Anda di halaman 1dari 15

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

1.0 Pengenalan
Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan dalam
pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita, sama ada disedari atau tidak. Perkembangan
dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya
golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan,
kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi.
Menurut Ornstein dan Levine ( 1993 ), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang
terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah
cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya
kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Oleh itu, guru merupakan seseorang yang
professional. Hal ini juga bermakna guru adalah segolongan orang yang telah mendapat
latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta
mempunyai kod etika yang tersendiri. Guru-guru juga dipimpin dan diselia oleh seorang
peminpin yang dipanggil pengetua ataupun guru besar.
2.0 Definisi Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru
Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan antara satu sama
lain dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan apa yang salah. Kod etika guru adalah
peraturan untuk membantu guru yang profesional agar mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub demi menjaga imej profesion. Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagai
pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian
tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.
Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai
prinsip profesionalisme yang dirangka. Kod Etika Guru juga ialah merupakan kawalan sosial
untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Hal ini bemakna bahawa etika profesion
dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan
suatu profesion dan mencegah campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang
hubungan etika dalam keanggotaan profesion. Terdapat 4 tangggungjawab yang perlu
dipatuhi dalam profesion ini iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap
ibubapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara serta tanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesion keguruan.
Manakala akauntabiliti guru atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan
sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
1

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya


kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.
3.0 Peranan Guru Besar
Peranan Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran di sekolah memang tidak dapat
dinafikan. Sebagai ketua, beliau mengepalai seluruh anak buahnya untuk menghadapi
cabaran pendidikan masa kini. Pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perubahan
yang besar iaitu perubahan dalam struktur organisasi pengurusan pendidikan, peranan dan
fungsinya di setiap bahagian dan peringkat, baik di Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah mahupun di peringkat sekolah.
Perubahan in merupakan salah satu strategi ke arah menyediakan insfrastrutur yang lengkap
dan terkini bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang semakin rumit dan rencam sesuai
dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025.
Pemimpin memainkan peranan yang penting untuk menentukan kelicinan, kecekapan, dan
keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi khususnya sekolah. Sekolah telah mengalami
dan menghadapi pelbagai perubahan seperti dari segi kurikulum, kaedah pengajaran, dan
kegiatan ko-kurikulum, dalam usaha menyahut harapan masyarakat dan negara yang semakin
mencabar. Antara perubahan dan reformasi dalam pendidikan ialah pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) mulai tahun 2012, reformasi dasar penggunaan bahasa dan pengwujudan
Falsafah Pendidikan Negara. Masyarakat sendiri menghadapi pelbagai perubahan sama ada
dari segi sosial, ekonomi mahupun politik. Semua ini menyebabkan Guru Besar, sebagai
pengurus sekolah, menghadapi cabaran yang lebih besar yang memaksa mereka sentiasa
peka, kreatif, dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah pengurusan harian mereka.
Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
(1982), telah menyarankan bahawa peranan utama kepemimpinan pengetua/guru besar
mestilah:
cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolahsekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai
pakar

runding,

penasihat

dan

koordinator

bagi

program-program

pengajaran

dan

pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti
profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang
berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982: 6)

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

Pernyataan di atas menunjukkan terdapat perubahan tugas utama pengetua/guru besar iaitu
daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Perubahan peranan pengetua
berlaku kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau
kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Oleh itu, peranan guru besar yang hanya
menjalankan peranan sebagai pemimpin pentadbiran sahaja tidak sesuai lagi bagi mencapai
matlamat pendidikan pada alaf baru ini dan juga bagi menghadapi cabaran-cabaran dan
harapan-harapan pada masa akan datang ini. Apatah lagi dalam konteks pembangunan
sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi
keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh
itu, dalam kontek untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pada alaf baru ini, guru
besar perlu mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara serentak iaitu sebagai
pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran.
Menurut Sweeney (1982), terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua/guru besar yang berkait
dengan kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan. Ciri-ciri tersebut ialah:
i.

Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

ii.

Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.

iii.

Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (Iklim sekolah).

iv.

Kerap menilai pencapaian akademik pelajar.

v.

Menyelaras program pengajaran.

vi.

Membantu dan memberi semangat kepada para guru.

Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru


besar dalam kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan
memotivasikan guru-guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan
tunjuk ajar kepada guru-guru dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar
dan pengurusan kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah.
Hal ini telah disokong oleh Hussein Mahmood (1993: 36) yang mengatakan: Tanggungjawab
ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif sekolah,
membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang
kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan
program perkembangan staf, menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang
dijalankan oleh pihak sekolah.

