Anda di halaman 1dari 14

6.

LAPORAN
PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH
SK JASIN 2014
1.0

TUJUAN

Program ini bertujuan agar murid-murid memahami reliti persekitaran dan


bertindak balas terhadapnya dengan pemupukkan ilmu dan kemahiran
secara rohaninya dalam diri murid-murid agar sentiasa bersedia
menjalankan khidmat bakti di sekolah tidak kira masa. Penerapan nilai ini
juga dipupuk mulai dari awal lagi agar murid-murid sedar akan
kepentingan membantu dan bekerjasama di dalam komuniti sekolah agar
perhubungan di antara warga sekolah lebih baik dengan penghayatan
nilai kerohanian , beretika dan berakhlak mulia. Disamping itu, usaha
membina pemikiran yang positif juga diberikan perhatian dengan memberi
peluang murid mempamerkan kebolehan dan disiplin diri yang tinggi.
2.0

LATARBELAKANG

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan sebuah program yang


diwajibkan kepada setiap peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG),
khususnya guru-guru mengikuti PPG di Institusi Pendidikan Guru (IPG).
Program ini dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru bagi membina semula kekuatan dan ketahanan
diri guru melalui aktiviti-aktiviti dan modul yang dijalankan. Program yang
dinamakan Program Sayangi Kawasan Sekolah ini dirancang untuk
dilaksanakan bagi memberikan pendedahan yang khusus kepada muridmurid tentang kepentingan memelihara persekitaran sekolah dan usaha
membantu dan bekerjasama di dalam komuniti sekolah agar perhubungan

di antara warga sekolah lebih baik dengan penghayatan nilai kerohanian ,


beretika dan berakhlak mulia.

3.0

OBJEKTIF

Program Bina Insan Guru ini mempunyai 4 objektif utama dalam


pelaksanaannya. Melalui program ini, pelajar diharapkan akan dapat
mencapai objektif seperti yang berikut :
6.1. Memberi pendedahan kepada murid-murid menegnai konsep
sepunya dalam komuniti sekolah
6.2. Untuk menyemaikan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab
serta berperananan sebagai warga sekolah yang berguna kepada
komuniti sekolah.
6.3. Memberikan peluang kepada murid-murid dan guru-guru
berkerjasama dan melakukan aktiviti dengan semangat dan suasana
muhibah.
6.4. Memberikan kesedaran kepada murid-murid untuk menjadi
warganegara yang prihatin, cemerlang dan seimbang dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Spiritual dengan nilai-nilai
kerohanian yang baik terhadap aktiviti komuniti sekolah.
.
4.0

TEMPOH PROGRAM

Program ini diadakan pada:


Tarikh: 16 Ogos 2014 ( Sabtu )
Masa

: 8.00-5.00 petang

Tempat

: SK Jasin

5.0

PENYERTAAN

Program ini disertai seramai 20 orang murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5


dengan kerjasama mahasiswa daripada Pelajar Progam Pensiswazahan
Guru ( PPG )IPGMK Pendidikan Islam & IPGMK Perempuan Melayu
Melaka Ambilan JUN 2011.

6.0

ATURCARA PROGRAM

16 OGOS 2014 (SABTU)


HARI/TARIKH/MASA

AKTIVITI

CATATAN/ Tindakan

SABTU 16/08/2014
7.15 pagi

Murid-murid berkumpul di Dewan Mutiara

Urusetia

7.30 pagi

Taklimat oleh urus setia.

