Anda di halaman 1dari 1

CARA MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C: Mengulas pengajaran/nilai murni dalam

petikan.
CONTOH PETIKAN
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah
dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam
dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak
sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.
Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia
menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian.
Aku teringat akan pesan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang
lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru
bertugas, iaitu Cikgu Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar.
Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.
CONTOH CARA MENJAWAB
Banyak pengajaran yang dapat kita peroleh dalam petikan. Antaranya, kita
hendaklah rajin menghadiri latihan sukan. Selain itu, kita mestilah jujur seperti tidak
mahu mengambil wang di dalam dompet yang kita temui. Seterusnya, kita hendaklah
berakhlak mulia dan tidak terpengaruh dengan hasutan rakan untuk mengambil
dompet itu. Selain itu, kita patut bertanggungjawab dengan menyerahkan dompet itu
kepada guru bertugas. Akhir sekali, kita mesti menghargai sikap baik seseorang
dengan cara memberikan pujian atas tindakan yang dilakukan.
72 patah perkataan

bersikap PEKAK jika ada orang yang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh
mencapai cita-cita mu!
Selalulah berfikir:
I CAN DO THIS!
Semoga berjaya!!

Anda mungkin juga menyukai