Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 6

NAMA

: NURLIANA BINTI MAHDOM

NO. MATRIKS

: 0610 / 1817

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana memberi


kesempatan masa dan ruang bagi saya dan rakan-rakan untuk melaksanakan program
wajib kami, iaitu Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Sesungguhnya program ini
benar-benar memberikan saya 1001 pengetahuan dan pengalaman baru.

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran


bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang
dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada
masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka
dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisianpengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga perlu dalam diri
guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat
amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

Bagi semester 6, kami perlu memenuhi proforma kursus iaitu melaksanakan


Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) bagi guru cemerlang Matematik. Setelah
melantik ahli-ahli jawatankuasa dan berbincang bersama rakan sekelas yang lain, kami
bersetuju untuk membuat lawatan di SK Guar Jentik. Hal ini kerana di sekolah ini
terdapat seorang guru cemerlang Matematik iaitu En. Musra Bin Mat Saman.

Lawatan kami dijadualkan pada hari Khamis bersamaan dengan 2 Oktober 2014.
Kami bertolak ke SK Guar Jentik pada sekitar jam 7.30 pagi dan tiba di sana pada jam
8.15 pagi. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh dua orang guru dari sekolah
tersebut. Kemudian kami dibawa ke bilik mesyuarat sekolah bagi mendengar taklimat
dan sesi bersama guru cemerlang Matematik SK Guar Jentik sepanjang hari tersebut.

Bagi sesi pertama iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), En. Musra telah
memberi penerangan dan tayang slaid powerpoint mengenai pelaksanaan KBAT dalam
kurikulum Matematik. KBAT ini telah dilaksanakan mulai tahun ini bagi murid Tahun 4.
Menurut En. Musra, pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik mempunyai
pelbagai aspek yang perlu sentiasa diambil kira dan dititikberatkan oleh para guru.
Apatah lagi dengan kehendak dan keperluan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) agar PdP yang dilaksanakan lebih menjurus kepada
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Murid perlu didedahkan dengan bentuk-bentuk
soalan Matematik yang lebih mencapah pemikiran mereka. Mereka seharusnya mampu
berfikir secara luar biasa (thinking out of the box) dalam menyelesaikan apa jua soalan
Matematik. Bagi setiap soalan pula, kemahiran atau operasi yang terlibat bukanlah
tambah, tolak, darab dan bahagi semata-mata sebaliknya melibatkan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan yang perlu diaplikasikan oleh murid.

Menurut Benjamin Bloom (1981), terdapat enam aras yang boleh digunakan
untuk meningkatkan pembelajaran iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Mahani Razali pula menulis dalam bukunya Psikologi
Pendidikan bahawa guru boleh membentuk soalan mengikut Taksonomi Bloom iaitu
soalan dibina mengikut aras kesukaran iaitu daripada aras kesukaran rendah kepada
aras kesukaran tinggi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa teori Taksonomi Bloom
sememangnya mempunyai perkaitan dengan KBAT yang dinyatakan oleh KPM kepada
semua warga pendidik agar dapat meningkatkan kualiti
antarabangsa.

pendidikan

bertaraf

Penekanan terhadap aspek KBAT yang berteraskan penyelesaian masalah


matematik berbentuk perkataan juga dimasukkan ke dalam standard pembelajaran
Matematik. Oleh itu, penyelesaian masalah berbentuk perkataan adalah salah satu
teras yang membantu pencapaian fokus dan matlamat kurikulum Matematik sekolah
rendah. Penyelesaian masalah bukanlah satu topik pengajaran yang berasingan tetapi
satu proses yang meliputi seluruh sesi pengajaran. Penyelesaian masalah juga
merupakan satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana lebih berkait
rapat dengan situasi dan pengalaman harian serta memerlukan murid mengaplikasikan
segala pengetahuan dan kefahaman mereka untuk mendapatkan penyelesaian.

En. Musra juga telah memberikan beberapa jenis lembaran soalan kepada kami
untuk dijawab. Lembaran-lembaran tersebut memfokuskan kepada soalan matematik
berbentuk KBAT. Sedikit sebanyak kami diberi penekanan tentang bagaimana untuk
membina soalan KBAT dan menerapkan kemahiran ini dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Dalam peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, terdapat satu soalan KBAT dan kami telah diberi
peluang untuk menjawab soalan tersebut.

Kemudian, program kami diteruskan lagi dengan sesi kedua bertajuk Strategi
Mengajar Abad Ke 21. En. Musra telah memberikan penerangan panjang lebar
mengenai teknik dan kaedah pengajaran yang lebih sesuai dan selari dengan
peredaran zaman masa kini. Antaranya adalah mengenai pengurusan papan tulis
Bansho. Sesebuah papan tulis seharusnya memaparkan segala maklumat atau input
yang dipelajari pada hari tersebut dan membolehkan murid merujuk sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Guru perlu mengurangkan kaedah tulis dan
padam kerana murid mudah lupa apa yang dipelajari. Oleh itu, melalui pengurusan
papan tulis Bansho, murid mudah untuk merujuk pembelajaran seterusnya mengingati
input-input dengan lebih mudah lagi.

Selain itu, terdapat juga strategi mengajar matematik menggunakan rekenrek.


Rekenrek merupakan satu alat yang ringkas tetapi dapat membina kemahiran berfikir
dan

merangsang

pemahaman

Matematik.

Penggunaan

rekenrek

ini

adalah

berdasarkan kefahaman dan kepakaran menambah dan menolak nombor berdasarkan


sistem asas sepuluh. Rekenrek juga boleh digunakan bagi operasi darab dan bahagi
yang asas dan mudah.

Sesi ketiga adalah sesi terakhir bertajuk Inovasi Pedagogi dan Amalan PdP Guru
Cemerlang. En. Musra telah memperkenalkan kaedah Bijak Sifir, iaitu membina sifir 6,
7, 8 dan 9 dengan menambah daripada sifir sebelumnya. Selain itu, kaedah Sifir Garis
juga

diperkenalkan

bagi

memudahkan

murid

membuat

bahagi.

Berdasarkan

penerangan berserta contoh-contoh soalan yang telah diberi, sememangnya kaedah


sifir yang digunakan amat menggalakkan murid untuk menyelesaikan soalan matematik
tanpa melakukan kesilapan.

Majlis penutup dimulakan sekitar jam 12.00 tengahari. Wakil kumpulan lawatan
kami telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada En. Musra sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih atas kesudian mereka menerima kunjungan kami.
Harapan saya semoga dengan laksananya lawatan penanda aras ini, saya dapat
menambah ilmu pengetahuan mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah,
kurikulum dan kokurikulum sekolah serta perkara lain yang berkaitan dengan dunia
pendidikan. Semoga segala ilmu dapat saya aplikasikan pada masa hadapan kelak.

Anda mungkin juga menyukai