Anda di halaman 1dari 27

SOALAN :

Dengan memilih SATU teori pembelajaran yang telah dipelajari, buat perbandingan
dengan Teori Behavioris dari segi signifikannya kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Tunjukkan secara jelas, bagaimana anda sebagai guru mengaplikasikan
teori-teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

PENGENALAN
Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia.
Pembelajaran merupakan satu pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 muka surat 83, pembelajaran bermaksud
proses belajar. Manakala teori pula bermaksud satu set prinsip dan definisi yang
saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematiK (Kerlinger
-1986). Bagi Goldenson (1984), pembelajaran ialah satu proses individu mendapatkan
informasi-informasi,

tingkah

laku

atau

kebolehan

yang

baru.

Namun

begitu

pembelajaran dalam konteks psikologi ditakrifkan sebagai perubahan ke atas tingkah


laku individu yang dihasilkan oleh peristiwa-peritiwa alam sekitar, Carlson (1987).
Pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja.
Ia merangkumi penguasaan pengetahuan dan kemahiran, perkembangan sikap, emosi
dan nilai estetika.
Melalui tugasan EDU3103 (Murid dan Alam Belajar) ini, saya akan cuba
mengupas dua teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran Behavioris dan teori
pembelajaran Konstruktivisme sebagai elemen utama dalam kerja kursus ini. Untuk
lebih penjelasan saya terlebih dahulu akan mengupas tentang pembelajaran behaviors
dan selepas itu teori Konstruktivisme untuk membuat perbandingan. Kupasan yang
dibuat adalah seperti pengertian teori , tokoh-tokoh pelopor, ciri-ciri teori, kelebihan dan
kekurangan serta implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kupasan dan
perbandingan mengenai kedua-dua teori tersebut boleh diikuti pada penulisan kerja
kursus ini .

1. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS


Pengertian:
Teori pembelajaran behaviorisme ataupun tingkah laku merupakan salah satu
bidang kajian psikologi eksperimental yang kemudian diadaptasi ke dunia pendidikan.
Meskipun dikemudian hari muncul berbagai aliran baru sebagai reaksi terhadap
behavioris, namun harus diakui bahawa teori ini merupakan teori tertua di dalam bidang
pendidikan.
Menurut teori behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif
atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah
laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Teori

pembelajaran

Behaviorisme

menjelaskan

bahawa

pembelajaran

merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan
tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang
tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan
peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme,
proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya,
iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang
dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran.

1.1 TOKOH PEMBELAJARAN BEHAVIORIS


Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan
teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat
pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori
pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan
seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka
ditumpukan kepada tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas
individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk
sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai
Teori Rangsangan Gerak Balas.
1.1.1 Ivan Pavlov (1849 1936): Tokoh Teori Pelaziman Klasik Pavlov
(Lampiran 3)
Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.
Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
Dalam eksperimen Pavlov, beliau menggunakan seekor anjing untuk melihat perkaitan
antara rangsangan dan gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat
bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak
balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan
pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Di dalam kajian-kajian pelaziman sepanjang tempoh masa selama hampir 30
tahun, Pavlov mengenal pasti fenomena-fenomena tingkah laku pelaziman. Di
antaranya ialah fenomena generalisasi, fenomena diskriminasi, dan fenomena
penghapusan.
Fenomena generalisasi:
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang
sama.
Fenomena diskriminasi:

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan


yang tertentu sahaja dan tidak ada rangsangan yang lain.
Fenomena penghapusan:
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim.
Implikasi Teori Pavlov ke atas Pengajaran dan Pembelajaran
Guru perlu sedar bahawa; Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh
dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu
gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.Motivasi juga dikatakan
memainkan peranan dalam pembelajaran.
1.1.2 J. B. Watson (1878 - 1958) :Tokoh Teori Pelaziman Tingkah Laku
(Lampiran 3)
Kajian Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Antara
kajian beliau ialah kajian tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model
Pelaziman Klasik. Mengikut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim
(conditioned reflex), iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman
klasik. Dengan perkataan lain, semua pembelajaran adalah pelaziman klasik Watson
berpendapat gerakan-gerakan refleks yang mudah seperti bersin apabila hidung gatal
adalah sebagai gerakan yang berlaku secara semula jadi, adalah tingkah laku yang
diwarisi dan tidak perlu dipelajari. Watson menjelaskan jenis pembelajaran ini yang
dapat jaya berlaku adalah berdasarkan kepada dua prinsip yang utama, iaitu;
Prinsip Kekerapan:
Menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap rangsangan tertentu berlaku,
lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku apabila rangsangan itu
wujud semula pada masa kelak.
Prinsip Tempoh Kebaruan:
Menyatakan bahawa semakin tempoh lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak
balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar kemungkinan kita akan
bergerak balas secara serupa terhadap rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi.
4

Berdasarkan penyelidikannya, Watson menyarankan bahawa guru boleh


mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menggunakan rangsangan
yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihuraikan. Dengan
menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan
pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan
yang menyeronokkan.
Implikasi Teori J.B. Watson terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Prinsip kekerapan membawa implikasi bahawa pelajar perlu memahami dan
mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap. Ini akan
menjamin kebolehan pelajar untuk mengingat kembali konsep-konsep pelajaran dengan
mudah. Prinsip kebaruan iaitu setiap pelajar perlu membuat ulangkaji pelajaran dengan
sempurna sebelum menempuh peperiksaan.
Minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan. Guru yang mengajar dengan
pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat
menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran.
1.1.3 Edward L. Thorndike (1874- 1949) :Tokoh Teori Pelaziman Operan Thorndike
(Lampiran 3)
Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Edward
L. adalah tokoh yang mengemukakan teori cuba-ralat. Melalui eksperimen yang
dijalankan olehnya, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil
daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak
balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum
tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini
dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum
Kesan.
Hukum Kesediaan:
Menurut Thordike, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapanpersiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat

dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan
kesediaan kognitif.
Hukum Latihan:
Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan
bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan
menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan bahawa
sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa
pengukuhan.
Hukum Kesan:
Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu
perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku
akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara
rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang
menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G.
Implikasi Teori Thorndike ke atas Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Guru perlu
menyediakan

pelbagai

sumber

pengajaran-pembelajaran

yang

menarik

dan

mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.Konsep hukum


kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang pelajar
perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap dan psikomotor sebelum pembelajaran
berkesan dapat berlaku.Latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar.

1.3 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS


Terdapat cirri-ciri tertentu yang membezakan teori ini dengan teori pembelajaran yang
lain. Teori behavioris mengutamakan unsur-unsur dan yang bersifat mekanis, seperti
menekankan peranan penyampai ilmu, mementingkan pembentukan reaksi atau respon,
menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar,mementingkan
peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang

diinginkan. Guru yang mengamalkan teori ini dalam P&P biasanya berpandapat bahwa
tingkahlaku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahl laku adalah hasil belajar.
Dalam hal konsep pembelajaran, proses cenderung pasif berkenaan dengan teori
behavioris. Pelajar menggunakan tingkat keterampilan pengolahan rendah untuk memahami
materi dan material sering terisolasi dari konteks dunia nyata atau situasi. Sedikit
tanggungjawab ditempatkan pada pembelajar mengenai pendidikannya sendiri.

Kelebihan:
Jika dilihat secara relatif, terdapat kekurang dan kelebihan bagi setiap teori
pembelajaran. Begiru juga dengan Behavioris. Antara kelebihan yang dapat
dikenalpasti bagi teori pembelajaran Behavoris ialah teori ini sesuai untuk kejayaan
kemampuan yang memerlukan amalan dan pembiasaan yang mengandungi unsurunsur seperti kelajuan, spontan, kelenturan dan reflek.
Kelemahan:

Pembelajaran murid yang berpusat pada guru (teacher centered ) menyebabkan


murid kurang aktif dan hanya berorientasi pada hasil. Selain itu murid hanya
mendengarkan dengan tertib penjelasan guru dan menghafalkan apa yang didengar
dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman pula sebagai
salah satu cara untuk mendisiplinkan murid.
Selain itu, kelebihan dari teori ini cenderung mengarahkan murid untuk berfikir
searah dan tidak mencapah,, tidak kreatif serta tidak produktif. Pandangan teori ini
bahawa belajar merupakan proses pembentukan atau shapping yaitu membawa murid
menuju atau mencapai target tertentu, sehingga menjadikan mereka

tidak bebas

berekreasi dan berimaginasi.

1.4 KESIMPULAN
Teori behavioris merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya
yang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran

merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku
tersebut. Diantara tokoh-tokoh aliran behavioris, teori Skinnerlah yang paling besar
pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioris.. Teori behavioris tidak mampu
menjelaskan situasi belajar yang kompleks, ini kerana banyak hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon.

Pembelajaran sebagai satu


perubahan dalam bentuk atau
frekuensi tingkah laku

Dalam bentuk pendekatan


behavioris, tingkah laku pelajar
dinilai sebelum memulakan
pengajaran.