Abd Karim bin Yaakop


Azlina bt Sarpan
Norfadzillah bt Abu

8.00 pagi

Pembahagian kumpulan bertugas

8.15 pagi 10.15 Sesi Tugasan 1


pagi

Azura Bt. Fauzi


Siti Shamila bt Mohd
Shariff

Rehat
10.15 pagi 10.45
pagi
Set Tugasan 2

Rahayu Bt Abu Kasim


Safri Bin Ramlan

10.45 pagi 12.45


tgh
Rehat / Solat Zohor

Ruzman Bin Abdul


Wahab

12.45 tgh 2.30 ptg

Set Tugasan 3

Noraini Bt. Maskor


Aslida bt Md Latha

2.30 ptg 4.30 ptg

4.30 ptg 5.00 ptg

Pengurusan Peralatan
Rumusan / Penutup

5.00 ptg

Bersurai

7.0

Suasrizan bin Saring


Mat Zulkifli Ngah

Semua AJK/Murid-Murid

SUMBER KEWANGAN

Perbelanjaan ditanggung oleh pihak Sekolah Rendah Arab JAIM Selandar


dengan menggunakan peruntukan :
1. PCG Teras Pendidikan Islam
2. Kutipan Sumbangan dari guru-guru IPG PPG

8.0

JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung

: Tn Hj Abbas bin Aman


( Guru Besar SK Jasin)

Penasihat

: En Mohamad Nor bin Haron


( Mentor pelajar PPG )

Pengerusi

: Abd. Karim Bin Yaakob

Timbalan Pengerusi

: Azlina Bt Sarpan

Setiausaha

: Norfadzillah bt Hj Abu

Timbalan Setiausaha

: Safri Bin Abu

Bendahari

: Siti Shamila bt Mohd Shariff

Timbalan Bendahari

: Rohayu Bt

Abu Kasim

JK Jamuan

Norhafiza Bt. Mat Hassan

JK Peralatan dan Persiapan Tempat

Mat Zulkifli bin Ngah

Wahida Bt Waris

Adilah Bt Abd. Wahid

Suasrizan bin Saring

JK Kebajikan dan Keselamatan

Abd Karim Bin Yaakop

JK Protokol/ Tugas-tugas khas dan Cenderahati / Hadiah

Aslida Bte Md. Latha

Azura Bt Fauzi

Rahayu Bt Abu Kasim

Aliati Khairulnisyak binti Ismail

JK Aktiviti

Safri Bin Abu

JK Dokumentasi / Pencatat
Azura Bin Fauzi

8.0

MASALAH / BATASAN

Perjalanan program baik, namun kekangan masa menjadi penghalang


untuk kelancaran program. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran
sekolah yang baru sahaja hujan di samping kekurangan peralatan gotong
royong menjadi halangan
9.0

CADANGAN

Diharapkan pada masa akan datang program sebegini dapat dijalankan


dengan memperuntukkkan masa yang agak panjang supaya segala
aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih
berkesan kepada peserta.

10.0

GAMBAR AKTIVITI

Sesi taklimat program: pembahagian kumpulan mengikut fasilitator

Pengasingan barangan kitar semula

Aktiviti tanaman pokok di persekitaran sekolah

Menanam pokok berdaun di persekitaran sekolah

Aktiviti melukis mural di dinding sekolah

Aktiviti mengecat surau dan menceriakan Surau Al Husna

11.0

PENUTUP

Pelaksanaan Program Sayangi Kawasan Sekolah ini diharapkan dapat


melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat membantu dan
bekerjasama di dalam komuniti sekolah agar perhubungan di antara
warga sekolah lebih baik dengan penghayatan nilai kerohanian , beretika
dan berakhlak mulia.

keyakinan diri yang tinggi, berketerampilan,

berinovatif serta mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan jitu dalam
membentuk generasi pendidik yang lebih cemerlang dalam semua aspek.
Dengan adanya program seperti ini juga, adalah diharapkan pelajar akan
memahami nilai- nilai pentingnya mempunyai kekuatan mental yang tinggi
dan konsisten dalam menangani arus pendidikan yang semakin mencabar
pada masa kini.

LAPORAN INI DISEDIAKAN OLEH :

( Norfazillah bt Hj Abu)

7.0

REFLEKSI

Syukur kehadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya akhirnya saya dapat


menyiapkan tugasan BIG 4 ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada pensyarah pembimbing En Mohamad Nor Bin Haron, rakan-rakan serta
keluarga

tercinta

kerana

memberikan

galakan

dan

dorongan

dalam

melaksanakan tugasan ini.


