Anda di halaman 1dari 9

NAMA SEKOLAH

LATIHAN
SUBJEK
Nama :
Tarikh :
Tahun :
Markah :
__________________________________________________________________________________
Arahan :

1 (a) Nyatakan maksud Mesopotamia.


(b) Terangkan peranan raja di Mesopotamia.
(c) Bincangkan sumbangan penting tamadun Mesopotamia kepada manusia
sejagat.

[4 markah]
[6 markah]
[10 markah]

Jawapan:
(a) Tanah Bermaksud tanah di antara dua batang sungai.
Sungai Terletak antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
(b) Wakil Dianggap sebagai wakil tuhan dan pemilik negara kota.
Ketua Berperanan sebagai ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta.
Lantik Berkuasa melantik ahli kerabat diraja untuk memegang jawatan di zigurat dan
menentukan bentuk pentadbirannya.
Tanah Berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.
(c) Undang Memperkenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi.
Astronomi Mengembangkan bidang astronomi, matematik dan geometri.
Kalendar Mencipta kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan
dalam satu tahun.
Perubatan Mengembangkan ilmu perubatan.
Roda Mencipta roda untuk memudahkan kerja-kerja manusia.
Pengangkutan Mencipta pengangkutan beroda dan kapal layar.
Seni bina Memajukan bidang seni bina dengan memperkenalkan penggunaan batu bata,
arca dan tiang batu.
2 (a) Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan sarjana Barat dan sarjana
Islam.
(b) Huraikan ciri-ciri asas pembentukan tamadun manusia.

Jawapan:
Page 1 of 9

[10 markah]
[10 markah]

(a) Maksud tamadun mengikut pandangan sarjana Barat


Lahiriah Pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan
pembandaran.
Gordon Gordon Childe menyatakan pencapaian lahiriah menjadi kayu ukur kemajuan
tamadun.
Darey Darey Riberio dan R.A. Buchanan menekankan kepentingan dan pembangunan
lahiriah.
Maksud tamadun mengikut pandangan sarjana Islam
Rohaniah Pembangunan lahiriah dan rohaniah.
Naquib Syed Naquib al-Attas menekankan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur.
Khaldun Ibn Khaldun menyatakan kehidupan di bandar yang penuh dengan tatasusila,
kesopanan dan moral yang tinggi.
(b) Kekal Kewujudan petempatan kekal.
Sistematik Corak hidup yang lebih sistematik.
Organisasi Kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan
sosial.
Teratur Cara hidup manusia teratur mewujudkan kestabilan dan kemakmuran
kehidupan mereka.
Pemerintahan Pembentukan sistem pemerintahan untuk menjalankan pentadbiran.
Perundangan Kewujudan sistem perundangan sebagai panduan masyarakat bagi
menjaga keamanan dan kemakmuran.
Pengkhususan Peningkatan dalam produktiviti manusia mewujudkan pengkhususan
pekerjaan.
Agama Kewujudan agama dan kepercayaan.
Tulisan Penciptaan bahasa dan sistem tulisan.
3 (a) Terangkan konsep mandat Tuhan dalam sistem pemerintahan tamadun
Hwang Ho.

[8 markah]

(b) Jelaskan struktur organisasi sosial masyarakat Hwang Ho dan peranan


yang dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat tersebut.

[12 markah]

Jawapan:
(a) Mandat Kepercayaan masyarakat bahawa kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Pengesahan Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka
adalah daripada keturunan pemerintah agama.
Adil Sekiranya raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati
kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintah itu direstui tuhan.

Page 2 of 9

Zalim Sekiranya raja memerintah dengan tidak adil dan berlaku kezaliman, raja itu akan
kehilangan mandat tuhan.
Ganti Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou kerana raja Dinasti Shang telah
kehilangan mandat tuhan.
(b) Raja Raja menduduki tempat yang tertinggi dalam masyarakat.
Bangsawan Di bawah raja terdapat golongan bangsawan, pembesar dan pegawai
kerajaan.
Rakyat Di lapisan ketiga ada rakyat jelata yang terdiri daripada petani, artisan dan
pedagang.
Hamba Golongan hamba menduduki tempat yang terbawah dalam masyarakat.
Ketua Raja berperanan sebagai ketua pemerintah yang berkuasa mutlak.
Bantu Bangsawan membantu raja menjalankan pentadbiran.
Wilayah Golongan bangsawan diberi tugas untuk mentadbir wilayah.
Pertanian Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk menjalankan
kegiatan pertanian.
Artisan Golongan artisan mahir dalam menghasilkan perkakas dan alat seperti senjata,
perisai dan hiasan pada kereta kuda serta peralatan untuk upacara keagamaan.
Paksa Golongan hamba berperanan sebagai tentera paksaan, melakukan kerja-kerja
perburuhan dan sebagai korban dalam upacara penyembahan.
4 Agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat tamadun
awal. Huraikan berkenaan agama dan kepercayaan.
(a) Tamadun Sumeria