Pembelajaran memerlukan
penyusunan (stimuli) rangsangan
dalam persekitaran supaya
pelajar dapat respons dan diberi
pengukuhan.

2. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Pengertian:

Dalam tugasan kerja kursus ini saya telah memilih teori pembelajaran
Konstruktivisme sebagai perbandingan dengan teori pembelajaran Behavioris yang
telah saya terangkan pada permulaan tugasan. Ada dua kategori utama atau rangka
falsafah teori pembelajaran antara behavioris dan konstruktivisme. Behavioris hanya
tertumpu kepada aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran,
manakala pandangan konstruktivisme ialah belajar sebagai sebuah proses di mana
pelajar aktif membina atau membina idea-idea baru atau konsep.
Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme


telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut

kefahaman

konstruktivisme,

ilmu

pengetahuan

sekolah

tidak

boeh

dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu

bina

sesuatu

pengetahuan

iut

mengikut

pengalaman

masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar
untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu
aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan
dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina
sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru
telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.
Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka
berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan
atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka
sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah.
Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif
ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada
kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid
membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga
akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata
guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Sumber: Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.1 TOKOH PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

10

Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan


penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi
pengetahuan. Terdapat dua tokoh penting yang mempelopori teori asas konstruktivisme
ini iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget
dikenali sebagai konstruktivisme psikologi/individu/ kognitif, manakala teori yang
dipelopori oleh Lev Vygotskyn ialah konstruktivisme sosial.
2.1.1Jean Piaget (1896-1980) : Psikologi / Individu / Kognitif
(Lampiran 4)
Piaget

merupakan

salah

seorang

tokoh

yang

terkenal

dengan

teori

perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina pengetahuan. Menurut


Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat.
Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan
pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. struktur asas dalam organiasasi mental
ini dinamakan skema. Justeru, pengetahuan sedia ada yang yang menjadi asas tingkah
laku ialah skema.
Pengetahuan dibina apabila maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan
dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk kepada
proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk
mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan
equilibrasi.
Piaget telah mengutarakan dua jenis proses iaitu Asimilasi dan AkomodasiTerdapat dua
proses iaitu;
Asimilasi :
Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri
persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat
diserapdengan mudah ke dalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan
(equilibrasi) berlaku.
Akomodasi :
Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri
persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau

11

ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi.


maklumat baru tersebut tidak dapat diserap masuk. Maklumat akan terawang-awang
sehingga skema berubah. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan
atau seumpanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Dengan itu, struktur kognitif
akan mencapai equilibrasi.
Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam
proses penyesuaian diri dengan persekitaran. Dengan proses adaptasi yang semakin
komlpeks, skema juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini
akan membentuk struktur kognitif. Struktur kognitif akan melalui proses organisasi
secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus.
Kesimpulannya, melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi,
maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan
apabila perlu. Melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang
hayat individu.
2.1.2 Vygotsy (1896-1934) : Sosial
(Lampiran 5)
Teori perkembangan kognitif Vygotsy merupakan asas kepada teori ini. Menurut
Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal serta
rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini
berperanan

utama

dalam

pembelajaran

dalam

konteks

sosio-budaya.

Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.
penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan
meningkatkan pengetahuan diri.
Menurut teori Vygotsky, Zon Perkembangan pemikiran merupakan pembahagian
antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi, dimana antara apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama
dengan teman sebaya.
Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak
berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum

12

matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara


perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada anak. Perkembangan
sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan
orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan bantuan
orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.
Implikasi

Teori

Konstrukvisme

Keatas

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Teori konstruktivisme mempunyai beberapa implikasi kepada pembelajaran. Di


antara implikasi-implikasinyai alahpembelajaran tidak akan berlaku kecuali murid-murid
diberi peluang untuk menyelidik sesuatu tugas yang mencabar atau sesuatu yang pelik
dengan pengetahuan lama mereka.Pendapat yang menyatakan semua murid
meninggalkan bilik darjah dengan maklumat yang sama adalah tidak sah dan tiada isi
yang terperinci mengenai idea baru yang dapat dimasukkan ke dalam pengetahuan
sedia ada murid. Murid-murid perlu berkongsi idea untuk mengesahkan atau
menyalahkan kefahaman atau kepercayaan mereka. Mereka perlu diberi peluanguntuk
membincangkan ideanya dan idea kawan-kawannya. Ini bererti pendekatan pengajaran
guru perlu bertukar dari seorang guru yang berautoriti kepada guru sebagai
fasilitator.Guru perlu menyedari dan mesti mengakui bahawa murid-murid menstruktur
dan melengkapkan pengetahuan mereka melalui pelbagai modaliti atau cara seperti
melalui bahasa, melalui ruang angkasa, matematik, dan musik. Oleh itu, murid-murid
mempunyai kekuatan dan keperluan yang berbeza untuk memperolehi pengetahuan.

