Anda di halaman 1dari 8

HBEF3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
( REFLEKTIF JURNAL )

NO. MATRIKULASI

830812105557001

NO. KAD PENGNEALAN

830812105557

NO. TELEFON

016-7257812

E-MEL

bojot53@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PP PETALING JAYA

HBEF3503

HBEF 3503

1.0

PENDAHULUAN

Kajian yang telah saya jalankan ke atas seorang murid yang berkeperluan khas di Sekolah
Kebangsaan Brickfields 1 bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program
pendidikan inklusif yang dijalankan terhadapnya sehingga peperiksaan UPSR. Kajian ini
juga adalah untuk mengenal pasti program yang sesuai untuk pelajar ini. Saya
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data dan maklumat
yang diperolehi. Instrumen yang digunakan pula ialah borang soal selidik dan temubual
dengan guru-guru dan pelajar yang terlibat.
2.0

KESEDIAAN SEKOLAH
Sikap wujud daripada keinginan seseorang dan rangsangan oleh orang

disekeliling ( Rahil, Abd. Majid dan Zaidatul Akmar, 1998 ). Sikap kemungkinan besar
mempengaruhi pencapaian seseorang dan adalah pengaruh penting terhadap tingkah laku.
Berdasarkan penyelidikan oleh seorang pendidik Sharifah Alwiyah Alsagoff ( 1983 ),
sikap adalah keadaan di mana seseorang individu itu dipengaruhi untuk melakukan tindak
balas secara positif dan negatif terhadap individu lain. Dengan itu adalah amat penting
sebagai seorang pendidik, sewajarnya kita haruslah memahami akan tingkahlaku pelajar
dan berusaha mendorong mereka ke arah pendidikan yang lebih baik walaupun pelajar
yang kurang upaya dan bermasalah pembelajaran. Program yang dirangka dengan teliti
dan mendapat perhatian dan sokongan daripada semua pihak pasti akan dapat mengubah
tingkahlaku pelajar yang bermasalah pembelajaran. Mereka juga wajar mendapat
pendidikan yang sama seperti pelajar normal yang lain agar proses tumbesaran dan
pembelajaran mereka seiring dengan usia dan tahap yang sepatutnya mereka perolehi.
Menyedari hakikat itu, pihak sekolah sewajarnya harus bersedia dan sentiasa
ingin membantu dalam memastikan sikap pelajar sentiasa positif dalam belajar. Para
pentadbir mesti menyediakan kemudahan yang lengkap kepada guru-guru untuk
memastikan pelajar yang dipilih dapat ditransformasikan.

HBEF3503

Sepanjang saya menjalankan program ini, pihak sekolah telah memberikan


sokongan dan bantuan yang amat baik. Guru besar memberi kebenaran kepada saya
untuk meminta bantuan dari segi kewangan, masa serta tenaga. Ini menunjukkan bahawa,
pihak sekolah member sokongan sepenuhnya dan bersedia untuk meneruskan program
seperti ini pada masa akan datang.
3.0

IMPAK KEPADA DIRI

Subjek Pendidikan Inklusif HBEF3503 ini banyak memberi impak kepada diri saya
sendiri. Sebagai seorang guru, saat yang paling indah dan bermakna ialah setelah seorang
guru itu dapat memberikan ilmu yang berguna kepada pelajarnya, mendidik pelajarnya
dan membantu perkembangan pelajarnya secara menyeluruh dalam semua aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Setelah pelajar yang dipilih mengikuti program ini iaitu Nur Fatin Amira bt
Osman mendapat sedikit peningkatan dan perubahan positif, saya berasa sangat bangga
dan seronok. Saya berpendapat sekiranya program ini diteruskan dan melibatkan ramai
pihak, masalah pembelajaran akan dapat dikurangkan di sekolah. Namun komitmen
semua pihak amatlah diharapkan.
Setelah menjalankan program Pendidikan Inklusif di sekolah, saya berasa yakin
untuk meneruskan program ini pada masa akan datang. Menurut perancangan saya,
sekiranya diberi peluang oleh pihak pentadbir untuk meneruskan program seumpama ini,
saya akan melibatkan semua pihak terutamanya guru-guru agar program ini dapat
dijalankan dengan lebih berjaya. Para guru akan diberikan kursus yang lebih lengkap
serta diberikan pendedahan tentang pentingnya program ini.

