Anda di halaman 1dari 7

1.

0 ULASAN KRITIS- Lagu dimainkan secara plucking


Saya juga mendapati nyanyian Jia Wen dan bunyi strumming adalah seimbang.
Bunyi strumming gitar yang dimainkan oleh Jia Wen tidak terlalu kuat sehingga menutup
atau nyanyiannya tidak didengari. Dengan ini, saya dapat mendengar lirik lagu yang
dinyanyikan oleh Jia Wen dan iringan strumming dengan jelas. Di samping itu, saya juga
mendapati kord-kord yang dimainkan oleh Jia Wen dalam lagu ini juga sesuai dan tepat
dengan nada lagu tersebut. Iringan kord yang dimainkan olehnya juga sesuai dengan
melodi-melodi yang dinyanyikan olehnya. Dinamik lagu yang dimainkan olehnya juga agak
sesuai pada permulaan lagu yang sederhana dan chorus lagu yang kuat dan rancak. Akan
tetapi, dinamik chorus lagu yang dimainkan olehnya kekal kuat dan rancak sehingga ke
hujung lagu. Jia Wen sepatutnya memainkan ending lagu dengan dinamik yang lembut
supaya pendengar dapat merasai mud lagu ini dan mempunyai persediaan untuk
mengetahui lagu ini sudah sampai ke hujung lagu.
Selain itu, saya juga mendapati bunyi strumming gitarnya dalam video lebih kuat
berbanding dengan bunyi strumming dalam latihan yang dibuat olehnya dengan finger
strumming. Hal ini kerana dia menggunakan plectrum semasa strumming. Menurut
Puhawang (2012), bunyi gitar akan terdengar lebih nyaring kerana gesekan plectrum yang
diperbuat daripada bahan padat. Selain itu, strumming akan didengar dengan lebih jelas
ketika dimainkan secara cepat. Jika menggunakan jari strumming, kekuatan jari akan tidak
selalu sama serta hasil bunyi strumming akan tidak seimbang. Hal ini kerana dia tidak dapat
mengawal kekuatan jari yang sama semasa strumming. Jadi, bunyi dan cara strumming
dalam video persembahan Jia Wen ini adalah jelas dan betul dengan menggunakan
plectrum.
Antara kelemahan yang saya dapati dalam persembahan Jia Wen pula ialah
pertukaran yang dilakukan oleh dia tidak begitu lancar. Saya mendapati dia dia tidak sempat
menukar kepada kord F semasa strumming. Jadi, saya tidak dapat mendengar bunyi kord
yang dimainkan oleh dia dengan jelas. Saya juga mendapati segelintir strumming pada
bahagian permulaan verse kedua tidak begitu mantap lagi. Antara cadangan saya untuk
menambahbaikan kelemahannya adalah dengan melakukan latihan yang lebih kerap.
Menurut Yong Ah Alik (2008), antara tip untuk strumming dengan baik adalah dengan
membuat latihan dan latih strumming pattern pada masa menukar kord sehingga kamu
berasa biasa dengan strumming pattern tersebut. Menurut Steve Krenz (2010), mengatakan
bahawa pemain harus membuat latihan yang konsisten dan melatih kemahiran serta teknik
bermain gitar dengan sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Jadi, Jia Wen haruslah membuat
latihan yang lebih lagi supaya dia dapat melakukan pertukaran kord dengan lebih lancar.

Saya juga berpendapat bahawa Jia Wen boleh bermain kord F yang biasa (seperti rajah di
bawah) memandangkan dia tidak dapat memegangkan penjarian separuh full kord F dengan
baik serta tidak dapat tukar ke kord F tersebut dengan lancar.

Kord F yang saya cadangkan


Kord F yang dimainkan oleh
untuk Jia Wen
Jia Wen
Rajah 1 Cadangan saya kepada Jia Wen memainkan kord F
Selain itu, saya juga mendapati pegangan kord yang dilakukan oleh Jia Wen juga
tidak kemas dan tidak kuat terutamanya pada kord F major dan kord G major. Saya telah
mendapati dia tidak dapat memegang kebanyakkan kord F major dan kord G major dengan
kuat. Saya juga mendapati bunyi strumming yang hasil tidak berapa keluar dan terdapat
bunyi mute semasa dia memainkan kord F major. Saya juga mendapati dia tidak memegang
tali pertama dengan kuat dan kemas semasa dia memainkan kord G major kerana hasil
bunyi kord tersebut tidak stabil dan berbunyi buzzing.