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989), mendapati
pengetua-pengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam
kepemimpinan pengajaran, namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya
kerana beban tugas yang lain adalah berat dan pelbagai. Oleh itu, pengetua-pengetua
menyerahkan tugas-tugas kepimpinan pengajaran di sekolah-sekolah mereka kepada guru
kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang jelas dan mereka juga amat kekurangan
masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaranpembelajaran dengan guru-guru secara profesional.
Merujuk kepada pernyataan-pernyataan di atas, satu temu bual telah diadakan dengan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Seri Fajar, iaitu tempat saya selaku penemubual bertugas. Temu
bual ini bertujuan menyelami tugas dan peranan serta pengalaman seseorang sekalu seorang
guru besar.
4.0 Sesi Temu Bual Bersama Guru Besar
Sesi temu bual ini telah diadakan pada hari Isnin 18 Ogos 2014. Temu bual ini
berlangsung di pejabat beliau dari jam 12.30 tengah hari hingga jam 1.00 petang. Berikut
adalah hasil temu bual tersebut.
Sharifah

: Assalamualaikum, cikgu.

Encik Nizamudin

: Waalaikummussalam.

Sharifah

: Cikgu, apa khabar?

Encik Nizamuddin

: Alhamdulillah, saya sihat.

Sharifah

: Maafkan saya kerana mengambil sedikit masa cikgu untuk


menyelesaikan tugasan saya dalam tugasan dalam subjek EDU3083
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional untuk semester 7,
tahun 2014.

Encik Nizamuddin

: Tidak menjadi halangan kepada saya kerana sekarang memang


waktu senggang saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kerana telah memilih saya untuk ditemu bual kerana saya berasa
masih serba kekurangan dan sentiasa mempelajari perkara baharu
setiap hari semasa menjalankan tugas saya sebagai guru besar.
4

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

Sharifah

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

: Untuk memulakan sesi temu bual ini, bolehkah cikgu terangkan


mengenai latar belakang diri cikgu?

Encik Nizamuddin

: Nama saya Nizzamuddin bin Haji Zakaria. Saya dilahirkan pada 30


Jun 1970. Umur saya sekarang 44 tahun. Saya dilahirkan di Batu 1
Sepintas, Sabak Bernam. Saya ada enam orang adik-beradik iaitu
empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Ayah saya bernama
Zakaria bin Kasim, seorang pesara guru. Ibu saya Zainum binti
Baharum, seorang suri rumah. Hobi saya fotografi. Makanan
kegemaran saya roti.

Sharifah

: Boleh cikgu ceritakan sedikit latar belakang keluarga cikgu, maksud


saya isteri dan anak-anak cikgu?

Encik Nizamuddin

: Isteri saya bernama Salmiah binti Ahmad. Berumur 44 tahun. Beliau


seoarng guru prasekolah di Sekolah Kebangsaan Datuk Manan,
Tanjung Karang. Kami ada empat orang cahaya mata. Dua orang dan
dua orang perempuan. Anak sulung dan yang kedua bersekolah di
Sekolah Sains Kuala Selangor, dalam tingkatan tiga dan dua. Yang
ketiga bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datuk Manan, dalam darjah
dua. Yang bongsu masih kecil berumur tiga tahun.

Sharifah

: Soalan saya yang seterusnya, bolehkah cikgu terangkan profil


pendidikan cikgu?

Encik Nizamuddin

: Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dr. Abdul


Latif , Sabak Bernam. Pendidikan menengah saya di Sekolah
Menengah Kebangsaan Ungku Aziz dari tingkatan satu hingga enam
atas. Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan
Sultan Idris, Tanjung Malim, dari tahun 1990 hingga 1992. Saya baru
sahaja menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
dengan (Kepujian) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu di Open
Universiti Malaysia (OUM) dari tahun 2010 hingga tahun 2013.

Sharifah

: Saya ucapkan tahniah di atas pencapaian cikgu tersebut. Boleh cikgu


terangkan pula sejarah perkhidmatan cikgu?
5

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

Encik Nizamuddin

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

: Saya mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Jalan


Kelang Lama dari tahun 1992 hingga tahun 2000. Selepas itu, saya
bertugas di Sekolah Kebangsaan Jalan Bomba, Tanjung Karang dari
tahun 2000 hingga tahun 2004. Seterusnya, saya bertugas pula di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang River Side dari tahun 2005
hingga awal tahun 2010. Kemudian saya bertugas sebagai guru besar
di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah, Pulau Carey selama setahun
sahaja iaitu pada 2010. Seterusnya, saya bertugas pula sebagai guru
besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat dari tahun 2011 hingga
pertengahan tahun 2012. Mulai bulan September 2012 hingga
sekarang saya bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan
Seri Fajar.

