Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2018


BBRC4103

KAEDAH PENYELIDIKAN

(TUGASAN 2)

NAMA PELAJAR :

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

NAMA TUTOR :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 1.0 Pengenalan 3–7

2 2.0 Sorotan Literatur 8–9

3 3.0 Kerangka Teori 10

4 4.0 Metodologi 11 – 12

5 5.0 Jadual Projek Penyelidikan 13

6 6.0 Anggaran Kos 14

7 7.0 Kesimpulan 14

8 Rujukan 15 – 17

2
STRESS DI TEMPAT KERJA DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI KERJA
DALAM KALANGAN PEKERJA DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Stress atau lebih dikenali sebagai tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat
negara Malaysia. Stress biasa dialami oleh semua manusia apabila mereka berada dalam keadaan
yang tidak menyenangkan. Malah, stress kerja juga adalah sesuatu yang tidak asing bagi pekerja
di mana-mana organisasi seluruh negara. Sebagai contoh, Institut Maklumat Kesihatan Kanada
melaporkan lebih daripada separuh pekerja di negara tersebut mengalami tahap stress yang tinggi
dan membahayakan (Derfel, 2003). Fenomena stress merupakan satu halangan kepada
produktiviti kerja dan secara tidak langsung turut mempengaruhi prestasi kerja seseorang
individu. Selye (1956) menyatakan bahawa stress adalah satu fenomena persepsi yang wujud
dari satu perbandingan di antara arahan yang diberikan dengan kebolehan untuk melakukan
arahan tersebut dengan sempurna. Stress adalah satu keadaan dinamik di mana seseorang
individu yang menghadapi satu peluang atau permintaan berkaitan dengan apa yang dikehendaki
tetapi hasil yang diterima itu adalah tidak pasti dan tidak penting (Robbinson dan Stephen,
2001). Menurut Sidi H dan Shaharom H.M, (2002), stress merupakan sebahagian daripada
kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari dan ianya adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan.

Beberapa penyelidikan mengenai stress di tempat kerja juga telah mengaitkannya dengan kesan
produktiviti pekerja di tempat kerja (Maslow, 1970). Maklumat ini menimbulkan rasa
tanggungjawab kepada pihak organisasi untuk cuba mengatasi masalah persekitaran yang
membawa kepada stress di kalangan pekerja mereka sekaligus memberi kesan terhadap prestasi
kerja para pekerja. Hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh psikologikal
menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara penyebab tekanan (stressor) ke atas kerja dan
fizikal dengan emosi dalam diri seseorang individu. Kebanyakan kajian mendapati tekanan
psikologikal berlaku apabila seseorang pekerja mengalami perubahan kimia, hormon dan fungsi
organik dalam badan. Ini dapat dilihat berdasarkan tahap kebimbangan yang dialami oleh
individu, ketegangan dan kemurungan yang diukur melalui hormon-hormon adrenalin dan
noradrenalin yang merupakan alat ukuran tekanan yang subjektif (Buchanan, 1985). Oleh itu,

