Anda di halaman 1dari 11

JTW 253 Perlakuan Organisasi 1.

0 Pendahuluan

Setiap organisasi akan mengalami dan berhadapan dengan stress. Masalah ini akan memberi kesan kepada individu dan organisasi. Kesan- kesan yang dimaksudkan termasuk kesan positif dan kesan negatif. Kesan positif stress akan bertindak sebagai satu dorongan untuk memberangsangkan pekerja supaya berprestasi baik. Sebaliknya, kesan negatif ialah stress yang boleh menjejaskan prestasi yang baik seseorang individu dan juga organisasi. Masalah stress menjadi semakin rumit dan kompleks dalam organisasi pada masa kini apabila penggunaan teknologi komputer yang kian ketara sehingga ada pekerja yang mengalami stress yang serius. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diurus dengan baik untuk mempertahankan keberkesanan firma dengan baik. Hal ini boleh dilakukan dengan mengesan punca- punca kejadian stress supaya dapat dielakkan atau sekurangkurangnya mengawal daripada ia terus menjadi merbahaya kepada organisasi.

2.0

Definisi Stress Stress atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam

badan

yang

melampaui

keupayaan.

Individu

berkenaan

mendapati

sukar

menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Sebenarnya, terdapat beberapa pendapat yang menyarankan beberapa definisi terdapat stress. Antaranya ialah Robbins, 1993, menerangkannya sebagai suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan
Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi

peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut. Appley & Trumbull pula mendefinisikan stress sebagai suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap rangsangan yang tidak disukai. Ia melibatkan ketegangan sama ada secara fizikal mahupun psikofizikal. Selain itu, Goldenson menerangkan bahawa stress adalah satu keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas organisma. Dari definisi yang diterangkan di atas, bolehlah disimpulkan bahawa apabila berlaku stress yang berlebihan dan berterusan dalam jangkamasa yang sama, ia boleh menimbulkan kesan negatif kepada individu. Sebagai contoh, stress biologikal seperti kelaparan, kebisingan yang melampau, terlalu panas atau sejuk boleh memberi kesan kepada seseorang. Stress psikologikal pula boleh menimbulkan panik, rasa bersalah, ketegangan dan dukacita yang boleh memberikan kesan negatif kepada seseorang itu. Walau bagaimanapun, stress juga mempunyai nilainilai positif. Kadang- kala stress merupakan peluang apabila ianya menawarkan keuntungan atau faedah yang berpotensi.

3.0

Di Manakah Berlakunya Stress Dalam Organisasi?

Stress boleh berlaku pada setiap tahap pekerja dalam hierarki organisasi sama ada peringkat eksekutif, pengurus dan pekerja operasi. Rajah berikut menjelaskan jenisjenis stress yang akan dihadapi oleh pekerja dalan pelbagai hierarki organisasi.
Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi

Semua Pekerja
- Tidak ada jaminan kerja - Kekaburan peranan - Konflik antara perorangan - Konflik kerja dan keluarga

Eksekutif dan Pengurus ( Pengurusan Atasan)


- Bebanan tugas yang berat secara berterusan - Jangkaan pencapaian yang luar kemampuan - Tekanan menghadapi persaingan

Pekerja Operasi ( Bawahan)


- Suasana kerja yang tidak menyenangkan - Pembentukan kerja yang tidak memuaskan - Melakukan pekerjaan di luar kemampuaan - Pembayaran ganjaran yang tidak menentukan - Layanan yang tidak memuaskan

Rajah 1 Stress dalam organisasi 4.0 Faktor- faktor Stress

Terdapat tiga punca utama stress berlaku dalam sesebuah organisasi iaitu faktor persekitaran, organisasi dan individu. Faktor Persekitaran Ketidakpastian ekonomi Ketidakpastian poitik Ketidakpastian teknologi Faktor Organisasi Struktur organisasi Perubahan organisasi Politik organisasi Kekaburan peranan Berlebihan beban kerja Kebosanan kerja Faktor Individu Bentuk kelakuan Perubahan dalam kehidupan Konflik peranan

Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi

Kurangan sokongan kumpulan

4.1

Faktor Persekitaran

Apabila ketidaktentuan persekitaran memberi kesan terhadap rekabentuk struktur organisasi, ia turut akan memberi kesan kepada tingkat tekanan di kalangan pekerja di dalam organisasi tersebut. Faktor- faktor persekitaran terdiri daripada

ketidakpastian ekonomi, ketidakpastian politik dan ketidakpastian teknologi. 4.1.1 Ketidakpastian Ekonomi Perubahan di dalam arena perniagaan boleh mewujudkan ketidakpastian ekonomi. Sebagai contoh, apabila ekonomi meleset, masyarakat menjadi bertambah bimbang terhadap kehidupan mereka. Kadang- kala kemerosotan atau kemelesetan yang kecil sahaja boleh meningkatkan tahap stress. Mengikut kebiasaannya apabila ekonomi meleset akan berlaku pembuangan tenaga kerja ataupun sekurangkurangnya berlaku penurunan gaji dan ganjaran. 4.1.2 Ketidakpastian Politik