Sharifah

: Saya ucapkan tahniah kepada cikgu kerana dalam usia yang muda
cikgu telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang guru besar.
Soalan saya yang seterusnya, bolehkah cikgu terangkan spesifikasi
tugas dan tanggungjawab cikgu sebagai seorang guru besar?

Encik Nizamuddin

: Terima kasih di atas sanjungan itu. Sesiapa pun boleh menjawat


jawatan tersebut jika berkemampuan serta memenuhi syarat yang
ditetapkan. Tugas sebagai seorang guru besar ialah menguruskan
perjalanan dan pentadbiran sekolah, guru besar juga turut memantau
dan membimbing semua kakitangan di sekolah iaitu guru-guru,
kakitangan pejabat, pekerja swasta dan yang paling penting ialah
murid-murid. Guru besar juga perlu menentukan pencapaian sekolah
dan program-program yang dirancang dalam pelan strategik berjalan
seperti yang telah dirancangkan.

Sharifah

: Bolehkah cikgu terangkan kejayaan atau sumbangan lain cikgu


sebagai ahli komuniti masyarakat atau mana-mana persatuan?

Encik Nizamuddin

: Saya merupakan setiausaha Surau Nurul Hidayah dan pernah menjadi


juruaudit surau tersebut selama enam tahun. Saya juga secara tidak
langsung menjadi ahli Majlis Guru Besar negeri Selangor. Saya juga
pernah dilantik menjadi juruacara dalam satu aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak Majlis Guru Besar. Pada mulanya saya rasa tugasan itu
mudah sahaja, tetapi sebenarnya tugasan tersebut memerlukan
6

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

kemahiran dan perlu menguasai bidang komunikasi dengan baik.


Sharifah

: Sepanjang perkhidmatan cikgu sebagai guru besar atau


pentadbir, pernahkah cikgu menghadapi sebarang masalah berkaitan
dengan guru-guru yang melanggar Kod Etika Guru dan Akauntabiliti
Guru?

Encik Nizamuddin

: Antara masalah yang saya pernah hadapi ialah berkenaan lambat


masuk ke kelas, tidak menulis kehadiran sewaktu tiba ke sekolah, tidak
memanfaatkan waktu senggang dengan tugasan di sekolah dan
kurang bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi.

Sharifah

: Bagaimanakah cara cikgu menangani masalah atau isu tersebut?

Encik Nizamuddin

: Saya akan memanggil guru tersebut secara individu dan mendekati


sebagai seorang sahabat dan rakan setugas. Saya juga akan bertukartukar pendapat bagi mengatasi masalah tersebut sambil memberi
bimbingan dan mencari punca masalah tersebut.

Sharifah

: Soalan terakhir saya, apakah pandangan dan harapan cikgu


terhadap bidang pendidikan pada masa hadapan?

Encik Nizamuddin

: Sistem pendidikan sekarang sedang mengalami perubahan yang


positif. Guru adalah ejen pelaksana perubahan sistem pendidikan
tersebut dan perlu menyokong segala usaha yang dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran. Kejayaannya nanti bergantung kepada sejauh
mana usaha dan kemampuan guru untuk menterjemahkannya dalam
pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah. Semua program
yang

dirancang

akan menjadi

kayu

pengukur

kepada

sistem

pendidikan yang dilaksanakan. Kebaikan sistem pendidikan sekarang


ialah melatih murid untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dan
berubah menjadi matang. Jika sistem yang ada gagal, maka modul
yang ada akan diperbaiki semula.
Sharifah

: Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian dan


kerjasama cikgu menjayakan sesi temu bual ini. Saya doakan cikgu
terus maju jaya pada masa hadapan.
7

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

Encik Nizamuddin

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

: Terima kasih. Saya juga mendoakan agar cikgu berjaya menggenggam


segulung ijazah dan dapat menjadi guru yang cemerlang suatu hari
nanti.

Sharifah

: Terima kasih cikgu atas kata-kata semangat itu tadi. Assalamulaikum.

Encik Nizamuddin

: Sama-sama. Walaikumsalam.