3
perubahan fisiologikal terhadap situasi kerja boleh diukur melalui tekanan darah tinggi, kadar
denyutan jantung dan analisis air kencing. Contohnya, tekanan-tekanan tersebut dialami oleh
pekerja-pekerja dalam sektor swasta disebabkan masalah beban kerja yang tinggi dan tempoh
masa bekerja yang tidak menentu. Mereka menjalankan tanggungjawab berasaskan kepada
bidang tugas yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dalam organisasi masing-masing. Hal
ini bermakna bahawa mereka sentiasa dikawal dan dipantau oleh sepasukan pekerja lain dalam
organisasi yang sama yang boleh memberi kesan terhadap prestasi mereka apabila situasi ini
menyebabkan berlakunya stress di kalangan mereka.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Martino (2001) juga, stress adalah sesuatu yang biasa
dan perlu. Stress terbahagi kepada dua iaitu stress yang positif dan stress yang negatif. Stress
yang positif atau juga dikenali sebagai eustress merupakan stress yang membina dimana mereka
yang menghadapi stress ini mampu menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan tersebut.
Manakala, stress yang negatif pula dikenali sebagai distress dimana stress ini boleh merosakkan
diri dan mereka yang mengalami jenis stress ini tidak mampu untuk menyesuaikan diri mereka
dengan tekanan ini. Jika seseorang individu itu mengalami tekanan yang berlebihan,
berpanjangan atau berulangan dan jika ia tidak mampu mengatasi, stress akan bertukar menjadi
suatu keburukkan yang boleh menyebabkan penyakit fizikal dan masalah psikologi.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Pertambahan kerja yang berlaku secara mendadak semestinya memberikan tekanan dan
menyebabakan stress berlaku di kalangan pekerja dan secara tidak langsung ia akan
mempengaruhi prestasi kerja (Aris, 2002). Cabaran utama sesebuah organisasi adalah untuk
mengawal dan menangani tekanan kerja yang boleh membawa impak negatif sehingga
menyumbang kepada kemerosotan prestasi organisasi dan juga menyebabkan organisasi akan
kehilangan daya saing (Robbinson, 2001). Konsep stress di tempat kerja telah digunakan dengan
meluas untuk mengukur keberkesanan organisasi. Punca-punca seperti masalah hubungan dalam
organisasi seringkali memberi tekanan kepada pekerja. Antara contoh ialah seperti faktor
dalaman terhadap pekerjaan, peranan di dalam organisasi, masalah hubungan di tempat kerja,
faktor gaji, skop kerja yang tidak sepadan dengan kebolehan, sumber dan kehendak pekerja juga
merupakan aspek utama punca stress di tempat kerja. Faktor psikologi seperti umur, jantina,
status perkahwinan juga merupakan punca-punca yang menyumbang kepada tekanan kerja dalam

4
sesebuah organisasi. Oleh itu, isu stress di tempat kerja memberi kesan ke atas prestasi
keseluruhan organisasi dan individu termasuklah masalah penurunan prestasi kerja, kadar
ketidakhadiran yang tinggi dan ketidakpuasan kerja, kemalangan dan kesilapan serta
pengambilan alkohol dan dadah dimana organisasi akan kehilangan pekerja yang berkualiti dan
peningkatan yang besar dalam kos pengambilan dan kos latihan semula. Kesemua masalah ini
mempunyai kaitan dengan stress di tempat kerja dan masalah yang biasa berlaku dalam
organisasi masa kini.

Masalah stress akan memberi kesan ke atas psikologi, fisiologi dan tingkah laku manusia.
Seseorang individu yang tertekan dengan kerja yang dilakukan akan mengalami kemurungan
yang berpanjangan. Apabila rasa tertekan, psikologi seseorang pekerja akan terganggu dan
menyebabkan kegagalan untuk bertindak dan membuat keputusan dengan baik. Situasi ini boleh
menjejaskan prestasi kerja mereka dan menggugat produktiviti organisasi. Masalah yang paling
ditakuti terjadi adalah tekanan pekerja di tempat kerja yang boleh menyebabkan penyakit
berbahaya seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan melemahkan sistem pertahanan badan
terhadap penyakit. Stress di tempat kerja juga boleh menyebabkan masalah kemalangan di
tempat kerja, peningkatan kos keselamatan dan kesihatan pekerjaan, gangguan trauma serta
mengganggu kegiatan sosial seseorang individu. Pentadbiran dan perkhidmatan yang sering
dikaitkan dengan kemerosotan dalam prestasi akan memberi gambaran yang negatif kepada
sesebuah organisasi. Secara khasnya, kajian ini dijalankan untuk mengukur sejauh manakah
perkaitan stress di tempat kerja mempengaruhi prestasi kerja seseorang individu kerana jika
seseorang individu itu berhadapan dengan tekanan akan menyebabkan individu itu gagal
berfungsi dengan baik di dalam masyarakat (Sindhunata, 1993). Oleh itu, permasalahan kajian
ini bertujuan untuk menilai antara stress di tempat kerja dan kesannya terhadap pretasi kerja di
kalangan pekerja Malaysia secara amnya. Pengkaji akan mengkaji hubungkait punca-punca
tekanan seseorang pekerja yang menyumbang kepada kesannya terhadap prestasi kerja dalam
sesebuah organisasi.

