Anda di halaman 1dari 1

Peta Minda Bab 5

Masalah Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah Bilik darjah

Sebab-sebab berlaku masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah

Diri Murid
Murid dalam kelas
mempunyai tahap
kemahiran yang berbeza.
Kanak-kanak di sekoleh
mempunyai sifat ingin tahu
yang tinggi serta keinginan
untuk mencuba sesuatu yang
baru.
Sesetengah kanak-kanak
mungkin mempunyai
tingkah laku yang tidak
sepatutnya yang telah
perhatikannya.
Kebosanan dengan aktiviti
kelas kadangkala
mendorong kanak-kanak
melanggar peraturan,
menipu atau menggangu
rakan dalam kelas tanpa
tujuan yang munasabah.
Masalah emosi dalam
kalangan murid turut
menyumbang kepada
masalah disiplin.

Guru
Guru perlu melaksanakan
kaedah atau teknik mengajar
yang baharu, efektif dan
yang dapat meransang minat
murid.
Guru merupakan rol model
dan sentiasa diperhati oleh
murid dalam kelas.
Guru perlu menunjukkan
minat dan mengambil berat
tentang muridnya.
Guru yang kurang
keyakinan diri di dalam
bilik darjah boleh menjadi
punca masalah disiplin dan
tingkah laku.
Guru seharusnya adil dan
konsisten dalam
melaksanakan peraturan
bilik darjah.
Seseorang guru seharusnya
jelas dalam komunikasi
dengan murid.

Sekolah
Dalam sebuah sekolah yang
mengamalkan kolaborasi,
guru-guru bersedia untuk
berkongsi maklumat dengan
tujuan menyelesaikan
masalah murid.
Sekolah juga membina
perasaan kemasyarakatan
dalam kalangan muridmurid.
Sikap sekolah terhadap
status dan peranan muridnya
dalam organisasi tersebut
membantu membina
semangat kekitaan terhadap
sekolah.
Sekolah juga perlu
mengambil berat tentang
prasana yang perlu bagi
murid-muridnya.

Latat Belakang Murid


Asuhan diterima, taraf
ekonomi keluarga, bilangan
ahli keluarga, jiran, rakan
sebaya dan media masa
mempengaruhi sikap dan
tingkah laku murid.
Masalah disiplin kadangkala
berpunca daripada ibu bapa
yang enggan bekerjasama
dengan pihak sekolah untuk
membimbing dan
menasihati anak mereka.
Ramai ibu bapa yang
bekerja dan tidak dapat
meluangkan masa yang
mencukupi bersama-sama
anak mereka.
Konflik dalam keluarga,
penceraian atau kehadiran
adik baru di rumah boleh
menganggu emosi kanakkanak.

Anda mungkin juga menyukai