Anda di halaman 1dari 11

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk


mengumpulkan data dan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Dalam bab ini,
terdapat penerangan tentang reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel,
instrumen penyelidikan, kaedah pengumpulan data dan cara menganalisis data.

Bahasa Melayu merupakan satu subjek yang wajib diambil oleh semua murid sekolah
rendah. Terdapat tiga kemahiran yang diterapkan dalam subjek ini. Kemahiran
tersebut adalah kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Kemahiran menulis memerlukan murid untuk menulis sesuatu suku kata, perkataan
dan seterusnya ayat. Oleh itu, bagi kanak-kanak prasekolah, kemahiran mengecam
dan mengenal huruf sangat penting. Hal ini demikian kerana, mereka akan melangkah
ke alam persekolahan yang semakin mencabar. Jika tidak mengecam dan menguasai
abjad dengan baik, maka bukan sahaja suku kata tidak dapat dibaca malahan ayat atau
perkataan menjadi lebih sukar untuk dibaca dan difahami. Ini menyebabkan mereka
ketinggalan dalam pelajaran.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan metodologi kaedah secara kuantitatif.


Kaedah pemerhatian dipilih oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini Dalam
bidang penyelidikan tindakan, pemerhatian dianggap sebagai salah satu kaedah yang
boleh digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpul data atau maklumat mengenai
sesuatu kajian. Teknik yang betul membolehkan pemerhati menentukan sama ada

1
maklumat yang dilihat itu dapat digunakan atau tidak. Choong (2011) dalam buku
Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan yang ditulis oleh Ting Len Siong, Ahmad
Sabry dan Ting Hun Tong (2013) menyatakan kaedah pemerhatian merupakan satu
kaedah penyelidikan yang biasa digunakan untuk mengukur pemboleh ubah dalam
sesuatu penyelidikan.

Sehubungan itu, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian. Pengkaji menggunakan


pemerhatian berstruktur untuk menyokong hasil dapatan kajian dan melihat
peningkatan penguasaan kemahiran mengecam huruf dalam kalangan murid
Prasekolah 1. Pemerhatian ini dijalankan dengan menggunakan borang pemerhatian
yang menggunakan kaedah nyanyian dalam bentuk latihan bagi meningkatkan
kefahaman murid dalam mengecam dan mengenal huruf. Kaedah nyanyian dipilih
bagi melihat tahap kefahaman murid prasekolah dalam mengingati abjad yang
dipelajari iaitu daripada abjad a hingga z. Kaedah ini melibatkan proses menyanyi dan
menghafal lagu yang menunjukkan bentuk abjad yang dipelajari. Kajian ini akan
berlangsung selama tiga minggu. Setiap murid dikehendaki menjawab soalan bertulis
yang melibatkan abjad yang diedarkan bagi setiap sesi pengajaran. Ujian pasca akan
dijalankan pada minggu ketiga untuk melihat tahap pencapaian mereka dalam
penggunaan kaedah nyanyian.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada 25 orang murid prasekolah Satu 1 di Sekolah


Kebangsaan Baru Jumpa, Tenom. Sampel kajian ini melibatkan 8 orang murid di
kelas prasekolah iaitu seramai lapan (8) orang murid. Mereka juga terdiri daripada
murid-murid yang berumur lima tahun. Murid-murid ini terdiri daripada empat orang
murid perempuan dan empat orang murid lelaki yang belum mengecam huruf dengan
baik.

2
3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di kelas Prasekolah 1, SK Baru Jumpa yang terletak di
daerah Tenom Sabah.

3.4 Instrumen Kajian

Pengkaji menggunakan beberapa instrumen kajian, walau bagaimanapun pengkaji


telah memilih ujian sebagai instrumen yang utama dalam mengumpul data kajian.
Antaranya ialah ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan untuk mengesan
keberkesanan kaedah nyanyian yang digunakan bagi meningkatkan penguasaan murid
terhadap kemahiran mengecam dan mengenal huruf.

Pemerhatian terhadap keberkesanan kaedah nyanyian meningkatkan penguasaan


kemahiran mengecam huruf dalam kalangan murid Prasekolah 1 akan dibuat
menggunakan borang pemerhatian sebagai ujian Pra dan Ujian Pasca untuk menilai
keberkesanan kajian tersebut.

3.4.1 Ujian Pra

Ujian pra diberikan untuk mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran


mengecam dan mengenal huruf yang merangkumi semua jenis huruf dari huruf a
hingga z dengan baik. Ujian pra ini menggunakan borang pemerhatian awal yang
akan dilakukan oleh pengkaji berdasarkan penguasaan mengecam huruf dalam
kalangan murid-murid prasekolah.

