Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya Ramadevi a/p Thanagopal melaksanakan tugasan kerja kursus pendek


perkembangan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik
untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan
bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang ilmu asas tentang
kanak-kanak yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci. Kami diberikan
tugasan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Munawir.
Hasil kajian tersebut hendaklah menunjukkan mengetengahkan pengetahuan dan kefahaman
tentang perkembangan kanak-kanak.
Saya juga mula merasai kepentingan subjek murid dan alam belajar ini terhadap diri saya
kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk
melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal
guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi
yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran murid dan alam
belajar ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam
menghadapi dunia perguruan ini.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami
semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga
dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula
lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini
sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala.
Di samping itu, saya juga dapat memahami sepenuhnya tentang teori kecerdasan pelbagai.
Setiap manusia mempunyai kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan dalam diri setiap individu
dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya. Semua kecerdasan
adalah bersifat dinamik. Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan
membangunkan kepelbagaian kecerdasannya. Saya dapat memahami maklumat-maklumat
penting tentang kecerdasan setelah menyiap tugasan ini.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan

membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan
mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek EDU ini telah memberikan banyak
faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta
menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan
modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan Negara Saya
mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk
membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga
bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu
dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami. Saya juga tidak segan untuk
berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu PUAN AZNAN BIN MAT AKHIR untuk
mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa
yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.
Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat
kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk
memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah
kerja kursus ini dengan jayanya.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai