Anda di halaman 1dari 12

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

SEMESTER 4, ACADEMIC SESSION 2021/2022

EMT 20603 COLLEGIALITY INTERACTION & MANAGEMENT

KAJIAN KES: TEKANAN KERJA DI MALAYSIA

NO. NAMA NO. MATRIK

1. AWLIYA BINTI MD SAAD 201491105

2. NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SHAHIR 201492752

3. NURUL AFIQAH BINTI ABDUL SHUKOR 201491115

4. NURUL AZZAH BINTI ABDUL HALIM 201491116

NAMA PENSYARAH: DR AYOB NAZMY BIN NANYAN

TARIKH AKHIR: 13 JUN 2022


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN..................................................................................................................................... 3

ULASAN LITERATUR ....................................................................................................................... 4

PERBINCANGAN ................................................................................................................................ 6

PENUTUP DAN KESIMPULAN ...................................................................................................... 11

RUJUKAN ........................................................................................................................................... 12

2
BAB 1

PENGENALAN

Kebelakangan ini, kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang isu tekanan kerja yang semakin
meningkat di Malaysia. Dalam konteks ini, telah membuktikan bahawa banyak tekanan kerja berlaku
di kalangan pekerja sehingga menyebabkan nyawa mereka terkorban. Sebagai contoh, menurut akhbar
berita harian 10 Oktober 2020, “hampir setengah juta rakyat Malaysia alami simptom depresi” T A N Y A KES
DI MALAYSIA
(Bernama , 2020). Jumlah kes tekanan kerja ini sudah tentunya membimbangkan. Oleh hal yang
demikian, isu ini perlu diperbincangkan supaya ia dapat dikurangkan.

Sehubungan dengan itu, stress atau tekanan menurut Dr. Hans Selye yang merupakan pengasas kepada
MAKSUD
teori stress atau tekanan perasaan mendefinisikan ia sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri STRESS 1

seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Bagi kata lain, stress juga membawa
MAKSUD
makna keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan STRESS 2
serta menghasilkan perasaan risau terhadap sesuatu perkara.

PUNCA
Sungguhpun, tanpa mengira definisi dan tafsiran yang diberikan, tekanan di tempat kerja berlaku STRESS
apabila peluang pekerjaan tidak sepadan dengan sumber, kebolehan dan kehendak pekerja. Ini akan
turut memberi kesan ke atas fisologi dan psikologi manusia. Seseorang individu akan menunjukkan KESAN
STRES 1
kemurungan yang berpanjangan jika ia berasa tertekan dengan kerja yang dilakukannya. Jika tekanan
ini tidak dicegah segera dan acap kali berulang, ia akan menyebabkan kesan yang buruk terutamanya
KESAN
STRES 2
dari segi kesihatan dan keselamatan. Apabila berasa tertekan, psikologi akan terganggu dan pekerja itu
akan gagal membuat keputusan yang baik. Pekerja juga akan mudah berasa cemas, takut dan mudah
KESAN
marah. Ini boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan boleh menjejaskan produktiviti organisasi. S T R E S 3
Sebagai contoh, sewaktu pandemik Covid-19 yang melanda ramai individu yang terkesan. Ini kerana
permasalah orang ramai yang tiada pekerjaan, tiada tempat tinggal, kelaparan dan ada yang terpaksa
bergantung harap kepada sumbangan makanan untuk mereka makan. Disebabkan situasi ini, banyak
individu yang mudah berasa putus ada sehingga menyebabkan mereka bercenderung kearah mencari
jalan singkat untuk mengelak daripada masalah dengan membunuh diri (Noor Atiqah Sulaiman, 2021).
Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai kesan yang akan menyumbang
kepada isu tekanan kerja ini di negara kita.

3
BAB 2

ULASAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Bab ini memberi tumpuan kepada perbincangan ulasan literatur yang dilakukan oleh sarjana tempatan.
Perbincangan termasuk takrif konsep, metodologi penyelidikan, dan rangka kerja teori.

2.1 KAJIAN

Begitu juga dengan kajian oleh Ishak Mad Shah et.al (2001), gangguan seksual di tempat kerja dan
kesannya terhadap tekanan kerja dan ketidakpuasan kerja. Kajian menggunakan kaedah soal selidik Sex
and The Workplace bagi gangguan seksual manakala Job Related Tension Index dan Brayfield-Rothe
Index digunakan untuk tekanan kerja dan kepuasan kerja. Menggunakan persampelan objektif, 100
pekerja pembuatan wanita yang telah diganggu secara seksual telah dipilih sebagai responden.. Hasil
dapatan yang diperolehi, kelaziman keadaan yang kurang serius adalah lebih tinggi., dan pelaku utama
adalah rakan sekerja dan atasan. Kajian juga menunjukkan hubungan positif yang tinggi antara tekanan
kerja dan kepuasan kerja, serta hubungan negatif antara keduanya (Shah & Ching, 2001).