5.0 Isu Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru


Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan bersama Encik Nizamuddin bin Haji
Zakaria, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Fajar, beliau menyatakan ada beberapa isu
yang sering berlaku dan melanggar Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru. Isu utama ialah
pengurusan masa. Contohnya ialah masalah guru yang lewat hadir ke kelas. Mengikut Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurangkurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap
tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di
sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar
dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum.
Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran
dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh
persekolahan.
Isu kedua tentang pengurusan masa yang sering berlaku ialah guru tidak mencatatkan waktu
kehadiran apabila tiba di sekolah. Semua guru diwajibkan menandatangani buku kedatangan
sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan
tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada sekolah yang menggunakan punch card
atau menggunakan perisian komputer yang menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai
bukti kehadiran.
Selain itu, isu guru menggunakan masa senggang di sekolah dengan melakukan kerja yang
tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, dan
berbual-bual kosong di kantin. Masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, seharusnya digunakan oleh guru untuk
melaksanakan beberapa perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid
dengan teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu
8

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang
memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi tanggungjawab untuk
menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan
masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau
jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, riadah,
tanggungjawab peribadi dan rehat (Good, 1973).
Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang
ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan
kepada murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih
banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya kualiti dan produktiviti.
MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk
dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat.
Dalam perkhidmatan pendidikan, guru hendaklah menyediakan perkhidmatan yang dapat
memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai
seperti yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis
Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan
awam juga boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis
Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti
menyentuh tentang kefahaman kehendak dan pengharapan pelanggan. Hal ini memerlukan
guru menunjukkan kemampuan mereka dalam mereka bentuk perkhidmatan seperti yang
diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.
Produktiviti pula merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun
1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti
boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input.
Maka, output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input merujuk kepada ilmu dan
kemahiran yang diberikan kepada murid, manakala output merujuk kepada tingkah laku dan
pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri.
Kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa. Jika kita merujuk
kepada pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk
meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran
9

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi


produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah tenaga manusia (guru-guru), sistem dan prosedur,
struktur organisas, gaya pengurusan, persekitaran kerja, teknologi, bahan-bahan dan
kelengkapan modal.
Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti negara. Maka tidak syak lagi jika
penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak
bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan atau
menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang
bersesuaian

dan

tidak melakukan

refleksi

pengajaran

untuk mengenal

pasti dan

menyelesaikan masalah murid. Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat


persediaan rapi dalam menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana perkara ini terkandung dalam etika
pengurusan masa yang terangkum dalam Pekeliling berkaitan Etika Profesion Perguruan
(Pembangunan Sahsiah, 2011:209)

6.0 Punca Berlakunya Pelanggaran Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru.
Menurut pandangan guru besar yang saya temu bual, terdapat beberapa faktor
mengapa berlakunya isu Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru dalam kalangan guru secara
umumnya. Antaranya ialah:

6.1 Profesion Guru Bukan Profesion Pilihan


Bidang keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan terakhir bagi sesetengah
orang. Ada di antara graduan yang ditanya mengenai pemilihan kerjaya mereka, ramai yang
memberikan jawapan yang hampir senada iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir
mereka. Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru
sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.
6.2 Kurang Pemantauan Daripada Pihak Pentadbir
Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan
kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan
ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru akan
10

