Anda di halaman 1dari 1

Stress adalah merujuk kepada suatu perasaan kebimbangan, dan tekanan fizikal yang akan

berlaku apabila permintaan kepada individu melebihi kemampuan individu tersebut. konsep
tekanan di tempat kerja merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan kepada individu yang
terlibat secara lansung dalam dunia kerjaya.
Stress di tempat kerja merupakan tindakbalas individu terhadap perkara-perkara yang berlaku
dalam persekitaran kerja, iaitu situasi yang mengecam individu tersebut dan individu tersebut
tidak mampu untuk menyesuaikan diri dalam keadaan persekitran kerja tersebut. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa aspek yang dilihat turut mempengaruhi konsep stress dalam
kerjaya pada hari ini. Terdapat beberapa faktor yang sebenarnya mempengaruhi individu
untuk mengalami tekanan.
Pekerja biasanya berhadapan dengan stress samada berkaitan dengan kehidupan mereka
ataupun dunia pekerjaan itu sendiri. Untuk sesetengah pekerja, mempunyai terlampau banyak
kerja untuk dilakukan dan tidak mempunyai cukup waktu atau sumber untuk melakukannya
menjadi penyebab utama stress. Konflik dan kesamaran peranan ini juga merupakan punca
kepada stress berkaitan pekerjaan. Konflik peranan merujuk kepada jangkaan yang berbeza
tentang sesuatu atau tuntutan yang berlebihan ke atas seseorang di tempat kerja.

Sesuatu pasukan dan kumpulan mempunyai kesan atau impak yang besar terhadap tingkah
laku pekerja. Hubungan kerja dan interaksi yang baik dengan rakan sebaya, orang bawahan,
dan pegawai atasan adalah aspek-aspek penting kepada organisasi dalam membantu pekerja
mencapai matlamat peribadi dan organisasi. Apabila berlaku hubungan yang tidak baik, ianya
boleh menjadi punca tekanan.

Anda mungkin juga menyukai