Saya telah berjaya melaksanakan program Sayangi Kawasan Sekolah di
Sekolah Kebangsaan Jasin. Kami melaksanakan beberapa aktiviti dalam satu
program. Program ini melibatkan 20 orang murid tahap 2 iaitu murid-murid tahun
4 dan tahun 5. Pertama, kami melaksanakan aktiviti tanaman berpasu iaitu
menanam pokok pokok di sekeliling kawasan sekolah. Dalam program ini kami

berfungsi sebagai fasilitator memberikan bimbingan dan panduan dalam


menjalankan akitiviti. Kedua, kami melaksanakan keceriaan di surau Al Husna
dengan mengecat dn menceriakan surau. Saya bertindak sebagai setiausaha
dalam jawatankuasa program tersebut. Saya telah menyediakan kertas
cadangan program, surat panggilan mesyuarat,menyediakan minit mesyuarat
serta membantu ahli jawatakuasa yang lain merancang aturcara program yang
akan dijalankan.
Idea menggabungkan pelajar PPG IPG Kampus Permpuan Melayu dan
Pendidikan Islam ini datang dari rakan PPG saya iaitu Pn. Aslida Md. Latha.
Beliau mencadangkan kepada saya supaya menjalankan program bersama
sama. Memandangkan, Program BIG yang perlu dijalankan adalah sama bagi
semua IPG maka saya pun bersetuju dengan cadangan beliau.Dengan
gabungan ini, bertambahlah tenaga kerja yang dapat digunakan untuk
kelancaran program.
Kami telah berjaya merancang dan mengurus perjalanan program dengan
lancar. Terima kasih kepada rakan PPG yang banyak memberikan kerjasama
dalam menjayakan program yang sangat berguna kepada pelajar pelajar.
Perjalanan program baik, namun kekangan masa menjadi penghalang untuk
kelancaran program. Jika masa yang agak panjang dapat digunakan, segala
aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan
kepada peserta.
Dari mula pelaksanaan hingga acara penutup program. Pelbagai masalah
dan halangan telah saya hadapi. Antaranya, masalah kewangan yang perlu
difikirkan untuk melaksanakan program ini. Melalui perbincangan yang telah
dibuat, kami telah bersepakat dan bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM
20 seorang bagi menampung kos program. Alhamdulillah, memandangkan
program ini dilaksanakan di sekolah saya , maka pihak sekolah juga turut sama
menyumbang dana melalui peruntukan untuk program 3K. Memandangkan

program keceriaan 3K ini merupakan projek sekolah maka program yang


dianjurkan oleh kami sangat bertepatan dengan kehendak sekolah. Dengan
adanya program ini ia sebenarnya memberikan impak yang positif sebagai
seorang guru dalam diri saya iaitu bagaimanakah cara untuk melahirkan muridmurid mencintai alam dengan mengamalkan konsep kebersihan dan keceriaan
Bagaimanapun, melalui program ini saya dan rakan-rakan telah memilih aktiviti
gotong royong dikawasan sekolah seperti mengecat dan menceriakan surau Al
Husna, menceriakan kawasan sekolah dengan lukisan dinding iaitu mural, aktiviti
penanaman pokok-pokok dan mengumpul barangan kitar semula.
Setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh pelbagai ilmu
berkaitan dalam melaksanakan program. Kini saya juga telah mengetahui cara
menangani dan mengurus sesuatu program.
Saya juga menyedari bahawa, setiap pelaksanaan tugasan memerlukan
perancangan dan pengurusan yang tersusun yang bersesuaian dengan situasi
agar menghasilkan program yang berkesan dan efektif. Oleh itu, saya sebagai
guru perlulah peka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan untuk mengetahui
kaedah manakah yang bersesuaian dalam mendapatkan keputusan dan jalan
penyelesaian yang terbaik.

Disediakan oleh:
Fadzilllah

..
Norfadzillah binti Hj Abu
821120-04-5368
PPG/PRA 7.13 (B)

Anda mungkin juga menyukai