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

bertindak atau berbuat sesuka hati. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan
ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga
akan memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru
dalam mendidik anak-anak mereka.
6.3 Kurang Bermotivasi
Anggapan tugas mengajar mudah dan remeh, tidak bersemangat, sentiasa murung dan
bersikap acuh tidak acuh semakin meningkat dalam kalangan guru sejak akhir-akhir ini. Sikap
seperti malas, degil, berpakaian tidak kemas, melawan pentadbir, ponteng sekolah dan kelas,
tidak berminat untuk mengajar, tidak menyediakan rancangan pengajaran, keluar waktu
persekolahan atas urusan peribadi, sering mengambil cuti sakit sudah tentu memberikan
kesan yang serius terhadap minat dan prestasi pembelajaran pelajar mereka. Ada dalam
kalangan guru mulai bosan, tidak lagi berminat menjadi guru, tidak berpuas hati dengan
sistem yang diamalkan, mendapati ketidakadilan dalam pengurusan sekolah, berasa tidak
mendapat apa-apa dengan jawatan yang di sandang setelah berkhidmat selama 20 tahun dan
lebih.
7.0 Cara Mengatasi Isu Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru yang Terlibat
Melalui temu bual saya bersama Encik Nizamuddin bin. Haji Zakaria, beliau
membendung isu-isu seperti yang dinyatakan tadi dengan bertemu guru yang terlibat secara
individu tanpa disedari oleh rakan sejawat mereka. Hal ini bertujuan menjaga maruah guru
terlibat di samping menjaga kredibiliti beliau sebagai seorang guru besar. Sesi pertemuan ini
akan dipenuhi dengan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat untuk mengatasi isu Kod
Etika Guru yang telah dilakukan oleh guru terbabit. Beliau seterusnya akan membuat
pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru tersebut setelah diberi
nasihat sebelum ini. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru
untuk melakukan pelanggaran Kod Etika Guru akan berkurangan kerana guru mengetahui
bahawa persekitarannya sedang dipantau.
Beliau juga pernah menggunakan khidmat rakan sejawat dalam menangani masalah seperti
ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah dengan
memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam isu-isu Kod Etika Guru ini
dapat berubah menjadi guru yang lebih baik. Sokongan orang sekeliling adalah sangat penting
sebagai pemangkin semangat guru untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.
Sepanjang beliau bertugas sebagai seorang guru besar, beliau belum pernah mengenakan
tindakan tegas seperti tindakan tatatertib kepada guru yang terbabit dengan isu Kod Etika
11

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

Guru dan Akauntabiliti Guru. Beliau masih mengamalkan konsep diplomasi dan musyawarah
dalam menyelesaikan sesuatu isu.
Kesimpulan, profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa
dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh
masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu
tanggapan yang salah. Masayarakat harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi
oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan
pendidik.
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah
melanggar Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa
juga melibatkan hukum agama yang mengundang kepada rezeki yang tidak halal. Sebagai
guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan perkaraperkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru,
kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi perhatian. Justeru
seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk muridmurid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan berketerampilan.

8.0 Refleksi
Alhamdulillah,

syukur

kepada

Allah

kerana

dengan

izin-Nya,

saya

dapat

menyelesaikan tugasan pada semester tujuh ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Zulkarnain bin Hassan kerana
sudi memberikan bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya mendapati tugasan ini
membantu saya untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan Kod Etika Guru dan
Akauntabilit Guru yang perlu dipatuhi dan dititik beratkan agar dapat membantu saya menjadi
guru yang berkualiti dan lebih professional pada masa hadapan. Berdasarkan tugasan ini,
saya dapati bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta boleh dicontohi oleh murid-murid. Pembentukan sahsiah termasuklah tingkah laku dan
sikap yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu menguruskan
masa dengan lebih berkesan.

12

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

Dalam menangani permasalahan yang semakin kompleks di sekolah-sekolah pada abad ke21 ini, guru besar seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti: mempunyai kualiti kepimpinan,
mempunyai kemahiran dan berketerampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan,
budaya dan simbolik, berkemahiran dalam komunikasi, motivasi, membuat keputusan dan
penyelesaian masalah. Selain itu, guru besar juga mesti mempunyai kecergasan fizikal dan
kestabilan emosi, beriman dan bermoral. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan
seharusnya memberikan ganjaran yang setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab
yang semakin kompleks yang dipikul oleh pengetua pada abad ke-21 ini. Sebenarnya sukar
untuk menentukan ciri-ciri guru besar yang berkesan pada masa depan, kerana seseorang
guru besar yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah pada hari ini belum
tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa depan.
Pada pendapat saya, guru besar perlu mempunyai sikap yang tegas dan bermatlamat serta
mengamalkan pendekatan bersama dan permuafakatan rumah-sekolah seperti dalam soalsoal pembelajaran pelajar dan membuat keputusan. Kepemimpinan profesional juga
menekankan keunggulan guru besar sebagai pemimpin untuk menangani pelbagai masalah di
sekolah. Guru besar perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan untuk
menjamin keberkesanan yang maksimum dalam menyelesaikan masalah seperti pengajaranpembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen guru dan sebagainya. Kemahiran ini
termasuklah kemahiran merancang, mengelola, penyelarasan takwim dan organisasi sekolah.
Guru besar juga perlu mempunyai kemahiran yang tinggi, mahir dan cekap dalam aspek
perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan mampu memotivasikan kakitangan
bawahannya. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah kurangnya
wujud hubungan baik dan mesra antara guru besar dengan guru, guru dengan guru, dan guru
dengan pelajar. Hal ini menggambarkan guru besar kurang berjaya dalam memotivasi gurugurunya. Bagi menangani masalah ini, guru besar perlu mempunyai kemahiran motivasi untuk
membina dan mengekalkan moral yang tinggi dalam kalangan kakitangan dengan memberi
penghargaan, sokongan, menggalakkan serta melibatkan kakitangan bawahannya dan muridmurid dalam membuat keputusan. Jika di dalam bilik darjah pula, guru boleh memberi pujian
atau hadiah sebagai penghargaan dan galakan kepada murid-muridnya di atas tugasan
terbaik yang telah mereka berikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seorang guru besar yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil
risiko terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya
pelbagai masalah dalam kalangan guru dan murid-muridnya ialah kerana guru besar tidak
mempunyai wawasan. Guru besar perlu menjelaskan kepada guru dan kakitangan lain serta
pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Dengan
13