Antara cadangan saya untuk

menambahbaikan kelemahan ini adalah dengan menekankan tali dengan hujung jari dengan
tekanan yang kuat (bagi kord G dan kord F) supaya dapat menghasilkan bunyi strumming
yang jelas dan baik. Menurut Ianm (2010), menekankan tali gitar dengan hujung jari dengan
tekanan yang masimum serta dapat mengelakkan daripada mengentuh tali gitar yang lain
supaya bunyi yang dihasil adalah jelas dan terang. Ianm juga mengatakan bahawa pemain
harus menggunakan sebelah jari pertama untuk menekankan tali kedua dan pertama
dengan kuat semasa memainkan kord F supaya bunyi yang dihasilkan adalah jelas dan
baik. Dengan ini, Jia Wen dapat memainkan kedua-dua kord ini dengan lebih jelas dan baik.
Selain itu, pertukaran kord yang tidak lancar juga akan menyebabkan kelemahan ini wujud.
Jadi, Jia Wen harus membuat latihan untuk menambahbaikan kelancaran pertukaran kord
dengan tempo yang perlahan dan menggunakan down stroke strumming sehingga dia dapat
menguasai kemahiran pertukaran kord dengan lancar di samping dapat memegang kord
dengan kemas dan kuat.
Di samping itu, saya juga mendapati postur Jia Wen semasa bermain gitar tidak
begitu betul. Saya telah mendapati dia meletakkan gitar pada kaki yang salah. Menurut
Darrin Koltow (2002), mengatakan bahawa kalau kamu memainkan gitar dengan tangan
kanan, jadi letakkan gitar pada kaki kanan anda. Akan tetapi, bagi individu yang bermain
gitar klassikal dikehendaki letak gitar pada kaki kiri anda. Jadi, gitarnya seharusnya letak

pada kaki kirinya kerana dia memainkan gitar dengan tangan kanan. Hal ini kerana postur
yang tidak betul dan tidak selesa akan menjejaskan kelancaran permainan gitar dari segi
pertukaran kord dan strumming. Menurut Guitar Files (2013), postur badan yang tidak betul
akan menyebabkan ketegangan dan menjejaskan kelancaran bermain gitar. Antara
cadangan saya untuk menambahbaikan masalah ini ialah Jia Wen harus peka terhadap
postur semasa bermain gitar. Dia juga boleh mendapat info dari mana-mana sumber tentang
postur semasa bermain gitar supaya mendapatkan postur yang betul semasa bermain gitar
di samping menyumbang persembahan gitar yang lebih kualiti.
Saya juga mendapati Jia Wen memainkan kord D minor dengan penjarian yang
salah seperti rajah di bawah. Penjarian yang salah mungkin akan menyebabkan dia tidak
dapat melakukan pertukaran kord dengan lancar. Menurut Anisha Melfa (2013), penjarian
kord yang salah akan menyebabkan bunyi buzz atau kata lainnya senar gitar dibunyikan
dan mengeluarkan suara gitar yang terdengar suara "zret - zret" seperti suara lebah. Selain
itu, hal ini juga akan menyebabkan senar gitar tidak mengeluarkan bunyi dan terdengar
suaranya hanya "dep - dep". Jadi, Jia Wen seharusnya mengetahui penjarian memegang
kord D minor yang betul supaya dia dapat memainkan lagu dengan baik dan lancar semasa
melakukan pertukaran kord.

1
2

1
2

4
Penjarian kord D minor yang
Penjarian kord D minor
dimainkan oleh Jia Wen
yang betul
Rajah 1 Penjarian kord D minor yang betul

1.3 Video Persembahan Tang Shinn Yi

1.4 Analisis Video Tang Shinn Yi


Antara kekuatan yang saya dapati dalam video persembahan Tang Shinn Yi ialah
idea-ideanya semasa bermain lagu Lucky. Dia bermain lagu ini dengan cara yang pelbagai
dan berperingkat serta amat sesuai dengan lagu yang dinyanyi oleh dia. Pada permulaan
lagu ini, dia mula lagu ini dengan finger pick. Seterusnya, dia memainkan strumming dan
finger mute pada chorus lagu. Cara persembahan ini amat kreatif dan sesuai dengan lagu
Lucky. Saya juga mendapati Shinn Yi tidak lari daripada tempo asalnya walaupun dia