Kamaruzaman Kamaruddin (2007) pula membuat penyelidikan tentang tahap tekanan kerja guru
sekolah menengah di Rantau Panjang, Kelantan. Seramai 40 guru dari dua buah sekolah yang berlainan
telah dipilih sebagai responden bagi melengkapi kajian. Alat kajian yang diperkenalkan oleh Boyle
et.al, Teacher Stress Inventory digunakan bagi mengukur tahap tekanan para guru. Bagi mengenalpasti
faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja guru pula, Self-Report Teacher Stress digunakan.
Keputusan menunjukkan sebanyak 22 guru berada di tahap sederhana manakala 16 guru di tahap rendah
dan selebihnya 2 guru berada di tahap tinggi. Kajian menunjukkan faktor yang paling ketara dalam
tekanan kerja guru ialah salah laku pelajar (Kamaruzaman, 2007).

Syed Sofian Syed Salim et.al juga (2010) membuat kajian terhadap seramai 1200 guru dari 60 sekolah
di Melaka, Perak dan Pulau Pinang bagi kaitan antara kecerdasan emosi, tekanan kerja dan kesanggupan
mereka untuk meninggalkan profesion perguruan. Hasil dapatan yang diperoleh dari analisis korelasi
Pearson, hubungan yang positif dan signifikasi ditunjukkan dalam kecerdasan emosi dalam niat berhenti
dari profesion perguruan. Sebaliknya, kecerdasan emosi dan tekanan mempunyai perkaitan yang negatif
tetapi besar (Salim & Nasir, 2010; Noor Halim & Zaid, 2019).

Menurut Haryati Kamarudin (2013), dalam analisisnya, beliau melihat tahap tekanan kerja dalam
kalangan pekerja di sebuah firma di Seremban, Negeri Sembilan. Kajian memfokuskan kepada
pembolehubah demografi iaitu variasi umur, jantina, status perkahwinan dan tempoh khidmat bekerja.

4
Kajian ini disertai seramai 40 pekerja firma tersebut. Occupational Stress Indicator (OSI) telah
digunakan dalam kajian. Kajian ini mengambil kira enam elemen tekanan: kerja rumah dan halangan
kerja, struktur dan persekitaran organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, perhubungan
di tempat kerja, dan aspek intrinsik dalam pekerjaan. Mengikut penemuan kajian, struktur dan
persekitaran organisasi adalah elemen terpenting yang membawa kepada tekanan kerja, manakala kerja
rumah dan halangan kerja adalah yang paling tidak terkesan. Kajian juga mendedahkan tiada perbezaan
yang ketara dalam demografi lain (Haryati, 2013).

Menurut laporan berita Sinar Harian (2021), peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat serta
perubahan budaya kerja akibat penularan Covid-19 menjadi faktor utama peningkatan tekanan terhadap
pekerja di Malaysia. Bekerja dari rumah (BDR) juga memberikan banyak tekanan dalam golongan
pekerja swasta mahupun kerajaan kerana waktu bekerja yang tidak tetap dan beban kerja yang kian
bertambah, terutamanya para guru. Guru – guru tersebut perlu mengajar secara dalam talian, menyemak
serta membuat perancangan pembelajaran untuk keesokan harinya yang menyebabkan tekanan kerja
yang tinggi. Bebanan kerja yang terlampau serta waktu kerja yang berlebihan menyumbang kepada
masalah kesihatan dan akan menjadi punca terjadinya penyakit mental (Muhammad Amnan, 2021).

Manakala menurut laporan berita BH Online (2021), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyatakan bahawa beban kerja yang keterlaluan serta tempoh
waktu kerja yang panjang menjadi faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan awam. Seramai 346
anggota polis daripada 804 kakitangan awam yang lain ditahan atas kesalahan mengambil dadah
sepanjang 2021 (Mohd Iskandar, 2021) .