Ketidakpastian politik tidak berkecenderungan untuk mewujudkan stress di kalangan pekerja di Malaysia berbanding di negara- negara lain seperti di Iran, Nicaragua dan India. Sebab yang jelas ialah kerana Malaysia mempunyai sistem politik yang stabil. Namun begitu, apa yang nyata ialah ancaman dalam sistem politik dan perubahan dalam struktur pemerintahan negara boleh menjadi rangsangan kepada stress. Keadaan politik yang tidak menentu dan stabil menyebabkan pekerja berasa bimbang dan tidak selamat.
Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi 4.1.3 Ketidakpastian Teknologi

Inovasi yang baru menjadikan kaedah dan pengalaman para pekerja ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunakan lagi pada masa kini. Perkembangan sistem komputer, robotik, automasi dan sistem maklumat dan telekomunikasi

mempercepatkan inovasi ini berlaku dan seterusnya menjadi ancaman kepada pekerja kerana ia boleh meningkatkan stress pada diri mereka. 4.2 Faktor Organisasi

Tidak ada pengecualia terhadap faktor- faktor yang boleh menyebabkan stress di dalam organisasi. Antara faktor- faktor dalam organisasi yang menjadi punca stress ialah struktur organisasi, perubahan organisasi, politik organisasi, kekaburan organisasi, berlebihan beban kerja, kebosanan kerja dan kurang sokongan kumpulan. 4.2.1 Struktur Organisasi Ini merujuk kepada penyusunan dan perhubungan yang sistematik antara jabatan dan kedudukan seseorang dalam organisasi. Individu pada peringkat atasan seperti Pengarah Urusan dan Pengerusi mungkin akan tertekan dengan persaingan yang hhebat, pereebutan syer pasaran baru, permintaan pengguna yang menurun, peraturan baru oleh kerajaan yang menyekat jualan keluaran firma dan sebagainya. Bagi individu di peringkat pertengahan seperti penyellia dan pengurus daerah contohnya, mungkin tertekan oleh arahan pihak atasan dan aduan- aduan dari

peringkat bawahan yang mempunyai kakitangan yang kurang mahir dan cekap.
Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi

Kekurangan kuasa dalam pembuatan keputusan organisasi turut menyebabkan mereka kurang berkesan dalam menjalankan sesuatu tugas. Jika individu berada di peringkat bawahan pula seperti pembantu pejabat dan kerani, mereka mungkin tertekan oleh dasar dan peraturan organisasi yang terlalu banyak dan mengelirukan. 4.2.2 Perubahan Organisasi Stress dan perubahan organisasi memangnya berkait rapat. Sebagai contoh, perubahan organisasi dari segi kebudayaan, teknologi dan dasar organisasi boleh memecahbelahkan aliran kerja dan perhubungan antara pekerja. Stress akan timbul akibat sesuatu perubahan kerana setiap individu mempunyai kehendak yang berbeza. Stress ini menjadi lebih serius apabila perubahan itu dibuat tanpa persetujuan pekerja yang terlibat. 4.2.3 Politik Organisasi

Politik dalaman organisasi adalah satu aspek penting. Lebih- lebih lagi bagi mereka yang di peringkat atasan pengurusan. Kebolehan mereka memainkan politik akan menentukan kedudukan mereka di hierarki pengurusan. Misalnya, mereka memilih untuk berpihak kepada mereka yang berpengaruh dan berwibawa semata- mata untuk kepentingan kerjayanya. Tindakan ini mungkin bercanggah dengan moral dan pegangan individu dan sekiranya keadaan ini berlanjutan, individu berkenaan akan menghadapi stress dari masa ke semasa.

Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi 4.2.4 Kekaburan Peranan

Kekaburan peranan biasanya terjadi apabila seseorang itu tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai peranan kerja atau apabila ia tidak mendapatkan penjelasan tentang objektif peranannya, pandangan atau harapan rakan sekerja terhadap peranannya serta skop tanggungjawab kerja itu sendiri. Mengikut kebanyakan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa orang yang mengalami kekaburan peranan akan mengalami kepuasan kerja yang rendah, tekanan kerja yang tinggi dan mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak berguna secara tidak langsung keyakinan dirinya turut merosot. 4.2.5 Berlebihan Beban Kerja Beban kerja yang berlebihan boleh menyebabkan pekerja menjadi resah dan bingung kerana mereka khuatir atau ragu sekiranya kerja yang diarahkan tidak dapat diselesaikan mengikut masa atau kualiti yang diharapkan. Seringkali kerja yang berlebihan juga boleh membawa kepada kesilapan. Jika ini juga berlaku dan berlarutan, pekerja berkenaan akan merasa tertekan, mudah marah atau merempan. 4.2.6 Kebosanan Kerja Pekerja- pekerja yang melaporkan kebosanan dan ketidakpuasan yang paling tinggi terhadap beban kerja mereka adalah pekerja barisan pengeluaran. Tanda- tanda kelakuan kerja yang mereka tunjukkan ialah peningkatan diri dari segi kebimbangan, kemurungan dan ketidakselesaan. Pekerja- pekerja yang menunjukkan darjah kebosanan yang tinggi dalam pekerjaan, besar kemungkinan akan merasa bahawa
Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi

kemahiran dan keupayaan mereka tidak digunakan dengan sepenuhnya dan menganggap kerja mereka sebagai kurang kompleks atau rutin yang tidak mencabar. 4.2.7 Kurang Sokong Kumpulan Sokongan sosial wujud apabila seseorang itu mempunyai perhubungan dengan satu atau lebih orang lain. Perhubungan ini merupakan satu interaksi, berperasaan positif, saling memahami dan sering menasihati dan menggalakkan antara satu sama lain. Ini menandakan sokongan orang lain terhadapnya sama ada secara individu atau kumpulan. Tanpa sokongan dari kawan- kawan atau kumpulan, seseorang itu merasa terasing dan rendah hati dan seterusnya boleh membawa kepada kekecewaan dan tekanan dalam diri mereka. 4.3 Faktor Individu

Kebanyakan individu hanya bekerja 45 jam seminggu. Masa selebihnya(123jam) dihabiskan untuk berhubungan dengan masyarakat sekitar. Segala masalah yang dialami pada waktu ini berkemungkinan akan dibawa ke tempat kerja. Antara faktor individu utama yang dianggap personal meliputi faktor bentuk kelakuaan, perubahan dalam kehidupan dan konflik peranan. 4.3.1 Bentuk Kelakuan Terdapat 2 jenis bentuk kelakuan individu iaitu kelakuan jenis bentuk A dan kelakuan bentuk jenis B. Kelakuan bentuk atau jenis A mula dikaji dalam tahun 1970an dan 1080an. Ia adalah satu penilaian tahap yang paling kerap digunakan. Kelakuan
Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi

individu jenis A biasanya amat dikuasai oleh keupayaan menguasai masa. Mereka cuba menyiapkan tugas yang banyak dalam masa yang singkat. Antara kelakuan jenis A mempunyai ciri- ciri bentuk: Cuba dilakukan dalam masa secepat yang boleh terutamanya bagi kerja yang rutin Tidak sabar untuk menunggu sesuatu kerja sehingga selesai Biasanya ia akan bertanya dari masa ke semasa sama ada kerja itu sudah selesai atau tidak Sentiasa berfikir atau cuba menyelesaikan dua atau lebih perkara serentak Tidak dapat memanfaatkan masa lapang Menilai sesuatu kejayaan dari segi kuantiti

Berlawanan dengan kelakuan jenis A ialah kelakuan jenis B. Individu jenis B tidak menjadikan masa yang singkat sebagai pengukur kejayaan mereka. Antara kelakuaan jenis B yang agak ketara ialah: Tidak tergopoh-gapah menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah Tidak merasa perlu menonjolkan pencapaian yang diperolehi melainkan ia benar- benar perlu dilakukan Suka bersukan dan bersantai untuk merehatkan badan Boleh berehat tanpa rasa bersalah

Dari kajian terbaru, penyelidik mendapati bahawa kelakuan orang jenis A lebih cenderung untuk mengalami stress semasa dan di luar waktu kerja. Secara lebih
Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi

10

spesifik lagi, jenis A lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung atau darah tinggi. Mereka mempunyai komponen marah yang kronik, berperasangka dan tidak amanah. Namun begitu, sikap gila kerja, sikap terburu- buru atau bersemangat berlumba- lumba ada baiknya kerana orang seperti inilah yang selalu berjaya dalam kerjayanya. 4.3.2 Perubahan Dalam Kehidupan Peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang mungkin membawa stress. Keadaan ini mempengaruhi prestasi dalam kerja dan selanjutnya menjejaskan prestasi organisasi. Peristiwa- peristiwa yang dimaksudkan adalah seprti berikut: Kematian teman hidup Perceraian Perpisahan dengan suami/ isteri Penahanan dalam penjara/ intitusi lain Kecederaan dan kesakitan diri Perkahwinan Kehamilan Perubahan dalam keadaan kewangan Perubahan ke bidang kerja lain Perubahan kehidupan

Pengurusan Stress

JTW 253 Perlakuan Organisasi 4.3.3 Konflik Peranan

11

Konflik peranan timbul apabila seseorang pekerja diberi arahan yang bertentangan dengan pihak atasan. Misalnya, penyelia pengeluaran diarah oleh pengurus logi supaya memaksimumkan output sementara penyelia kawalan mutu pula lebih menekankan kepada kualiti yang standard. Konflik ini juga boleh wujud apabila norma kumpulan yang tidak rasmi bercanggah dengan kehendak rasmi organisasi. Keadaan ini boleh menjadi satu tekanan kepada individu atau kumpulan kerana mereka berhadapan dengan situasi yang mengelirukan. Kesan Stress Strategi Pengurusan Stress Kesimpulan Bibliografi Lampiran

Pengurusan Stress

Anda mungkin juga menyukai