HBEF3503

4.0

KESAN DARIPADA PROGRAM


Dari pemerhatian dan dapatan program yang dijalankan, saya mendapati pelajar

yang dipilih mengikuti program ini semakin maju dari masa ke semasa. Sebelum program
dijalankan, Nur Fatin langsung tidak mempunyai keyakinan diri. Namun setelah
mengikuti program ini dengan bantuan guru dan ibubapa, Nur Fatin mula menampakkan
satu keyakinan wujud dalam diri dan tulisan sudah bertambah baik. Ia bertujuan agar,
pelajar ini boleh memberi lebih tumpuan dan tidak berasa tertekan semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
Dari segi sosial dan pergaulan dengan guru dan rakan sebaya, Nur Fatin semakin
boleh menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sebelum program, dia lebih suka duduk
menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan-rakan. Di dalam kelas pula, dia selalu diejek
oleh rakan-rakan. Setelah program, apa yang dilihat ialah sesuatu yang positif. Nur Fatin
sudah boleh diterima oleh rakan-rakannya dan dia boleh menyesuaikan diri dengan
mereka.
Guru-guru dan pentadbir juga mendapat manfaat daripada program seumpama ini.
Guru-guru tahu bagaimana untuk menangani pelajar berkeperluan khas sekiranya
terdapat pelajar seperti ini pada masa akan datang. Bagi memastikan guru-guru lebih
bersedia dengan program ini, kursus dan ceramah telah diberikan kepada mereka. Ibu
bapa pelajar berkenaan juga telah diberikan taklimat khusus agar mereka lebih
memahami perjalanan program dan membantu pelajar ini di rumah. Ibu bapa juga telah
diberikan penerangan yang lebih lanjut agar mereka faham situasi anak mereka.
5.0

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM.
Hasil daripada soal selidik dan temu bual saya dengan beberapa orang guru dan

juga murid yang terlibat, saya mendapati perlunya penambahbaikan ke atas program yang
telah dijalankan itu. Penambahbaikan tersebut adalah dari segi kolaborasi antara guru3

HBEF3503

guru mata pelajaran. Kolaborasi yang baik antara guru yang terlibat seperti guru bahasa
Melayu, bahasa Inggeris,

Matematik dan lain-lain akan memberikan kesan positif

terhadap keberkesanan program ini. Ramai responden beranggapan bahawa kerjasama


yang utuh dan saling berbincang masalah serta cara mengatasi ke atas murid yang terlibat
pastinya akan memberikan impak positif kepada mereka. Selain itu, hubungan dan
komunikasi dua hala antara guru dan ibu bapa murid juga amat penting. Guru harus
sentiasa berhubung dan melaporkan prestasi dan perkembangan murid tersebut kepada
ibu bapa mereka dari masa ke semasa. Respon daripada penjaga juga amat diperlukan
oleh guru-guru untuk mencungkil idea yang sesuai sejajar dengan matlamat program.
PIBG juga harus melibatkan diri secara aktif dalam memastikan program ini
berjaya. Pengerusi PIBG bertanggungjawab menjadi penghubung antara guru dan ibu
bapa pelajar yang dipilih. Selain itu, pertubuhan ini juga bertanggungjawab menerangkan
kepada ibu bapa akan kepentingan program seumpama ini kepada anak mereka. Ini
kerana, ramai ibu bapa yang salah sangka dan tidak mahu memberikan kerjasama dan
tidak membenarkan anak-anak mereka mengikuti program ini.

6.0

RUMUSAN
Setelah menjalankan Program Pendidikan Inklusif terhadap Nur Fatin di Sekolah

Kebangsaan Brickfields 1, saya membuat kesimpulan bahawa program seumpama ini


harus diteruskan pada masa akan datang. Ia bukan sahaja berkepentingan kepada pelajar,
malahan banyak pihak akan mendapat faedah daripada program ini seperti pihak sekolah,
ibu bapa serta PIBG yang turut terlibat secara langsung memberi dorongan dan sokongan
kepada program seumpama ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus mempunyai
kesediaan dan memahami matlamat serta objektif program seumpama ini. Pelbagai
kursus dan mesyuarat bersama ibu bapa banyak membantu ke arah keberkesanan
program dan juga meningkatkan pencapaian pelajar.

HBEF3503

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.
Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi.
Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan,
21,33-50
Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif
di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

HBEF3503

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak


Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis
Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu
Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak
berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://eprints.utm.my/2236/1/7 9..pdf
http://nuraminamyblog.wordpress.com/2011/12/19/pendidikan-inklusif/

Anda mungkin juga menyukai