2.2 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang berpegang


kepada sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi serta merta dan konkrit. Ini
bermakna bahawa ilmu pengetahuan dibina oleh individu-individu melalui pengamatan
kepada fenomena alam.

13

Watzlawick (1984), mentakrifkan kostruktivisme sebagai kedudukan psikologikal


yang percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta dan makna yang konkrit;
pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan lain
perkataan, dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya dan
beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya; rekaan itu kemudian menjadi
asas pandangan sejagat dan tindakan.
Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses murid-murid membina
pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina ke dalam
struktur kognitif kanak-kanak tersebut hasil pengalaman mereka dengan alam. Struktur
pengetahuan ini kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran
dan perubahan konseptual murid-murid. Dari perspektif konstruktivis , pembelajaran
bermakna

adalah

dibina

di

dalam

diri

pelajar

hasil

daripada

pengalaman

pancainderanya dengan alam. Murid-murid akan bertindak kepada pengalamanpengalaman pancaindera dengan cara membina di dalam minda mereka skema atau
struktur kognitif yang mana akan membentuk makna dan kefahaman mereka. Individuindividu akan memberi makna kepada situasi atau fenomena dan mengakibatkan
pembentukan proses yang mengambil tempat dalam mida individu tersebut.
Menurut Resnick (1983), makna adalah dibina oleh alat-alat kognitif pelajar. Oleh
itu, ianya bukan dihubungkan oleh guru kepada murid. Dengan kata lain, makna adalah
diwujudkan dalam minda pelajar sebagai hail ineteraksi pancaindera mereka dengan
dunianya. Sehubungan dengan itu, Tubin et.al (1990) telah menggariskan beberapa
implikasi kepada pengajaran berasaskan konstruktivisme. Usaha untuk mengenalkan
guru-guru dengan idea konstruktivisme memerlukan guru-guru berubah bukan sahaja
perubahan kepada pandangan mereka mengenai pembelajaran malahan juga amalanamalan mereka dalam bilik darjah.
Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada
amalan pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai
objektifnya; amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik perlu berorientasikan kepada
pembelajaran melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang
menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam
pengajaran mereka mepunyai ciri-ciri tertentu.

14

2.2.1 Pembelajaran Konstruktivisme


Konstruktivisme ialah teori mengenai pengetahuan yang sangat berhubungkait
dengan cara seseorang individu membina pengetahuan. Ahli-ahli konstruktivisme
menyatakan bahawa manusia membina sendiri pengetahuannya di dalam skema
kognitif masing-masing. Dalam konteks pembelajaran, konstruktivisme mengkaji
bagaimana cara dan gaya murid-murid memperolehi ilmu pengetahuan. Hari ini
konstruktivisme adalah idea yang sangat bertenaga mengenai bagaimana murid-murid
belajar dan ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pendidikan sains.
Konstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana murid membina ilmu pengetahuan
tetapi juga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dan dapat dilakukan dalam
pembelajaran.
Konstruktivisme juga adalah satu model pembelajaran yang berasaskan kepada
kepercayaan bahawa pemahaman pengetahuan tidak diperolehi secara siap-sedia
(ready-mate) tetapi ianya adalah hasil interaksi murid-murid dengan alam keliling.
Tegasnya, pengetahuan diperolehi dengan cara dibina oleh kombinasi yang dihasilkan
oleh persekitaran dan pelajar sendiri. Murid-murid membina pengetahuan mereka
sendiri dengan menyepadukan maklumat dan idea baru ke- dalam struktur
pengetahuan yang sudah sedia ada. Apabila berlaku pertentangan diantara idea lama
dengan idea baru, pelajar-pelajar akan membuat analisis mengenai idea baru mereka.
Dalam proses ini, kebanyakan idea lama mereka perlu ditukar atau distruktur
semula dengan idea baru. Jadi mengikut fahaman konstruktivisme, pembelajaran
berlaku apabila murid-murid membina kefahamannya sendiri dengan membuat
perkaitan antara idea baru dengan pengetahuan sedia ada. Oleh itu, pembelajaran
konstruktivisme

memberi

penekanan

kepada

pembelajaran

yang

bermakna,

penyusunan kurikulum, konsep asas, menggalakkan murid-murid membuat penyiasatan


dan menilai unutk memandu pembelajaran mereka.
Kelebihan:
Antara kelebihan Teori Konstruktivisme ialah murid dapat membina pengetahuan
baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat

15

keputusan. Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan
baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.
Teori dan pembelajaran ini juga menekankan penglibatan murid secara langsung
dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep. Melalui pendekatan ini juga
murid dapat membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin
menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Selain itu, kemahiran
social dapat diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina
pengetahuan baru. Pemglibatan murid secara terus mencetuskan kefahaman, ingatan,
yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam
membina pengetahuan baru.
Kelemahan:
Terdapat juga kelemahan dalam teori Konstruktivisme yang dapat dikenalpasti
antaranya ialah; murid hanya menggunakan pengetahuannya sendiri, pengetahuan iitu
pula tidak selaras dengan hasil kaedah ilmu pengetahuan sehingga menyebabkan
salah tanggapan. Konstruktivisme juga hanya mengkehendaki murid membina
pengetahuannya sendiri, hal ini menyebabkan penggunaan

waktu yang lama dan

setiap murid memiliki kemahiran yang berbeza. Situasi dan keadaan setiap sekolah
tidak sama, ini kerana setiap sekolah biasanya yang memiliki latarbelakang murid yang
berbeza menyebabkan pendekatan ini sukar dilaksanakan.

16

3. PERBANDINGAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS DAN


KONSTRUKTIVISME DAN APLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Penbandingan yang akan saya utarakan adalah berkaitan dengan mata
pelajaran Sains kerana ianya adalah melalui pengalaman dan apa yang saya telah
aplikasikan dalam bilik darjah.
Perbezaan antara behavioris dengan konstruktivisme adalah sangat nyata.
Behaviors berdasarkan tanggapan bahawa membina

pengetahuan dan merubah

tingkah laku melalui sikap dalam diri dan tindakbalas terhadap ransangan yang
diterima. . Menurut pandangan ini, pembelajaran bermakna dan perubahan tingkah laku
akan berlaku apbila murid menerima ransangan yang baik dan mereka kehendaki.
Proses pembelajaran ini hanyalah menyebadkan murid mahu belajar apabila mendapat
ransangan. Ilmu pengetahuan dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling
sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli behavioris berpendapat bahawa kata pemutus tentang bagaimana perlu
diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh guru. Ini menyebabkan ramai
murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat guru. Model
autoriti ini menjadikan guru sebagai sumber perubah tingkahlaku dan menjadikan guru
sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru
mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid
yang produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan
dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada
menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di
mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan
masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya
penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu
sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus

17

dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur
yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa
hasil yang diperolehi
Melalui

penggunaan

paradigma

konstruktivisme,

guru

perlu

mengubah

peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau
penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina
konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk
membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru
akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan
satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai
salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya.
Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh
berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri
untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan
masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan
pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di
antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing
dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak
boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Pandangan konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza
dengan behavioris . Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai
pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid
diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana
setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi
perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri
tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan
lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
mereka.

18

Sebaliknya ahli behavioris berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai


pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undangundang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi
peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep
atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai
kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan
dapat ditingkatkan lagi.
3.1 PERBANDINGAN TEORI BEHAVIORIS DAN KONSTRUKTIVISME

ASPEK

KONSTRUKTIVISME

BEHAVIORIS

i. Fokus
Pengajaran

Berfokuskan pembinaan mental realiti Berfokuskan pembentukan


pelajar.
tingkah laku pelajar

ii. Instruksi
&
Manipulasi

Pengajar
fasilitasikan
pemodelan Pengajar memanipulasikan
konseptual pelajar. Pengajar mesti perubahan
tingkah
laku
memahami struktur kognitif sedia ada dengan pengukuhan terpilih
pada pelajar dan membekalkan aktiviti
pembelajaran
yang
sesuai
untuk
membantu
pelajar
membina
pengetahuannya.
Menggunakan konteks dan strategi yang
benar serta coaching. Mencipta pelbagai
persekitaran untuk pelajar agar ia dapat
melatih berfikir dengan berbagai-bagai
kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih
bersedia untuk menangani situasi
berbeza-beza.

iii.
Realiti Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar Realiti
pelajar
adalah
Yang
digalakkan untuk memajukan realiti yang konvergen - semua realitinya
ditunjukkan. berbeza-beza.
dipusatkan
kepada
satu
realiti yang sama.

19

iv. Perkaitan
pengetahua
n dan
tingkah laku.

v. Realiti
dan
Peraturan

Terdapat hubungan antara isyarat


dengan tingahlaku tetapi tingkahlaku
hanya indikator tak langsung tentang
keadaan
struktur
pengetahuan
seseorang.
Heuristik suatu jenis pengetahuan
tentang
pemikiran dan pengetahuan
yang memandu strategi yang anda boleh
gunakan
demi
membantu
pelajar
menyelesaikan masalah.
Anda merupakan pengadil sendiri untuk
mempertimbangkan keputusan sendiri.

Pelajar
mengadaptasikan
tingkah
lakunya
kepada
kontingensi peristiwa dan
objektif.
Pembelajaran
merupakan
pengukuhan
hubungan
antara
isyarat
dan
tingkahlaku yang dicorakkan
oleh akibat. Proses ini
disebut
pembentukan
(shaping). Dengan latihan
yang cukup, hubungan ini
bertambah kuat dan masa
antara
isyarat
dan
tingkahlaku
bertambah
singkat.

Pelajar menginterpretasi realiti luaran


berasaskan
pengalaman
individu.
Pengetahuan
adalah
berdasarkan
premis bahawa kita membina perspektif
dunia kita dengan menggunakan refleksi
pengalaman individu. Kita mencipta
peraturan sendiri untuk mencari makna
tentang pengalaman sendiri. Dengan
menyesuaikan model mental kita untuk
merangkumi pengalaman baru, kita
mengalami proses pembelajaran.

Pembelajaran
berlaku
apabila
tertubuhnya
hubungan
yang
boleh
diramalkan antara sesuatu
rangsangan
dalam
persekitaran,
suatu
tingkahlaku,
dan
suatu
akibat.
Semua
orang
mempunyai
'sejarah
pengukuhan'.
'Sejarah
pengukuhan'
merupakan
keseluruhan
pengalaman serta semua
hubungan antara rangsang,
tingkahlaku dan akibat. Ini
akan
mempengaruhi
tindakan seseorang apabila
ia
menemui
corak
rangsangan yang pernah
dialami.
Contohnya,
anda
akan
mamandu mengikut cara
dahulu
yang
berjaya
walaupun ia bukan cara yang
terbaik.

20

vi. Kawalan
Pelajar

Realiti dikawal secara dalaman. Ini


mengizinkan pelajar mengawal apa dan
bagaimana ia belajar. Manusia mencipta
interpretasi sendiri terhadap realiti
objektif berasaskan skemanya.
Misalnya, jika seorang menerima 'C' bagi
tugasanya, reaksinya mungkin puas hati
atau kehampaan, bergantung kepada
skemanya. Jika ibu bapanya tidak
mementingkan gred maka 'C' boleh
dianggap sebagai baik. Skema pelajar
telah menganggap bahawa 'C' sebagai
memuaskan.
Sebaliknya, jika pelajar diasuh oleh ibu
bapa yang memandangkan gred kurang
daripada 'A' adalah tidak memuaskan
maka
skema
pelajar
itu
akan
mencerminkan perkara itu. Jadi apabila
pelajar terima 'C' maka ia berasa dirinya
kurang berjaya.

21

Pelajar mengawal latihan


tingkahlaku baru berasaskan
rangsangan baru sehingga
tingkahlau
itu
menjadi
automatik.
-Jenis-jenis hubungan antara
rangsangan dan tingkahlaku:
Hubungan mudah antara
rangsangan
unik
dan
tingkahlaku membawa akibat
tertentu.
Contohnya, apabila telefon
berdering,
anda
akan
menjawab panggilan.
Rantaian Hubungan di mana
suatu tingkahlaku merupakan
rangsangan
seterusnya
untuk tingkahlaku yang lain.
Contohnya,apabila
ingin
mengingati nombor telefon,
seseorang
tidak
dapat
menyebut empat nombor
akhir tanpa menyebut tiga
numbor awal.
Diskriminasi ini seolah-olah
hubungan
tetapi
ia
melibatkan lebih daripada
satu rangsangan yang untuk
mencetuskan
satu
tingkahlaku.
Contohnya
apabila
seseorang menjawab telefon,
ia bertindak balas terhadap
dua rangsangan:
1. Telefon berdering
2.Dia di rumah (bukan di
luar).

TEORI

FOKUS

CIRI-CIRI

IMPLIKASI

BEHAVIORIS

-Berkaitan dengan
perubahan tingkah
laku.
- Menekankan
hubungan stimuli
(rangsangan)
dengan tindak balas
organism
-Dikenali sebagai
teori RangsanganGerak balas

- Berlandaskan
pelaziman
- Perhubungan baru
terbentuk kerana
pelaziman
-Pembelajaran
bermula bila ada
tindak balas terhadap
rangsangan.

- Guru guna motivasi


yang sesuai untuk
tingkatkan tahap
Kesediaan murid
-Perbanyakkan aktiviti
pengukuhan, latihan,
aplikasi dan ulangkaji
dan mewujudkan
suasana yang
Menyeronokkan.
-Beri ganjaran/
peneguhan untuk
respon yang betul/
baik
-Beri peluang murid
untuk menikmati
kejayaan
dalam pembelajaran
mereka

Proses
pembelajaran yang
menerangkan
bagaimana
pengetahuan
disusun dalam
minda pelajar.
-Ilmu pengetahuan
tidak boleh
dipindahkan kepada
murid dalam
bentuk yang serba
sempurna melalui
pengajaran guru .
-Ini bererti bahawa
guru tidak bolehPengetahuan
dikembangkan
secara aktif oleh
pelajar itus endiri
dan tidak diterima
secara

Pengetahuan
dikembangkan secara
aktif oleh pelajar itu
sendiri dan tidak
diterima secara pasif
dari persekitarannya.
Ini bererti
pembelajaran
merupakan daripada
usaha pelajar itu
sendiri dan bukan
dipindahkan dari
pada guru kepada
pelajar.
-Pelajar membina
pengetahuan
mengikut pengalaman
masing-masing dan
pengetahuan sedia
ada pelajar.
-Setiap pelajar
mempunyai peranan

-Guru sebagai
penolong, pemudah
cara dan perancang
Manakala pelajar
memainkan peranan
utama dalam
Aktiviti pembelajaran
Model P&P yang
sesuai digunakan ialah
pembelajaran secara
koperatif dan
kolaboratif.
-Kaedah dan teknik
mengajar tradisi,
seperti syarahan,
-Menghafal dan
mengingat, adalah
tidak sesuai
digunakan untuk
membentuk ilmu.
-Pengalaman dan
kesediaan pelajar

KONSTRUKTIVISME

22

pasif dari
persekitarannya.
Ini bererti
pembelajaran
merupakan daripada
usaha pelajar itu
sendiri dan bukan di
pindahkan dari pada
guru ke pada pelajar
.-Pelajar membina
Guru sebagai
penolong, pemudah
cara dan perancang
manakala
Pelajar memainkan
peranan utama
dalam aktiviti
pembelajaran
Model P&P yang
sesuai digunakan
ialah pembelajaran
secara koperatif dan
kolaboratif.
-Kaedah dan teknik
mengajar tradisi,
seperti syarahan,
menghafal dan
mengingat, adalah
tidak sesuai
digunakan untuk
membentuk ilmu.
-Murid sendiri perlu
melibatkan diri
secara aktif untuk
merangsang
pengaliran
pengetahuan secara
berterusan.
-Suasana bilik darjah
dimana amalan
Konstruktivisme
dijalankan adalah
berpusatkan murid
dan berpusatkan
bahan. Di samping
itu guru akan

dalam menentukan
apa yang akan
mereka pelajari.
-Pelajar diberi
peluang untuk
membentuk
kemahiran dan
pengetahuan dan
menghubungkaitkan
Pengalaman lampau
mereka dengan
kegunaan masa
depan.

adalah faktor
penting yang
mempengaruhi
proses pembentukan
ilmu
-Penilaian tradisi tidak
sesuai lagi digunakan.
Bentuk dan alat
penilaian terhadap
pembentukan
Ilmu hendaklah
dibentukkan oleh guru
dan murid
bersama-sama.
-Murid digalakkan
membuat refleksi
Penyediaan pelbagai
bahan pembelajaran
-Memudahkan murid
membina
pengetahuan
Menitik beratkan
pemikiran kreatif dan
kritis.
PERANAN MURID
1. Murid tidak
menganggap guru
sebagai pembekal
maklumat tetapi
sebagai suatu dari
pada sumber
pengetahuan untuk
membantu mereka
mencari
maklumat dan
menggalakkan mereka
berfikir
serta berkomunikasi.
2.Murid
bertanggungjawab
terhadap segala usaha
untuk mencari
pelbagai cara untuk

23

menggunakan
penyoalan bukan
untuk menguji
kefahaman murid
tetapi adalah untuk
menguji kemahiran
murid dalam
membina konsep.

memproses
maklumat dan
menyelesaikan
masalah
3.Murid berdisiplin
dalam membuat
keputusan
sendiri untuk
melibatkan diri dalam
aktiviti
pembelajaran.

