Anda di halaman 1dari 2

kod etika profesion keguruan merupakan satu panduan yang amat sesuai untuk

guru-guru mengetahui amalan tingkah laku dan ini kerja yang bersesuaian di
sekolah. Kod etika ini mengandungi tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh guru-
guru ketika berada di sekolah dan kod etika ini sesuai untuk menjadi rujukan para
guru daripada semasa ke semasa. Kod etika ini diwujudkan untuk mengangkat
martabat profesion perguruan dan guru perupakan penggerak kepada usaha
menjulang martabat profesion perguruan di Malaysia. Tanggungjawab dan tugas
yang dipikul oleh guru merupakan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat dan
guru haruslah memastikan bahawa martabat profesion yang tertuas di dunia ini tidak
tercalar keranagagal untuk menggalas tanggungjawab yang digariskan dalam kod
etika ini.
Akauntaniliti dan integrity dalam dunia pendidikan memainkan peranan yang
amat penting untuk menjulang nama profesion perguruan ke tahap yang lebih tinggi.
Kemampuan guru untuk memahami serta menghayati prinsip akaintabiliti dan
intergriti, akan membolehkan guru tersebut dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar sebagai seorang guru. Tahap professional guru akan turut meningkat
sejajar dengan keperluan guru untuk menghayati konsep akauntabiliti dan integrity
kerana sebagai seorang guru, tanggungjawab yang dipikul adalah tanggungjawab
terhadap murid, ibu bapa, sekolah, rakan sejawat dan profesion perguruan.
Kegagalan guru untuk memahami dua konsep penting ini akan merugiksn bidang
pendidikan kerana pada dunia hari ini yang serba moden serta mencabar, guru perlu
sentiasa memperkemaskan diri dengan cara kerja yang lebih efektif dan mampu
bersaing untuk menaikkan nama profesion perguruan di persada yang lebih tinggi.
Guru akan mampu bekerja dengan lebih produktif sekiranya memahami dengan jelas
tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai guru dan akan lebih bersedia
untuk bertanggungjawab penuh terhadap amanah yang diberikan kepada guru. Guru
yang mangabaikan aspek akauntabiliti dan integrity hanya akan menjatuhkan nama
profesion perguruan dan membuatkan profesion perguruan dipandang negatif oleh
masyarakat sekeliling. Oleh itu, guru harus bekerja dengan penuh akauntabiliti dan
integriti pada setiap masa dan setiap ketika tanpa perlu terlalu berfikir tentang
balasan dan ganjaran.
Aspek ketidakpatuhan yang berlaku terhadap Surat Pekeliling di sekolah
adalah sesuatu yang amat merisaukan kerana surat pekeliling merupakan medium
untuk Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan arahan yang perlu dipatuhi
oleh guru-guru di sekolah. Jika terdapat ramai guru yang tidak mematuhi apa yang
terkandung di dalam surat pekeliling, ianya pasti akan mengundang persepsi negatif
masyarakat sekeliling terhadap akauntabiliti dan integrity guru di sekolah. Meskipun
guru hanya insane biasa yang turut melakukan silap dan salah, namun ianya bukan
alasan untuk guru tidak berusaha untuk menuruti apa yang termaktub di dalam surat
pekeliling yang diedarkan ke sekolah. Guru perlu sentiasa merujuk kepada kod etika
dan memahami tugas yang perlu dijalankan di sekolah kerana pendidikan
merupakan salah satu tunjang penting dalam mencapai hasrat untuk menjadi Negara
maju menjelang tahun 2020. Terapkan integriti dalam tugasan harian dan nescaya,
akan mendapat balasan di akhirat kelak.
Ciri-ciri kepimpinan yang patut dimiliki oleh guru novice untuk terus berjuang
di dalam dunia pendidikan merupakan satu isu yang menarik untuk diketengahkan
dengan lebih terbuka kerana ciri kepimpinan yang sesuai dan ketepatan akan
membentuk guru novis menjadi seorang guru yang berjiwa guru dengan sempurna
dan semulajadi. Guru novice memerlukan ciri kepimpinan yang tepat sebagai
panduan untuk terus membentuk peribadi diri bersesuaian dengan ciri-ciri guru yang
cemerlang bagi menabur bakti kepada anak bangsa. Tanpa ciri kepimpinan yang
tepat, guru novice akan hilang panduan serta mudah untuk terjerumus ke dalm zon
selesa menjadi seorang guru yang hanya mengajar umpama melepas batuk di
tangga.
Kesimpulannya dunia pendidikan masa kini penuh dengan pelbagai cabaran
dan rintangan yang perlu dihadapi oleh guru dalam usaha mengangkat martabat
profesion perguruan ke tahap yang tertinggi.oleh itu, dengan mengenggam erat
konsep akauntabiliti dan integriti serta berpandukan kod etika profesion keguruan,
usaha murni tersebut akan dicapai berbekalkan azam dan tekad yang kuatuntuk
menjayakannya. Semoga pada masa akan datang, profesion perguruan akan
melangkah setapak lagu untuk mendaki puncak kegemilangan yang diidamkan.

Anda mungkin juga menyukai