5
BAB 3

PERBINCANGAN

3.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian kes-kes yang telah dijalankan. Perbincangan ini bertujuan
untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Selain itu perbicangan juga telah dilakukan untuk
memberi pendedahan berkaitan tekanan kerja di malaysia dalam sektor kerajaan atau swasta.

Tekanan kerja adalah manifestasi negatif dalam persekitaran kerja hari ini, ia merupakan masalah dan
fenomena utama yang meningkatkan tahap tekanan pekerja akibat beban kerja, kebimbangan
keselamatan tempat kerja dan peningkatan taraf hidup (Yozgat 2013). Tekanan kerja mengacu pada
respons emosional seseorang terhadap lingkungan kerja yang mengancam pekerja (Gill et. al., 2006).
Menurut Cox & Griffiths (2010), konsep Transactional Stress Theory menjelaskan bahawa tekanan di
tempat kerja melibatkan satu proses yang terdiri daripada tiga elemen iaitu pendedahan kepada bahaya
psikososial organisasi, proses persepsi kognitif yang melibatkan tekanan emosi dan hubungkait antara
kesan tekanan terhadap individu (melibatkan masalah psikologi, tingkahlaku dan masalah kesihatan)
dengan memberi kesan terhadap organisasi (melibatkan pusing ganti kerja, kurang komitmen dan
sebagainya). Tekanan di tempat kerja berlaku apabila seseorang melalukan keperluan kerja yang tidak
sepadan dengan kebolehan diri, sumber dan kehehendak pekerja. Kemurungan yang berpanjangan akan
ditunjukkan oleh seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja yang dilakukan. Secara asasnya
terdapat beberapa peringkat tekanan sebagai reaksi individu yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu
peringkat pertama ialah amaran, peringkat kedua ialah penentangan dan peringkat ketiga ialah keletihan
yang diringkaskan sebagai Sindrom Penyesuaian Umum (General AdaptationSyndrome- GAS) (Zafir
& Fazilah, 2006).

6
Berikut adalah dapatan kes-kes kajian mengikut hubung kait tekanan di tempat kerja yang telah
dirujuk bagi menjawab soalan-soalan di bawah;

Kes 1: Tekanan kerja guru di Malaysia

Kes 2: Tekanan kerja dalam organisasi kepolisan di Malaysia

Kes 3: Tekanan kerja jururawat di Malaysia

3.1 TEKANAN KERJA

Menurut kajian kes yang pertama merujuk kepada tekanan kerja guru di Malaysia. Terdapat beberapa
faktor punca berlakunya tekanan kerja guru di Malaysia. Menurut Dunham (1992) beberapa faktor
utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas daan ,
kekangan masa dan sumber. Masalah sosial di kalangan anak muda sering menjadi tajuk utama dalam
perbualan di media massa, tingkah laku anak muda yang tidak dapat dibendung dan dibawa ke sekolah
di mana guru terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah banyak mempengaruhi faktor beban tugas. Guru terpaksa berhadapan dengan pelajar
yang kurang peka terhadap sahsiah diri dimana sikap pelajar yang biadap, ponteng kelas, suka membuat
bising, kurang ajar dan tidak menunjuk minat untuk belajar menyebabkan guru-guru di sekolah
menghadapi tekanan di bilik darjah. Di samping itu, penyebab berlakunya tekanan kerja guru di
Malaysia ialah kekangan masa dan sumber. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan,
bahan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, kekurangan kelas, keadaan bilik guru dan lain-
lain. Kekangan masa yang dihadapi oleh guru yang terlibat menghadiri kursus yang memakan masa
yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar memberi kesan tekanan dalam pengurusan
masa seseorang guru. Guru terpaksa mencari masa tambahan untuk menghabiskan sukatan pelajar bagi
mata pelajaran yang diajar dan perlu menyiapkan tugasan yang tertangguh (Kamaruzaman, 2007).

Kajian kes yang kedua iaitu tekanan kerja dalam organisasi kepolisan di Malaysia. Kajian yang
dijalankan dapat menunjukkan tahap tekanan di kalangan Pegawai Polis di dalam pasukan PDRM
berada di tahap sederhana. Menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) membuktikan pegawai polis berada di tangga
teratas dalam mengalami tekanan kerja berbanding penjawat awam yang lain. Menurut kajian pegawai
polis yang memikul jawatan berpangkat Inspektor lebih cenderung terhadap tekanan kerja berbanding
dengan pegawai polis lain kerana skop kerja yang dipikul amat berat seperti penyiasatan kes, jenayah
komersil, tugas khas dan operasi khas dalam memerangi keganasan dan jenayah berkaitan narkotik
(Rogis & Hazril Izwar, 2014).