Kajian juga dilakukan untuk melihat permasalahan stress terhadap produktiviti dan prestasi kerja
seseorang individu dalam organisasi. Pengkaji juga akan menekankan dan melihat hubungkait
kepada ciri-ciri tekanan kerja yang menjejaskan prestasi kerja dari aspek fisiologikal,
psikologikal dan tingkah laku. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan

5
dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), stress berkaitan kerja adalah antara isu paling mencabar dalam
OSH hari ini kerana ia beri kesan besar ke atas kesihatan pekerja, produktiviti organisasi dan
ekonomi negara (Lee Lam Thye, 2016). Kajian ke atas stress ataupun tekanan ini banyak
menyentuh mengenai stress di tempat kerja dan kesannya terhadap kemerosotan prestasi
seseorang pekerja. Sebagai contoh, banyak kajian telah dijalankan terhadap punca-punca yang
mempengaruhi stress dan kesannya terhadap prestasi kerja di kalangan pekerja. Fisiologikal,
psikologikal dan tingkah laku individu terbukti mempengaruhi kesan ke atas stress kerja
individu. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Maslow (1970), beliau menerangkan bahawa
pekerja bawahan kurang kepuasan dalam kerja dan sering mengalami masalah stress. Manakala,
menurut pengkaji Sindhunata (1993) dalam kajian yang telah dilakukan, perbandingan stress
kerja ke atas jantina mendapati kebanyakan wanita mengalami kemurungan psikologi, manakala
kebanyakan lelaki mengalami kemurungan fizikal. Kajian oleh Turnage dan Spielberger (1991)
pula menunjukkan pekerja perkeranian dalam sesebuah organisasi menghadapi stress sekiranya
tidak melakukan apa-apa tugas atau juga apabila gaji yang diperolehi mereka tidak mencukupi
dan setimpal dengan kerja yang dilakukan. Manakala tafsiran stress bagi kumpulan professional
pula ialah jika mereka bekerja lebih masa dan menggunakan peralatan yang kurang berkualiti
untuk kerja yang diarahkannya. Peranan yang dimainkan oleh sesorang pekerja dalam sesebuah
organisasi juga banyak menyumbang kepada terjadinya stress kerja di kalangan pekerja.

Suasana kerja yang teruk akan menyumbang kepada tahap stress yang tinggi dan seterusnya
membawa kepada ketidakpuasan dalam bekerja. Individu tidak akan dapat berfungsi dengan
berkesan jika berada dalam keadaan stress (Smith, 1993; Girdano et al 1993). Perasaan stress
menjadikan menjadikan seseorang itu tidak rasional, kemurungan dan tidak dapat menumpukan
perhatian kepada kerja yang diarahkan malah mereka juga gagal menikmati rasa gembira atau
puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Menurut Naib Presiden Persatuan Psikologi Psikiatri
Malaysia dan Pengarah Hospital Permai Johor Bharu, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (2017)
berkata, stress dalam diri bukan sahaja menyebabkan seseorang itu akan mengalami penyakit
mental, bahkan daripada segi fizikal individu itu boleh mengalami sakit jantung yang merupakan
penyakit pembunuh.

6
1.2 OBJEKTIF-OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN-SOALAN KAJIAN

1.2.1 Objektif-objektif Kajian

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Penjelasan
lanjut tentang objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.2.1.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji antara stress di tempat kerja dan kesannya terhadap prestasi
kerja di kalangan pekerja di Malaysia.

