Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1 (a)

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu


aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong perlaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi,rohani dan intelek. Perlaksanaan dasar ini memerlukan setiap murid untuk menyertai
sekurang kurangnya satu sukan. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Sukan untuk semua juga betujuan untuk
memupuk semangat perpaduan dan muhibah dikalangan murid murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di
bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain
yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat serta
memupuk semangat persaingan secara sihat di kalangan murid murid. Oleh hal yang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan
mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini
selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1
Malaysia.
Sekolah pula adalah satu institusi yang bertangungjawab untuk melahirkan individu
seperti yang dikehendaki oleh falsafah kebangsaan. Sekolah yang cemerlang adalah sekolah
yang mempunyai pengurusan yang cemerlang di mana pengurusan yang cemerlang pula perlu
meliputi beberapa aspek yang diantaranya ialah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Namun begitu terdapat banyak salah anggap terhadap fungsi sekolah antaranya adalah
dengan menganggap bahawa sekolah hanyalah satu institusi untuk perkembangan kognitif
semata-mata di mana masyarakat lebih menitik beratkan aspek kurikulum berbanding
kokurikulum. Justeru kerajaan telah menetapkan dalam dasar 1 Murid 1Sukan memerlukan
setiap individu dikalangan warga sekolah yang terdiri daripada guru dan murid untuk melihat
bahawa sukan adalah satu elemen yang penting untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan
cergas. Pihak sekolah kini telah menghantar guru-guru untuk menghadiri kursus-kursus
berkaitan dengan program ini yang mana guru-guru yang menjadi wakil sekolah akan pulang
ke sekolah setelah tamat kursus untuk membuat kursus dalaman pula kepada guru-guru di
sekolah masing-masing. Ini adalah bertujuan supaya matlamat kerajaan untuk melaksanakan

program 1Murid 1Sukan ini dapat dicapai dan seterusnya dihayati. Dengan cara ini juga,
masalah guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sukan dapat dikurangkan. Ini
adalah kerana guru merupakan penggerak utama dalam melaksanakan semua dasar-dasar
pendidikan kerajaan.
Berdasarkan temubual didapati bahawa pihak sekolah telah menjalankan sebanyak
tiga puluh lima aktiviti termasuk perjumpaan kokurikulum dan program dalaman.
Perjumpaan kokurikulum khas untuk sukan yang dijalankan setiap hari Khamis bermula dari
pukul 7.40 hingga 8.40 pagi ( 1 jam ) telah dilaksanakan sepanjang tahun persekolahan. Di
antara sukan permainan yang dijalankan di sekolah saya ialah permainan bola sepak , bola
jaring , bola baling , bola tampar , badminton dan sepak takraw. Manakala, sukan dalaman
yang dijalankan pula ialah bowling dan catur. Murid-murid dibahagikan mengikut minat dan
kuota yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran yang dikawal selia oleh Penolong Kanan
Kokurikulum dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Murid- murid di sekolah saya yang
diwajibkan untuk menyertai sukan permainan kokurikulum terdiri daripada murid-murid dari
tahun 3 hingga tahun 6. Bilangan murid yang ada di dalam setiap sukan permainan diagihkan
sama banyak. Ini adalalah sesuai dengan strategi pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan yang
disarankan oleh pihak kementerian yang mahu pihak sekolah mengadakan tinjauan untuk
mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Selaian itu , tinjauan untuk mengenal
pasti minat dan kemahiran guru juga telah di laksanakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Pihak pengrurusan pentadbiran sekolah saya juga telah bermesyuarat bagi melantik
guru yang bakal dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar ini. Pihak yang
bertanggungjawab untuk merancang program di sekolah ialah Penolong Kanan Kokurikulum
dan Penyelaras Sukan dan Permainan. Satu jawatankuasa khas juga ditubuhkan bagi
membantu pihak pengurusan sekolah. Jawatankuasa tersebut ialah Setiausaha Kokurikulum,
Guru Penasihat Rumah Sukan, serta Guru Penasihat Kelab dan Permainan. Ini adalah sesuai
dengan surat siaran yang telah diedarkan keseklah-sekolah mengenai perancangan dan
pelaksanaan program sukan sekolah.
Program 1 Murid 1 Sukan telah dimulakan pada tahun 2011. Justeru, pihak sekolah
telah memulakan program Larian 1 Malaysia sebagai acara perasmian Program 1 Murid 1
Sukan. Larian 1 Malaysia ini melibatkan semua murid dan guru-guru. Larian telah dimulakan
di tapak perhimpunan dan berakhir di padang sekolah. Semua yang terlibat telah
melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Objektif larian tersebut telah tercapai
mengikut objektif yang telah ditetapkan. Manakala , pada tahun 2012 pihak sekolah telah