memainkan lagu ini dengan stail yang pelbagai. Tempo lagu yang ditentukan oleh Shinn Yi
juga amat sesuai dengan lagu ini. Akan tetapi, stail strumming yang dilakukan oleh Shinn Yi
boleh ditambahbaikan dengan rentak yang lain supaya dapat membina suasana lagu
tersebut dengan lebih berkesan. Contohnya, rentak Zapin.
Selain itu, saya juga mendapati Shinn Yi memetik tali gitar dengan teknik dan cara
yang betul. Hal ini kerana hasil bunyi gitar semasa dia petik adalah jelas dan kuat. Rentak
yang telah digunakan oleh Shinn Yi pada bahagian ini juga amat sesuai dengan lagu Lucky.
Akan tetapi, pertukaran kord yang dilakukan olehnya tidak begitu lancar pada bahagian ini
kerana terdapat sesetengah ton yang dihasilkan tidak begitu jelas dan tidak baik. Saya juga
mendapati bunyi strumming yang dilakukan oleh Shinn Yi juga jelas dan kuat. Cara finger
strumming yang digunakan oleh Shinn Yi adalah betul kerana saya tidak dengar bunyi
kukunya tersekat-sekat di antara tali gitar. Teknik finger mute yang dilakukan oleh Shinn Yi
juga betul dan saya juga dapat mendengar hasil bunyi mute yang dilakukannya dengan
jelas. Saya juga dapat lihat tangan Shinn Yi menutup tali gitar tanpa tekanan dengan kemas
dan menghasilkan bunyi mute yang betul. Akan tetapi, pertukaran kord yang dilakukan
olehnya tidak begitu lancar dan Shinn Yi kelihatan kelam-kabut semasa bermain pada
bahagian mute.
Dinamik lagu yang dimainkan oleh Shinn Yi juga agak sesuai pada permulaan lagu
yang sederhana dan chorus lagu yang kuat dan rancak. Akan tetapi, dinamik chorus lagu
yang dimainkan olehnya kekal kuat dan rancak sehingga ke hujung lagu. Dia sepatutnya
memainkan ending lagu dengan dinamik yang lembut supaya pendengar mempunyai
persediaan untuk mengetahui lagu ini sudah sampai ke hujung lagu. Jika lagu kekal rancak
dan berdinamik kuat sampai ke hujung lagu, pendengar akan hairan seakan-akan lagu ini
belum habis lagu.
Nyanyiannya dan bunyi strumming adalah juga seimbang di mana bunyi gitar dan
nyanyiannya dapat didengar dengan jelas. Sebagai contohnya, bunyi strumming dan petikan
gitar yang dilakukan oleh Shinn Yi tidak terlalu kuat sehingga menutup atau nyanyiannya
tidak didengari. Dengan ini, saya dapat mendengar lirik lagu yang dinyanyikan olehnya dan
iringan strumming dengan jelas.

Di samping itu, saya juga mendapati kord-kord yang

dimainkan oleh Shinn Yi dalam lagu ini juga sesuai dan tepat dengan nada lagu Lucky iaitu
nada major. Iringan kord yang dimainkan olehnya juga sesuai dengan melodi-melodi yang
dinyanyikan olehnya.
Antara kelemahan yang saya dapati dalam persembahan Shinn Yi pula ialah
pertukaran yang dilakukan oleh dia tidak begitu lancar. Saya mendapati kombinasi
kemahiran memetik dan strumming dengan pertukaran kord tidak begitu serentak. Misalnya,

