Anda di halaman 1dari 6

Pengurusan stres

1. Apa itu Stres?


Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang
terhadap sebarang perubahan atau tuntutan
2. Adakah stres sesuatu yang bahaya?
Tidak
Graf Stres Hans Selve

Bila stress rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya


motivasi dan tumpuan kepada kerja.
Bila stress berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami
tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres
Stres diperingkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan
meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.

3. Adakah anda mengalami stres?


Untuk mengetahuinya, anda boleh mencuba ujian yang dikenali sebagai
Ujian Stres.

Jumlah
markah

Maklumat

Nasihat

Kurang
dari 10

Anda mempunyai
ketahanan diri

Syabas! Namun anda boleh


mempelajari fakta-fakta dan

terhadap stres

teknik pengurusan stres yang


baik.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan stres

10 - 20

Anda menunjukkan
Anda boleh memanafaatkan
tindakbalas yang
dengan mempratikkan tekniknormal terhadap stres teknik pengurusan stres.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan mendapat stres

30 to 50

Anda mudah
mengalami stres

Lebih
dari 50

Anda mengalami stres Anda perlu melakukan perubahan


yang tinggi
dalam amalan cara hidup anda.
Sila mempratikan teknik-teknik
pengurusan stres.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan mendapat stres

Anda perlu mengambil langkahlangkah yang berkesan dengan


mempratikan teknik-teknik
pengurusan stres.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan mendapat stres

Tanda & Gejala


4. Bagaimana saya tahu, saya mengalami stres?
Fizikal
Gementar
Berpeluh
Rasa Seram sejuk
Tangan dan kaki rasa sejuk
Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
Bernafas laju
Kering mulut
Kerap buang air kecil
Kerap buang air besar
Cirit Birit
Kurang selera makan
Mudah dapat serangan penyakit:
o Asma
o Sakit belakang badan
o Masalah penghadaman

Sakit kepala
Gatal-gatal
Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan
seksual
Sakit-sakit badan
Cepat letih
o
o

Psikologikal
Kebimbangan
Keliru dan kurang daya tumpuan
Sukar kawalan diri
Perubahan emosi:
o Tekanan perasaan
o Kekecewaan
o Mewujudkan permusuhan
o Rasa tak berdaya
o Kurang sabar dan cepat marah
o Lemah Semangat
Susah nak tidur
Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah
dan arak

Gangguan Fikiran
Sukar membuat keputusan
Kurang minat terhadap aktiviti harian
Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
Pemikiran positif terganggu disebabkan
Sering berfikiran negatif
Kurang memberi perhatian
Hilang keyakinan diri
Hilang tumpuan
Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung,
takut, kecewa dan cepat marah
Tingkahlaku
Bercakap dengan cepat dan kuat
Menguap
suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
Perasaan yang negatif:
o Mudah tersinggung

Terlalu bergantung kepada orang lain


Suka memberi komen dan kritik orang lain
Boleh bertindak ganas
Bertindak secara tidak logik
Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
Kurang Kecekapan diri:
o Mudah lupa
o Selalu membuat kesilapan
o Sering terlibat kemalangan
Kurang produktiviti kerja
Menindakkan keupayaan diri sendiri
o
o
o
o
o

5. Punca stres
a. Stres Ancaman (survival) :
Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam samada dari segi
emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang
sedang dihadapi.
b. Stres dalam diri sendiri:
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu
bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua
kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .
Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima
harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
o
o
o
o

c. Stres
o

Anda mengharapakan orang lain mengkagumi dan menyayangi


anda
Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala
kegagalan anda
Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah
sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu
mengikut kata-kata anda
Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan
mempengaruhi masa depan anda
persekitaran tempat kerja anda
Stres disebabkan persekitaran
Ruang tempat kerja yang sempit
Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
Bising
Kawasan yang kotor dan tidak selesa

Pencemaran
Pengurusan persekitaran yang tidak cekap

Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan


"Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan
anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan
anda tidak selesa
Peningkatan kandungan gula dalam darah dari
pengambilan makanan yang manis dan choklat boleh
memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa
yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda
menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi
kadungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas
penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar
gula yang tinggi
Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan
peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda
mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.
Stres disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan
o

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:


o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang


Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan
pengalaman anda
Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya
diselesaikan oleh anda
Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu
disiapkan
Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang
bersesuaian
Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan,
sumber kewangan dan peralatan
Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap
pekerjaan sekarang
Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa
akan datang
Tiada peluang kenaikan pangkat
Tiada jaminan pekerjaan
Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
Tekanan dari pihak atasan

Campurtangan terhadap bidang tugas


Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
Gangguan terhadap perancangan kerja
Ganguan telefon
Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
Masalah kewangan
Masalah hubungan dengan keluarga
Penyakit yang dialami
Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkhawinan
dan penceraian

Komplikasi
6. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak ambil berat
masalah stres yang dihadapi?
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada
diri anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,
sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
Mudah keletihan dan cepat penat
Kekecewaan
Hilang semangat ( "burn out" )

Pencegahan
Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres?
Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres
Anda perlu kenalpasti punca yang menyebabkan anda stres
Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi
selepas tiga minggu anda amalkan teknik dan pengurusan stres yang
disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan
mereka

Anda mungkin juga menyukai