3.4.2 Ujian Pasca

Ujian pasca dijalankan untuk mendapatkan data bagi murid-murid prasekolah Sk Baru
Jumpa Tenom untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar menguasai kaedah
nyanyian dalam mengecam dan mengenal huruf berdasarkan kaedah nyanyian yang
telah dijalankan setelah beberapa tindakan telah diambil. Ujian pasca juga dijalankan
dengan menggunakan borang pemerhatian yang mana dilakukan selepas intervensi
kaedah nyanyian dalam subjek kajian dijalankan seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 1.

3
Ujian Kaedah Ujian
Pra nyanyian Pasca

Rajah 1: Kaedah Nyanyian

3.5 Data Analisis

Data yang diperolehi di dalam kajian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah
kuantitatif melalui markah bagi ujian Pra dan ujian Pasca yang dijalankan di akhir
kajian. Data yang diperolehi daripada borang pemerhatian tersebut akan di analisis.
Perbandingan peratus markah pelajar yang diperolehi pada ujian pra akan dicatat dan
dibandingkan dengan penilaian pada ujian pasca yang akan dijalankan. Analisis kajian
memberi tumpuan kepada meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid tentang
kaedah nyanyian yang digunakan bagi mengecam huruf. Ia juga dapat melihat tahap
pencapaian murid-murid melalui ujian Pra dan Pasca yang dijalankan.

4
3.6 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Perancangan dalam kajian ini pengkaji telah mengambil langkah-langkah yang


mengetengahkan reka bentuk kajian tindakan yang terdiri daripada beberapa relung
kitaran. Relung kitaran merupakan salah satu model dalam reka bentuk kajian
tindakan. Kemmis (1983) berpendapat bahawa relung kitaran ini adalah untuk
menunjukkan proses sesebuah kajian itu, dan pelaksanaannya yang saling berkaitan
diantara satu sama lain. Pengkaji menggunakan Model Kemmis dalam kajian kerana
proses kajian pengkaji yang saling berkaitan antara satu sama lain. Model Kemmis ini
(Rajah 2) seterusnya menunjukkan proses pelaksanaan kaedah yang berlaku
sepanjang kajian yang dijalankan.

Rajah 2 : Model Kemmis (1983)

5
3.7 Pelaksanaan

Setelah memilih tajuk kajian, pengkaji bermula dengan membuat carta lagu kanak-
kanak yang telah dipilih. Pada permulaan pengajaran pengkaji akan membaca lirik
tersebut dan meminta murid untuk mendengar apa yang dibaca oleh pengkaji.
Kemudian pengkaji akan mengajar lirik seterusnya menyanyikan lagu tersebut.
Pengkaji sendiri akan mengajar melodi lagu jika masih terdapat murid-murid yang
tidak mengetahui lagu-lagu ini. Pengkaji juga mengajar menggunakan keyboard
untuk memudahkan murid-murid mengikut melodi dan tangga nada yang betul.
Memandangkan objektif kajian pengkaji ialah memastikan murid-murid bermasalah
berjaya mengecam huruf, pengkaji memilih lagu yang biasa didengar oleh murid-
murid ini supaya lebih mudah dan senang untuk diingati. Lagu yang dipilih adalah
Kereta Kecil. Lagu dan lirik ini merupakan lagu yang telah diketahui dan dihafal
oleh separuh daripada murid-murid prasekolah ini. Masalahnya adalah mereka tidak
mengenali huruf-huruf yang terkandung di dalam lirik lagu ini. Jadi ini menimbulkan
masalah dalam sesi membaca lirik lagu sebelum memulakan nyanyian.
Walaubagaimana pun, pengkaji membuat sesi kecil dimana murid yang tahu
membaca akan membantu rakan mereka yang tidak tahu membaca lirik lagu
berkenaan.

Jadual 1 memerihalkan tindakan saya dalam tempoh kajian dijalankan.

Jadual 1 : Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Kajian

Kaedah / Teknik Penggunaan Lagu Kanak-kanak


(Nursery Rhymes)

Cara Pelaksanaan Langkah 1

Murid akan diajar menyanyikan lagu


kanak-kanak menggunakan carta lagu
bergambar sehingga murid benar-benar
dapat menghafal lagu tersebut.

6
Langkah 2

Murid akan diajar menyanyikan lagu


kanak-kanak dengan iringan muzik untuk
mendapatkan rentak dan tempo yang
betul.

Langkah 3

Beberapa perkataan yang dipilih diberi


penekanan yang lebih kepada huruf.
Murid akan diperkenalkan dengan huruf-
huruf yang terlibat dalam lagu yang
dinyanyikan.

