Anda di halaman 1dari 3

TAJUK 9

APLIKASI ANTARA ORGANISASI

PENGENALAN
Disebabkan oleh persaingan, penggunaan sistem komputer menjadi semakin canggih
dan telah menjadi suatu kemestian dalam pelbagai industri. Contohnya dalam industri
penerbangan, perhotelan, dan pengangkutan.
Perhubungan secara elektronik berkembang pesat dalam industri. Semua syarikat boleh
berkomunikasi antara satu dengan yang lain secara elektronik melalui Internet.

Sebagai

contoh, penggunaan internet, IT, dan alat komunikasi membantu melicinkan hubungan antara
organisasi dan di dalam organisasi. Penggunaan medium ini adalah yang terpenting dan
termudah bagi menjimatkan masa dan jarak. Objektif kepada penggunan medium ini adalah
atas dasar keberkesanannya, kecekepan dan inovasi, iaitu kesedaran untuk memperbaiki
produk dan perkhidmatan akibat persaingan.
Kos Pembelian
Pembelian barang-barang atau perkhidmatan untuk organisasi yang besar akan
melibatkan beberapa proses.
i.

Pembeli harus mencari pembekal yang dapat mengeluarkan produk yang dikehendaki
dan menepati jumlah penghantaran, kualiti dan harga yang telah di tetapkan. Proses ini
melibatkan pertukaran informasi supaya produk yang dibekalkan menepati spesifikasi
yang di kehendaki. Kebanyakan informasi mungkin juga sulit, jika ia berkaitan dengan
proses pengeluaran atau mereka cipta produk.

ii.

Apabila contoh produk telah di luluskan, pembeli akan menghantar pesanan belian
(purchase order) untuk menyatakan kuantiti produk yang di kehendaki.

iii.

Seterusnya, sebelum proses penghantaran produk berlaku, pembeli akan di maklumkan


terlebih dahulu oleh pembekal berserta dengan invois untuk produk yang dihantar.

Pengurusan Inventori
Kebanyakan syarikat perlu menghentikan sementara pengeluaran produk jika terdapat banyak
stok belum terjual bagi menjamin kestabilan stok.

Syarikat perlu menyimpan banyak stok yang mendapat sambutan bagi menjamin
kelancaran pembekalan produk. Bagi pengeluaran produk yang mengambil masa yang lama
maka lebih banyak stok perlu disimpan.
Pengurusan stok yang teratur membolehkan perkhidmatan yang baik dapat diberikan
untuk pelanggan dan boleh menjimatkan kos .
Kitaran Masa
Kitaran masa merupakan jumlah masa yang diambil untuk membina produk/barangan yang
telah siap sepenuhnya untuk dijual.
Semakin lama masa yang diambil, maka semakin banyak stok perlu disimpan untuk
memastikan semua pesanan dapat ditunaikan. Jika masa untuk mengeluarkan produk boleh
dikurangkan maka kos tetap seunit dapat dikurangkan
Asimilasi Teknologi (Technology Assimilation)
Penggunaan komputer yang pertama ialah di dalam bidang ketenteraan dan sains, bukan
untuk perniagaan . Dalam tahun 1960, Bank of America merupakan bank yang pertama yang
menggunakan teknologi Electronic Recording Machine Accounting (ERMA). Awal tahun 1970,
para pengkaji mendapati IT memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah
syarikat.
Mereka mendapati 4 fasa yang terlibat dalam penghasilkan teknologi baru dan 3
penghalang yang boleh menghalang proses di atas daripada berlaku.
Fasa 1, Pengenalpastian Teknologi dan Pelaburan. Ia boleh di tafsirkan sebagai permulaan
kepada perancangan sesebuah teknologi, melabur dalam teknologi tersebut, dan permulaan
kepada projek teknologi tersebut. Fasa ini lebih berteraskan kepada percubaan.
Fokus perancangan dalam fasa 1 ialah pengenalan teknologi dan sumber manusia.
Fasa 2, Penilaian Teknologi dan Penyesuaian. Penilaian perlu dibuat untuk memastikan
teknologi yang dipilih adalah berkesan. Apabila teknologi ternyata berkesan, maka lebih ramai
pengguna terlibat bagi memastikan faedah dan implikasi teknologi dinikmati oleh lebih ramai
orang.
Jika pendekatan terlalu konservatif, teknologi tidak akan berkembang. Sebaliknya
bergantung kepada komunikasi yang baik dan kesanggupan penyesuaiaan bagi faedah
pengguna.

Fasa 3, Merasionalkan dan Kawalan Pengurusan adalah untuk membimbing reka bentuk dan
implimentasi teknologi.
Kawalan perlu dilakukan supaya penggunaan teknologi mengikut seperti apa yang
dijangkakan.
Fasa 4. Mengaplikasi
Perancangan dalam fasa ini termasuklah menyiapkan dan menapis aplikasi, menaikkan
pangkat staff dan menggunakan teknologi baru secara efisen.
Dalam fasa terakhir, pengaliran teknologi yang tersebar luas di kenalpasti berdasarkan
penyerapan dalam teknologi melalui organisasi.
Perancangan dalam fasa ini memberikan perhatian terhadap pengurusan di mana
teknologi boleh digunakan dan berapa banyak kos untuk melaksanakannya.
Penyesuaian Teknologi.
Rangkaiaan dan perkhidmatan teknologi boleh mengukuhkan perhubungan, kerana
komunikasi dan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah. Kebanyakan aliran maklumat
boleh ditambah manakala selebihnya boleh digantikan Organisasi besar adalah yang pertama
yang mengambil kelebihan/advantages dalam teknologi maklumat, kedua-duanya dalam
syarikat mereka termasuk rangkaiaan yang menambah kuasa komputer melalui tahap syarikat
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai