Anda di halaman 1dari 5

PRINSIP MEMASAK

Dalam penyediaan sajian, terdapat pelbagai kaedah memasak yangboleh digunakan. Sajian
dapat dihasilkan dengan lebih cepat, menarik, dan mempunyai kepelbagaian dari segi warna,
tekstur, rupa, dan rasa. Penyediaan makanan menjadi bertambah mudah dan efisien dengan
penggunaan pelbagai jenis alat penjimat masa.

1. Tujuan Memasak

Tujuan makanan dimasak adalah supaya makanan itu selamat dimakan, memudahkan
pencernaan, membaiki rupa dan tekstur makanan, lebih menarik dan menyelerakan,
mempelbagaikan masakan, dan menambahkan perisa makanan.

1.1 Keselamatan

Haba panas semasa memasak akan membunuh mikroorganisma yang terkandung dalam
makanan. Ini dapat mengelakkan makanan daripada cepat rosak. Toksin asli dalam makanan
seperti kacang panggang akan dapat dimusnahkan.
1.2 Memudahkan Pencernaan

Makanan dapat dilembutkan selepas dimasak. Ini menjadikan makanan itu lebih mudah
dikunyah dan dicernakan. Contohnya daging, ubi kentang, telur, dan sayur berdaun
hijau.

1.3 Membaiki rupa dan tekstur makanan

Makanan menjadi lebih menyelerakan dari segi rupa dan tekstur jika dimasak dengan
kaedah yang sesuai. Contohnya ikan bilis yang digoreng sehingga garing dan wangi atau
ditumis dengan sambal.

1.4 Mempelbagaikan masakan

Masakan boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk menghasilkan masakan yang
pelbagai, menarik, dan menyelerakan. Contohnya ubi kentang boleh digoreng, direbus,
dipanggang, dan dijadikan krim. Selain itu, daging juga boleh dipanggang, digril,
digoreng, dan direbus.
1.5 Menambahkan rasa makanan

Masakan yang dimasak akan bertindak balas dengan haba dan menghasilkan bau dan
rasa yang sedap apabila perisa ditambah. Contohnya daging yang diperap dengan
pelbagai perisa akan lebih sedap.

2. Prinsip Memasak

Prinsip memasak ialah penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai.
Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yang berbeza dapat
memperbaiki rupa, warna, tekstur, rasa, dan meminimumkan kehilangan nutrien dalam
makanan.

Prinsip Memasak Makanan

1) Haba kering : Menggoreng, membakar, memanggang.

2) Haba lembab : Mengukus, mencelur, mereneh, mendidih, merebus


Membakar : Memasak makanan di dalam ketuhar panas mengunakan arus elektrik.

Prinsip membakar :

1) Susun tetingkat ketuhar mengikut jenis makanan yang hendak dimasak.

2) Panaskan ketuhar 10 minit sebelum makanan dimasak pada suhu yang dikehendaki,
bergantung pada jenis makanan.

3) Tutup pintu pelahan lahan.

4) Kurangkan suhu selepas 10 15 minit supaya makanan masak sepenuhnya.

5) Elakkan membuka pintu ketuhar semasa makanan dibakar.

Memanggang : Menggunakan haba yang sangat panas daripada elemen pemanas.

Prinsip memanggang :

1) Ketebalan potongan daging yang dipanggang hendaklah antara 2.4 cm 7.5 cm.

2) Makanan hendaklah dilumur dengan minyak atau rempah bagi mencegah :

Makanan menjadi terlalu kering.

Memperbaiki rasa.

Mengurangkan makanan menjadi mengecut.


3) Makanan boleh dibalut dengan kerajang aluminium atau daun pisang untuk mengekal jus
makanan.

4) Makanan dibalikkan selalu supay amasak sama rata dan tidak hangus.

Anda mungkin juga menyukai