Anda di halaman 1dari 22

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

1.0 PENGHARGAAN
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Syukur ke hadrat Tuhan kerana akhirnya kerja kursus Pengantar

Pendidikan

(PN3311D) telah dilaksanakan dengan sempurna.Pertama sekali,kami ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Pengantar Pendidikan iaitu Tn.Hj.Hosen Bin
Atar kerana

telah membimbing dan memberi tunjuk ajar serta penerangan yang padat

tentang bagaimana untuk menyiapkan kerja kursus ini.Segala usaha beliau dalam
membantu proses untuk menyiapkan kerja kursus ini amatlah kami hargai.
Di samping itu,kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua
orang tua kami kerana turut membantu dari segi dorongan dan kata nasihat yang amat
berguna.Atas nasihat dan dorongan mereka,keinginan untuk menyiapkan kerja kursus ini
meningkat dan mencuba sebaik yang mungkin.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan sekelas (PPISMP 3A) kerana turut
menyumbang bantuan dan idea yang bernas serta berguna.Walaupun mereka sibuk dengan
tugasan sendiri,namun kesanggupan mereka meluangkan masa amatlah dihargai.Tanpa
bantuan mereka,sudah pasti sukar untuk kami menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali,kami sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
yang turut menyumbang

tenaga,usaha dan idea sama ada secara langsung dan tidak

langsung.

SEKIAN TERIMA KASIH.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

2.0 SENARAI KANDUNGAN

KERTAS SOALAN.. i
1.1 PENGHARGAAN

2.0 SENARAI KANDUNGAN

3.0 PENGENALAN

4.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

4-5

5.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

6-8

6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KEPADA

9-10

PENDIDIKAN NEGARA
7.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU KEPADA

11-12

PENDIDIKAN NEGARA
8.0 PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

13-14

KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


9.0 PERSAMAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN

15

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


10.0 PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN

16

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


11.0 KESIMPULAN

17

12.0 REFLEKSI (BHAVANII A/P RAJASEGAR)


REFLEKSI (MOHD. ALIAS BIN ABDUL MULOB)

18-19

13.0 RUJUKKAN

20

14.0 LAMPIRAN

21

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

3.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan negara lebih memperkembangkan
potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan negara yang

seimbang

harmonis

dan

darisegi

intelek,rohani,emosi

dan

jasmani,berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,berketerampilan,berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta negara sumbangan


terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju negara pembentukan warganegara yang
berilmu,yang taat setia,yang bertanggungjawab dan berkebolehan,yang menyedari betapa
penting usaha menuju kepada arah kebenaran negara arah pencapaian hasrat yang
gemilang,dan yang percaya kepada demokrasi,kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Matlamat falsafah pendidikan guru ialah membina negara guru yang berakhlak
mulia,berilmu,kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap
dan berkesan.Kedua ialah mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan
dalam bidang keguruan dan yang ketiga ialah ialahmeningkatkan pengetahuan dan
kecekapan guru terlatih secara berkesan.Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi
untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun1979
setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji PelaksanaanDasar
Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar
dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; RukunNegara, Dasar Ekonomi Baru
(Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).
Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat
tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

4.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN


NEGARA (FPK)
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos
bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang
dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai
perihal mencintai kebijaksanaan.
Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau
pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah
menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.
E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara
rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai
satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai
pendidikan.
Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah
falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara
yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai.
Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk
mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.
Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional
dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah
dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti
kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting
dalam kehidupan.
Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan,
asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.Berilmu pengetahuanberakhlak mulia
3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah
diharapkan

juga

melalui proses

pendidikan,

Malaysia dapat

mencapai

matlamat

pendidikannya, iaitu :
1.Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai
seorang warganegara
2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
3.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan
bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
6.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

5.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN


GURU(FPG)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yang
dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
matlamat dan pendidikan guru:
guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
Negaraserta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembanganindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.

