Anda di halaman 1dari 2

Punca-Punca Stress

Terdapat empat jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan


kepada diri seseorang. Yang pertama adalah tekanan survival atau (survival
stress). Survival stress ini berlaku apabila anda berada dalam keadaan
terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk
mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Yang keduanya pula adalah
tekanan yang berlaku dalam diri (internally generated stress), di mana
individu yang mempunyai personaliti Jenis A (type-A personality) iaitu
bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua
kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi.
Yang ketiganya pula, tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran
tempat kerja (Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja boleh
timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat
kerja yang sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan
bising dan bingit semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak
cekap di tempat kerja.

Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan
(fatigue & overwork stress). Antara faktor yang menyumbang kepada
tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan dari segi masa
atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan
tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan
prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan
berlakunya tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan
diri mengikut peredaran masa.

Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul


kebimbangan

terhadap

jaminan

pekerjaan

serta

kurangnya

peluang

kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan
kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan.
Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang
penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan.
Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya
dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya
sesuatu tekanan kepada individu. Begitu berhadapan dengan pelanggan,
pelanggan yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat
tahan

dengan

keadaan

sebegitu,

sehinggalah

menyebabkan

mereka

tertekan. Tekanan demi tekanan yang berlaku menyebabkan seseorang itu


tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila dirumah faktor-faktor
seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana mereka kurang
mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan
bertambah tertekan. Itu tidak masuk lagi hal-hal seperti masalah kewangan,
masalah kesihatan, dan banyak lagi perubahan dalam kehidupan yang lain.
Contohnya; kelahiran anak, perkahwinan, penceraian, kematian mahupun
perpindahan. Semuanya diatas ini, adalah punca-punca yang menyumbang
kepada berlakunya tekanan atau stress kepada diri seseorang individu
tersebut. Berdasar keempat-empat jenis punca tekanan ini, dapatlah
dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh masalahmasalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Berlaku pula tekanan
disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan
dengan masalah tersebut. Apabila tidak ada penyesuaian yang betul maka
tekanan atau stess yang dihadapi oleh individu tersebut akan menjejaskan
kehidupan seharian serta kesihatan mental mereka.

Anda mungkin juga menyukai