Anda di halaman 1dari 3

Anda akan menyertai pertandingan pidato yang akan dijalankan di peringkat daerah.

Pidato
tersebut bertajuk Negara Merdeka Masyarakat Sejahtera.
Sediakan teks pidato itu.
Isi-isi Penting
kemajuan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi
kemajuan sains dan teknologi ideologi bervisi.
semangat patriotisme penangkis neoimperialisme
Rukun Negara pembentuk bangsa merdeka dan berdaulat
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.
Salam apresiasi buat yang dihormati saudari pengerusi majlis, panel hakim yang sentiasa
berpegang pada prinsip keadilan, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi.
Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, Bukannya perkara kecil bagi kita untuk
meneruskan perjuangan kemerdekaan negara kerana rupa-rupanya selain memerdekakan
negara, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara. Hal ini demikian kerana kemerdekaan
negara yang dicipta itu memelihara kesejahteraan masyarakat sejagat. Oleh itu, saya tampil di
hadapan anda semua bagi menyampaikan sebuah pidato yang bermauduk Negara Merdeka
Masyarakat Sejahtera.
Sebagai implikasi awalan, kemerdekaan negara telah menjadi bukti pada cermin perjuangan
bangsa Malaysia yang cinta akan negara yang menjadi tanah tumpah darah kita semua.
Namun demikian, Malaysia pernah dituduh, kononnya tidak demokratik, diktator dan
mengamalkan pemerintahan kuku besi oleh bangsa Eropah kerana tidak melakukan
pertukaran kepimpinan seperti mereka. Tegasnya, kini negara kita ialah sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka. Dengan kata lain, negara merdeka bermaksud negara yang bebas iaitu
negara kita tidak lagi dikuasai atau dijajah oleh kuasa lain dan bebas dalam menentukan hala
tujunya sendiri. Kemerdekaan yang dimaksudkan juga bebas daripada segala sudut,
termasuklah bebas minda dan budaya daripada sebarang pengaruh asing. Rakyat negara kita
yang merdeka pula mencatat kejayaan besar dalam pelbagai bidang dengan cemerlang di
persada dunia. Hal ini sudah tentu akan mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.
Oleh itu, untuk mengupas segala persoalan, empat perspektif utama akan saya utarakan bagi
mengungkap kemerdekaan negara demi kesejahteraan rakyatnya.
Saudara dan saudari,
Indikator saya yang pertama, kemajuan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. Untuk
mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, Malaysia telah melaksanakan pelbagai program
pembangunan. Lihatlah, kewujudan kilang perindustrian bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan setelah kerajaan yang ditubuhkan selepas kemerdekaan kini lebih berwawasan dalam
menentukan kesinambungan kedua-duanya. Sebagai contohnya, Menara Berkembar Petronas
yang mempunyai 99 tingkat dan Menara Kuala Lumpur setinggi 421 meter. Kedua-duanya ini
memberikan impak yang besar kepada imej negara yang menjadikannya sebagai identiti
negara. Antara sedar atau tidak, kita sebenarnya mengukuhkan ekonomi negara ini lagi
melalui pelbagai sudut. Secara tidak langsung, pembangunan yang dibina ini mampu
meluaskan peluang pekerjaan, sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup penduduk, dan hal
ini sudah tentu memberikan kesejahteraan kepada masyarakat.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua, kemajuan sains dan teknologi, ideologi bervisi. Perkembangan
dan kemantapan teknologi sains semakin memberi impak dari hari ke hari kepada rakyat
malahan membuka mata seluruh dunia. Kebebasan negara dalam melahirkan pelbagai idea
baru dan menghasilkan pelbagai produk, kesan gabungan pengaplikasian kedua-duanya telah
membuka peluang pasaran yang besar. Sebagai contohnya, daripada kajian terbaharu, ruparupanya pokok vanilla yang tidak terdapat di negara kita juga telah ditanam dan hidup dengan
subur di negara kita. Tegasnya, rakyat boleh menikmati kelebihan ini seperti buah-buahan
tempatan kita juga. Tambahan pula, kita bukan lagi seperti pungguk rindukan bulandan tidak
lagi bermimpi di siang hari kerana gapaian jauh melepasi awan sudah dibuktikan menjadi
kenyataan. Perkara ini dibuktikan dengan kelahiran anak merdeka yang bergelar angkasawan
negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang berjaya dalam misi negara dengan
membolehkan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara Russia
dan Amerika Syarikat yang memang terkenal dalam bidang sains angkasa. Peristiwa besar
seperti ini ialah catatan terbaik untuk dimuatkan sebagai kejayaan negara yang kini lebih
diiktiraf dan dipandang tinggi oleh dunia. Dengan perkataan lain, sebagai sebuah negara yang
merdeka, kita sebenarnya telah berjaya melahirkan masyarakat yang sejahtera.
Saudara dan saudari,
Indikator saya yang ketiga, semangat patriotisme penangkis neoimperialisme. Hal ini
demikian kerana, semangat yang kita padukan dan satukan ialah semangat cinta akan
kemakmuran, jika tidak, masakan kita bisa bertahan ketika dirobek keamanan, dicemuh
kesucian, dan dimaki dalam penghinaan. Ketika itu, kita sedar betapa pentingnya semangat
perjuangan dan tuntutan kemerdekaan dan sekali gus meletakkan suatu tanggungjawab di
pundak anak bangsa yang bakal mewarisi negara. Sebagai contohnya, sewaktu kegawatan
ekonomi melanda seluruh dunia pada tahun 1997, negara kita berjaya mengharunginya
dengan semangat patriotisme yang tinggi dan perpaduan yang jitu dalam kalangan pemimpin
dan rakyat negara kita tanpa mengira kaum dan bangsa. Mahatma Gandhi pernah berkata,
Majunya sesebuah negara kerana asas jati diri bangsanya. Maka pada hari ini kita harus
sedar, kurniaan kemerdekaan bukan sekadar kibaran jalur gemilang, dan bukan juga
dendangan lagu kebangsaan kerana kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya,
iaitu apabila musuh datang melanda kita, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya bagi
kesejahteraan masyarakat semua.
Para hadirin yang dihormati,
Indikator saya yang terakhir, Rukun Negara pembentuk bangsa merdeka dan berdaulat.
Walaupun pada 31 Ogos 1970, ada sesetengah pihak yang menyifatkan Rukun Negara
sebagai doktrin ketahanan nasional. Sebenarnya, Rukun Negara digubal melalui pelbagai
dasar strategi sosioekonomi dan ketatanegaraan yang lebih komprehensif serta berkesan.
Sebagai contohnya, akhbar Utusan Melayu 16 Julai 1965 menyatakan penentangan adalah
terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, agama Islam sebagai
agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan perkataan lain,
kewujudan Rukun Negara mampu mendepani zaman universal, holistik dan realistik kerana
bisa menghakis seluruh prasangka kaum yang mungkin wujud di negara ini sebelum dan
sesudah peristiwa 13 Mei 1969 yang begitu banyak memberikan pengajaran untuk
kesejahteraan. Oleh hal yang demikian, saya menyarankan rakyat negara ini, biarlahgunung

