Anda di halaman 1dari 1

3.

0 KESIMPULAN
Secara konklusinya, guru pelatih hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dalam bidang teknologi dan ICT. Memandangkan kebanyakan kajian
yang dijalankan mengenai penggunaan komputer dalam pengajaran dapat
membantu guru menjalankan aktiviti di dalam kelas, objektif yang disasarkan akan
tercapai, seterusnya meningkatkan minat pelajar dan mampu dijadikan sebagai
bahan rujukan yang bermanfaat kepada guru. Selain bermanfaat kepada guru,
pendekatan pembelajaran berasakan multimedia mampu memberikan kesan positif
kepada murid dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (PdP) mereka. Hal ini
kerana proses memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik
kepada suatu corak pembelajaran yang baru dengan lebih menarik, dinamik dan
interaktif dengan bantuan media-media tambahan seperti audio, video, animasi dan
grafik. Situasi ini secara tidak langsung membolehkan murid belajar dalam keadaan
tidak tertekan, menggalakkan murid untuk berfikir secara kritikal, menyelesaikan
masalah dan bermotivasi dalam pembelajaran.
Memang

tidak

dapat

dinafikan

kesan

pengajaran

Bahasa

Melayu

berbantukan komputer membawa banyak maslahat kepada guru dan murid. Malah,
persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu melaksanakan pengajaran
menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi.
Oleh itu , pihak Kementerian Pendidikan hendaklah banyak mengadakan kursuskursus yang dapat membantu menambah ilmu pengetahuan guru dalam bidang ICT
dan membekalkan prasarana sekolah dengan segala kemudahan teknologi
multimedia di sekolah. Diharapkan semua guru dapat mengaplikasi kaedah
pengajaran bahasa melayu berbantukan komputer pada suatu hari nanti agar
melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu berkaitan pelajaran malah dalam
ilmu literasi komputer juga.

Anda mungkin juga menyukai