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

cara ini, masalah kurangnya hubungan, sokongan dan komitmen daripada guru, murid dan
masyarakat terhadap sekolah dapat ditangani dengan mudah dan berkesan.
Guru besar juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan emosi. Dari
segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan cerdas. Guru besar yang tidak
mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan tugasnya dengan
berkesan. Guru besar juga perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan
kecerdasan emosi yang seimbang (EQ Test). Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972)
yang mengatakan pemimpin hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada
kecerdasan standard kakitangannya. Begitu juga halnya dengan seorang guru. Guru-guru
yang mempunyai pengetahuan yang baik dalam sesuatu perkara dan dapat menyelesaikan
permasalahan yang dikemukan oleh murid-muridnya akan menaikkan imej guru tersebut pada
pandangan mata murid-muridnya.
Ciri ini penting bagi membolehkan guru besar menangani masalah yang dihadapi secara
rasional. Mengikut Keith Davis lagi, pemimpin (guru besar) juga perlu mempunyai kematangan
sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi serta mempunyai konsep kendiri yang boleh
diteladani dan disanjung. Kecergasan fizikal yang terganggu dan ketidakstabilan emosi akan
mempengaruhi sikap dan tingkah laku guru besar terhadap tugas dan gaya kepimpinannya.
Guru besar yang terlalu emosional didapati lebih mudah mengalami stres dan sukar diajak
berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Manakala
guru besar yang stabil emosinya lebih mudah diajak berunding dan cenderung mengamalkan
gaya kepimpinan demokratik.
Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu
dimiliki oleh seorang guru besar yang berkesan dalam menangani pelbagai masalah di
sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi sama ada yang melibatkan guru, pelajar,
masyarakat dan pihak berkuasa pendidikan memerlukan penyelesaian masalah yang cepat
dan betul. Menurut Hussein Mahmood (1993: 1124) penglibatan para guru dalam membuat
keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja, tanggapan positif
dalam kalangan guru terhadap kepimpinan guru besar dan pencapaian akademik yang tinggi.
Begitu jugalah tanggapan murid-murid terhadap gurunya dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang di dalam bilik darjah. Contohnya murid yang sering menimbulkan masalah
disiplin seperti menganggu rakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran (pdp) perlu diberi
peranan sebagai pembimbing kepada rakan atau ketua kepada kumpulan kecil dalam kelas
tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan gangguan-gangguan semasa di bilik darjah.

14

PPG SEMESTER 7 2014 /AMBILAN JUN 2011

EDU3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

Isu-isu dalam Kod Etika Guru dan Akauntabiliti Guru yang dilakukan oleh guru akan
menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi
mempercayai kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi
diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh
masyarakat di mana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu
anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula,
profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.
Berdasarkan dapatan-dapatan yang dinyatakan tadi, jelaslah bahawa para guru mesti
memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam Kod Etika Guru dan
Akautabiliti guru dengan sebaik-baiknya. Jika seorang guru besar adalah pentadbir, pengurus
dan pemimpin kepada sebuah sekolah, guru pula adalah pentadbir, pengurus dan pemimpin
kepada murid-muridnya. Murid-murid adalah pelanggan utama bagi seorang guru. Guru
adalah pelukis kepada watak murid-muridnya dan dapat mencerminkan gaya kepimpinan
sesorang guru dalam bilik darjah. Guru yang bertanggungjawab akan memastikan segala
urusan yang berkaitan dengan murid-murid dan sekolah tempatnya bertugas dapat ditadbir
dengan sebaik-baiknya.

15

Anda mungkin juga menyukai