Matlamat Pendidikan Guru


Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat
pendidikanguru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional,
social dan amalantingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan,
serta berupayamencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan
Pendidikan dalam abadke-21.
Model Konseptual Pendidikan Guru
Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar
FalsafahPendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru
di bawahtiga dimensi utama, iaitu:
1.Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu
berterasakankepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
2.Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen
perubahan.
3.Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu
serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.
Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumitiga aspek asas, iaitu :
1.Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan
dalamkehidupan.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)
2.Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan
pelajarandengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3.Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,
berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion
keguruan.
Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan
yangdirancangkan.
Disamping

itu

Model

Konseptual

Pendidikan

Guru

juga

menekankan

matlamat

mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi,
intelek dan jasmani .Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
KETUHAN AN

ROHANI

Nilai

Pengetahuan

INTELEK

Kemahiran

EMOSI

JASMANI

KEMASYARAKATAN

KENDIRI

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang
terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang
maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan
warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin
masyarakat yang bersatu.
FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru
yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta
mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai
WawasanPendidikan dalam abad ke-21.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

1. Perwatakan yang mulia


Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi
contoh kepada murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid
dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat.
2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik
Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran
dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan
menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya.
3. Berkomited menegakkan aspirasi Negara
Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut cekap,
jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk
melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap tugas yang
digalasnya sebagai pendidik anak bangsa Negara.
4. Mengekalkan warisan kebudayaan
Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat
Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya , hendaklah
disambut dengan penuh sifat patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat patriotisme
dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka.
5. Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu
Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-muridnya agar
mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka akan kepentingan
mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-anak muridnya
mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN KEPADA PENDIDIKAN NEGARA
Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan
negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan
luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk
merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988,telah menjadi teras dan
tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu,semua perancangan dan aktiviti
pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilaidan prinsip-prinsip yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang
dihuraikan berikut.
(i)

Implikasi terhadap kurikulum

Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FalsafahPendidikan


Kebangsaan. Ini meliputi;
Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada programbersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilaimurni diserapkan dalam
semua mata pelajaran.
Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkaninsan yang
seimbang dan harmonis.
Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikanumum.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiranpelajar dalam bidang
vokasional dan teknologi.
(ii)

Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugassejajar dengan


tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Inimeliputi:
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visiyang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan citaFalsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknikpengajarannya yang sesuai


untuk melahirkan insan yang berilmupengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.
(ii)

Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untukmelahirkan


pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah PendidikanKebangsaan. Ini meliputi:
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapatpeluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani,emosi, sosial dan jasmani, secara
menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan
ilmu dan seterusnya membentuk budayamembaca dalam kalangan mereka.

10

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

7.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


KEPADA PENDIDIKAN NEGARA
Terdapat beberapa implikasi FPG terhadap Sistem Pendidikan Negara. Pertama, memang
tidak dapat dinafikan bahawa FPG menghuraikan ciri-ciri guru yg diperlukan untuk
memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang
tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem
penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.
Kedua, guru disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu,
guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, bapa borek,
anak rintik. Jikalau anak meniru tingkahlaku bapa mereka di rumah, murid akan meniru
tingkahlaku guru mereka di sekolah. Tingkahlaku seorang guru yang baik akan
mempengaruhi tingkahlaku empat puluh orang murid(secara purata) yang diajar.
Sebagai rumusan, maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kengsaan. Justeru amat penting untuk kita berganding
bahu dalam hal tersebut demi kepentingan negara amnya dan generasi muda khasnya.
Elemen dalam FPK dan FPG digabungkan dan mempunyai implikasinya seperti yang
dinyatakan di bawah.
Perkembangan potensi individu
Terdapat sesetengah individu dilahirkan dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru harus
berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian. Bakat dan potensi boleh
terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi perkembangan potensi
individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium untuk menzahirkan bakat mereka.
Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu, FPK dan
FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan melalui usaha memupuk
budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat mempunyai minda yang luas dan terbuka.