[10 markah]

(b) Tamadun Indus

[10 markah]

Jawapan:
(a) Tuhan Menyembah kepada tuhan-tuhan yang dianggap melindungi negara kota mereka.
Orang Sumeria membina kuil-kuil untuk tuhan mereka di setiap negara kota. Tuhan-tuhan
utama mereka ialah Tuhan Langit (Anu), Tuhan Atmosfera (Enlil) dan Tuhan Air dan Laut
(Enki).
Zigurat Membina kuil-kuil yang disebut zigurat untuk memuja tuhan. Zigurat dibina di
atas sebuah menara yang berbentuk piramid setinggi enam atau tujuh tingkat. Zigurat yang
pertama dibina ialah untuk tuhan Enlil di kota Nippur.
Dewa-dewi Percaya bahawa dewa-dewi terutamanya Dewa Dumumi dan Dewi Inanna
untuk mengelakkan sebarang bencana alam yang akan membawa kesengsaraan kepada
rakyat. Orang Sumeria tidak percaya kepada kehidupan semula selepas kematian seperti
orang Mesir. Mereka percaya bahawa tuhan tiada kuasa untuk menjatuhkan hukuman di
akhirat mengikut perbuatan baik dan buruk yang dilakukan di dunia semasa hidup. Mereka
percaya bahawa hukuman di atas perbuatan mereka diberi di dunia sendiri melalui
malapetaka seperti banjir dan kemarau.

Page 3 of 9

Hantu Orang Sumeria takut kepada hantu. Mereka percaya bahawa mayat yang
dikebumikan akan bangkit untuk mencari makanan. Kepercayaan ini menyebabkan
mereka menanam mayat di perkarangan rumah atau di bawah lantai bilik supaya roh si
mati sentiasa berada bersama-sama dengan ahli keluarganya sendiri. Semua benda yang
dimilikinya termasuk makanan ditanam bersama-sama dengannya.
(b) Polytheisme Menurut kajian arkeologi, masyarakat tamadun Indus mengamalkan
polytheisme iaitu kepercayaan kepada banyak tuhan. Berdasarkan bukti yang ditemui
seperti topeng dan patung, penduduk Lembah Indus menyembah kepada dewi yang
bermuka tiga dan Dewa Shiva.
Animisme Penduduk Lembah Indus juga dipercayai mengamalkan animisme. Oleh itu
mereka menyembah binatang, pokok dan batu. Berdasarkan kepada kepercayaan ini,
masyarakat Indus menyembah lembu jantan sebagai binatang suci.
Pemujaan Upacara pemujaan biasanya dijalankan di rumah kediaman dan bukannya di
kuil. Penemuan sebutir batu hitam yang menyerupai Dewa Siva membuktikan wujudnya
penyembahan lingga di Lembah Indus.
Pengebumian Masyarakat Lembah Indus mengamalkan upacara pengebumian dan
pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke dalam sungai.
Tuhan Kira-kira pada tahun 1 500 S.M. bangsa Aryan telah menakluk India. Mereka
membawa masuk agama polytheistic. Orang Aryan telah menyembah tuhan seperti tuhan
matahari, langit, petir dan api tetapi tuhan (monotheisme) yang terkemuka ialah tuhan
Indra, iaitu Tuhan Perwira. Namun demikian, lama-kelamaan kepercayaan orang Aryan
kian berubah daripada konsep banyak tuhan kepada kepercayaan satu tuhan dan
kepercayaan konsep hidup semula dalam jasad lain. Orang Aryan juga menganggap
binatang seperti lembu sebagai binatang suci.
5 (a) Huraikan tentang pembentukan tamadun Indus.

[8 markah]

(b) Jelaskan keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun


Indus.

[8 markah]

(c) Nyatakan faktor-faktor yang membolehkan masyarakat Indus membina


bandar terancang.

