Anda di halaman 1dari 17

BERDASARKAN

PENGALAMAN

ANDA SEBAGAI

GURU,

BUAT REFLEKSI

DAN

JELASKAN TENTANG KONSEP PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL ISI KANDUNGAN


GURU.
Pengenalan
Bahasa _Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.Dalam usaha mendukung hasrat negara
untuk menjadikan pendidikan secara relevan dalam era globalisasi, semakan kurikulum dan
pedagogi Bahasa Melayu telah dilaksanakan dan wujudlah Konsep Pengetahuan Isi
Kandungan(PPIK) sebagai bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa-Melayu
dan mata pelajaran yang lain. Sesuai dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Pengantar di sekolah rendah, menengah, institut perguruan, pusat-pusat pengajian tinggi dan
sebagainya, maka tidak hairanlah wujudnya slogan Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Bahasa Melayu juga merupakan
bahasa penting bagi penyaluran pemikiran dan budaya di samping berupaya menjalin ikatan
masyarakat sepanjang zaman.
Berpandukan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan ,kurikulum Bahasa Melayu di
peringkat sekolah rendah bertujuan membina literasi murid dalam berbahasa.Sukatan
pelajaran memberikan tumpuan terhadap kemahiran berbahasa yang mementingkan
pembelajaran yang berkesan yang melibatkan murid secara aktif serta mengutamakan
keupayaan dan keperluan setiap murid.Penekanan awal terhadap kemahiran mendengar dan
bertutur untuk membolehkan mereka bertutur dengan fasih dan yakin.Kemahiran kemahiran
asas ini akan dikembangkan untuk menyokong pemerolehan kemahiran membaca dan
menulis.Murid-murid juga dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi,
menjana idea dan berkongsi pengetahuan dalam penguasaan bahasa.

Isi kandungan sukatan pelajaran juga menegaskan penerapan aspek nilai dan budaya.Selain itu
, penerapan kemahiran berfikir, teknologi maklumat,pembelajaran sosial dan emosi serta
inovasi dan keusahawanan.sukatan pelajaran yang dibekalkan ke sekolah-sekolah memberikan
gambaran menyeluruh tentang pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang
merangkumi matlamat, objektif ,kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum,
pedagogi dan penilaian.

Guru yang baik dan prihatin akan rasa bertanggungjawab dan mengambil pelajaran anak-anak
didiknya.Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti ( Mohamad Sani, Mohd Izham
dan Jainabee 2008).Guru-guru perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan ,daya cipta,
kemantapan idealisme dan kekuatan diri, untuk menghadapi beban tugas yang sangat
mencabar termasuklah guru-guru Bahasa Melayu.Guru perlu dibekalkan dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran ,nilai motivasi,psikologi termasuklah latihan dan pendidikan dari segi
kurikulum ,kokurikulum, latihan mengajar dan pelbagai kemahiran generik yang melahirkan
seorang guru yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi .

Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan


Berdasarkan pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat komponen atau konsep
Pedagogical Content knowledge atau pengetahuan Pedagogi Isi kandungan (PPIK) , jika mahu
menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Empat komponen utama itu ialah pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan pedagogi,
pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks. PPIK telah dilhamkan oleh
Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi.PPIK
adalah membentuk pengetahuan dan membezakan antara seorang guru yang pakar dalam
bidangnya dengan seorang bukan pakar dalam bidang tersebut.
Shulman (1987) juga mendefinisikan PPIK ialah pengetahuan Isi Kandungan secara
pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di
dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan ciri setiap pelajarnya dan pengetahuan tentang
kepercayaan tehadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dugunakan.
Pengetahuan yang mantap tentang sesuatu subjek diperlukan oleh guru semasa merancang
kurikulum, rancangan pelajaran dan strategi instruksional berkaitan dalam menangani
keperluan belajar bagi seorang murid.( Shulman,1987).Seorang guru perlulah meningkatkan
pengetahuan profesional mereka dalam pengajaran. PPIK dapat membantu memperkasa
pengajaran guru guru Bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa yang mudah difahami
,pertuturan yang lancar dan sistematik.Setiap penjelasan topik hendaklah disusun,diolah dan
diubahsuai berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar.
Dengan adanya PPIK guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan isi pelajaran dengan
lebih mudah dan berkesan.Selain itu ia juga memudahkan guru mempersembahkan sesuatu
topik atau konsep menggunakan analogi,ilustrasi,contoh ,penerangan dan demonstrasi yang
paling berkesan.

Pembinaan PPIK
PPIK dibina daripada dua mekanisme iaitu yang pertama kebijaksanaan guru menerusi
pemerhatian sebagai seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa
yang panjang.Kedua ialah melalui kajian tentang situasi yang terkawal dan penyelidik dalam
bidang pendidikan

( Kastens 2004).PPIK berkembang melalui pembelajaran

guru, pelaksanaan dan refleksi serta kolaborasi dengan guru lain. Pembinaan PPIK menurut
Shulman (1987) ,melibatkan beberapa langkah iaitu :
1.

Kefahaman

2.

Transformasi

3.

Pengajaran

4.

Penilaian

5.

Refleksi

6.

Kefahaman baru

Matlamat dan objektif


Perkara-perkara dan objektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah seperti
berikut :
Pada akhir pembelajaran Bahasa Melayu murid dapat

Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dalam situasi formal dan

tidak formal dan memberikan tindak balas atau respon yang wajar.

Bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul

tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya.

Membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media elektronik dan digital

dengan

menggunakan

teknik

membaca

yang

sesuai

dan

berkesan

untuk

memperoleh maklumat,idea dan pengetahuan serta memberikan respons yang sesuai.

Menulis

pelbagai

jenis

teks

berdasarkan

pelbagai

tajuk

dan

pelbagai

tujuan,khalayak dan situasi.

Berfikir secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan
masalah,mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif.

Mengenali dan memahami budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu serta

budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum-kaum lain.

Memupuk minat membaca dan menjadikannya amalan ke arah membina budaya

belajar sepanjang hayat.

PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN

Kesediaan guru bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan

perkara utama dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran.Ini bermaksud


seorang guru Bahasa Melayu perlu mengetahui isi kandungan Bahasa Melayu,topik,peraturan,
struktur dalam menguji keberkesanan pengajarannya.

Pengetahuan substantif ialah pengetahuan tentang apa dalam fakta atau konsep

yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk.

Pengetahuan struktur sintatik, iaitu tentang bagaimana sesuatu perkara dibentuk

dan dihasilkan .Guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual

pelajar dengan menggunakan contoh, analogi,hujah secara logikal dan menggunakan


asas fakta

Setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi

Bahasa Melayu bagi memudahkan pelajar menguasai tajuk yang dipelajari.

Kesimpulannya pengetahuan isi kandungan mata pelajaran merupakan aspek penting

dalam pengajaran dan pencapaian murid. Tahap keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu
banyak

bergantung

kepada

pengetahuan

isi

kandungan

subjek

dan

kemampuan

guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelajaran.

Pengetahuan Pedagogi Guru


Komponen pengetahuan pedagogi adalah merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip
dan kaedah mengajar , merangkumi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti
pendekatan,,kaedah atau teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran pengujian dan
penilaian ,serta pemulihan dan pengayaan. Guru perlu menguasai pelbagai kemahiran ,pintar
lebih

menguasai

sesuatu

tajuk

daripada

pelajar.

Pendekatan Pengajaran.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak pendekatan yang boleh digunakan .Guru-guru boleh
memilih pendekatan yang sesuai dengan isi kandungan contohnya pengajaran secara
deduktik,

Kaedah pengajaran.

induktif

dan

komunikatif.

Guru perlu menguasai dan mengetahui pelabagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
menggunakannya sesuai dengan aras pengetahuan pelajar yang hendak diajar. Kaedah
pengajaran berpusatkan murid menunjukkan keberkesanan yang lebih baik.Antara kaedah
pengajaran yang digunakan ialah inkuiri, perbincangan, sumbang saran,kajian kes, projek dan
sebagainya.Manakala

pembelajaran

murid.

Teknik pengajaran
Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Antara teknik pengajaran yang
digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi ,latihtubi, penyoalan,
sumbang saran dan permainan. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkaraperkara khusus yang terdapat dalam kaedah pengajaran.Jika seorang guru tidak menguasai
teknik-teknik tersebut maka matlamat kaedah tidak dapat dihasilkan.

Strategi pengajaran
Kepelbagaian murid dan latar belakang yang berbeza-beza menyebabkan seorang gru perlu
bijak mengatur strategi pengajaran mengikut kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta
minat.Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang akan digunakan untuk mengajar
kumpulan-kumpulan yang berbeza- beza ini.Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai
halangan serta rintangan rintangan tersendiri seperti keadaan fizikal,kemudahan bilik darjah,
nilai,norma serta latar belakang sekolah pelajar.Lantaran itu seorang guru bukan sahaj perlu
menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran
dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kesimpulannya
Bagi melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, Guru Bahasa
Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan . Seterusnya barulah guru
merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut dan memilih
pendekatan yang sesuai sebagai strategi.

Aplikasi PPIK pada peringkat perancangan pengajaran


Penggunaan model pengajaran mengikut kesesuaian isi kandungan pengajaran adalah untuk
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pencapaian objektif pelajaran.Terdapat

lapan komponen utama yang perlu diambilkira dalam merancang pengajaran sesuatu topik
iaitu :
Analisis

keperluan

dan

kesediaan

murid.

Guru boleh membuat analisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada atau
miskonsep murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik. Contohnya
menyoal secara lisan, latihan bertulis, kerja rumah dan sebagainya.

Analisis isi kandungan topik yang hendak diajar.


Guru

menganalisis

tentang

pengetahuan

isi

kandungan

topik

iaitu

konsep,fakta,klasifikasi,prosedur,prinsip dan teori.Contohnya analisis kemahiran seperti melukis


peta.

Hasil pembelajaran

Sebelum menentukan hasil pemebelajaran, guru perlu mengenal pasti objektif spesifik
berdasarka Taksonomi Bloom yang mempunyai 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif,objektif
domain

afektif (

sikap)

dan

objektif

kemahiran :

Domain

psikomotor .

Susun unit-unit pengajaran


Guru haruslah menyususn unit pengajaran agar terdapat kesinambungan dan turutan antara
satu topik dengan topik yang lain.Guru boleh membina jadual penentu kandungan untuk

sesuatu

unit

pengajaran

dan

topik

yang

diajar.

Pendekatan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai

Guru menggunakan pelbagai pendekatan ,kaedah ,teknik dan strategi yang sesuai dengan isi
kandungan berdasarkan tahap,kemampuan dan minat murid .

Pemilihan alat bantu mengajar

Guru boleh menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang
hendak

diajar

,pelajar

dan

konteks

pembelajaran.

Latihan yang sesuai dan mencukupi


Memberi latihan pengukuhan untuk menguji kefaham murid mengenai topik ,di samping
mengetahui keberkesanan pengajaran guru.Latihan dan ujian boleh diberi pada setiap sesi
pengajaran

Kaedah penaksiran yang sesuai


Penaksiran dilakukan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.Ia juga digunakan
sebagai panduan guru untuk membuat refleksi untuk mengesan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.

4.0

BIBLIOGRAFI

1. Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open Universiti Malaysia. (2011).

HBEF3103

Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur.


2. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Selangor. Longman Malaysia.
3. Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan
Guru,

Bahagian

2:

Kompetensi

Khusus/fungsi

(Pengurusan

Pengajaran

dan

Pembelajaran). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


4. Mok soong Sang. (1995). Asas Pendidikan 3, Penilaian Dalam Proses Pendidikan.Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman sdn. Bhd.
5. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011)
.

KPD3016 : Modul Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran .

6. Abdul

Rahim

selamat.(1992).Belajar

Cara

Belajar.Kuala-Lumpur.Nurin

Enteprise

Sdn.Bhd.
7. Noriati A.Rashid .( 2009) ,Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, Oxford Fajar,
Shah Alam, Selangor .

Anda mungkin juga menyukai