Contoh : Kereta Kecil (Saya akan


meminta murid mengecam huruf yang
saya sebut di dalam lirik lagu. Contohnya
huruf K dan murid perlu ke depan dan
menunjukkan huruf K tersebut di
hadapan saya dan kelas)

Langkah 4

Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan


sebagai salah satu rutin dalam prasekolah.

1) Kereta Kecil (Bahasa Melayu)


Lagu Kanak-kanak
CD rakaman lagu, Carta lagu Bergambar,
LCD Projektor, Lembaran Kerja, alat
Bahan Bantu Mengajar muzik.

7
3.8 Teknik Mengumpul Data

Pengkaji menggunakan cara pengumpulan data berasaskan satu reka bentuk model
yang dibina oleh Hafidah (2000) dan Baharudin (2002) yang digelar sebagai SODI.
Model ini adalah hasil daripada pengubahsuaian model penilaian yang dikemukakan
oleh Cronbach 1982, dalam Baharudin (2002). Model SODI digunakan untuk
menyesuaikan pelaksanaan kajian prestasi. Dalam model ini, S merujuk kepada
peringkat tinjauan (survey), O sebagai peringkat pemerhatian (observation), D sebagai
penyemakan dokumen dan I adalah temubual (interview)

Tinjauan

Pemerhatian Temubual

Dokumen

Rajah 3 : Model SODI Tatacara Kajian

Model ini menunjukkan perkaitan antara tinjauan, temubual, dokumen dan juga
pemerhatian. Dalam kajian yang jalankan, pengkaji telah melakukan tinjauan awal
untuk mendapat data awal bagi melihat subjek yang dikaji. Kemudian pengkaji
membuat pemerhatian ke atas subjek dan menemubual mereka untuk mengetahui
respon mereka terhadap intervensi dalam kajian tersebut.

8
3.9 Teknik Menganalisis Data

Pengkaji menggunakan beberapa instrumen dalam pelaksanaan kajian ini. Instrumen


yang digunakan oleh pengkaji ialah borang pemerhatian. Borang pemerhatian
digunakan untuk mengumpul jumlah pemerhatian pengkaji terhadap huruf-huruf yang
dapat dicam oleh murid dalam masa yang ditentukan. Jadual 2 dan Jadual 3
menunjukkan contoh borang pemerhatian dan contoh boring senarai semak yang
digunakan sepanjang kaedah kajian dilaksanakan.

BORANG PEMERHATIAN
Tajuk Lagu : KERETA KECIL
Huruf : Aa Bb Ee Hh Kk Mm Oo Rr Tt Uu
Ujian 1 Ujian 2
Nama Murid (Huruf yang Berjaya (Huruf yang Berjaya Jumlah
dicam) dicam) Huruf
Tarikh: Tarikh :
M1
M2
M3
M4
M5
M6
M7
M8

Jadual 2 : Contoh Borang Pemerhatian

9
Tarikh :
Tandakan ( / ) Betul dicam (x ) Salah dicam
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8
a ( ) a ( ) a ( ) a ( ) a ( ) a ( ) a ( ) a ( )
b ( ) b ( ) b ( ) b ( ) b ( ) b ( ) b ( ) b ( )
e ( ) e ( ) e ( ) e ( ) e ( ) e ( ) e ( ) e ( )
h ( ) h ( ) h ( ) h ( ) h ( ) h ( ) h ( ) h ( )
k ( ) k ( ) k ( ) k ( ) k ( ) k ( ) k ( ) k ( )
m( ) m( ) m( ) m( ) m( ) m( ) m( ) m( )
o ( ) o ( ) o ( ) o ( ) o ( ) o ( ) o ( ) o ( )
r ( ) r ( ) r ( ) r ( ) r ( ) r ( ) r ( ) r ( )
t ( ) t ( ) t ( ) t ( ) t ( ) t ( ) t ( ) t ( )
u( ) u( ) u( ) u( ) u( ) u( ) u( ) u( )
Catatan :

Jadual 3 : Contoh Borang Senarai Semak

10
3. 10 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan kaedah kajian yang telah digunakan.
Antaranya ialah reka bentuk kajian, pemilihan populasi, sampel, lokasi kajian,
instrumen kajian dan prosedur pengumpulan data. Kaedah ini telah dijalankan di kelas
prasekolah Sk Baru Jumpa, Tenom dalam tempoh empat minggu yang ditetapkan.
Diharapkan kajian yang akan dijalankan nanti menggunakan kaedah nyanyian akan
dapat melahirkan murid yang dapat mengecam huruf dan seterusnya dapat menguasai
bacaan dengan baik apabila menduduki alam persekolahan tahun satu kelak. Hasil
dapatan dan keputusan analisis data diterangkan dalam bab yang seterusnya.

11

Anda mungkin juga menyukai