mengadakan program Senamrobik 1 Malaysia. Seperti Program Larian 1 Malaysia ia juga


melibatkan semua warga sekolah. Program ini juga didapati mencapai objektif yang
disasarkan. Selain itu, program ini dapat memupuk dan membudayakan bersukan unutk
kesihatan di kalangan warga sekolah. Ini selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang
berhasrat untuk meningkatkan kecergasan jasamani , memupuk perpaduan di antara kaum
dan membentuk budaya sukan di kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.
Selain program perdana tersebut , pihak sekolah telah meneruskan program yang
sering diadakan pada setiap tahun iaitu Pertandingan Merentas Desa dan Kejohanan Balapan
dan Padang Peringkat Sekolah. Pertandingan Merentas Desa telah diadakan pada bulan Mac
setiap tahun. Larian merangkumi laluan sejauh 2.6 kilometer. Larian diadakan bermula dari
dalam kawasan sekolah serta melalui beberapa taman perumahan yang berdekatan dengannya
dan berakhir di kawasan sekolah semula. Ketika Pertandingan Merentas Desa ini diadakan
terdapat ramai pihak dilibatkan bersama melalui kerjasama diantara JKKK kawasan terlibat ,
PDRM dan JPAM. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah menjayakan program
ini. Faktor keselamatan amat dititibertakan terutamanya apabila murid perlu melalui kawasan
berisiko kemalangan.Oleh itu, penglibatan pihak luar amat diperlukan. Selaras dengan prinsip
Dasar 1 Murid 1 Sukan yang menggalakkan ibu bapa dan agensi luar menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah. Disamping itu , ia amat dekat dengan prinsip pelaksanaan
1Murid 1 Sukan yang memerlukan pihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan murid
semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah di mana segala prosedur
dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil dan dipatuhi bagi mengelakkan sebarang
kecelakaan.
Selain Larian Merentas Desa, Kejohanan Balapan dan Padang juga telah melibatkan
semua murid bermula dari tahun 3 hingga tahun 6. Murid-murid telah dibahagikan mengikut
rumah sukan masing-masing. Rumah- rumah sukan terlibat ialah Rumah Merah , Rumah Biru
, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Setiap murid dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu.
Kelas 1 ( murid tahun 6 ) , Kelas 2 ( murid tahun 5 ) dan Kelas 3 ( murid tahun 3 dan 4 ). Di
antara acara padang yang dijalankan ialah lompat jauh , lompat tinggi dan lontar peluru.
Manakala acara balapan yang diadakan ialah 100 meter , 200 meter , 4 x 100 meter dan 4 x
200 meter. Sebelum kejohanan balapan dan padang diadakan latihan rumah sukan diadakan
pada setiap hari Khamis waktu kokurikulum yang pada kebiasaanya diadakan sebanyak
empat kali. Latihan ini melibatkan semua rumah sukan. Latihan diadakan dengan
mengadakan giliran acara latihan. Contohnya, pada satu-satu masa rumah merah menjalankan