11

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)
Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai Pencipta
manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan ajaran agama yang
dianuti dan menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri
dan perbuatannya.
Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi, kecekapan
san kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan, mereka mampu
menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai personality yang baik. Mereka juga
berpandangan jauh dalam segala hal yang mereka lakukan.
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan
bertatasusila.Individu tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai moral sebagai
prinsip diri.
Mampu mencapai kesejahteraan diri
Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan mental dan
fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
dalam hidup mereka.
Sumbangan rakyat menerusi FPK
Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu mampu
memberi sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara. Mereka dapat
memupuk kesefahaman dan kasih saying dalam keluarga, mematuhi norma dan peraturan
masyarakat serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Pendidikan suatu usaha berterusan
Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan sepanjang prose
situ, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang baru dalam hidupnya. Dengan ini,
pembentukan sahsiahnya berlaku sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan
seseorang itu lebih dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang
hayat inilah yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan
tidak kira sama ada senang atau susah.

12

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

8.0 PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN &
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
PERANAN GURU DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan
mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat,
semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin
maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali
merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin
mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah
Pendidikan

Kebangsaan),

Rukun

Negara,

Wawasan

2020,

PIPP

(Pelan

Induk

Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor


kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah
menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu.
Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan
dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era
globalisasi.Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik,teknologi,kemewahan
dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan
kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina
intelekyang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan
keseimbangan

potensi

rohani,

intelek,

emosi dan

jasmani akan

menyubur

dan

meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah


dilaksanakan jika guru

menjalankan

tugasnya

sebagai ibadah

dengan

matlamat

membangunkan insan.
PERANAN GURU DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
1)Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam
mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan
2) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

13

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

3) Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan
pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru
4) Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa
mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan
masa depan.
5) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang
perkembangan pelajar

14

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

9.0 PERSAMAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

15

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

mengeluarkan guru permulaaan yang mencukupi untuk sekolah


dan menengah
pendidikan kewarganegaraan
perkembangan pendidikan vokasional
teknologi dalam pendidikan
matapelajaran

kemahiran hidup/manipulatif

matapelajaran

kemahiran hidup/manipulatif

penerapan nilai-nilai murni


pelaksanaan kurikulum baru sekolah rendah dan menengah
pendidikan moral kepada setiap murid
bahasa melayu merentasi kurikulum
pendidikan pra-sekolah
perkembangan pendidikan vokasional
menjalankan ko-kurikulum di semua peringkat
penerapan nilai Islam

10.0 PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
16

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

FALSAFAH
PENDIDIKAN
GURU
menentukan arah
haluan,asas dan sumber
inspirasi kepada matlamat
dan pendidikan guru

bersifat eklektisisme dan


merangkumi falsafah aliran
epistemologi,metafizik

usaha melahirkan warganegara


yang bertanggungjawab terhadap
indivindu itu
sendiri,keluarga,masyarakat dan
negara
digubal daripada usaha berfikir
yang rasional dan kritis
,berlandaskan daripada ideologi
negara sebagaimana yang
dimanifestasikan dalam Laporan
dan Dasar Pendidikan,termasuk
Rukun Negara

menghasilkan guru yang


berkualiti darisegi
peribadi ,profesional,sosial
dan amalan tingkah laku

Model Konseptual
Pendidikan Guru adalah
dirangka berlandaskan
kepada dasar
FalsafahPendidikan Guru
dan Matlamat Pendidikan

digubal untuk mencapai


matlamat pendidikan

digubal untuk
menyokong sistem
pendidikan

adalah suatu usaha berterusan negara


lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan negara
yang seimbang dan harmonis darisegi
intelek,rohani,emosi dan
jasmani,berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

17

guru

yang berpekerti mulia,


berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi Negaraserta menyanjung
aspirasi Negara serta menyanjung
warisan kebudayaan Negara,
menjamin perkembanganindividu
dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