sama didaki, lurah sama dituruni, dan hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama
dicecah. Marilah kita bersama-sama meniti hari-hari yang mendatang dengan mengukuhkan
semangat patriotisme dan mengekalkan kemerdekaan negara yang tercinta bagi memastikan
masyarakat hidup aman dan sejahtera.
Cukuplah setakat ini sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon kemaafan sekiranya
tersilap kata dan tersalah susun bicara semasa saya menyampaikan pidato tadi.
Sekian,
terima
kasih.
warahmatullahiwabarokatuh.

Wabillahitaufik

walhidayah

wassalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai

  • SK Kampung Batu
    SK Kampung Batu
    Dokumen1 halaman
    SK Kampung Batu
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • SK Kampung Batu
    SK Kampung Batu
    Dokumen1 halaman
    SK Kampung Batu
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Jumaat - 3l BM
    Jumaat - 3l BM
    Dokumen1 halaman
    Jumaat - 3l BM
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • SK Kampung Batu
    SK Kampung Batu
    Dokumen1 halaman
    SK Kampung Batu
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • SK Kampung Batu
    SK Kampung Batu
    Dokumen1 halaman
    SK Kampung Batu
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • SK Kampung Batu
    SK Kampung Batu
    Dokumen1 halaman
    SK Kampung Batu
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • SK Kampung Batu
    SK Kampung Batu
    Dokumen1 halaman
    SK Kampung Batu
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Selasa - Pks 3j
    Selasa - Pks 3j
    Dokumen2 halaman
    Selasa - Pks 3j
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Isnin Selasa - BM 3l
    Isnin Selasa - BM 3l
    Dokumen1 halaman
    Isnin Selasa - BM 3l
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Khamis - Moral 4l and 4s
    Khamis - Moral 4l and 4s
    Dokumen1 halaman
    Khamis - Moral 4l and 4s
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Khamis 3l BM
    Khamis 3l BM
    Dokumen1 halaman
    Khamis 3l BM
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Isnin - Moral 4l and 4s
    Isnin - Moral 4l and 4s
    Dokumen1 halaman
    Isnin - Moral 4l and 4s
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Khamis - BM 4L
    Khamis - BM 4L
    Dokumen1 halaman
    Khamis - BM 4L
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Khamis - Muzik 6L
    Khamis - Muzik 6L
    Dokumen1 halaman
    Khamis - Muzik 6L
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Selasa 3J BM
    Selasa 3J BM
    Dokumen1 halaman
    Selasa 3J BM
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Isnin - Pks 3l and 3s
    Isnin - Pks 3l and 3s
    Dokumen2 halaman
    Isnin - Pks 3l and 3s
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Selasa 2J BM
    Selasa 2J BM
    Dokumen1 halaman
    Selasa 2J BM
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Rabu 3J BM
    Rabu 3J BM
    Dokumen1 halaman
    Rabu 3J BM
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Isnin BM 4j
    Isnin BM 4j
    Dokumen1 halaman
    Isnin BM 4j
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Selasa - Pks 3j
    Selasa - Pks 3j
    Dokumen2 halaman
    Selasa - Pks 3j
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Selasa Moral 1S 1L
    Selasa Moral 1S 1L
    Dokumen1 halaman
    Selasa Moral 1S 1L
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Jumaat BM 4j
    Jumaat BM 4j
    Dokumen1 halaman
    Jumaat BM 4j
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Rabu 2J BM
    Rabu 2J BM
    Dokumen1 halaman
    Rabu 2J BM
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Jumaat BM 2j
    Jumaat BM 2j
    Dokumen1 halaman
    Jumaat BM 2j
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Khamis BM 2J
    Khamis BM 2J
    Dokumen1 halaman
    Khamis BM 2J
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Jumaat BM 2J
    Jumaat BM 2J
    Dokumen1 halaman
    Jumaat BM 2J
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Jumaat BM 3j
    Jumaat BM 3j
    Dokumen1 halaman
    Jumaat BM 3j
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Isnin BM 2j
    Isnin BM 2j
    Dokumen1 halaman
    Isnin BM 2j
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Jumaat BM 3J
    Jumaat BM 3J
    Dokumen1 halaman
    Jumaat BM 3J
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat
  • Rabu BM 3J
    Rabu BM 3J
    Dokumen1 halaman
    Rabu BM 3J
    Vinoothini Manogaran
    Belum ada peringkat