Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal

:4

Minggu Praktikum : Minggu Keempat


Tarikh

: 23 Februari 2015 27 Februari 2015

Tajuk Jurnal

: Masalah mengawal murid-murid Tahap Satu

Masalah/ Peristiwa:
Saya menghadapi masalah dalam berhadapan dengan murid-murid Tahap Satu iaitu
murid Tahun 1 Zamrud. Keadaan murid yang aktif amat sukar dikawal oleh saya.
Punca Masalah :
Masalah ini berpunca apabila saya dikehendaki menggantikan kelas bagi guru-guru yang
tidak hadir. Apabila saya masuk ke kelas Tahun 1 Zamrud, saya menghadapi masalah
dalam mengawal sikap dan tingkahlaku murid-murid. Murid tersebut sukar dikawal dan
tidak mendengar kata.
Cara Penyelesaian :
Saya seharusnya bersikap tegas dalam menangani murid-murid di Tahap Satu ini.
Mereka suka bergerak di dalam kelas dan seringkali mengganggu rakan-rakan mereka
yang lain. Saya perlu memberikan latihan atau kerja yang membolehkan mereka
membuat aktiviti tersebut semasa di dalam kelas. Bimbingan dan latihan dari semasa ke
semasa perlu dipantau oleh saya.
Kesimpulan :
Sikap dan tingkahlaku murid seharusnya dikawal sejak dari awal lagi. Saya akan cuba
untuk mengubah sikap mereka supaya hormat kepada guru dan rakan mereka.
Peneguhan positif dan negatif seharusnya diberikan bagi membolehkan mereka
mengubah tingkah laku mereka menjadi baik pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai