Anda di halaman 1dari 2

Minit Taklimat Warden

Tarikh
; 11 September 2012/ Selasa
Masa
: 10.30 am 10.50 am
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Mohammad Fazurullah B Rosli (KW)


Haji Hasbi Bin Hj Ali Akebar
En. Azrul Bin Isa
En Mohd Fairus B Ab Durahim
Pn Ayang Bt Abdul Hadi
Pn Rohana Bt Bujang
Cik Masmuliani Bt Majidi
Cik Syanita Binti Omar Omaiah
En. Lela Masomarto Norazahar Han (S/U)

Ketua warden memaklumkan perkara-perkara berikut;


1. Rutin pelajar asrama mengalami sedikit perubahan iaitu berkaitan kelas
persediaan dan aktiviti riadah.
a. Kelas Persediaan petang akan dijalankan di bilik belajar asrama
masing-masing.
b. Pelajar kelas peperiksaan prep di kelas masing-masing sekiranya
mempunyai kelas tambahan.
c. Kelas Persediaan ini akan di kawal oleh pengawas asrama.
d. Pukul 4.15 petang bergerak ke surau dan selepas solat asar pelajar
diwajibkan untuk beriadah sehingga pukul 5.30 petang. Pelajar
Perempuan di trek sukan, manakala pelajar lelaki di gelanggang
serbaguna dan padang ragbi.
e. Kawasan riadah adalah larangan bagi jantina masing-masing. Warden
diminta untuk memantau.
f. Pagar asrama akan dibuka pada pukul 5.15 petang.
g. Kelas Persediaan pada waktu malam adalah seperti biasa, iaitu pelajar
asrama perempuan di bilik belajar asrama perempuan, pelajar lelaki
tingkatan 1,2 dan 4 di dewan makan manakala pelajar lelaki kelas
peperiksaan di blok menengah atas.
h. Tutup lampu adalah pada pukul 11.00 malam.
2. Keputusan kebersihan asrama hendaklah dilengkap isi untuk
didokumentasikan. Minit mesyuarat warden juga hendaklah dilengkapkan.
3. Gotong royong pada hujung minggu hendaklah dipantau oleh warden. Jadual
asrama sudah dibuat dan hendaklah dipatuhi.
4. Penanda aras untuk Warden akan dibuat di sebuah sekolah di sekolah di Miri.
Kesemua warden iaitu seramai 9 orang akan mengikuti lawatan penanda aras
tersebut.
5. Kem Pengawas asrama akan dijalankan bersama kem pengawas sekolah.
Warden akan terlibat sebagai fasilotator.

Tambahan.
1. Jadual pengawas asrama yang bertugas hendaklah disediakan untuk
mengawal pelajar asrama.
2. Rutin pelajar ini adalah untuk percubaan pada tahun ini, jika Berjaya
akan diteruskan pada tahun depan.
3. Pelajar asrama akan ditaklimat berkenaan rutin pelajar asrama ini.
4. Pelajar hendaklah ditegaskan berkenaan masa kelas persediaan
petang.
5. Firedrill akan dijalankan pada hari Khamis malam Jumaat pada pukul
4.00 pagi. 14 September 2012. Warden diminta untuk hadir ke
gelanggang untuk memantau.
6. Pelajar dilarang untuk balik ke asrama selepas waktu persekolahan. Ini
akan melambatkan solat zohor berjemaah. Pelajar akan diambil
tindakan jika balik ke asrama pada masa tersebut.
7. Pelajar tidak dibenarkan solat Zohor sebelum 1.45 tengahari. Pelajar
diwajibkan solat berjemaah pada pukul 1.45 tengahari.
8. Kelas tambahan selepas waktu persekolahan adalah tidak dibenarkan
kerana akan menyulitkan waktu persekolahan. Terutama menyebabkan
makanan pelajar tidak mencukupi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_____________________
_____________________
(MOHAMMAD FAZURULLAH B ROSLI)
(LELA MASOMARTO NORAZAHAR HAN B UMAR)Ketua Warden
Setiausaha Warden
SMK Agama Igan
SMK Agama Igan

Anda mungkin juga menyukai