1.2.1.2 Objektif Khusus

1. Mengkaji perkaitan antara stress di tempat kerja dan kesannya terhadap prestasi kerja di
kalangan pekerja

2. Mengkaji ciri-ciri tekanan psikologikal, fisiologikal dan tingkah laku dengan prestasi
kerja dalam kalangan pekerja.

3. Mengkaji stress di tempat kerja dan prestasi kerja

1.2.2 Soalan-soalan Kajian

1. Adakah stress di tempat kerja memberi kesan terhadap prestasi kerja di kalangan pekerja
di Malaysia?

2. Apakah ciri-ciri tekanan dalam kalangan pekerja?

3. Apakah ciri-ciri fisiologi, psikologi dan tingkah laku menyumbang kepada penurunan
prestasi pekerja?

4. Apakah hubungan diantara stress di tempat kerja dan prestasi kerja?

7
2.0 SOROTAN LITERATUR

Sorotan literatur ini merangkumi kajian- kajian yang telah dijalankan samaada kajian tempatan
atau luar negara.

2.1 Kajian Tempatan

Hasil kajian yang dijalankan oleh Khairul Bariah (2003) adalah untuk melihat hubungan tekanan
di tempat kerja dengan aspek kepuasan kerja dan strategi daya tindak dengan aspek kesihatan
mental dan kesihatan fizikal di kalangan jururawat hospital swasta. Di samping itu, kajiannya
juga melihat perbezaan tekanan kerja mengikut taraf akademik dan pengalaman kerja. Subjek
kajian terdiri daripada 25 orang jururawat hospital swasta. Alat ujian yang digunakan ialah
Occupational Stress Indicator (OSI) dan data dianalisis dengan menggunakan Korelasi Pearson,
Ujian-t dan Anova sehala. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tekanan kerja
di kalangan jururawat hospital dari segi taraf akademik dan pengalaman kerja. Tetapi, tekanan
kerja mempunyai hubungan negatif dengan kepuasan kerja, daya tindakan dan tahap kesihatan
mental dan juga fizikal.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Lee Hoo Nee (2002), hubungan tekanan kerja,
tekanan di tempat kerja dengan kepuasan kerja dan personaliti telah dilakukan ke atas 100 orang
pegawai polis. Hasil kajian mendapati apabila tekanan kerja dan tekanan di tempat kerja tinggi,
kepuasan kerja menurun dan apabila kepuasan kerja tinggi, personaliti turut positif.

Manakala kajian Thi Lip Sam (1998) tentang faktor tekanan di kalangan pengurus dan eksekutif
di tempat kerja mendapati jangkaan tinggi, mengekalkan jangkaan tersebut, struktur organisasi
yang tegar dan birokrasi merupakan punca-punca utama tekanan kerja di organisasi. Pengurus
dan eksekutif perempuan mengalami tekanan kerja yang lebih tinggi berbanding dengan
pengurus dan eksekutif lelaki. Malah menurut kajian Rosli (1996) mengenai faktor tekanan kerja
dan kesan tekanan ke atas 123 orang kakitangan kaunter di sebuah syarikat swasta di ibu kota
mendapati punca tekanan jantina dan taraf perkahwinan turut mempengaruhi faktor tekanan di
tempat kerja.

Begitu juga dengan kajian oleh Asmawati & Siva (2002), tekanan kerja di kalangan pensyarah
satu perbandingan di antara universiti awam dan universiti swasta. Soal selidik The University

8
Administrative Concerns (Rasch 1986) telah ditadbir kepada 120 orang pensyarah melalui
edaran tangan dan mel elektronik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pensyarah universiti
awam mengalami tekanan kerja yang lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti
swasta. Selain daripada itu keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tekanan
kerja antara pensyarah universiti awam dengan pensyarah universiti swasta berdasarkan subskala
peranan dan konflik sosial. Manakala dari segi subskala tugasan dan penyelesaian konflik tidak
terdapat perbezaan antara pensyarah di kedua-dua jenis universiti.

2.2 Kajian Luar Negara

Rees & Cooper (1992) turut menjalankan kajian tentang tekanan di tempat kerja dalam kalangan
1176 pekerja dari pelbagai jenis pekerjaan di sebuah institusi kesihatan di United Kingdom.
Kajian membandingkan kumpulan pekerja bukan bidang kesihatan ini mendapati tekanan di
tempat kerja yang tinggi dialami oleh semua kumpulan pekerja tetapi skor yang rendah bagi
tingkah laku Jenis A dan ini menyebabkan kecenderungan individu menggunakan strategi daya
tindak dengan lebih kerap dalam mengendalikan tekanan.

