Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Profesion perguruan pada masa dahulu mempunyai martabat yang tinggi. Para guru
dipandang tinggi oleh masyarakat kerana jasanya yang tak terkira. Namun begitu,
pada zaman kini kita dapat lihat profesionalisma keguruan tidak lagi disanjung oleh
masyarakat. Kita harus menerima hakikat bahawa profesion perguruan kini semakin
menurun imejnya.
Institusi pendidikan masa kini turut terdedah dengan pelbagai jenis cabaran luaran
dan dalaman. Cabaran-cabaran ini pastinya telah mempengaruhi guru-guru di
negara kita dalam menjalankan tugas murni untuk menyampaikan ilmu.

2.0 PROFESIONALISME KEGURUAN

Profesionalisme seorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa


segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar.

Profesionalisme keguruan merangkumi kompetensi sosial dan kompetensi


keperibadian. Kompetensi sosial merangkumi kemahiran dalam perhubungan
interpersonal manakala kompetensi keperibadian pula merangkumi tingkah laku dan
personaliti seseorang guru, Dengan menguasai kedua-dua aspek ini, seorang guru
pasti akan menghasilkan kesan yang positif terhadap profesionalisma keguruan.

2.1 IMPAK PERSONALITI GURU CEMERLANG TERHADAP


PROFESIONALISMA PERGURUAN
Seseorang guru yang mempunya kompetensi peribadi yang unggul pasti
akan menunjukkan personaliti yang cemerlang kepada pandangan awam.
Personaliti guru yang cemerlang dan terpuji ini pasti akan mendatangkan
impak yang memberansangkan terhadap profesionalisme perguruan.

2.1.1 PENCAPAIAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MENINGKAT


Sebagaimana yang umum sedia maklum, guru merupakan contoh
tauladan atau ‘role model’ bagi pelajar dan murid-murid. Jika
seseorang guru menunjukkan tingkah laku dan akhlak yang baik lagi
cemerlang, pelajar pasti akan mencontohi dan mengikut apa yang
dilihatnya pada guru tersebut. Sebaliknya, jika guru menzahirkan
personaliti yang terkutuk, pelajar mungkin akan mengikutinya dan
lebih parah lagi, pasti akan merubah persepsi pelajar terhadap
perkara buruk yang ditunjukkan tersebut.
Oleh itu dengan personaliti cemerlang yang telah diterapkan dalam
diri pelajar, pelajar akan belajar dengan cara yang lebih baik disertai
peribadi yang unggul.
Antara personaliti yang baik yang akan membawa impak kepada
pelajar adalah seperti tidak mudah berputus asa dan gigih. Dengan
ini, belajar akan menuntut ilmu dengan lebih gigih untuk mencapai
target. Mereka juga tidak akan mudah berputus asa dan mengalah
andai gagal mencapai target. Sebaliknya, mereka akan berusaha
dengan lebih kuat serta membaiki kekurangan yang ada sehingga
mereka mencapai target mereka.
Jelaslah bahawa personaliti guru yang cemerlang dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran.

2.1.2 PENTADBIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN LEBIH PRODUKTIF


Personaliti guru yang cemerlang juga dapat mendatangkan impak
kepada profesionalisma keguruan dari segi pentadbiran.
Pembangunan profesionalisma keguruan dapat dibangunkan dengan
lebih baik jika wujud pentadbiran yang produktif.
Personaliti guru yang mantap seperti gerak kerja yang kondusif dan
sifat menepati waktu serta amanah dalam setiap tugas dapat
menjadikan pentadbiran institusi pendidikan lebih lancar. Apabila
setiap tugas dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan,
dengan lengkap mengikut ciri keperluan, pembangunan sesebuah
institusi pasti lebih produktif.
Ini membuktikan bahawa personaliti guru cemerlang dapat
menmbangunkan produktiviti institusi pendidikan, yaitu markas utama
profesionalisma perguruan.

2.1.3 PROFESION KEGURUAN DIPANDANG TINGGI


Personaliti guru cemerlang yang melibatkan hubungan dengan
anggota masyarakat pasti dapat mempengaruhi tanggapan
masyarakat terhadap profesionalisma keguruan. Jika personaliti yang
ditunjukkan oleh seseorang guru itu teruk, pastinya keseluruhan
profesioanalisma keguruan akan menerima tempiasnya. Bak kata
pepatah, kerana nila setitik, tumpah susu sebelanga.
Sebaliknya jika seseorang guru mempamerkan personaliti yang luhur
dan terpuji,contohnya sifat penyabar dan bersopan santun dalam
berkomunikasi, masyarakat pasti akan menghormati guru tersebut.
Ditambah lagi dengan ilmu dan jasa yang telah dicurahkan oleh guru
tersebut dengan penuh rasa ikhlas dan tekun, masyarakat pasti akan
memandang tinggi profesionalisma keguruan.
Keterampilan guru, yang mana juga merupakan salah satu aspek
dalam personaliti guru cemerlang, turut memainkan peranan dalam
persepsi masyarakat terhadap profesionalisma keguruan. Guru yang
ilmu penuh di dada, dengan perilaku yang mulia, serta penampilan
yang indah dipandang, pastinya akan menyemat rasa kagum dalam
hati masyarakat terhadap profesionalisma keguruan secara
keseluruhannya.
Tuntasnya, kita dapat lihat bahawa personaliti guru yang cemerlang
akan menjadikan profesionalisma keguruan dipandang tinggi oleh
masyarakat.

