Anda di halaman 1dari 2

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI

Bahawasannya pada hari ini bertarikh 24 Disember 2014, satu


perjanjian telah dibuat di antara NORAZMAN BIN SAMSUDIN (no.
kad pengenalan: 756703-07-5301) beralamat di 3768, Jalan
Teluk Ipil,14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, yang mana selepas ini
disebut sebagai pihak pertama atau penjual dengan KHOR KOK
LIM (no. kad pengenalan: 710416-08-5359) beralamat di 31,
Jalan Serai Muda 5, Taman Serai Muda, 34300 Bagan Serai, Perak,
yang mana selepas ini disebut sebagai pihak kedua atau pembeli.
Isi perjanjian
1. Tujuan perjanjian ini dibuat adalah untuk membuktikan perjualan
dua buah lori jenama Nissan, yang bernombor pendaftaran KM
946 dan WAP 78 dari pihak pertama kepada pihak kedua
dengan harga RM 26000.00 (Dua puluh enam ribu ringgit
Malaysia sahaja).
2. Segala kemalangan dan pelanggaran undang-undang lalu lintas
(saman), termasuk segala jenayah yang dilakukan berkenaan
dengan dua buah lori ini sebelum tarikh surat perjanjian ini
dibuat hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh penjual.
3. Manakala pembeli hendaklah bertanggungjawab ke atas segala
saman Pihak Berkuasa yang berkenaan mulai dari tarikh pembeli
mengambil alih dua buah lori tersebut daripada penjual.
4. Pembeli perlu membayar penjual RM 300.00 pada setiap bulan
sebagai bayaran penyewaan permit untuk dua buah lori yang
dibelinya

daripada

penjual.

(Hal

ini

bermaksud

bayaran

penyewaan permit untuk sebuah lori ialah RM 150.00 sahaja).


5. Sebaik sahaja surat perjanjian ini ditandatangani oleh pembeli
dan penjual, termeterailah semua perkara di atas.

Sekian, terima kasih.


Tandatangan

Penjual

Tandatangan Pembeli
_________________________
_____________________
(NORAZMAN BIN SAMSUDIN)

(KHOR KOK LIM)

No. K/P: 756703-07-5301

No. K/P: 710416-

08-5359

Tandatangan Saksi
__________________________
(
No. K/P:

Anda mungkin juga menyukai