dia tidak sempat menukar kepada kord G dan D minor semasa dia bermain gitar
terutamanya pada bahagian picking dan mute finger. Jadi, saya tidak dapat mendengar
sesetengah bunyi ton dan kord yang dimainkan oleh dia dengan jelas. Saya mendapati
tangan kiri Shinn Yi berkelam-kabut semasa melakukan pertukaran kord terutamanya kord D
minor pada bahagian finger mute. Saya juga mendapati dia melakukan pertukaran kord
yang salah pada bahagian akhir lagu yang mengulangi chorus lagu. Dia telah bermain dari
kord G major ke C major tetapi kord yang sepatutnya bertukar dari kord G major ke A minor.
Jadi, saya telah mendapati bahawa pertukaran kord yang dilakukan olehnya agak tidak
kemas dan lancar. Antara cadangan saya untuk menambahbaikan kelemahan Shinn Yi
adalah dengan melakukan latihan yang lebih kerap. Menurut Yong Ah Alik (2008), antara tip
untuk strumming dengan baik adalah dengan membuat latihan dan latih strumming pattern
pada masa menukar kord sehingga kamu berasa biasa dengan strumming pattern tersebut.
Menurut Steve Krenz (2010), mengatakan bahawa kamu harus membuat latihan yang
konsisten dan melatih kemahiran dan teknik bermain gitar dengan sekurang-kurangnya 15
minit. Shinn Yi juga harus membuat latihan yang konsisten untuk berlatih kemahiran
memetik gitar serta mempraktikkan memegang setiap kord yang akan dimainkan. Dengan
ini, barulah dia dapat memetik dan bertukar kord secara serentak.
Selain itu, saya juga mendapati pegangan kord yang dilakukan oleh Shinn Yi juga
tidak kemas dan tidak kuat terutamanya pada kord G major dan kord D minor. Saya telah
mendapati dia tidak dapat memegang kebanyakkan kord G major dan kord D minor dengan
kuat. Saya juga mendapati bunyi strumming yang hasil tidak berapa keluar dan bunyi mute
semasa dia memainkan kord D minor. Saya juga mendapati dia tidak memegang tali
pertama dengan kuat semasa dia memainkan kord G kerana hasil bunyi kord tersebut tidak
stabil dan berbunyi buzzing. Antara cadangan saya untuk menambahbaikan kelemahan
ini ialah Shinn Yi harus berlatih supaya menekankan tali dengan hujung jari dengan tekanan
yang kuat (bagi kord G major dan kord D minor) supaya dapat menghasilkan bunyi
strumming yang jelas dan baik. Menurut Ianm (2010), menekankan tali gitar dengan hujung
jari dengan tekanan yang masimum serta mengelakkan daripada mengentuh tali gitar yang
lain supaya bunyi yang dihasil adalah jelas dan terang. Selain itu, pertukaran kord yang tidak
lancar juga akan menyebabkan kelemahan ini wujud. Jadi, Shinn Yi harus membuat latihan
untuk menambahbaikan kelancaran pertukaran kord dengan tempo yang perlahan dan
menggunakan down stroke strumming sehingga dia dapat menguasai kemahiran pertukaran
kord dengan lancar di samping dapat memegang kord dengan kemas dan kuat.
Selain itu, Saya juga mendapati Shinn Yi memainkan kord D minor dengan penjarian
yang salah seperti rajah di bawah. Hal ini akan menyebabkan dia tidak dapat melakukan
pertukaran kord dengan lancar. Menurut Anisha Melfa (2013), penjarian kord yang salah

akan menyebabkan efek buzz atau kata lainnya senar gitar dibunyikan dan mengeluarkan
suara gitar yang terdengar suara "zret - zret" seperti suara lebah. Selain itu, hal ini juga akan
menyebabkan senar gitar tidak mengeluarkan suara dan terdengar suaranya hanya "dep dep". Jadi, Shinn Yi seharusnya mengetahui penjarian memegang kord D minor yang betul
supaya dia dapat memainkan lagu dengan baik dan lancar semasa melakukan pertukaran
kord.

2
3

4
Penjarian kord D minor yang
dimainkan oleh Shinn Yi

Penjarian kord D minor


yang betul

Rajah 1 Penjarian kord D minor yang betul

Di samping itu, saya juga mendapati postur Shinn Yi

semasa bermain gitar tidak

begitu betul. Saya telah mendapati dia meletakkan gitar pada kaki yang salah. Menurut
Darrin Koltow (2002), mengatakan bahawa kalau kamu memainkan gitar dengan tangan
kanan, jadi letakkan gitar pada kaki kanan anda. Akan tetapi, bagi individu yang bermain
gitar klassikal dikehendaki letak gitar pada kaki kiri anda. Jadi, gitarnya seharusnya letak
pada kaki kirinya kerana dia memainkan gitar dengan tangan kanan. Hal ini kerana postur
yang tidak betul dan tidak selesa akan menjejaskan kelancaran permainan gitar dari segi
pertukaran kord dan strumming. Menurut Guitar Files (2013), postur badan yang tidak betul
akan menyebabkan ketegangan dan menjejaskan kelancaran bermain gitar. Antara
cadangan saya untuk menambahbaikan masalah ini ialah Jia Wen harus peka terhadap
postur semasa bermain gitar. Dia juga boleh mendapat info dari mana-mana sumber supaya
mendapatkan postur yang betul semasa bermain gitar.

Anda mungkin juga menyukai