Jelaslah bahawa, personaliti guru yang cemerlang dapat mendatangkan impak yang
memberansangkan dalam memantapkan profesionalisma keguruan pada zaman
yang penuh dengan cabaran ini.

3.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGHADAPI ISU PENDIDIKAN TERKINI


Selari dengan pembangunan ketamadunan dan teknologi yang pesat, pendidikan
juga tidak ketinggalan dalam perkembangannya yang tersendiri. Perkembangan
dalam bidang pendidikan amatlah penting untuk melahirkan modal insan yang
terbaik untuk mentadbir urus dunia pada masa hadapan. Namun begitu, terdapat
beberapa halangan yang merencat institusi pendidikan negara, khususnya guru
cemerlang, dalam menghadapi isu-isu pendidikan pada zaman kini.

3.1 CABARAN REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT


Dunia pendidikan pada hari ini berdepan dengan cabaran baru termasuklah
penyediaan prasarana teknologi maklumat di sekolah. Mantan Menteri
Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak, pernah menyatakan dalam
ucap tama beliau di sebuah majlis pada Persidangan Discover Malaysia 1997
bahawa prosese pendidikan di negara kita menjelang abad 21 tidak dapat lari
daripada pendedahan teknologi maklumat dan multimedia kepada pelajar.
Selaras dengan kata-kata tersebut, mata pelajaran komputer telah
diperkenalkan di sekolah bukan sahaja tertumpu di bandar tetapi di sekolah di
pinggir bandar dan luar bandar juga. Penggunaan internet, media sosial dan
pelbagai media atas talian kini dilihat sebagai satu medium yang paling
kondusif untuk pelbagai urusan khususnya pendidikan.
Cabarannya disini adalah untuk menyediakan guru cemerlang dengan
kepakaran teknologi maklumat agar program yang dirancang, dapat
mencapai dan menepati objektifnya dengan optimum. Oleh itu, pihak
kerajaan telah mengadakan kursus pendedahan teknologi secara
berperingkat kepada guru-guru agar guru dapat mengadaptasikan teknik
pengajaran dan pembelajaran dengan zaman yang serba canggih ini.

3.2 CABARAN DISIPLIN DAN MASALAH SOSIAL


Antara tajuk-tajuk utama yang sering dilihat di dada akhbar pada hari ini
kebanyakannya berkisarkan gejala-gejala sosial yang semakin menular
dalam kalangan anak muda dalam masyarakat kita. Pada hari ini, generasi-
generasi muda, khususnya yang masih dalam lingkungang usia
persekolahan, semakin berani melakukan perkara sumbang tanpa segan silu.
Kebanyakan pelajar ini membawa masalah yang dihadapi di rumah ke
sekolah.
Hal ini merupakan satu cabaran bagi guru dan seluruh warga sekolah kerana
terpaksa menghadapi pelbagai masalah dalam menguruskan kerenah para
pelajar. Dari segi disiplin, perbuatan seperti tidak mematuhi peraturan, lewat
masuk kelas, ponteng kelas dan sebagainyaseolah telah menjadi suatu
kebiasaan dan fenomena biasa di sekolah pada ketika ini.
Oleh itu, pihak kementerian perlu menilai semula kesesuaian kaedah
pedadogi serta kurikulum pendidikan negara agar bersesuaian dengan
konteks pelajara pada ketika ini.

3.3 CABARAN PENGURUSAN SEKOLAH


Pelbagai cabaran yang wujud pada zaman ini memerlukan corak pentadbiran
dan gaya pengurusan yang lebih cekap,dalam mengatasi pelbagai masalah
yang mendatang.
Institusi pendidikan negara kita mempunyai ramai guru-guru cemerlang,
namun jika pihak pentadbiran gagal menguruskan organisasi dan sistem
dengan baik, hal ini akan menjejaskan prestasi guru cemerlang itu tadi.
Telah sampai masanya, pemimpin dan barisan pengurusan sekolah dipilih
menerusi penilaian yang lebih tegas dan lebih spesifik untuk memenuhi
keperluan institusi pendidikan pada hari ini. Yang paling penting, pemimpin
perlulah faham dengan konsep pendidikan yang diamalkan agar dapat
mencapai objektif yang diharapkan.
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini telah mengalami pelbagai perubahan.
Guru-guru yang mempunyai personaliti cemerlang amatlah penting dalam
memainkan peranan untuk memastikan prestasi institusi pendidikan negara sentiasa
unggul, walaupun pelbagai cabaran baru semakin banyak muncul.
RUJUKAN

1. Shahril. (1999). Isu pendidikan di Malaysia : sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
2. Nilai dan Amalam Profesional Perguruan. (2008, Oktober 23). diambil dari
http://deriakacamata.blogspot.my/2008/10/nilai-dan-amalan-profesional-
perguruan.html
3. Profesionalisma Perguruan. diambil dari
http://webmastering1.tripod.com/nantha/rank2.html

Anda mungkin juga menyukai