Anda di halaman 1dari 14

Peranan Guru

Peranan guru
Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri
unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai
luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang
paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap
anak didiknya.
Prinsip utamanya seorang guru mesti faham bahwa tugas mengajar dan
mendidik serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru
mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan
jihad iaitu menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan,
kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak
berilmu pengetahuan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah.
Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan
dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.
Dalam Islam tugas guru dikelaskan sebagai:
Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar
Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah
Al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti
Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan
Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran
Seorang guru sentiasa berusaha meningkatkan ketrampilan dan
kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi. Guru yang perkasa bukan
sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi
seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi,
bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria,
amanah, berpegang kepada janji, tetap tidak akan mengkhianati tugasnya
atau murid-muridnya. Guru yang berpekerti mulia seharusnya menerima
setiap pelajar dengan baik dan bersedia membantunya.

Guru sebagai pendidik perlu mempunyai iltizam yang lebih untuk


melaksanakan aktiviti bagi mencapai aspirasi-aspirasi yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya ilmu
pengetahuan yang baru, guru harus lebih bersedia untuk melaksanakan
strategi pengajaran dan pembelajaran baru bagi melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah
ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dia
sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena pendidikan dan
dapat memainkan peranan sebagai seorang inovator.
Guru hendaklah sentiasa menekankan unsur perpaduan, keprihatinan,
ikram, berbudi bahasa, berkeupayaan bersaing dan berdikari dalam
kegiatan pengajaran dan pembelajarannya. Unsur warisan kebudayaan
negara hendaklah diserapkan ke dalam di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan harus mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
Unsur bersatu padu hendaklah sentiasa ditekankan oleh guru dalam
segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan pelajarpelajar pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Unsur
demokratik juga perlu disemai dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya kecuali dalam hal-hal tertentu pelajar boleh diberi
peluang untuk membuat keputusan.
Guru sewajarnya menitikberatkan nilai-nilai disiplin dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa,
tolong menolong, prihatin dan bekerjasama di kalangan pelajarnya yang
mana amalan ini akan membolehkan para pelajar membesar menjadi ahli-

ahli masyarakat yang bersifat penyayang dan berdisiplin.


Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih
guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga
mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara kreatif
dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini
sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti
pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan kerjaya
mereka.
Jadi menyediakan diri menjadi guru yang profesionalisma perlukan latihan
dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada
peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan
keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang
guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan
dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses
peningkatan dan globalisasi.
Oleh itu selaku guru sewajarnya menyedari hal ini dan oleh kerana itu
juga amat penting diingat bahawa apa jua yang kita buat dan apa jua
yang kita tidak buat akan mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.
Dalam banyak senario kita boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana guru
yang dikatakan seorang guru yang tidak jemu apabila sentiasa
menampilkan sikap dan perlakuan positif seperti datangnya awal baliknya
lewat; atau seorang guru yang tidak jemu mengajar biarpun berhadapan
dengan segelintir murid yang lemah., lambat dan dengan berbagai
karenah; guru yang tidak lesu tetapi tetap bertenaga dari pagi sampai ke
tengah hari (atau petang); ia tidak membezakan murid atau kelas yang
cerdas dengan murid atau kelas yang kurang cerdas.
Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat
dari sikap dan perbuatan guru sendiri dan menyangka yang rosak dan
buruk hanyalah organisasi atau sekolah sahaja. Kerosakan yang lebih
besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah, buruknya perangai

diri guru itu sendiri akibat mengikutkan hati dan nafsu.


Guru tidak mungkin menjadi efisyen jika mempunyai ciri guru yang
"powerless" , tidak ada prinsip, buta mata hati, tahu tapi tidak mahu tahu
atau seorang guru yang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya.
Setiap diri kita pasti mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang
sebenar guru
Dicatat oleh Kak Ram Gc di 3:00 PTG

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG (GC)


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG
1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan
pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh KPM

Sediakan Rancangan Pengajaran berasaskan Peraturan Pendidikan 1997, kurikulum kebangsaan


dan surat pekeliling.

Mengajar mata pelajaran kepakaran / bidang pengkhususan mengikut garispanduan dan tahap
kebolehan pelajar.

Rancang dan laksana tugas-tugas berkaitan dengan P & P ( BBM, pentaksiran pencapaian pelajar,
penetapan tugasan dan penyemakan kerja bertulis pelajar ).

Tentukan status semasa pencapaian ( TOV ) setiap pelajar .


Amal kaedah/strategi pengajaran menggunakan pelbagai bahan P&P terkini, kreatif, inovatif,
menarik dan berkesan.

Kenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap individu pelajarnya.

Sedia program pengayaan/pemulihan.

Pantau kemajuan pencapaian akademik pelajarnya.

Sedia laporan dan analisis kemajuan setiap pelajarnya.

Menyampaikan laporan kemajuan pelajar kepada pengetua, ibubapa dan pelajar.

Sedia JSU pentaksiran dan penilaian.

Jadi ahli badan profesional berkaitan dengan mata pelajaran kepakarannya.


2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran,
kepakaran atau bidang pengkhususan

Jadi ahli panitia mata pelajaran.

Jadi pakar rujuk mata pelajaran.

Bantu atasi kelemahan dan bimbing pelajar.

Penyelaras penyediaan PS, taktikal dan operasi P&P.

Merancang dan jadi fasilitator bengkel peningkatan profesionalisme guru.

Jadi penasihat persatuan akademik.

Rancang dan laksana aktiviti kokurikulum yg boleh bantu tingkatkan prestasi akademik.

Sedia laporan kemajuan setiap pelajar dlm aktiviti kokurikulum


3. Jadi pakar rujuk, beri khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau
bidang pengkhususan

Rancang dan laksana aktiviti perkembangan staf samada bidang kurikulum atau kokurikulum.

Jadi mentor kepada guru dlm bidang pedagogi ( strategi pengajaran).

Beri maklumbalas kemajuan guru yang dibimbing kpd P/GB dan guru berkenaan.

Beri khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran


4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan
baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.

Jalankan kajian atau inovasi

Hasilkan penulisan/artikel

Bentang hasil kajian / penulisan


5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, PPN, Pengarah Bahagian di KPM

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran yang diarahkan dari
semasa ke semasa dengan kebenaran P/GB/ketua Jabatan
6. Am

Bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi pertukaran


jawatan, penempatan dan apa juga ststus perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia / Jemaah
nazir Sekolah Ibu Pejabat dan Neger

RABU, 02 DESEMBER 2009

Prfofesionalime Guru Dalam pengajaran & Pembelajaran


SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
GGGC 6423
Tajuk :
Profesionalisme Guru Dalam P&P

Pensyarah
Dr. Mohd Aderi Che Noh

Disediakan oleh :
Engkizar Bin Martias (P 51186)

Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 Pengenalan
As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be
teaching because education is a constant process of change. Every single time you teach
something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being
emerges. Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying (2009)
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu
dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai
lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali
sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina
kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui
dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid
Fahmy Zarkasyi 1990)

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu
sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas
mereka. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme
diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam
pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui
dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran;
mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta
kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,1999).
Guru adalah penggerak dalam sistem pendidikan di negara kita. Tanpa bantuan guru segala
perancangan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan
terbengkalai begitu saja. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sufean Hussin (2005 dalam
Mohammed Sani 2007) guru merupakan pelaksana kurikulum dan menjadi teras dalam
menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Dengan kata lain, guru
memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran mereka dalam pendidikan
formal yang mana guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat (Mohammed
Sani 2007).
Sebagaimana yang diketahui, peranan guru masa kini semakin mencabar. Maka guru perlu
sentiasa menjunjung etika perguruan dan menjadi model akhlak yang baik kepada anak
didiknya. Menurut Jamiah et al.(2007),dalam konteks pendidikan bersepadu, guru harus
mempunyai daya jihad yang mantap untuk menangani cabaran di dalam organisasi sekolah
khususnya. Guru yang boleh digelar sebagai muaalim yang berkepakaran dalam bidangnya,
mudarris yang gigih mengajar, muadib yang mengamalkan adab dan nilai murni, murrabi yang
sentiasa menyeru kepada kehidupan bertuhan, murshid yang menampakkan daya kepimpinan