7
Berdasarkan kajian kes ketiga, berkenaan tentang tekanan kerja jururawat di Malaysia. Ia nya boleh
dibahagikan kepada 4 jenis faktor. Antaranya, faktor tekanan organisasi, beban kerja, profesionalisme
dan juga interaksi interpersonal. Walau bagaimanapun, tidak akan berlaku keempat-empat jenis faktor
ini. Tetapi, kebiasaan nya hanya satu atau dua jenis sahaja punca yang akan berlaku (Mohd Zaidi, 2019).
Menurut kajian yang Nur Fadzlin Aisha & Rumaizah Ruslan (2020) hasil analisisnya bagi faktor
interaksi interpersonal amat tinggi. Dimana, ia telah menyumbang kepada tekanan kerja di kalangan
jururawat berbanding faktor tekanan yang lain. Interaksi interpersonal amat penting kerana ini
merupakan proses pertukaran idea, pendapat dan perasaan. Ianya harus terjadi diantara dua orang
ataupun lebih. Permasalahan ini bukan hanya berlaku dengan individu itu sendiri malah ianya boleh
berlaku disebabkan oleh faktor-faktor yang berada di sekeliling individu itu sendiri (Mohd Suhaimi &
Mohd Haazik, 2020). Disebabkan ini, ramai masyarakat memandang serong dan bagaikan tidak
mempercayai kelakuan jururawat di negara kita yang mengeluarkan kata-kata kesat serta memarahi
pesakit dan waris sehingga mereka sendiri mengalami situasi yang buruk itu sendiri. Ini kerana,
jururawat akan melepaskan tekanan mereka kepada pesakit (Salminah Amin, 2016).

3.2 KESAN – KESAN TEKANAN KERJA

Antara kesan tekanan kerja terhadap organisasi dan juga individu bagi kajian kes pertama ialah kesan
terhadap guru-guru yang mengalami tekanan emosi kerana berhadapan dengan pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah salah laku seperti suka ponteng kelas. Perkara ini telah menyebabkan prestasi
pelajar tidak mencapai tahap yang memuaskan. Guru-guru terpaksa memberi perhatian sepenuhnya
terhadap pelajar yang prestasinya merosot justeru kekangan masa yang dihadapi untuk menguruskan
pembahagian masa antara pelajar memberi tekanan terhadap guru (Kamaruzaman, 2007).

Kajian kes kedua membuktikan yang tekanan kerja dapat memberi kesan kepada kesejahteraan hidup
pegawai polis dan prestasi organisasi. Kesan yang pertama ialah menyebabkan gangguan kepada sistem
imunisasi badan yang melibatkan masalah kesihatan kepada seseorang pegawai polis. Kesan negatif
seperti kemurungan, tidak cukup rehat dan tekanan mental membawa kepada permasalahan kesan
daripada tekanan dalam diri. Menurut Kohan & O’Connor’s (2002) membuktikan tekanan kerja
memberi kesan negatif terhadap organisasi dimana seorang pegawai yang tidak bermotivasi mengalami
masalah kurang komunikasi dimana perlu berinteraksi dengan pengadu. Perkara ini dapat menjejaskan
hubungan antara polis dan orang luar (Rogis & Hazril Izwar, 2014).

Kesan tekanan kerja jururawat bukan sahaja terhadap individu itu sendiri tetapi ia juga terhadap
organisasi. Ia boleh berlaku dari segi tingkah laku, psikologi dan fisiologi. Antara kesan yang akan
berlaku adalah jururawat yang mengalami burnout akan mempunyai komitmen dan tahap kepuasanya
yang rendah (Norzihan, Ferlis, & Beddu, 2008). Jika burnout ini berlarutan kepuasan kerja akan
merosot dan yang mana ia akan membawa kearah penurunan kesihatan fizikal dan kemurungan. Selain

8
itu, jururawat akan mengalami kemurungan lalu akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada
banyak pihak. Perkara yang akan jururawat itu lakukan untuk menunjuk ketidakpuasan hatinya terhadap
kerja yang dilakukan adalah sering melakukan mogok dengan kerap, produktiviti seorang jururawat itu
akan merosot, kerap dating lewat ke tempat kerja dan sebagainya (Siti Nurhanim & et.al, 2021)

