Anda di halaman 1dari 10

Sejarah membuktikan bahawa skema Taksonomi Bloom telah digunakan dengan begitu meluas

oleh para pendidik apabila klasifikasi sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
telah dikemukakan. Hierarki ini mengandungi enam kategori dan setiap kategori memerlukan
pencapaian di bawah sebelum beralih ke kategori yang lebih tinggi dan lebih kompleks. Gurur
mesti mengukur dan menilai kebolehan serta pencapaian murid-muridnya dan guru akan dapat
melakukannya dengan lebih tepat melalui klasifikasi tahap intelektual dengan menggunakan
Taksonomi Bloom.

Perubahan secara dramatis dalam masyarakat sejak lima dekad yang silam telah membawa
kepada semakan ke atas Taksonomi Bloom. Krathwohl, 2002, telah mengemukakan alat yang
lebih kukuh serta sesuai dengan keperluan guru. Stryktur jadual semakan Taksonomi oleh
Krathwohl telah menyediakan gambaran yang lebih jelas dan jitu antara piawai dan
matlamat,tujuan,hasil serta aktiviti pendidikan.

Pada hari ini, guru perlu mengambil keputusan yang agak sukar mengenai bagaimana
menggunakan maasa mereka dalam bilik darjah. Penetapan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang diselaraskan dengan objektif peringkat daerah, negeri atau kementerian
adalah diperlukan jadual semakan Taksonomi Bloom dapat menjelaskan tujuan pelajaran,
soalan yang perlu, objektif dan matlamat jangka panjang serta penggubalan item ujian setara
dengan piawaian kebangsaan.

Makna mudah bagi Taksonomi ialah klasifikasi. Taksonomi yang dipelopori oleh Bloom dan
rakan-rakannya merupakan satu usaha untuk mengklasifikasi bentuk dan tahap-tahap peringkat
pembelajaran. Sebanyak tiga domain pembelajaran telah dikenal pasti dan disusun mengikut
turutan prasyarat: Kemahiran minda (kognitif), pertumbuhan emosi dan perasaan (afektif) dan
kemahiran fizikal (psikomotor). Ketika membina Jadual Spesifikasi Ujian dan ketika menggubal
item ujian, sebaliknya guru melibatkan kesemua tahap peringkat pembelajaran. Dicadangkan
agar guru memulakan dengan peringkat paling bawah sebelum naik ke peringkat seterusnya.
Selain sebagai satu model asas turutan kategori pembelajaran,taksonomi ini juga
mencadangkan agar topik-topik dalam kurikulum diajarkan secara berperingkat.

Domain yang pertama ialah domain kognitif. Domain kognitif (Bloom, 1956) membentuk hierarki
proses kognitif yang berguna untuk membuat klasifikasi dan mentaksir kesesuaian hasil
pembelajaran yang spesifik termasuk matlamat kurikulum secara umum. Domain kognitif ini
meliputi ilmu pengetahuan dan perkembangan kemahiran intelektual termasuk keupayaan
untuk mengingat atau menyedari tentang fakta spesifik,corak langkah dan konsep yang
membantu pertumbuhan keupayaan dan kemahiran intelektual. Di bawah domain kognitif
terdapat enam kategori kepayahan mengikut turutan bermula daripada yang paling senang
kepada yang lebih kompleks.

Taksonomi Bloom merupakan kaedah yang telah dibuktikan untuk membina pemikiran kritikal,
suatu kemahiran utama dalam kehidupan dan digunakan sebagai piawai utama untuk membuat
penilaian pencapaian murid serta penghasilan bahan pengajaran, pembelajaran dan penilaian.
Ringkasnya, Taksonomi Bloom digunakan oleh guru untuk membina soalan-soalan ujian
berdasarkan kategori domain kognitif.

Gambar rajah 1: Domain kognitif Bloom(1956)


Rajah 2 menunjukkan penambahbaikan yang telah
dilakukan oleh Lorin Anderson

Terminologi Asal Terminologi Baharu

Penilaian Mencipta

Sintesis Menilai

Analisis Menganalisis

Aplikasi Mengaplikasi

Kefahaman Memahami

Pengetahuan Mengingat

KATA NAMA KATA KERJA

Berdasarkan Pohl, 2000, Learning to Think, Thinking to Learn,p.8)


DOMAIN AFEKTIF

Domain yang kedua adalah domain afektif. Taksonomi yang lazim digunakan sebagai
penerangan konstruk yang mengukur domain afektif telah dibina oleh Krathwohl, Bloom dan
Masia(1964). Taksonomi ini mempunyai lima kategori, iaitu menerima, membuat respons,
menilai, organisasi dan nilai yang kompleks.