Manakala Swanson, Power & Simpson (1998) telah menjalankan kajian perbandingan antara
tekanan kerja dengan kepuasan kerja di antara pelatih asas (GPs) dengan doktor pakar mengikut
jantina. Keputusan kajian menunjukkan doktor pakar mengalami tekanan kerja dan tekanan di
tempat kerja serta mengalami kepuasan kerja yang lebih tinggi daripada pelatih asas GPs.

Dalam kajian Bogg & Cooper (1995) pula mendapati profil tekanan kerja yang berbeza di antara
pekerja sektor awam dan swasta. Pekerja sektor awam menunjukkan kesihatan dan kesejahteraan
yang kurang baik dan kepuasan kerja yang rendah. Sebaliknya, pekerja sektor swasta melaporkan
tekanan kerja yang lebih tinggi, khususnya dalam peranan pengurusan, hubungan di tempat
kerja, halangan kerjaya dan halangan kerja dan rumah. Pekerja swasta yang berkhidmat dalam
tempoh yang lama melaporkan tekanan kerja yang lebih tinggi dalam pekerjaan, seperti gaji,
waktu bekerja yang lama dan kurang kepelbagaian dalam pekerjaan.

Tekanan yang berkaitan pekerjaan berkemungkinan disebabkan oleh terlalu banyak kerja,
hubungan yang teruk dengan ketua jabatan dan rakan sekerja (Najmuddin, 2002). Satu kajian
berkaitan stress kerja telah dijalankan terhadap guru di sebuah sekolah di China. Alat kajian yang
digunakan adalah “Maslach Burnout Inventory dan Teacher Stress Inventory”. Dapatan kajian

9
menunjukkan faktor demografi, umur dan pengalaman kerja mempunyai hubungan yang
signifikan dengan tahap stress (Zhang Yong dan Dolmage, 2003).

3.0 KERANGKA TEORI

10
4.0 METODOLOGI

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif kerana ia kaedah yang sesuai digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang stress ditempat kerja dan kesannya terhadap prestasi kerja
di kalangan pekerja dalam masa yang singkat. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian bagi menjawab persoalan kajian yang berkaitan dengan sejauhmana tekanan di
tempat kerja memberi kesan terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja.

4.2 Subjek Kajian

Subjek kajian ini terdiri daripada 50 orang pekerja Thelps/Pembantu Guru Bahasa Inggeris dari
Yayasan Terengganu. Responden kajian meliputi 6 lelaki dan 44 perempuan.

4.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini digunakan bagi mengukur tekanan di tempat kerja dan kesannya terhadap
prestasi kerja dalam kalangan pekerja serta faktor-faktor yang berhubungan dengan tekanan
kerja. Instrumen kajian terdiri dari dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
mengandungi 5 soalan berkaitan latar belakang responden seperti jantina, umur, tempoh
pekerjaan, sektor pekerjaan dan status perkahwinan. Manakala, Bahagian B mengandungi
soalan-soalan berkaitan kajian yang merangkumi aspek fisiologikal, psikologikal dan tingkah
laku.

4.4 Kaedah Menjalankan Kajian

Langkah pertama dalam menjalankan kajian ini adalah menyediakan satu rangka kerja yang
sistematik sebagai rujukan dan panduan bagi melancarkan perlaksanaan kajian. Seterusnya,
pengkaji telah mengenalpasti subjek kajian iaitu 50 orang pekerja Thelps/Pembantu Guru Bahasa
Inggeris dari Yayasan Terengganu. Kemudian pengkaji telah mendapatkan surat pengakuan
daripada Open University Malaysia (OUM) untuk dihantar kepada Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Bantuan, Yayasan Terengganu bagi mendapatkan kebenaran
menjalankan kajian dan mengedarkan borang soal selidik. Selepas borang soal selidik
dikumpulkan, pengkaji akan diteliti terlebih dahulu bagi memastikan setiap borang soal selidik

11
dijawab oleh responden. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kerosakan alat kajian bagi
tujuan analisis.

