Anda di halaman 1dari 3

Program Internship

Nama

: ALIATI KHAIRULNISYAK ISMAIL

Program

: PPG Ambilan Jun 2011

Sekolah

:SK cHINCHIN

B) Penyataan professional (S1 Sebelum Internship - Apakah yang ingin di capai


dalam pelaksanaan program ini)

Sebelum internship dijalankan, banyak yang ingin saya lakukan dalam mengatasi
masalah murid-murid disekolah ini. Terutama sekali yang melibatkan bidang pengajaran
saya sendiri iaitu, pengajaran Bahasa Inggeris. Terdapat banyak kelemahan yang
dihadapi oleh murid dan pastinya sangat memerlukan bimbingan dari guru. Oleh itu,
saya berharap dengan pelaksanaan projek inovasi saya sepanjang intership ini dapat
membantu saya dalam membantu murid-murid ini mengatasi kelemahan mereka.
Tujuan projek inovasi yang saya jalankan pada program internship ini lebih berfokus
kepada pengajaran tatabahasa ( grammar ) yang lebih mudah. Ianya dapat membantu
murid untuk meningat pengajaran ini dengan berbantukan muzik sebagai medium
utama dalam inovasi saya. Saya juga merancang projek dengan menyediakan kertas
cadangan yang tertentu supaya objektif dapat dicapai dengan mengikut matlamat yang
dikehendaki. Justeru itu, untuk melihat perkembangan pencapaian murid saya juga
pastinya akan menyediakan beberapa instrument penilaian dan juga cara-cara
pengumpulan data yang sesuai untuk melihat keberkesanan projek inovasi yang saya
jalankan.

Program Internship

B) Penyataan professional (S2- Semasa praktikum/internship dijalankan)

Pada dasarnya segala perancangan diawal program ini dilaksanakan mengikut


strategi dan kaedah yang difikirkan sesuai dalam melaksanakan projek inovasi yang
saya kendalikan. Murid-murid kajian dari Tahun 4 Putra menunjukan minat pada inovasi
pengajaran yang dijalankan. Projek inovasi ini mengambil masa lebih kurang 2 minggu
untuk murid menguasai sepenuhnya teknik yang diajarkan. Pada minggu ke2 dan ke3
murid telah didedahkan dengan kaedah atau teknik ini. Pada awalnya agak susah untuk
faham, namun begitu sesuatu perkara yang dilakukan secara berulang akhirnya dapat
membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Bukan sahaja ianya menjadi mudah
malahan dapat dibuktikan peningkatan markah dan kefahaman melalui ujian post test
yang dijalanakn diakhir internship ini. Segala keputusan dan analisis data dinyatakan
dalam bentuk jadual dan graf supaya lebih mudah untuk dianilisis oleh saya.

B) Penyataan professional (S3-Pencapaian dan kesan di akhir internship)

Sepanjang tempoh menjalankan internship di Sekolah Kebangsaan Chinchin,


saya telah berjaya melaksanakan satu projek inovas bersama-sama dengan muridmurid tahun 4 Putra disekolah ini. Selain itu saya juga membantu guru-guru sekolah ini
dalam melaksanakan sudut Bahasa Inggeris.
Dengan

kerjasama

daripada

pelbagai

pihak

telah

membolehkan

saya

melaksanakan projek besar. Di samping itu, bagi memenuhi keperluan kajian

Program Internship

tindakan,saya telah menjalankan satu lagi instrumen pengumpulan data dan maklumat
dalam prosedur kajian tindakan. Instrumen yang telah dijalankan ialah temu ramah
yang dijalankan ke atas kumpulan pelajar sasaran untuk kajian tindakan saya.
Berdasarkan proses dan pengalaman yang dilalui sepanjang minggu ini, saya
dapat mempelajari banyak perkara berkaitan dengan soal pengurusan sesebuah
organisasi. Tambahan pula, kajian tindakan sedikit sebanyak membantu saya untuk
mempelajari tentang keperluan dan selok belok pengajaran dan pembelajaran dan cara
mengatasinya.

Anda mungkin juga menyukai