BEHAVIORIS

KONSTRUKTIVISME

Kurikulum bermula dengan bahagian-bahagian


kecil dari keseluruhan dan menekankan
kemahiran asas.

Kurikulum menekankan konsep yang besar,


bermula dengan keseluruhan dan berkembang
kepada bahagian yang lebih spesifik.

Pematuhan ketat terhadap kurikulum amatlah


penting.

Menarik minat murid dan menggalakkan


penyoalan murid adalah penting.

Bahan terutamanya buku-buku teks dan buku


kerja.

Bahan-bahan termasuk sumber utama dan


sumber manipulasi.

Pembelajaran adalah berdasarkan kepada


pengulangan/latih tubi

Pembelajaran interaktif, membina apa yang


murid sudah tahu.

Guru memberi maklumat kepada murid, murid


menerima pengetahuan.

Guru berdialog dengan murid untuk membantu


murid membina pengetahuan mereka sendiri

Peranan guru melaksanakan arahan dari pihak


berkuasa

Peranan guru adalah interaktif dan berasaskan


rundingan

Penilaian adalah melalui ujian dan jawapan


yang betul.

Penilaian termasuk kerja-kerja pelajar,


pemerhatian, dan pandangan, serta ujian.
Proses dan produk adalah sama penting

Pengetahuan adalah statik

Pengetahuan adalah dinamik dan sentiasa


berubah mengikut pengalaman

Murid belajar sendiri

Murid belajar dalam kumpulan

3.2 APLIKASI TEORI (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) DI BILIK DARJAH :

24

Sebagai seoarang guru, sebenarnya saya telah menggunakan kedua-dua teori


ini. Penggunaan teori-teori ini adalah berlandaskan kepada keadaan, situasi dan
keperluan semasa. Namun tidak dinafikan di dalam mata pelajaran Sains, teori
pembelajaran Konstruktivisme adalah yang paling banyak digunakan. Sebagai contoh;
saya lebih menggalakkan murid untuk meneroka dalam memperolehi maklumat dalam
sesuatu topik pelajaran seperti penggunaan kaedah eksperimen dan inkuiri penemuan
dan ini memang selaras dengan teori konstruktivisme. Saya (guru) akan bertindak
sebagai pemudah cara (fasilitator).
Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan
murid dan saya (guru) akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah
khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabaran-cabaran yang mungkin
dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme. Jadual peranan
adalah seperti berikut :

PERANAN GURU

Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandagan


meraka.
Menstruktur pelajaran untuk menerangkan perepsi murid.
Membantu murid menyedari kerelevenan kurikulum kepada kehodupan
mereka.
Mentaksir pembelajaran meklalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam
bentuk ujian bertulis.
Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,
menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan meraka.
Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan
menggaakkan murid menyoal murid lain.
Memberi masa secukupnya kepada
murid MURID
untuk menjaab soalan setelah
PERANAN
soalan
dikemukakan.
Murid mengambil
inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan
Menggalakkan
pembelajaran
koperatifmereka
dalam menjalankan
tugasan
isu, kemudian secara individu
membuat analisis
dantertentu.
menjawab
Membimbing
murid mendapatkan
jawapan yang tepat.
soalan-soalan
itu. Mereka bertanggungjawab
terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu
akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika
murid itu berpeluang mengemukakan pendapat
mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina
asas pengetahuan
yang mereka
faham. Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sumber: Pembelajaran
Secara Konstruktivisme,
Pusat perkembangan
Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk
membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji
hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau
25
interaktif untuk menolong mereka menjana
idea dan pengetahuan.

Sumber: Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku, sememangnya memerlukan


komitmen dan perhatian yang jitu kepada murid agar dapat mencapai objektif. Disini,
penggunaan teori Behavioris seperti memberi peneguhan (ucapan baik : bagus, pandai)
selalu saya gunakan. Selain itu, konsep mendisiplinkan murid seperti dendaan yang
berfaedah dan latih tubi pernah saya aplikasikan. Sebagai contoh saya akan meminta
murid melakukan pembetulan secara berulangkali jika mereka melakukan kesalahan
dalam sesuatu ujian.
Kesimpulannya, secara tidak sedar kedua-dua kaedah teori ini memang pernah
dilaksanakan oleh insan yang bernama guru. Ianya tidak lain bermatlamat untuk
mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berilmu dan berguna kepada masyarakat,
bangsa dan negara.

26

27

Anda mungkin juga menyukai