Nilai yang kompleks

Organisasi

Menilai

Membuat respons

Menerima

Gambar rajah 3 : Doamain Afektif Krathwohl(2001)

1. Menerima : kesedian untuk memberi perhatian kepada sesuatu


2. Membuat respons : menunjukkan minat dan terdapat satu peringkat berinteraksi
dengan rangsangan
3. Menilai : Harga atau nilai dikaitkan dengan pengalaman respon terhadap rangsangan
4. Organisasi : Pengalaman diasimilasikan ke dalam sistem nilai yang berkembang. Ini
melibatkan resolusi konflik antara nilai-nilai yang dibangkitkan dalam pengalaman
baharu.
5. Dicirikan dengan nilai atau konsep nilai yang kompleks : ketekalan dan kestabilan
nilai telah dicapai dan dimanifestasikan dalam bentuk tingkah laku.
DOMAIN PSIKOMOTOR

Taksonomi yang lazim digunakan sebagai penerangan konstruk yang mengukur domain
psikomotor dibina oleh Anita Harrow (1972). Taksonomi ini mempunyai lima aras iaitu

Keupayaan
persepsi
Pergerakan Keupayaan
asas fizikal

Pergerakan DOMAIN Pergerakan


reflektif PSIKOMOTOR mahir
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan


kewajaran sesuatu idea, meniliti kebemasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbanagan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah (KPM, 1994)

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan


menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama
ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. (KPM 1994)

INOVASI

Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea


yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses
produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang
dihasilkan tidak melalui proses inovasi , maka iany adalah idea semata-mata. Sekiranya
idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir
hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010)
Kemahiran Berfikir kritis dan kreatif (KBKK) adalah gabungan kemahiran berfikir secara kritis
dan kemahiran berfikir secara kreatif.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Satu keupayaan berfikir untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan,berinovasi serta berupaya untuk mencipta sesuatu. (KPM, 2013)

KONSEP KBAT

KBAT dilihat sebagai proses kitaran dari pemikiran aras rendah ke pemikiran aras tinggi
(KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan
metakognitif. Item KBAT memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap
berlaku dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya. Semasa
menjawab item KBAT murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, menginovasi,mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang
diperlukan.

CIRI-CIRI ITEM KBAT

PELBAGAI ARAS KONTEKS YANG BARU


STIMULUS
PEMIKIRAN Konteks yang merujuk kepada
Menggunakan stimulus
Mentaksir pelbagai aras situasi baharu yang tidak lazim
secara ekstensif (contoh :
kepada murid. Bertujuan
petikan, gambar rajah, graf) pemikiran dalam merangssang murid berfikir dan
untuk menjana kemahiran domian kognitif untuk bukannya menyatakan semula
inferens dan penakulan memberi impak yang apa yang telah dipelajari di
kritis lebih besar. dalam bilik darjah

SITUASI SEBENAR DALAM ITEM TIDAK BERULANG


KEHIDUPAN SEHARIAN
Item pelbagai/ berbeza
Mencabar murid untuk
menyelesaikan suatu masalh
setiap tahun melangkaui
kehidupan sebenar dengan bahan buku teks untuk
menggunakan pembelajaran mewujudkan situasi yang
daripada pelbagai disiplin baharu
KEMAHIRAN KOGNITIF DALAM KBAT

KBAT merangkumi kemahiran kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.


Murid dapat mengaplikasi dan menggunakan pengetahuan dalam situasi baru, menganalisis
dan mencerakinkan idea-idea kepada komponen-komponen untuk memhami perhubungan
antara komponen serta boleh membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan kriteria yang
sepesifik. Selain itu, murid juga dapat mencipta atau memikirkan idea-idea baru dan cara-cara
baru untuk menggunakan maklumat.