11.0 KESIMPULAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini.
Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan
matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras
dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan keTuhanan.
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan
harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi
rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara.
Dengan adanya FPK dan FPG, guru mempunyai objektif mengapa sesuatu pendidikan yang
dilaksanakan. FPK memainkan peranan penting kepada guru dalam menentukan dasar
pendidikan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan.
Konklusinya, sebagai seorang pendidik, tanggungjawab yang diamanahkan amat berat.
Guru hendaklah memastikan objektif pendidikan dan matlamat FPK dapat dicapai dengan
jayanya. Untuk itu, para guru hendaklah berusaha memikirkan apa sahaja proses
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mencapai objektif pendidikan itu sendiri.

18

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

12.0 REFLEKSI
NAMA

: BHAVANII A/P RAJASEGAR

NO.K.P

: 831206-02-5586

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur terhadap Tuhan, iaitu dengan
limpah kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang telah membantu saya dari segi kewangan
dan maklumat-maklumat yang saya perlukan tentang apa yang saya kaji seterusnya
melengkapkan tugasan ini tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung.
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak mempelajari tentang bagaimana
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru digubal disamping apakah
tujuan ia dibentuk. Selain itu juga, saya juga dapat menajamkan lagi pemikiran saya tentang
dasar-dasar pendidikan di negara ini dan bagaimanakah ia berfungsi untuk membangunkan
bidang pendidikan di negara ini.Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh
pihak

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM)

menerusi

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan(FPK) adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian


perlu ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke
sekolah tersebut. FPK dan FPG merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi
pihak khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan.Pelaksanaan
FPK dan FPG di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa
ke semasa.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah
saya iaitu Tn.Hj.Hosen Bin Atar kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingannya saya dapat
menyiapkan tugasan ini. Beliaulah yang telah bertungkus-lumus membimbing, membantu
dan mengajar saya sehingga terhasilnya tugasan ini.

19

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

NAMA

: MOHD ALIAS BIN ABDUL MULOB

NO.K.P

: 820518-08-5197

Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini,
saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan mendalami
Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Sebelum ini secara jujurnya
saya tidak mengambil berat mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai kaitan
dengan diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana
sayalah yang akan mendokong falsafah ini pada masa hadapan.
Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik
dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang bukan sahaja
jasmani tetapi emosi serta intelek.saya berpendapat falsafah yang digubal ini sesuai dan
bertepatan kerana ianya merangkumi semua aspek kehidupan, bukan sahaja dari segi
luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan peredaran zaman.
Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang falsafah ini, saya tidak
pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang diberikan
pada saya ini dapat member manfaat yang banyak kepada diri saya. Bagi saya, tugasan ini
amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan tunjang dalam profesion
perguruan dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan pada masa hadapan. Bak
kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kami perlu mengenal dan menghayati falsafah ini
sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang pada masa
hadapan.
Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana
Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan
hati semua pihak.

Sekian, terima kasih.

20

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

13.0 RUJUKAN
SUMBER BUKU
Abd. Rahim Abd Rashid (2003). Falsafah Budaya Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
Mok Soon Sang (2004).Pengantar Pendidikaan Teras:Kuala Lumpur.
Musheri (2005). Pengantar Pendidikan :Fajar Bakti Sdn. Bhd .Kuala Lumpur
Syed Ismail Syed Mustafa (2011). Pengantar Pendidikan : Penerbitan
Multimedia.com.Selangor.

SUMBER INTERNET
Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Http://Notapismp.Blogspot.Com/2009/04/Peranan-Sekolah- Dalam Merealisasikan.Html.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Http://ms.Wikipedia.Org.
Falsafah Pendidikan Negara Http://rujuknota.Blogspot.Com.
http://www.scribd.com/doc/4535706/Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia

21

PENGANTAR PENDIDIKAN(PN3311D)

14.0 LAMPIRAN

22

Anda mungkin juga menyukai