yang menyeluruh dan sebagai seorang yang sentiasa menunjukkan teladan yang baik dari segi
tingkah laku dan perbuatan (khudwah hasanah).
Dari beberapa pendapat dan definisi di tas tegasnya dapat disimpulkan bahawa guru
merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya sekedar
alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta
pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada
di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat
penting untuk membantu dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif
bagi membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.
Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini maka guru perlu kompeten dengan tugas yang telah
diamanahkan kepada mereka sepertimana kata Sufean Hussin (1996), Guru pada ketika yang
sama adalah pelajar. Ia perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional, cekap, berkesan dan humanistik.
2.0 Konsep P&P
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan
pelajar. pembinaan potensi insan dalam semua aspek-rohani, kognitif, afektif dan fizikal dalam
bentuk yang menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat
asas pendidikan baik di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah
untuk memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia (Nik Azis Nik Pa, 1997).
Maka, apakah yang perlu dilakukan dalam membuat perancangan tersebut? Terdapat pelbagai
faktor yang perlu diambilkira, namun pada pandangan penulis, perkara utama dan paling asas
dalam proses ini ialah perancangan itu perlu diasaskan pada konsep pengajaran dan
pembelajaran yang mantap serta seiring dengan cita-cita negara. Pembinaan sebuah reka
bentuk pengajaran pun berasaskan pada konsep pembelajaran tertentu. Ini kerana konsep yang
kukuh akan menjadi landasan kepada sebarang tindakan yang diambil. Manakala konsep yang
kabur akan membuahkan tindakan yang tidak keruan.
Terdapat banyak definisi mengenai metod P&P. Gage dan Berliner (1991) mendefinisikan
pembelajaran sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku hasil daripada
pengalaman. Ini termasuk perubahan penguasaan maklumat, fakta, konsep, prinsip, sikap,
amalan, kemahiran berfikir, kemahiran melakukan kerja, perubahan tabiat, dan tingkah laku.
Bagi Hamachek (1995) pembelajaran adalah proses yang melibatkan perubahan tingkah laku
melalui pengalaman dan latihan. Dengan kata yang lain, pembelajaranbukan sahaja dirujuk
sebagai hasi lyang diperhatikan tetapi juga kepada sikap, perasaan, dan proses intelektual
yang jelas.
Hill (1971) mengatakan ahli-ahli psikologi telah membahagikan pembelajaran kepada dua

bentuk iaitu: 1) Penjelasan (declarative); dan 2) Pengkaedahan (procedural). Pembelajaranpenjelasan melibatkan penghafalan dan penyimpanan maklumat sementara pembelajaranpengkaedahan melibatkan proses penyusunan semula dan membentuk satu pola berkaitan
dengan sesuatu aktiviti. Bagi Nicholls (2002) pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat
perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman
pendidikan.
Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa secara umunmya, pembelajaran adalah
berhubung dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia, mengenai atau bagaimana
kita making meaning (membuat membuat maksud, makna, pengertian) (Marton & Booth, 1997
dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall, 2003). Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk
memudahkan pengajaran & pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar
atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan
harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia
juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati
pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia
mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan
dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak
kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan
kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu
guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal
pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan,
iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan
penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut:
Penyampaian harus cekap dan menarik Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah
dan tepat Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu
yang tinggi
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih
dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama
kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila
pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai
bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Diambil daripada
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
3.0 KONSEP STANDARD KOMPETENSI GURU
Menutut Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam
ucapannya sempena Hari Pekerja (2002), setiap pekerja hendaklah memiliki kemahiran,
kebolehan, kecenderungan untuk berdaya saing serta keperibadian yang luhur dan bersedia
menghadapi persekitaran kerja dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar (Rohana & Mohd
Tahir & Mariani 2005). Ini juga berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk melahirkan individu yang seimbang
dan harmoni secara intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berpengetahuan dan cekap, yang mempunyai nilai-nilai diri tinggi, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Standard Kompetensi Guru merupakan satu
penanda aras kepada standard latihan keguruan bagi melihat pencapaian dalam bidang latihan
dan pendidikan guru (Sadatul 2007). Mohammed Sani (2007) menyatakan pula standard
kompetensi guru merupakan satu set kriteria dari kompetensi minimum yang ditunjukkan
dalam pelaksanaan kerja guru. (Mohammed Sani 2007).
Menurut Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM (2003), kompetensi guru dapat
dibahagikan kepada:
1. Kompetensi Umum (Generic Competencies) - Meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki
oleh semua lapisan pegawai awam seperti pengetahuan, kemahiran, ciri-ciri peribadi,
kepimpinan dan komunikasi dalam perkhidmatannya
2. Kompetensi Khusus (Functional Competencies) - Kompetensi seperti pengetahuan,
kemahiran, dan ciri-ciri peribadi yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.
4.0 STRATEGI KE ARAH PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan
sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk mampu
bersaing seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang boleh meningkatkan
profesinalisme guru adalah: melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan
maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan fortopolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme secara berterrusan, perkembangan
profesional one-line dan aktifitas Pusat Kegiatan Guru (Boon Pon Ying 2008)
4.1 Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan

Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata
pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula
semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh
profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru,
kita mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan
melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan kemahirankemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.
Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran
dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab
(KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan
latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru
seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan
kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.
4.2 Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah PeningkatanProfesionalisme Guru
Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia bertindak
sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks
pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji
proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan,
kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.
Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan
kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses
pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk
meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera
untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan
aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan
penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran
(Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).
Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi
semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud
untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali
proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua
refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri
dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola
pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal.
Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan
professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan

sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi


menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran.
Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya
tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau
dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai
peribadi yang membawa kepada kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu
situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara logik.
4.3.Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi
Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara
guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang mengandungi koleksi bahanbahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat memperkukuhkan perkembangan diri guru.
Ia menggambarkan kemahirankemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi
seseorang itu. Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses perkembangan
portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat refleksi tentang perkembangan
dan perubahan pelajarnya sepanjang masa.
Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu amalan penelitian
pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh
amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah.
Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif
tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru
mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka; membuktikan pengetahuan professional
mereka dan membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan
sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997).
Dengan mengimbas balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan
mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran untuk
mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi membantu perkembangan pemahaman
masalah yang dihadapi kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari
sumbersumber lain. Pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara
dokumentasi professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997). Proses membina portfolio
merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan strategi-strategi
pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang.
Maka, portfolio pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional
dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga guru. Khazanah
harian ini bernilai berlian jika digilap tetapi bagai kaca jika disalut debu atau terbiar
sahaja.
Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi
pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui, mengumpul maklumat
baru, memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea
baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus
dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir

dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.


4.4 Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif

Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah menjalankan
penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Idea-idea baru
tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan,
penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan
profesionalisme diri serta bertindak secara professional.
Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang memerlukan
suatu kesedaran tinggi tentang whats going on, why things are happening that way dan
how are we going to resolve the problem. Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan
tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi
dan tindakan. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut
berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan
a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran
perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.
4.5 Amalan Konsep Belajar Seumur Hidup
Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur hidup. Amalan
membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman,
pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan serta
keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .
Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka
perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus mempertajam
kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang
lebih berpengalaman. Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah
membuat jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej
pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan kemahiran dengan mereka.
Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh
mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line.
Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme
diri melalui internet adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher
Education Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam
perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi, Muhammad Kamarul
Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002).
4.6 Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri

Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah sistem pementoran di

sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih
berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam
penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan
mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat,
dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Mengikut
Anderson (1987), pementoran merujuk kepada :
a nurturing process in which a more skilled or more experienced person, serving as a role
model, teaches, sponsors, encourages, counsels and befriends a less skilled or less experienced
person for the purpose of promoting the latters professional and/or personal development.
Berdasarkan definisi di atas, ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan
di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan
kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang
akan membawa kepada peningkatan profesionalismenya.
4.7 Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan
dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat
refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat inputinput baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat
menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan,
membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek dan membincang sesama rakan
tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi more thoughtful teachers. Dengan
cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman
bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan Hargreaves
(1993) bahawa guru perlukan interactive professionalism.
5.0 KESIMPULAN
Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan
tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang
diri sendiri dan amalan pengajaran pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan
profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah
yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam
era teknologi dan globalisasi.

By. ENGKIZAR SIQ, SPdI. University Kebangsaan malaysia

RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.
Ab. Halim Tamuri & kamarul Azmi Jasmi. 2007. Pendidikan Islam Kaedah pengajaran &
Pembelajaran : penerbit Univertisi teknologi Malaysia.
Al-Bukhari. 1994. Shahih Al-Bukhari. Jilid 1-5. Beirut: Dar alFikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz
Abdullah.
Al-Nawawi, Imam. 2000. Mafhum: Riyadhus Shalihin. Kuala Lumpur: Bagian hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri.
Al-Munziri, Imam Al-Hafiz Abd Al-Azim b. Abd Al-Qawi. 1990. Al-Targhib wa al Tarhib min alHadis al-Syarif. Beirut Dar Martabah al-Hayah, Jilid 1-2.
Gage, N. L., & Berliner, D. C. (1991). Educational psychology (5th ed.). Boston, MA: Houghton.
Hamachek, D. (1995). Psychology in teaching, learning & growth (5th ed.). Boston, MA: Allyn.
Ibnu-Mandhur, Jamal Al-Din Muhammad Ibn Mukram. 1990. Lisan al-Arab. Jil. 1-15. Beirut: Dar
Sadir
Kamarul Azmi b. Jasmi. 2002. Paradigma Imam Al-Nawawi Dalam Pembangunan Insan: Satu
Kajian Teks Terhadap kitab Riyad Al-Sholihin. Universiti Malaya.

Muhammad Ajjaj Al-Khatib. 1981. Usul al-Hadth Ulumuhu wa Mustalahuhu. Damsyiq: Dar alFikr

Anda mungkin juga menyukai