[4 markah]

Jawapan:
(a) Nomad Pada mulanya penduduk di bahagian barat laut India mengamalkan kehidupan
secara nomad.
Buru Mereka menyara hidup dengan memburu binatang dan mengumpul makanan.
Petempatan Mereka membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus kerana
tanah yang subur dan mudah mendapat bekalan air.
Pertanian Penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan meningkatkan hasil
pertanian.
Penduduk Berlakunya pertambahan penduduk.
Bandar Perkembangan yang berlaku membawa kepada pembentukan bandar.

Page 4 of 9

(b) Terancang Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar purba yang terancang.
Utama Bahagian utama yang merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang
mempunyai bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil
pertanian.
Kedua Bahagian kedua ialah kawasan perumahan yang dikelilingi oleh tembok dan
disusun berasaskan blok-blok bentuk segi empat.
Pisah Setiap blok dalam bandar dipisahkan oleh satu rangkai jalan raya yang lurus dan
bersambung antara satu sama lain.
Kumbahan Mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
Sungai Bandar dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
(c) Geometri Maju dalam bidang geometri, matematik dan pembinaan.
Tembung Pertembungan tamadun Indus dengan Mesopotamia dan Mesir Purba.
Batu bata Pengetahuan teknologi pembakaran batu bata.
6 (a) Bincangkan perkembangan dan pencapaian sistem tulisan dalam tamadun
Hwang Ho, Indus, Mesir Purba dan Mesopotamia.

[8 markah]

(b) Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam aspek ekonomi dan


falsafah.

[12 markah]

Jawapan:
(a) Hwang Ho Idea kemunculan sistem tulisan dalam tamadun awal China diperoleh
daripada amalan penilikan tulang oracle. Tulisan China berbentuk ideogram (simbol).
Tulisan asal mempunyai gambar-gambar seperti bulan, matahari, sungai dan kanak-kanak
Indus Tulisan bagi masyarakat tamadun Indus berbentuk piktograf. Namun, tulisan ini
belum dapat ditafsirkan maksudnya sehingga kini.
Mesir Purba Tulisan Mesir Purba pula dikenali sebagai hieroglif. Ia berasaskan
cantuman gambar dan simbol berdasarkan bunyi. Tulisan ini digunakan untuk merekod
aktiviti pertanian, pungutan cukai, keagamaan dan amalan ritual.
Mesopotomia Tulisan Mesopotamia pula bermula dengan bentuk tulisan bergambar dan
seterusnya berkembang kepada bentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat. Tulisan ini
dikenali sebagai tulisan cuneiform (pepaku).
(b) Ekonomi
Sumbangan utama tamadun China dalam bidang ekonomi adalah dalam sektor
pertanian.
Petani membuat batas untuk tujuan pertanian.
Mereka telah menggantikan alat-alat pertanian yang diperbuat daripada besi.
Sistem pengairan berfungsi untuk tujuan pertanian. Terusan juga dibina seperti di
Szechwan untuk mengairi kawasan pertanian.
Orang China berjaya mencipta alat pembajakan, cangkul dan sabit.
Page 5 of 9

Falsafah
Memperkenalkan falsafah perang Sun Tzu yang diamalkan dalam urusan peperangan
dan perniagaan
7

Thinis
Thebes
Memphis
Heliopolis

Senarai di atas merupakan bandar-bandar penting yang terletak di sepanjang lembah


Sungai Nil.
(a) Terangkan peranan bandar-bandar tersebut.

[5 markah]

(b) Bincangkan sistem pemerintahan yang wujud di lembah Sungai Nil.

[7 markah]

(c) Huraikan fungsi dan perkembangan tulisan hieroglif.

[8 markah]

Jawapan:
(a) Kediaman Tempat kediaman firaun.
Pemerintahan Pusat pemerintahan dan pentadbiran.
Agama Pusat keagamaan.
Penduduk Pusat tumpuan penduduk.
(b) Firaun Sistem pemerintahan diketuai oleh raja, iaitu Firaun yang berkuasa mutlak.
Bangsawan Raja dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,
menjaga keamanan dan mengurus serta mengagihkan penghasilan makanan di dalam
negara.
Gabenor Wilayah yang ditakluki ditadbir oleh gabenor.
Rahib Para rahib bertanggungjawab untuk mentadbir hal keagamaan.
Rahib Wilayah yang ditakluki ditadbir oleh gabenor.
Jurutulis Jurutulis dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.
(c) Pertanian Digunakan untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian.
Cukai Mencatatkan pengutipan cukai.
Agama Penting untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
Kombinasi Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
Hieratic Berkembang ke tulisan hieratic, tulisan berangkai.
Demotik Tahun 700 S.M., tulisan hieratic berkembang ke tulisan demotic.
8 Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia.

