Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa /
Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:

2
15 / 7 / 2013 20/ 7 / 2013 (Minggu 1)
15/ 7 / 2013 20 / 7 / 2013

Menangani tingkah laku tidak terkawal.

Masalah / Peristiwa
Pada minggu pertama praktikum, Sekolah Kebangsaan Pintas
Puding menjalankan Penilaian Kurikulum Berasaskan Sekolah
dimana tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan
sepanjang
minggu
tersebut.
Walaubagaimanapun,
saya
berkesempatan untuk masuk ke dalam kelas saya dan mendapatkan
gambaran awal tentang suasana kelas serta tingkahlaku murid di
dalam kelas tersebut. Apa yang saya dapati adalah segelintir murid di
dalam kelas khususnya kelas yang terakhir dimana mereka
menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah dimana ianya pada
seketika waktu sukar untuk dikawal.
Tingkahlaku sebegini bukan sahaja menjejaskan disiplin murid
tersebut malah ianya mampu menjejaskan sesi pengajaran dan
pembelajaran terutamanya pada minggu pertama sesi pengajaran
dan pembelajaran saya pada minggu ini. Interaksi pertama antara
saya dan murid adalah sangat penting untuk menjamin
keberkesanan pencapaian objektif pengajaran saya secara
keseluruhan sepanjang tempoh lapan minggu praktikum ini.

Analisis
Untuk mengenalpasti tingkahlaku bermasalah yang murid lakukan di
dalam kelas, langkah yang pertama sekali untuk saya lakukan adalah
melihat secara mendalam apakah yang dimaksudkan dengan
tingkahlaku bermasalah ini. Melalui pembacaan bahan ilmiah dan
dari laman sesawang, saya memahami bahawa tingkahlaku
bermasalah ini berlaku akibat kegagalan seseorang individu itu
mengadaptasi dan mengakomodasi perubahan di persekitaran
mereka. Dalam kes ini, murid yang mengalami tingkahlaku
bermasalah gagal menyesuaikan diri mereka dengan iklim dan
suasana di sekolah sehingga menyebabkan mereka mempamerkan
tingkahlaku yang tidak diingini.

Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah

seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu


perjalanan kehidupannya. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid
yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Di atas
permasalahan ini, saya menganggap bahawa perkara ini harus diberi
perhatian sebelum ianya akan menjejaskan sesi pengajaran dan
pembelajaran saya kelak.

Cadangan Tindakan Susulan


Untuk menangani masalah ini, saya mencadangkan untuk
mengamalkan modifikasi tingkahlaku seperti yang diutarakan di
dalam teori tingkahlaku Skinner dimana saya ingin menekankan
ganjaran dan dendaan bagi setiap tingkahlaku yang dipamerkan oleh
murid bagi menerapkan tingkahlaku yang diingini daripada murid.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan adalah
seperti :
i)
Pujian ikhlas
ii)
Pujian secara spontan
iii)
Puji tanpa pilih kasih
iv)
Puji usaha murid
v)
Puji tingkah laku spesifik
vi)
Puji jawapan dan respons positif
Peneguhan negatif pula adalah rangsangan serta merta yang tidak
menyelesakan atau menyakitkan akibat daripada sesuatu tingkahlaku
tersebut. Peneguhan ini akan dijalankan secara berkala ataupun
berterusan mengikut keperluan saya dalam mengendalikan
tingkahlaku murid di dalam kelas.

Tempoh Masa Tindakan Susulan


Tindakan akan dijalankan pada minggu kedua pada 22 Julai 2013
sehingga 26 Julai 2013 iaitu sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

Tindakan Susulan
Peneguhan positif akan diberikan kepada murid yang berjaya

menunjukkan tingkahlaku yang spesifik dan diharapkan oleh guru


melalui bentuk pujian, murid contoh di dalam kelas dan sebarang
peneguhan yang difikirkan sesuai.
Manakala bagi peneguhan negatif pula adalah secara teguran
mahupun dendaan mengikut tingkahlaku yang ditunjukkan oleh
murid. Dendaan dilakukan tidak sesuka hati dan hanya digunakan
bagi tingkahlaku negatif yang berulang ataupun tingkahlaku yang
perlu dihentikan dengan kadar segera.

Kesimpulan
Modifikasi tingkahlaku adalah sangat penting untuk membentuk
tingkahlaku murid di sekolah khususnya bagi tingkahlaku negatif
yang berskala besar. Kegagalan mengawal tingkahlaku murid akan
menyebabkan guru gagal mengawal kelas tersebut dan seterusnya
akan menjejaskan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Anda mungkin juga menyukai