Anda di halaman 1dari 4

Isu: Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan

Globalisasi menurut kamus dewan edisi keempat ialah proses yang


membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi, kebudayaan dan lain-lain
disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,
terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka
kepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,
kerohanian dan jasmani manusia. Selain itu mengikut Plato, pendidikan ialah suatu
proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah
usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran
daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976)
menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat
pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam
sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak
persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan
dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku.
Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah taraf pendidikan yang semakin
meningkat,

pertambahan

bilangan

penduduk,

desakan

awam,

peningkatan

teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.


Walaupun Globalisasi membawa faedah kepada setiap Negara namun kesan
globalisasi amat dirasai oleh Negara-Negara membangun dan sedang membangun
seperti Malaysia kerana Negara tersebut perlu bersaing dengan Negara yang maju
dalam pelbagai bidang contohnya ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan sumber manusia.

Glabalisasi dalam dunia pendidikan sekarang ini memang diperlukan untuk


menghadapi tentangan global. Namun demikian globalisasi pendidikan hendaklah
tidak meminggirkan masyarakat kita yang termasuk dalam golongan yang lemah
agar kemajuan bangsa dapat dinikmati bersama.
Mengikut pandangan lain, globalisasi merujuk kepada satu cara hidup tanpa
sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya
globlisasi ini lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun dalam bidang
pendidikan, globalisasi juga tidak terkecuali. Di samping itu, globolisasi dalam
pendidikan menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan di Malaysia
seterusnya mewujudkan sistem pendidikan yang cemerlang di seluruh dunia. Selain
itu, impak globalisasi kepada bidang pendidikan ialah pendidikan menjadi sejagat
atau luas iaitu dimana semua individu boleh mendapat pendidikan yang sama tanpa
mengira taraf ekonomi, sosial dan sebagainya.
Dalam era globalisasi, isu dan cabaran globalisasi yang sentiasa
dibincangkan ialah pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) yang memberi kesan kepada semua masyarakat terutama dalam bidang
pendidikan. Kemajuan dunia globalisasi telah menukar cara pemikiran kita dalam
mengikut arus pembangunan. Ledakkan maklumat yang berkaitan dengan
perkembangan TMK telah meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita secara
meluas tanpa batasan. Di samping itu juga, pengaruh TMK telah mempengaruhi
gaya hidup rakyat Malaysia secara amnya dan pelajar secara khususnya dalam
bidang pendidikan.
Pengaruh TMK di era globalisasi ini dalam bidang pendidikan menyediakan
peluang pendidikan yang luas kepada semua individu dengan menyediakan
kemudahan contohnya komputer untuk proses pembelajaran. Selain daripada itu,

kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi


tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya
didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya kita tidak
ketinggalan. Justera, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita
dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara yang maju dalam arus
globalisasi.
Kepesatan arus gloablisasi ini juga akan membuatkan pemikiran generasi
muda kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dalam pelbagai bidang
terutama bidang pendidikan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang disediakan.
bekas Perdana Menteri pernah berkata ketika membentang rancangan Malaysia Ke
Sembilan bahawa dalam kontek dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah
satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Oleh itu bekas Perdana Menteri berharap
agar Negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menjadi
Negara yang maju menjelang 2020 seiring dengan barisan Negara yang maju yang
lain dalam pelbagai bidang terutama bidang pendidikan.
Pengaruh TMK dalam bidang pendidikan mengubah corak dan sistem
pendidikan di Malaysia dimana pelbagai peluang-peluang pendidikan terbuka luas
tanpa batasan kepada semua pelajar dengan adanya pelbagai kemudahan seperti
institusi pengajian tinggi awam atau swasta . Di samping itu juga, dengan adanya
pengaruh TMK dalam era globalisasi ini membolehkan para pelajar melanjutkan
pelajaran malalui sistem pendidikan jarak jauh yang lengkap apabila pelajar
mempunyai kemahiran untuk menggunakan TMK. Pembelajaran sepanjang hayat
tanpa mengira masa, tempat dan sebagainya boleh dilakukan sendiri di era
globalsiasi sehingga mewujudkan pembelajaran tanpa sempadan.

Namun kesan negatif globalisasi terhadap pendidikan memberikan tekanan


kepada para guru untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani
keperluan globalisasi dalam pendidikan. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan
bagi menghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya saing menjelang
Wawasan 2020. Kesan globalisasi dalam pendidikan juga akan memingirkan bahasa
Malaysia sebagai bahasa ilmu. Ini terjadi apabila murid mendapatkan maklumat
menggunakan internet dimana sebahagian besar maklumatnya dalam bahasa
Inggeris. Jika hal ini berlaku, mungkin bahasa Malaysia akan menjadi bahasa kedua
dalam kehidupan masyarakat.
Kesimpulannya, globalisasi dalam pendidikan sangat penting dalam
meningkatkan mutu pendidikan Negara kita setaraf dengan Negara maju yang lain.
Semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkahlangkah komprehensif bagi mencapai kemajuan bersama dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kita tidak boleh mengelak
daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan.
Dengan globalisasi dalam pendidikan diharapkan semua masyarakat terutama
dalam bidang pendidikan dapat bersaing dengan dunia luar. Oleh itu, kita perlu
bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena
globalisasi ini.

Anda mungkin juga menyukai