acara padang-lontar peluru , rumah biru lompat jauh , rumah hijau lompat tinggi dan
rumah kaning- acara balapan secara serentak. Ia bertujuan mengelakkan kesesakan sewaktu
mengadakan latihan rumah sukan. Acara-acara yang terlibat dalam latiahan rumah sukan juga
adalah merupakan acara yang diambil untuk Sukantara Sekolah. Setiap murid akan
memberikan mata kepada rumah yang diwakili dengan hanya mengambil bahagian dalam
satu-satu acara. Murid yang melepasi tahap dalam sesuatu acara (yang ditetapkan ) akan
menyumbangkan mata yang lebih kepada rumah sukan masing-masing. Dengan cara ini
adalah diharap agar murid lebih bersemangat untuk menyertai acara sukan serta lbih
bersemangat dalam membantu rumah yang mereka wakili memenangi pertandingan. Ia juga
dapat menyemai semangat persaingan secara sihat di kalangan murid-murid dan guru-guru.
Ini sesuai dengan objektif Dasar 1 Murid 1 Sukan ingin membentuk sahsiah , jati diri ,
disiplin dan nilai murni.
Penglibatan murid di sekolah ini adalah di tahap yang membanggakan . Bakat-bakat
sukan juga dapat dicungkil semasa kejohanan ini di adakan. Hasilnya , sekolah telah dapat
menghantar peserta yang berbakat ke Kejohanan Olahraga MSSPP. Buktinya terdapat murid
yang berjaya memperolehi pingat bagi acara padang dan balapan. Ini selaras dengan
matlamat Dasar 1 Murid 1 Sukan dimana setiap murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ketahap yang lebih tinggi.
Pihak sekolah juga telah merancang beberapa program seperti Karnival Futsal untuk
murid lelaki dan Karnival Bola Jaring untuk murid perempuan. Karnival ini telah melibatkan
semua murid tahun 3 hingga tahun 6. Ia dijalankan dengan melibatkan pertandingan di antara
rumah sukan. Program ini memberikan peluang dan pengalaman sebenar kepada murid untuk
bermain permainan khususnya futsal dan bola jaring. Selain dari teori dan latihan praktikal
yang diadakan pada setiap hari Khamis waktu kokurikulum ini memberikan peluang kepada
murid untuk mengaplikasikan teori dan latihan praktikal yang telah dipelajari. Di samping
itu, ia memberikan peluang kepada guru untuk mencungkil bakat murid bagi permainan
tersebut. Ini akan memudahkan guru sukan dan permainan untuk membentuk pasukan
sekolah bagi permainan tersebut. Ini adalah sesuai dengan prinsip Dasar 1 Murid 1 Sukan
yang mengutamakan penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memerlukan perkembangan yang seimbang dari segi
intelek , rohani , jasmani dan emosi.

Pihak sekolah telah mengadakan satu bentuk tindakan yang rasmi bagi memastikan
penglibatan semua murid. Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan borang kehadiran bagi
mengelakkan masalah ponteng. Jika terdapat murid yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti
yang telah dirancang , murid tersebut akan dipanggil untuk di soal siasat. Murid tersebut juga
akan diminta memberikan surat rasmi sebagai bukti ketidakhadiran mereka. Manakala jika
terdapat murid yang mempunyai masalah kesihatan , murid tersebut juga diminta
mengemukakan dokumen kesihatan. Pihak sekolah juga sentiasa menjelaskan faedah yang
akan murid perolehi jika mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum dengan aktif.
Contohnya, prospek untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Hadiah dan sijil penghargaan
juga diberikan kepada murid yang terlibat.Dengan ini murid akan lebih bersemangat untuk
menyertai program yang dijalankan. Ini sesuai dengan sistem penilaian yang berasaskan
kehadiran , jawatan serta sumbangan , penglibatan dan pencapaian.
Kesimpulannya , aktiviti-aktiviti yang di rancangn dan dijalankan di saya untuk
program 1 Murid 1 Sukan telah memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara
lebih aktif dalam sukan dan permainan. Sekolah ini juga telah memberikan kerjasama dan
komitmen yang tinggi bagi menjayakan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Buktinya banyak programprogram yang dijalankan bagi memenuhi dasar tersebut. Selain itu , aktiviti-aktiviti ini telah
mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada guru dan ibu bapa. Oleh itu , ia telah
memupuk kerjasama diantara warga sekolah dan pihak ibu bapa. Selain itu , Dasar 1 Murid 1
Sukan telah dapat memotivasikan murid dan meningkatkan kesihatan murid kerana ianya
dilaksanakan sepanjang tahun. Tambahan lagi , Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah
memberikan peluang yang maksima kepada murid yang berbakat dan berpotensi untuk
berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.Secara keseluruhannya , semua aktiviti yang dirancang
telah mencapai objektif-objektif Dasar 1 Murid 1 sukan iaitu meningkatkan kecergasan
jasmani , membentuk sahsiah , jati diri , disiplin dan nilai murni dan mempupuk perpaduan
antara kaum. Selain itu , ia juga dapat membentuk budaya sukan di kalangan murid ,
memenuhi naluri semulajadi agar aktif dari segi fizikal , memberi keseimbangan antara
keperluan fizikal dan seterusnya mewujudkan landasan kearah kecemerlangan sukan.

Anda mungkin juga menyukai