3.3 PUNCA DAN CARA MENGATASI TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Berdasarkan kepada dapatan kajian kes ini, kajian ini cuba mengemukakan beberapa punca dan cara
mengatasi tekanan pihak tertentu dalam usaha mengurangkan tekanan kerja di kalangan guru. Kajian
mendapati bahawa beban tugas yang berlebihan adalah disebabkan kekurangan kakitangan sokongan
yang menyebabkan guru - guru terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa. Sebagai contoh, guru -
guru terpaksa mengambil alih kerja perkeranian untuk mengisi borang, menyediakan fail dan kerja-
kerja pentadbiran lain yang luar dari bidang tugas pengajaran dan pembelajaran. Justeru, masalah ini
dapat diatasi sekiranya pihak yang bertanggungjawab seperti kementerian cakna terhadap permasalahan
tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh guru dengan mengambil langkah untuk menambah
kakitangan sokongan bagi mengurangkan beban tugas guru dan dapat mengurangkan tahap tekanan
kerja guru (Kamaruzaman, 2007).

Kajian yang kedua mendapati punca tekanan kerja dalam organisasi kepolisan di Malaysia peralatan
yang tidak mencukupi, gaji yang rendah, waktu kerja yang panjang, dan penyeliaan serta latihan yang
tidak mencukupi semuanya menjadi penyumbang kepada tekanan kerja di kalangan pegawai polis.
Selain itu, ditambah lagi dengan beban kerja, kerja yang tidak teratur, lebih masa selepas waktu kerja,
terpaksa bekerja tanpa had pada hari bercuti, masa bercuti tidak mencukupi, kurang masa bersama
keluarga, tekanan politik, kekurangan sokongan organisasi, pergerakan kerja yang kerap, imej negatif
daripada masyarakat dan keganasan juga menyumbang kepada tekanan kepada kerja polis. Collins &
Gibbs (2003) mengesyorkan beberapa cara untuk mengatasi tekanan kerja dalam organisasi kepolisan
dengan mengubah persekitaran kerja supaya tidak tertekan, mengurangkan beban kerja, dan mengurus
persekitaran organisasi. Menurut Patterson (2009) bagi mengurangkan masalah kesihatan mental pihak
pengurusan kepolisan perlulah memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah
kesihatan mental dengan menganjurkan latihan pengurusan stres di tempat kerja kerana dapat
membantu meningkatkan kemahiran cara menangani tekanan diri (Rogis & Hazril Izwar, 2014).

Menurut kajian kes tekanan kerja jururawat di negara kita. Telah kita ketahui punca yang yang
menyebabkan mereka tekanan di tempat kerja adalah disebabkan beban tugas seorang jururawat yang
banyak. Selain itu, terdapat tugas yang diberikan untuk seorang jururawat di luar kemampuan mereka.
Disebabkan itu mereka akan sering dimarahi oleh doctor dan orang atasan nya. Selain itu, dari sudut
struktur organisasi pula, mereka dipilih kasih dalam membuat segala keputusan. Disitu akan
menimbulkan perasaan yang tidak adil lalu memberikan kesan ketidakpuasan hati dalam sesebuah

9
organisasi. Oleh itu, untuk mengatasi permasalahan ini, seseorang jururawat itu perlu memperbaiki
sisitem komunikasi mereka supaya lebih efisien. Selain itu, sentiasa menghadapi segala tekanan dengan
positif dimana mencuba untuk mengurangkan ketegangan sewaktu bekerja dan sering melakukan
senaman untuk melegakan tekanan. Tambahan, sering mendapkan sokongan dengan mencari bantuan
daripada individu yang boleh dipercayai supaya dapat memperbaiki cara menangani tekanan

3.4 CADANGAN

Cara yang berkesan untuk membantu pekerja sekiranya mendapati bahawa pekerja saya menghadapi
tekanan kerja ialah menasihati pekerja tentang cara menangani tekanan, atau mencadangkan pekerja
berjumpa dengan kaunselor atau doktor untuk mendapatkan nasihat. Jika seseorang pekerja berasa
tertekan, mengesyorkan perkerja untuk bercuti berehat atau memberi cuti. Di samping itu, sentiasa
memastikan pekerja mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan yang berterusan, supaya anda dapat
mengekalkan tahap tekanan yang sihat. Mewajibkan pekerja mendapat penjagaan kesihatan dan
melakukan pemeriksaan kesihatan adalah sangat penting untuk memastikan dalam keadaaan baik.