Berdasarkan definisi KBAT oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), maka konsep item
KBAT merupakan item-item yang menguji keupayaan murid untuk mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik
seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan
yang diberikan. Item ini digunakan untuk murid mempamerkan kedalaman pengetahuan yang
dimiliki. Justeru item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi seperti
mengukur penguasaan menganalisis, mensisntesis, membuat pertimbangan, menilai dan
membuat keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, salah satu aspirasi yang ingin
dicapai adalah melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir agar dapat bersaing di
peringkat global. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan kerangka pentaksiran telah
dijalankan dengan menambah jumlah soalan yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Soalan-soalan yang berasaskan Taksonomi Bloom yang menguji kemahiran
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana. Pentaksiran akan diperkukuh dengan
memasukkan kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah. Menjelang tahun 2016, soalan yang
menguji kemahiran ini akan membentuk sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan mata
pelajaran SPM (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013, Bab 4, m.s. 6). Keperluan pendidikan
moral adalah tidak sama seperti subjek konten lain seperti Sains dan tidak harus diperlakukan
sedemikian. Bukan sekadar domain kognitif yang harus dinilai, tetapi adalah penting melibatkan
perkembangan emosi dan transformasi dalam perlakuan murid menerusi keupayaan masing-
masing untuk mengembangkan moral mereka (Vishalache, 2012).
Dengan pengenalan soalan-soalan KBAT, metodologi guru akan dipengaruhi. Pendidikan moral
telah menjadi sebuah subjek hafalan di mana pentaksiran pendidikan moral telah membentuk
metodologi guru. Guru didapati gemar menggunakan metod hafalan walaupun sepatutnya
rangka sukatan pelajaran Pendidikan moral tidak menjurus ke arah tersebut (Chang, 2010).
Melalui sebuah tinjauan, Pushpavalli Appoo (2009) mendapati kurang aktiviti berpusatkan
pelajar dilaksanakan disebabkan pelajar terpaksa menghafal nilai-nilai untuk mendapat gred
yang baik dalam peperiksaan. Objektif utama guru pendidikan moral didapati adalah
menghabiskan sukatan pelajaran dan menyediakan pelajar mereka untuk peperiksaan. Jadi,
metodologi yang dilaksanakan tidak dapat menanam nilai-nilai murni pada pelajar seperti yang
dinyatakan dalam matlamat dan objektif pendidikan moral.

Dengan menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom guru pendidikan moral dapat membina
item subjektif berunsurkan KBAT terutamanya soalan aras aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Soalan subjektif lebih sesuai untuk aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ini
disebabkan oleh soalan subjektif berupaya mencungkil kebolehan murid memberikan idea yang
bernas dan logik. Murid juga boleh diuji kematangan mereka menyusun idea, menterjemah
idea, dan lain-lain. Melalui soalan KBAT ini guru juga dapat mengukur hasil pembelajaran yang
kompleks. Kemahiran berfikiran aras tinggi membantu guru untuk membina soalan yang akur
kurikulum. Seterusnya guru juga dapat membina item mengenai pengalaman yang telah dilalui
oleh murid, sama ada dari pengalaman sebenar atau dari pendedahan guru atau media yang
lain. Hal ini membantu murid untuk menjawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada yang
dimilikinya. Item subjektif juga dapat dibina mengikut pelan spesifikasi yang telah ditetapkan
dalam Jadual Spesifikasi Ujian. Jadual spesikasi ujian yang menentukan aras kemahiran setiap
soalan. Selain itu, item yang dibina berunsurkan KBAT tidak berat sebelah (bias) dan tidak
memberi faedah (advantage) secara sistematik/automatik kepada golongan/kelompok/kaum
tertentu dalam masyarakat sama ada mengikut ras,jantina,tempat tinggal atau status ekonomi.
Item KBAT juga dapat menentukan aras kesukaran sesuatu item. Soalan aras rendah dibina
untuk murid lemah dan soalan aras sederhana dibina untuk murid sederhana dan cemerlang.
Item aras tinggi pula dibina untuk murid murid cemerlang.

Di samping itu, KBAT membantu guru pendidikan moral untuk membina soalan subjektif
berdasarkan konteks baharu yang bukan lazim. Misalnya guru dapat menyediakan soalan
dengan menggunakan situasi di luar bilik darjah yang menggalakkan murid berfikir lebih
mendalam dan bukan sekadar mengingat semula apa yang dipelajari dalam bilik darjah. KBAT
juga memberi menggalakkan guru-guru pendidikan moral supaya membina item berbeza setiap
tahun. Guru mestilah menggunakan gnahnyang melangkaui bahan buku teks, buku kerja, buku
latihan ketika membina item ujian.

KESIMPULAN

Dengan adanya soalan-soalan KBAT dalam dokumentasi dan aspek perancangan adalah amat
sesuai dengan subjek pendidkan moral, sekiranya pelaksanaan yang dijalankan adalah
bertetapan dengan penyuburan domain-domain utama pendidikan moral dan dilaksanakan
dengan telus oleh semua pihak terlibat, termasuk ahli keluarga. Pentaksiran yang sesuai harus
diberi penekanan semasa pelaksanaan untuk memastikan matlamat dan objektif subjek
pendidikan moral tercapai dan merangkumi ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Anda mungkin juga menyukai