tempat yang
bakal dilawati masih dalam proses pemantauan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.55 petang.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh :

Disahkan Oleh :

(PN AYU BT BAHARUDDIN)


Setiausaha Kurikulum,
Sek Keb Rambai Tujuh.

(EN A.NAZRAN B A.ZAKARIA)


Guru Kanan Kurikulum,
Sek Keb Rambai Tujuh

(EN ZAINAL B ABD RAHMAN)


Guru Besar,
Sek Keb Rambai Tujuh.

Anda mungkin juga menyukai