Page 6 of 9

(a) Jelaskan tentang proses pembentukan tamadun Mesopotamia.


(b) Apakah peranan firaun dalam sistem pemerintahan Mesir Purba?

[12 markah]
[8 markah]

Jawapan:
(a) Dua Pembentukan tamadun Mesopotamia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad.
Meliputi Bahagian utara meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara
termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.
Babylon Bahagian selatan pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
Kawasan ini dikenali sebagai Babylon.
Kawasan Babylon pula terbahagi kepada dua kawasan iaitu Akkad di utara dan Sumeria
di selatan.
Selatan Perkembangan tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
Hijrah Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta
menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem
pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengairan sungai.
Evolusi Petempatan awal berkembang secara evolusi dari bentuk kampung kepada
bandar dan seterusnya negara kota.
Negara kota Antara negara kota dalam tamadun Mesopotamia ialah Kish, Nippur,
Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.
(b) Ketua Firaun mengetuai sistem pemerintahan Mesir Purba.
Bangsawan Beliau dibantu oleh golongan bangsawan.
Horus Firaun digelar sebagai jelmaan Tuhan Horus dan Raja Matahari kerana dipercayai
bahawa firaun ialah anak tuhan matahari, iaitu Amon-Re.
Ketua Firaun ialah ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
9 Petempatan kekal yang wujud di lembah Indus telah membawa kepada pembentukan bandar
terancang.
(a) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat Indus dapat membina
bandar yang terancang.
[12 markah]
(b) Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat dalam tamadun Indus.

[8 markah]

Jawapan:
(a) Kekal Petempatan kekal yang wujud di lembah Indus telah membawa kepada
pembentukan bandar terancang.
Geometri Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri.
Pertembungan Pemahaman geometri adalah hasil pertembungan tamadun Indus dengan
tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba hingga membolehkan bandar disusun
dengan terancang.

Page 7 of 9

Susun Penyusunan bandar adalah berasaskan bentuk blok segi empat yang diikuti oleh
jalan raya yang lurus.
Mutu Masyarakat Indus juga berjaya meningkatkan mutu binaan.
Bakar Mereka tidak bergantung kepada kepanasan matahari untuk membuat batu bata
daripada tanah liat kerana batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang
tinggi.
(b) Ekonomi Masyarakat Lembah Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti
perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
Perdagangan Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan
Mesopotamia.
Hasil Antara hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik dan hasil
pertanian.
Petani Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan
seperti barli dan kacang.
Artisan Ada ahli masyarakat yang menjadi artisan dan terlibat dalam pembinaan dan
penghasilan logam dan barang-barang tembikar.
10 Tamadun Hwang Ho muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Sungai Kuning.
(a) Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho.

[10 markah]

(b) Jelaskan fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun


Hwang Ho.

[10 markah]

Jawapan:
(a) Subur Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap
dan membina petempatan.
Banpo Tapak Banpo yang berhampiran dengan bandar Sian moden merupakan
petempatan awal penduduk Hwang Ho.
Aktiviti Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang,
mengumpul hasil hutan dan memburu.
Bandar Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya
Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Selatan Semasa Dinasti Chou, tamadun tersebut tersebar sehingga ke bahagian selatan
Sungai Yangtze.
(b) Oracle Tulang oracle merujuk kepada tulang binatang dan kulit kura-kura yang dijumpai
di Anyang.
Ramal Fungsi tulang oracle adalah untuk meramalkan sesuatu keadaan.
Bomoh Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang
oracle di atas unggun api sehingga timbul rekahan.
Rekahan Rekahan akan ditafsir dan disabitkan dengan kejadian yang berlaku.

Page 8 of 9

Awal Amalan penilikan tulang oracle membawa kepada kewujudan sistem tulisan awal
di China.
Ideogram Rekahan-rekahan pada tulang oracle menimbulkan idea masyarakat Hwang
Ho untuk mencipta tulisan yang dikenali sebagai ideogram.

Page 9 of 9

Anda mungkin juga menyukai