Bagi menjalankan kajian tersebut, sebanyak 50 set borang soal selidik telah diedarkan kepada 50
orang pekerja Thelps/Pembantu Guru Bahasa Inggeris dari Yayasan Terengganu yang mana ia
juga merupakan tempat bertugas pengkaji. Pengkaji turut memberikan penerangan ringkas
berkaitan borang soal selidik bagi memudahkan responden untuk melengkapkan borang tersebut.
Di samping itu, pengkaji memberikan tempoh selama tiga hari kepada responden bagi
melengkapkan serta memulangkan borang soal selidik tersebut. Pengkaji telah mengumpulkan
semua borang soal selidik dari setiap pekerja Thelps/Pembantu Guru Bahasa Inggeris bagi
memudahkan responden untuk memulangkan borang soal selidik. Sebanyak 50 set borang soal
selidik telah dikumpulkan dari 50 orang pekerja Thelps/Pembantu Guru Bahasa Inggeris dari
Yayasan Terengganu.

12
5.0 JADUAL PROJEK PENYELIDIKAN

Bil Perkara/Aktiviti Minggu


1 2 3 4 5 6 7 8 9
1 Fasa 1 Cadangan Penyelidikan
2 Perbincangan dan pemilihan tajuk kajian √
3 Tajuk kajian telah dikenalpasti dan dipilih √
4 Membuat penyelidikan tentang kajian √
5 Sasaran bacaan jurnal/artikel √ √
6 Fasa 2 Latar Belakang Kajian
7 Pembinaan borang soal selidik √
8 Pengedaran borang soal selidik √
9 Fasa 3 Pengumpulan Data
10 Dapatan borang soal selidik √
11 Analisis borang soal selidik √ √
12 Hasil penyelidikan √
13 Fasa 4 Penulisan Kajian
14 Pengenalan √ √
15 Sorotan literatur √ √
16 Kerangka teori √ √
17 Metodologi √ √
18 Analisis data √ √

Bil Jantina Bilangan Peratus (%)


1 Lelaki 6 12 %
2 Perempuan 44 88%
Jumlah 50 100%

13
Bil Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)

1 Kertas A4 1 rim 18.00 x 1 18.00


2 Pen 3 batang 1.90 x 3 5.70
3 Dakwat mesin pencetak 1 set 30 x 1 30.00
4 Stapler 1 set 5.90 x 1 5.90
5 Fail 2 keping 0.90 x 2 1.80
6 Lain-lain (pengangkutan dll) 30.00

Jumlah (RM) 91.40


6.0 ANGGARAN KOS KAJIAN

7.0 KESIMPULAN

Masalah stress di tempat kerja dalam kalangan pekerja tidak boleh dipandang remeh kerana
ianya berkait rapat dengan prestasi kerja mereka. Hal ini seharusnya menjadi salah satu perkara
yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan kerana kegagalan pihak pengurusan dalam
menangani isu ini akan memberi kesan kepada produktiviti organisasi dan situasi ini secara tidak
langsung akan menjatuhkah imej sesebuah organisasi tersebut. Setiap organisasi perlu
mengambil kira aspek kesejahteraan dan kebajikan para pekerja mereka. Sehubungan dengan itu,
para pengurus organisasi perlu mengambil kira dan menekankan aspek-aspek pengurusan dan
pembangunan sumber manusia dalam membangunkan organisasi tersebut. Semua pihak terutama
majikan hendaklah melihat kaedah yang bersesuaian, bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi
dan produktiviti pekerja, tetapi juga isu-isu seperti tahap kesihatan dan permasalahan peribadi
para pekerja.

(2832 patah perkataan)

Rujukan

14
Ieta Sa'ad, (2012). Pengurusan Stress Ditempat Kerja. Diambil dari
https://www.slideshare.net/ietams/pengurusan-stress-ditempat-kerja

Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir, (2008). Pengurusan Stress. Diambil dari
http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/

Firdaus Azil, (2017). Tahap 'Stress' Pekerja Malaysia Sangat Tinggi – Cuepacs. Diambil dari
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahap-stress-pekerja-malaysia-sangat-tinggi-
cuepacs-164045

Robbins, S. P. 2003. Essentials Of Organizational Behavior. New Jersey: Pearson education, Inc

Schultz, Duane, Sydney Schultz. (1994). Psychology And Work Today: An Introduction To
Industrial And Organizational Psychology. New York: Macmillan Publishing Company.