10
BAB 4

PENUTUP DAN KESIMPULAN

Kesimpulan daripada kajian – kajian yang dijalankan supaya dapat mengenalpasti faktor – faktor
tekanan kerja serta kesan prestasi dalam kalangan guru, jururawat dan sektor swasta. Perubahan arus
moden pada masa kini menjadikan semua pekerjaan mencabar dengan pelbagai masalah yang perlu
dihadapi. Oleh itu, sebagai seorang guru mereka perlu bijaksana dan peka juga prihatin terhadap
keadaan emosi sekeliling. Pengurusan masa yang cekap juga memainkan peranan penting untuk
mencapai sesuatu kejayaan. Hasil kajian menunjukkan tahap tekanan kerja terhadap guru adalah
sederhana (Zawanah, 2015). Seterusnya, sebagai jururawat tekanan kerja yang dihadapi merupakan satu
reaksi negatif manusia yang mendesak untuk merawat. Hal ini kerana, kekurangan bimbingan juga
sokongan daripada pihak atasan dan latihan kualiti yang rendah dalam pengurusan. Oleh itu, kecekapan
pekerjaan semakin merosot dan semakin berkurang kualiti kerja terhadap jururawat. Hasil kajian ini
adalah tinggi bagi tekanan kerja terhadap jururawat (Ganing, Mohammad Mujaheed, & Wan Nur
Nazihah, 2020). Disamping itu, bagi sektor swasta pula, mempunyai perkembangan sektor yang luas
dan dinamis juga sememangnya digalakkan. Namun kekurangan pada sektor swasta memberikan kesan
yang tinggi terhadap pekerja seperti potensi untuk dibuang kerja kerana untuk menggurangkan kos
kewangan. Dalam akhir kata, tekanan kerja adalah lumrah kehidupan setiap manusia yang dapat
memberikan kesan positif atau negatif. Dengan itu, kita perlu sentiasa bersikap positif dalam apa jua
keadaan yang dihadapi (Noor Halim & Zaid, 2019) .

11
RUJUKAN

Ganing, C. F., Mohammad Mujaheed, H., & Wan Nur Nazihah, W. H. (2020). Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Tekanan Kerja di kalangan Kakitangan Hospital Kerajaan. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities , 151-177.

Haryati, K. (2013). Faktor Tekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Mains Holding SDN. BHD.

Kamaruzaman, K. (2007). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah. Jurnal Kemanusiaan .

Mohd Iskandar, I. (2021). Tekanan kerja antara faktor penjawat awam terjebak dadah. BH Online.

Mohd Zaidi, B. Z. (2019). TEKANAN KERJA DI KALANGAN JURURAWAT. PENGARUH


TEKANAN KERJA DAN KEPUASAN KERJA TERHADAP PRESTASI KERJA DALAM
KALANGAN JURURAWAT HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, 125.

Muhammad Amnan, H. (2021). Pekerja Malaysia makin tertekan. Selangor: Sinar Harian.

Noor Halim, B. N., & Zaid, A. (2019). Jaringan Keselamatan Sosial di Malaysia. Journal of Social
Sciences and Humanities , 1-13.

Norzihan, A., Ferlis, B., & Beddu, S. B. (2008). SEBAB TEKANAN KERJA JURURAWAT.
BURNOUT DAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN JURURAWAT
HOSPITAL, 14.

Rogis, B., & Hazril Izwar, I. (2014). Tekanan Kerja dalam Organisasi Kepolisan: Tinjauan dalam
Perspektif Kecerdasan Emosi. Jurnal Kemanusiaan.

Salim, S. S., & Nasir, R. (2010). Kesan Kecerdasan Emosi Ke Atas Tekanan Kerja dan Niat Berhenti
Kerja Profesion Perguruan. Jurnal of Social Sciences and Humanities, 53-68.

Shah, I. M., & Ching, L. L. (2001). Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Hubungannya dengan
Tekanan Kerja dan Kepuasan Kerja. Jurnal Teknologi, 51-64.

Siti Nurhanim, M. A., & et.al. (2021). kemurungan jururawat. tahap kemurungan dalam kalangan
jururawat di fasiliti kesihatan kuala lumpur, 8.

Zafir, M., & Fazilah, M. (2006). Stres di tempat kerja dan kesannya terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Jurnal Kesihatan Masyarakat, 41-46.

Zawanah, B. M. (2015, November). Hubungan Antara Faktor Tekanan dengan Kesan Tekanan dan
Prestasi Kerja Guru di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Retrieved from
http://eprints.utm.my

12

Anda mungkin juga menyukai