Anda di halaman 1dari 1

Isi-isi penting teks

1. Tanah yang kering perlu ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki.


Tujuan utama proses ini adalah untuk menghaluskan tanah.

2. Kemudian, tanah perlu ditapis untuk mengasingkan sampah dan bahan


yang tidak hancur. Proses ini dilakukan supaya tanah menjadi serbuk.

3. Selepas itu, tanah dimasuk ke dalam bekas dan dicampur air. Sukatan
air hendaklah dikawal supaya campuran tidak menjadi terlalu lembik atau
terlalu keras.

4. Seterusnya, tanah perlu diuli untuk mengeluarkan angin supaya tanah


boleh menjadikannya ketulan tanah yang padat.

5. Seterusnya, tanah boleh dibentuk untuk menjadi labu sayong. Ibu jari
berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah
berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di
atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Setelah
badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi
menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak
labu.
6. Apabila labu siap, ia dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif.
Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan
labu.

7. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.Proses pembakaran labu sayong


terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan
menyepuh. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk
mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah
tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap
keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Anda mungkin juga menyukai