Hellriegel, D., & Slocum, J. W. 2011. Organizational Behavior, Thirteenth Edition. South-
western: Cengage learning.

Mohamad Khan Jamal Khan, Nor Azimah Chew Abdullah dan Ab. Aziz Yusof: Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Organisasi. Selangor: Prentice Hall, 2005.

Izzaty, M., Azman, I., Shahril Azwan, M., Sholihien, A., (2015). Tekanan Kerja Dan
Perkaitannya Dengan Kesihatan Pekerja: Kajian Empirical Sebuah Kontinjen Polis Di
Semenanjung Malaysia. 10 (63 – 75).

Dzulizzi, Sabuti., (N/A). Hubungan Tekanan Kerja Terhadap Prestasi Pekerja. 5 (25 – 34)

Haryati, Kamarudin., (2013). Faktor Tekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Mains
Holdings Sdn Bhd. Artikel 1 (15 – 21)

Ummi Kalsom, Zakaria., (2014). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Kerja Dalam
Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu. Artikel 1 (12 – 26)

Selye H (1956). Stress Without Distress. Transworld, London.

15
Nursyazlin Yatie, M.Zaidi., Noraini, A.Raop., (2017). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Tekanan Kerja Dalam Kalangan Anggota Polis: Satu Kajian Di Kem Batalion 9 PGA Kuala
Terengganu. Jilid 2 (2017: 103-116).

Dahlan, A.Malek., (1998). Hubungan Di Antara Tekanan Kerja Dengan Tingkah Laku Jenis A
Dan Kepuasan Kerja : Satu Kajian Ke A Tas Pekerja Bank. Jurnal Kinabalu IV (1998: 60 - 70)

Kementerian Kesihatan Malaysia (2015),. Diambil dari http://www.moh.gov.my

Robbinson, D.,(2001). Organisational behaviour and analysis: an integrated approach. 3rd ed.
England: Pearson Education Ltd, 2005.

Sidi, H., Shaharom, H.M., (2002). Mengurus Stres, Pendekatan Yang Praktikal. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Aris, A.R. (2002). Kajian Ke tas Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres (Tekanan) dan Niat
Untuk Meninggalkan Profesion Perguruan di Kalangan Guru Sekolah Menengah dan Sekolah
Rendah di Daerah Kota Tinggi, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesisi Sarjana.

Beech, H.R. (1982). A Behavioral Approach To The Management Of Stress. United.

Buchanan, (1985). Occupational Stress And Job Satisfaction Among School Administrators.
Journal of Educational Administration, 31 (1), 4.

Derfel, (2003). The Motivation to Work. New York : John Wiley and Son Inc.

Sindhunata, (1993). Work Psychology: Understanding Human Behaviour In The Workplace.

Martino, H. (2003). Assessment of workplace stress: Occupational stress, its consequences, and
common causes of stress. ERIC Document. Reproduction Service No. ED 480 078.

16
Smith, C., Girdano et al., (1993). Teacher Stress In Taiwanese Primary School. Journal of
Educational Enquiry, 5. 86-104

Maslow,A.H., (1970). ”Motivation and Personality.” New York Harper and Row Publisher.

Turnage, SL., Spielberger, MA., (1991). Organizational behavior. 3rd ed. United States of
America: McGraw-Hill Companies, Inc.

M. Sabitha., (1996). Job Satisfaction and Occupational Stress in workplace.” A paper presented
at the Annual Conference of the Australian Association for Research in Education.

Lee L. T., (2016). Gaya hidup sihat bantu pekerja kurang tekanan. Diambil dari
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/osh-column/osh-articles/1697-gaya-hidup-sihat-bantu-
pekerja-kurang-tekanan

17

Anda mungkin juga menyukai