Anda di halaman 1dari 3

Bismilahirrahmanirrahim.

Yang berbahagia
Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari
Pengarah Pendidikan Melaka
Yang Berusaha
Puan Rozana Binti Ismail
Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pendidikan Melaka
Yang Berbahagia
Encik Abdullah bin Yusof
Penceramah bertauliah
Institut Integriti Malaysia

Yang dihormati
Barisan Ketua- ketua Sektor,Jabatan Pendidikan Melaka
Barisan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
Barisan Ketua Unit
Barisan Urusetia
Serta Hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam Melaka Maju Negeri Ku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju
Fasa ke-2, Melaka 753 Tahun, JPN Melaka No 1.
Berkat, Tepat, Cepat.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, marilah kita bersama-sama memanjatkan


kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, maka kita
pagi ini dapat bersama-sama di dalam dewan ini bagi menjayakan Seminar Integriti
Warga Pendidik (SIWP) sesi 2/2015 ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada hari ini terutama
sekali Tuan penceramah Encik Abdullah bin Yusof, Penceramah bertauliah Institut
Integriti Malaysia yang sudi bersama-sama menjayakan seminar ini.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Kai Guru Malaysia dan
Transformasi Pendidikan Negara..
Para hadirin diminta bersedia .
Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.
Hadirin dan Hadirat sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan
Al Fadhil Ustaz Mohd Sani bin Bidin dari Sektor Pendidikan Islam JPN Melaka untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Sani di atas bacaan doa itu tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Encik Salimi bin Che Mat, dari Unit Sekolah
Menengah, JPN Melaka untuk naik ke pentas dan mengetuai bacaan Ikrar Integriti.
Para hadirin dipersilakan berdiri dan bersedia.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Salimi bin Che Mad di atas bacaan ikrar itu
tadi.
Hadirin dan Hadirat sekalian, seterusnya majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka
untuk menyampaikan ucapan aluan sebagai pembuka majlis. Dipersilakan.
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Bakar di atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan Hadirat sekalian


Seterusnya kini tibalah masanya untuk kita mendengar buah bicara daripada tuan
penceramah jemputan kita pada hari ini. Dengan ini majlis menjemput dan
mempersilakan Encik Abdullah bin Yusof Penceramah bertauliah Institut Integriti
Malaysia naik ke pentas dan menyampaikan ceramahnya.
Dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdullah bin Yusof di atas ceramah
yang sarat dengan informasi itu tadi. Semoga apa yang disampaikan dapat
memberikan manfaat dan panduan kepada kita semua.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Puan Rozana Binti Ismail, Ketua
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Melaka untuk
mengiringi
bagi menyampaikan cenderamata kenang kenangan kepada tuan penceramah.
dipersilakan. di jemput untuk menerima
cenderamata dari pihak kami.
Terima kasih diucapkan kepadadan Puan
di atas penyampaian cenderamata itu tadi.
Tuan-tuan, puan-puan hadhirin hadhirat, dengan berakhirnya penyampaian
cenderamata itu tadi maka berakhirlah acara
.
pada pagi ini. sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum wbh.
Para tetamu jemputan serta hadhirin sekalian dipersilakan untuk menikmati sedikit
jemuan ringan yg disediakan.

Anda mungkin juga menyukai